Khamis, 11 Februari 2010

JANGAN MAIN BELASAH AJE




Hanya satu rujuk Jakim

Oleh Hayati Ibrahim

2010/02/11

PUTRAJAYA: Agak mengejutkan apabila hanya satu restoran kopitiam yang memiliki sijil pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berbanding puluhan lagi restoran konsep sama beroperasi di negara ini, sekali gus diragui status halal yang dimiliki.

Kenyataan mengejutkan itu didedahkan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Muhamad Sheikh Abdul Aziz, yang berkata, hanya satu pengusaha kopitiam yang memohon sijil pengesahan halal daripada Jakim.

"Kopitiam berkenaan beroperasi di Kepong dan dimiliki pengusaha Cina. Bagaimanapun, pengusaha mengambil inisiatif memohon sijil halal daripada Jakim untuk memberi keyakinan kepada pelanggan.

"Kami tidak mengatakan kopitiam lain tidak halal, tetapi diragui kehalalannya kerana mengikut rekod kami, pengusaha lain tidak pernah memohon atau mendapat pengesahan halal daripada Jakim. Jadi pengguna kena bijak memilih," katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mokthar dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff.

Wan Muhamad berkata, mengenai status restoran dimiliki orang bukan Islam, ia bukan isu utama kerana pengusaha terbabit mengambil inisiatif sendiri mendapatkan sijil halal daripada Jakim.

"Walaupun syarikat dimiliki orang bukan Islam atau pegangan majoriti bukan Islam, tetapi yang lebih diutamakan Jakim ialah status halal. Jika syarikat atau premis makanan dimiliki orang Islam tetapi tidak mematuhi piawaian, mereka tidak akan mendapat sijil halal daripada Jakim.

"Ini kerana kita menjaga kepentingan pengguna bukan pemilik syarikat, itu yang diutamakan. Malah, secara realitinya lebih 70 peratus pemohon sijil halal terdiri pengusaha bukan Islam," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, Jakim mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi bagi membolehkan mereka mendapat pensijilan halal dan pengusaha terikat dengan SOP berkenaan.


Mengenai sijil atau logo halal yang dikeluarkan syarikat atau pihak lain, beliau berkata, Jakim tidak akan bertanggungjawab dan tidak memberi jaminan terhadap status halal sesuatu produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan syarikat terbabit.

"Itu terpulang kepada keyakinan penguna dan industri. Mereka tidak boleh menyalahkan Jakim jika timbul keraguan kerana sesiapa saja boleh meletakkan logo halal, tetapi tentunya tiada makna jika tidak diyakini," katanya.

Wan Muhamad berkata, pengusaha dan industri juga perlu bertanggungjawab dengan memohon pensijilan halal Jakim," katanya.


Tiada ulasan: