Isnin, 15 Februari 2010

MALANG TAK BERBAU

DUNIA

Wanita 60 tahun tumbuk jerung


GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph menunjukkan Trumbull meniarap di atas pengusung di utara Queensland kelmarin.


SYDNEY - Seorang wanita berumur 60 tahun yang diserang oleh seekor jerung di utara Queensland menyatakan dia menumbuk ikan itu di bahagian hidung bagi menyelamatkan diri, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu, Paddy Trumbull sedang berenang bersama suaminya dekat Pulau Dent kelmarin apabila seekor ikan jerung sepanjang satu hingga dua meter menggigit bahagian punggung dan kaki sebelum dia ditarik ke dasar laut.

Dia melawan dengan ikan jerung itu tetapi jurucakap sebuah agensi penyelamat berkata, Trumbull kehilangan beberapa liter darah.

Wanita itu diterbangkan ke Hospital Base Mackey dan kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan,

"Saya mula menumbuk ikan itu di bahagian hidung dan ia kemudian menarik saya ke dalam laut kerana saya mula menendangnya di bahagian leher," kata Trumbull kepada rangkaian televisyen Australia, Channel 7.

Beberapa orang yang menyelam bersamanya menggunakan tuala dan pembalut bagi menghalang darah Trumbull keluar dengan banyak. - Agensi

Tiada ulasan: