Jumaat, 20 April 2012

MACAMLAH MEREKA TAK KAKI TUDING...LAGI TERUK TAK RASA BERSALAH...RASA BETUL..AKHIRAT KELAK BARU TAHU SAPE BETUL...SEBAB DAH TAK ADA KUASA...DIDUNIA PUN JIKA TAK DE KUASA ORANG TAK PENDULI LAGI...SEDAR2LAH SIKIT...KITA SEMUA BUKAN BOLEH TONGKAT LANGIT...

Nasib guru, polis berbeza di bawah BN

Harakahdaily, 20 Apr 2012
KUALA LUMPUR: Kelab Pekerja dan Profesional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) menyokong penuh usaha yang akan dilakukan oleh Bersih 3.0 untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran ‘Duduk & Bantah’ di Dataran Merdeka pada 28 April ini.


Pengerusinya, Dr Ghazali Hasbullah berkata, salah satu dari lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih 3.0 adalah mengukuhkan institusi awam.

Tambahnya, tidak dinafikan bahawa para penjawat awam dan institusi awam adalah nadi kepada pembangunan negara.

Justeru, katanya jatuh bangunnya penjawat awam dan institusi tersebut boleh mencerminkan kemajuan dan kestabilan sesebuah negara.

Menurut fakta dari Jabatan Perkhidmatan Awam, penjawat awam kini mencecah 1.4 juta orang.

Dari jumlah tersebut, 42.9 peratus terdiri dari polis dan guru.

Katanya, mengikut pengalaman lepas, dua kumpulan itu mendapat nasib yang berbeza di bawah pentadbiran kerajaan Umno BN.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia diguna sewenang-wenangnya bagi menghalang Pakatan Rakyat menyatakan hak mereka sedangkan setiap rakyat mempunyai hak-hak tertentu dalam sebuah negara yang merdeka dan demokrasi ini.

“DPMM menyeru Polis Diraja Malaysia agar bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang, bukannya mengikut telunjuk politik kotor dari Umno BN,” katanya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, guru pula penjawat awam yang selalu diugut, diarah melakukan sesuatu di luar norma kerja harian mereka, yang mana antara ugutan yang biasa adalah penukaran tempat kerja dan tidak naik pangkat.

“Dakwaan ini bukan kosong, malah telah berlaku kepada ramai guru yang diarahkan bertukar 24 jam akibat dari campur tangan politik Umno BN kerana kononnya guru-guru tersebut menyokong pembangkang,” ujarnya.

Tambahnya, Umno BN juga menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan jentera kerajaan sepenuhnya semasa berkempen.

“Perkara sebegini kita perhatikan setiap kali pilihanraya. Kenderaan jabatan digunakan tanpa rasa segan silu dalam kempen parti mereka.

“Lebih menyedihkan lagi para penjawat awam tertentu dipaksa turun untuk membantu kempen calon Umno BN,” katanya.

Menurutnya lagi, jika penjawat awam tersebut cuba bersuara, mereka akan diugut untuk ditukarkan ke pendalaman dan tidak dinaikkan pangkat.

Bagi beliau, sudah sewajarnya institusi awam diperkukuhkan dan direformasi agar tiada campur tangan politik kotor pemerintah.

“Kelab Pekerja dan Professional Muda DPMM, sekali lagi meyatakan sokongan dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman seperti tuntutan yang dibuat oleh Bersih 3.0 ini,” ujarnya.

Katanya, Kelab Pekerja dan Professional Muda DPMM juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk turut serta memberi sokongan yang pada demi melihat sebuah Negara Malaysia yang benar-benar aman dan sejahtera.

“Ingatlah usaha sedikit kita ini akan memberi kesan yang besar kepada kesejahteraan generasi anak cucu kita yang akan datang,” ujarnya.

Beliau menambah, Kelab Pekerja dan Professional muda juga ingin menghulurkan bantuan secara professional kepada Bersih 3.0 bagi melicinkan lagi perhimpunan yang dirancang.

“Saya juga menyeru kepada mana-mana badan professional atau individu untuk turut serta menjadi sukarelawan pada 28 April nanti,” ujarnya lagi.

Fatwa: Peguam Muslim setuju tindakan Kedah

Harakahdaily, 20 Apr 2012

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) bersetuju dengan tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang meluluskan pindaan undang-undang untuk menghalang fatwa yang diputuskan mufti atau jawatankuasa fatwa, sama ada diwartakan atau tidak, daripada dicabar, dirayu, disemak mahupun dipersoal dalam mahkamah sivil atau syariah.

Presidennya,  Datuk Zainul Rijal Abu Bakar (gambar) berkata, peruntukan dalam Rang Undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) (Pindaan) 2012 itu dibentangkan dalam sidang DUN Kedah bagi menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10) dengan memasukkan Fasal 22A yang berbunyi ‘Walau apapun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, fatwa yang telah diputuskan oleh mufti atau Jawatankuasa Fatwa samada diwartakan atau tidak hendaklah dipatuhi dan tidak boleh dicabar, dirayu disemak dinafikan atau dipersoal dalam mana-mana mahkamah sivil atau syariah.’

Beliau berkata, tindakan tersebut hanyalah merupakan suatu penegasan semula tentang kedudukan Mufti di sisi undang-undang.

Katanya, ia juga selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di dalam kes ESQ mlwn Mufti Wilayah Persekutuan yang memutuskan fatwa mufti tidak boleh dicabar di mahkamah sivil.

“Malah di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu Sulaiman Takrib mlwn Kerajaan Negeri Trengganu Mahkamah Persekutuan memutuskan institusi kemuftian ini adalah sah disudut Perlembagaan Persekutuan dan tidak langsung bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) bersetuju dengan tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang meluluskan pindaan undang-undang untuk menghalang fatwa yang diputuskan mufti atau jawatankuasa fatwa, sama ada diwartakan atau tidak, daripada dicabar, dirayu, disemak mahupun dipersoal dalam mahkamah sivil atau syariah.

Peruntukan dalam Rang Undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) (Pindaan) 2012 itu dibentangkan dalam sidang DUN Kedah bagi menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10) dengan memasukkan Fasal 22A yang berbunyi ‘Walau apapun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, fatwa yang telah diputuskan oleh mufti atau Jawatankuasa Fatwa samada diwartakan atau tidak hendaklah dipatuhi dan tidak boleh dicabar, dirayu disemak dinafikan atau dipersoal dalam mana-mana mahkamah sivil atau syariah.’

Tindakan tersebut hanyalah merupakan suatu penegasan semula tentang kedudukan Mufti di sisi undang-undang. Ia juga selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di dalam kes ESQ mlwn Mufti Wilayah Persekutuan yang memutuskan fatwa mufti tidak boleh dicabar di mahkamah sivil. Malah di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu Sulaiman Takrib mlwn Kerajaan Negeri Trengganu Mahkamah Persekutuan memutuskan institusi kemuftian ini adalah sah disudut Perlembagaan Persekutuan dan tidak langsung bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 7(1) Enakmen Mufti Dan Fatwa (Negeri Kedah) 2008 menyatakan Mufti  hendaklah membantu dan menasihati  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan semua perkara Hukum Syarak dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Negeri Kedah Darul Aman selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan kecuali jika diperuntukkan sebaliknya dalam Enakmen tersebut.

Sekyen 7(2) pula menyatakan Mufti  hendaklah  bertanggungjawab terus Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Baginda bolehlah dari masa ke semasa memberi perintah sama ada secara am atau khas yang  Baginda fikirkan perlu atau bermanfaat iaitu perintah yang tidak berlawanan dengan peruntukan Enakmen ini dan adalah menjadi kwajipan Mufti mematuhi dan melaksanakan perintah itu.

Manakala Seksyen 8(1) menyebut Mufti hendaklah berkuasa mengeluarkan apa-apa fatwa. Seksyen 8(2) pula menyatakan walau apapun peruntukan Enakmen ini Mufti boleh sekira difikirkan perlu berbincang dengan Jawatankuasa Fatwa sebelum mengeluarkan apa-apa fatwa  di bawah seksyen ini.

Berdasarkan seksyen-seksyen yang disebut di atas adalah amat jelas Mufti adalah pihak berkuasa utama dalam hal ehwal hukum syarak selepas Sultan. Dalam hal demikian adalah amat tidak wajar fatwa mufti boleh dicabar di mahkamah sama ada mahkamah sivil ataupun mahkamah syariah. Ini adalah bagi menjaga kehormatan terhadap institusi kefatwaan tersebut. Sayugia diingatkan bahawa Jawatankuasa Fatwa terdiri dari pakar-pakar agama dan mereka juga boleh menjemput orang lain yang pakar dalam bidang masing-masing untuk memberi nasihat kepada Jawatankuasa Fatwa dalam hal-hal tertentu berbanding dengan mahkamah yang mendengar sesuatu kes secara adversarial sahaja.

PPMM amat tidak bersetuju dengan pandangan yang mendakwa tindakan Kerajaan Negeri Kedah ini menyamakan fatwa seperti nas qat'i (nas yang putus) dalam Quran dan Sunnah sehingga tidak boleh dipertikaikan yang mengakibatkan terbunuhnya intelektualisme rakyat. Ini adalah disebabkan bahawa sesuatu fatwa masih boleh dipinda atau dibatalkan sebagaimana yang dinyatakan di dalam seksyen 23(1) Enakmen yang sama yang menyatakan Jawatankuasa Fatwa boleh meminda atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah disiarkan di dalam Warta di bawah Enakmen tersebut.

Ia bermakna seseorang yang tidak berpuashati dengan sesuatu fatwa masih boleh merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa memohon meminda atau membatalkan sesuatu fatwa. Ia akan dilakukan dalam suasana muzakarah  dengan  Jawatankuasa Fatwa yang berkuasa menentukan kaedahnya. Adalah amat tidak logik jika fatwa tersebut boleh dicabar di mahkamah kerana pendekatan di mahkamah adalah untuk berlitigasi dan bukan bermuzakarah.  Mahkamah Hakim Mahkamah Sivil pula langsung tidak terlateh di dalam Hukum Syarak manakala Hakim Mahkamah Syariah pula tidak dilatih dalam metodologi ifta’.

Fatwa masih boleh dikaji dengan bermuzakarah semula dengan Jawatankuasa Fatwa. Dengan semangat muzakarah ini suatu keputusan itu akan lebih dekat kepada Hukum Syarak berbanding jika ianya dibawa ke mahkamah. Dalam masa yang sama PPMM bersependapat dengan pandangan Mufti Negeri  Perlis Dr Juanda Jaya yang menyarankan   perlu ada keterbukaan dalam membuat sesuatu fatwa dan pada masa yang sama kita tidak boleh menafikan peranan ulil amri (pemerintah) mentarjih bagi memilih apa-apa pandangan.

Jika dibaca keseluruhan Enakmen Mufti Dan Fatwa (Negeri Kedah) 2008 ia sebenarnya meraikan pelbagai pandangan yang berbeza dan sesuatu fatwa itu masih bersifat anjal kerana ia masih boleh dipinda.  PPMM juga mengingatkan peranan fatwa bukanlah menentukan perkara yang sudah bersifat definitive (atau sudah putus) tetapi hanya di dalam perkara spekulatif sahaja (iaitu perkara yang belum diputuskan dengan nas yang qatie).

PPMM juga menggesa institusi mufti dan kefatwaan ini diperkasakan dengan memberi kuasa kepada mufti untuk memberi nasiat dan membuat teguran kepada mana-mana pihak, mempertingkatkan keupayaan dan prasarana institusi fatwa, membebaskan Mufti dari sebarang tekanan dan pengaruh politik atau individu tertentu. Bagi mempastikan kewibawaan institusi ini terus terpelihara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun menetapkan halatuju yang sistematik melalui penggubalan bersama Pelan Strategik Jabatan-Jabatan Mufti Seluruh Malaysia 2010-2014 bagi memikul tanggungjawab menguruskan hal ehwal Islam dalam negara termasuklah mengadakan undang-undang khusus dan seragam untuk Mufti dan Pengurusan Fatwa.

Berbalik kepada isu yang dibicarakan di atas, PPMM sekali lagi menzahirkan sokongan kepada Kerajaan Negeri Kedah meminda Enakmen Mufti dan Fatwa (Negeri Kedah ) 2008 dan menegaskan jika ada mana-mana orang yang tidak bersetuju dengan mana-mana fatwa, mereka bolehlah berhujah secara muzakarah dengan Jawatankuasa Fatwa dan bukan mencabarnya di mana-mana mahkamah.
Khalid Samad dakwa Rahman Kadir ‘bohong’
AHMAD NORMAN ABU TALIB
18 April 2012
Khalid Samad dakwa Rahman Kadir ‘bohong’
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mempertikaikan kebenaran dakwaanseorang pegawai perubatan, Dr Rahman Kadirmenerusi laman web sosial kononnya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah mempersendaRaja-Raja Melayu semasa majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Rabu lalu.
Khalid berkata, beliau mempersoalkan dakwaan ditimbulkan itu kerana mendapati beberapa kenyataan dikeluarkan Rahman mengenai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidenparti itu, Tian Chua sebagai mengelirukan.
Katanya, beliau yang duduk sebaris dengan Azmin manakala Tian Chua di barisan depan Azmin.
Menurutnya, ia menimbulkan tandatanya apabila Rahman mendakwa duduk di depan Tian Chua tetapi boleh mendengar perbualan antara Azmin dan Tian Chua kerana jarak agak jauh.
“Mungkin dia (Rahman) ada buat pembedahan plastik surgeri ke apa,hingga boleh mendengar sebab jarak antara kami adalah jauh kerana saiz kerusi tersebut agak besar.
“Saya duduk di kerusi bernombor tujuh sebaris dengan Azmin (tiga) tetapi tidak mendengar apa-apa yang didakwa oleh Rahman,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Dalam laman sosial Facebook Khamis lalu, Rahman menzahirkan rasa kecewa terhadap tingkah laku biadab beberapa pemimpin pembangkang yang mengejek dan mempersendakan bentuk badan pemimpin kerajaan dan Raja-Raja Melayu.
Dakwa beliau, ejekan itu bermula semasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Balairong Seri dan ia berterusan kepada Yang Dipertua Negeri serta sultan-sultan.
Khalid berkata, beliau turut mempersoalkan kebenaran dakwaan itu kerana Rahman mengatakan dia duduk di depan barisan ahli Parlimen pembangkang sedangkan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut duduk di situ.
Katanya, gambaran diberikan oleh Rahman itu sebagai ‘pembohongan’ dan Khalid mempersoalkan sama ada benarkah Rahman hadir atau sebaliknya.
“Kenyataan dia (Rahman) mengelirukan apabila mengatakan duduk di depan ahli parlimen pembangkang padahal kita tidak duduk asing malah bercampur bersama ahli parlimen BN.
“Jadi saya pertikaikan sama ada dia hadir dan sekiranya ya maka apakah nombor kerusi dan barisnya?” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan adalah mustahil Azmin dan Tian Chua mengeluarkan kenyataan seperti didakwa itu kerana ia boleh mengakibatkan ahli Parlimen lain menggunakan kesempatan itu untuk menjadikannya isu.
Anwar kutuk serangan ke atas siswa di Dataran
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan sekumpulan lelaki yang menyerang pelajar di tapak khemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dalam kejadian awal pagi semalam.

Katanya, kumpulan lelaki 'samseng' tersebut hanya ingin menyerang menggunakan fizikal tetapi enggan menggunakan akal untuk berhujah dalam isu yang dibangkitkan pelajar berkenaan.

"Bila ajak untuk berdebat tak nak. Tapi guna kekerasan dia untuk pukul orang," katanya.
NONEBeliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 500 orang yang hadir termasuk aktivis dan mahasiswa yang berkampung di lokasi bersejarah itu, malam tadi.

Anwar turut mengulangi janji bahawa akan Pakatan Rakyat akan memansuhkan Pendidikan Tabung Pendikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Tambahnya, kerajaan kini tidak memberi keutamaan kepada rakyat sedangkan mampu memberikan pendidikan percuma dan memansuhkan PTPTN.

"Kerajaan ada daya untuk laksanakan pendidikan percuma dan mansuh PTPTN. Cuma sekarang ini yang menjadi keutamaan negara bukan rakyat tetapi poket menteri-menteri," katanya.

NONEAnwar turut ditanya berhubung dakwaan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa beliau merupakan salah seorang yang meluluskan penubuhan PTPTN pada 1997.

Katanya, isu utama dalam hal tersebut ialah soal memberi pendidikan kepada anak golongan miskin.

Jelasnya, bagi golongan yang sudah kaya, isu PTPTN bukan satu masalah besar buat mereka.

"Untuk seorang yang maha kaya, anak-anak bukan isu. Bagi anak orang miskin, itu (PTPTN) isu. Tugas saya ialah menjaga keseluruhan rakyat. Bukan anak-anak bilionair dan taukeh.

"Saya ingin tegaskan yang bilionair tidak akan faham," katanya kepada Malaysiakini.

Anwar hadir pada kira-kira jam 10.40 malam dengan memakai topi dengan slogan BERSIH bagi memberi sokongan terhadap tindakan mahasiswa dan aktivis yang berkampung di Dataran Merdeka sejak enam hari lalu.

Beliau turut melawat tapak perkhemahan siswa berkenaan dan menurunkan tanda tangan pada kain rentang pelajar itu sebagai tanda sokongannya.

Turut hadir ialah timbalan presiden PKR, Mohd Azmin Ali dan ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hasan.
Pembangkang suka tuding jari
Wartawan Sinar Harian
20 April 2012
Ahmad (tengah) bersemangat melaungkan slogan Umno dan 1Malaysia bersama pemimpin dan masyarakat
KUALA LUMPUR - Parti pembangkang boleh disifatkan sebagai kumpulan yang suka menuding jari di atas kesilapan sendiri.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata demikian ketika mengulas insiden yang berlaku di Dataran Merdeka, awal pagi semalam.
Menurutnya, apa yang berlaku itu tidak ada kaitan dengan Umno.
“Pembangkang ni memang suka tuduh, kalau ada kereta atau basikal pancit di tengah hutan juga mereka tuduh Umno yang buat,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen semalam.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau percaya polis akan segera menyiasat punca kejadian itu dan mengingat orang ramai terutamanya pembangkang untuk tidak mudah menuding jari.
“Itulah, orang tidur di rumah, mereka tidur di dataran... Kalau jadi apa-apa mahu salahkan kerajaan,” katanya.
Ketika ditanya berhubung dakwaan bahawa Umno menjadi dalang insiden terbabit berikutan pihak berkuasa dikatakan enggan membantu mereka diserang, Ahmad berkata, beliau tidak boleh menjawab bagi pihak polis dan berharap perkara itu akan dijelaskan dalam masa terdekat ini.
Sementara itu di Pekan, Ahmad berkata, tindakan pembangkang membangkitkan pelbagai isu seperti pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya boleh dianggap kenyataan bersifat ‘populis semberono’.
Menurutnya, kelantangan­ pembangkang menyuarakan isu yang mustahil dilaksanakan itu hanya satu helah.
Mengulas mengenai kumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka bagi menuntut pemansuhan PTPTN, Ahmad berkata, kumpulan berkenaan menonjolkan diri sebagai tali barut pembangkang.
“Saya nasihatkan mahasiswa terutamanya mereka yang terlibat agar berhenti diperalatkan pembangkang,” katanya.
Fail rahsia UK berhubung Batang Kali 'hilang'
Britain mengeluarkan ribuan fail sulit sepanjang era penjajahan semalam, tetapi petugas arkib mendapati dokumen berkaitan dakwaan pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali pada 1948 hilang.

Kertas sulit - yang kewujudannya hanya terdedah tahun lepas - berkaitan zaman pascapenjajahan Britain termasuk darurat di Malaya dan kebangkitan Mau Mau di Kenya pada 1950-an dan 1960-an, lapor AFP.

NONEAgensi berita antarabangsa itu juga melaporkan, dokumen itu termasuk amaran bapa Barrack Obama terhadap sentimen "anti-putih" di kalangan orang Kenya yang menuntut di Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa British membawa balik dokumen itu ke London ketika negara-negara itu merdeka dan kertas itu menunjukkan mereka merancang untuk membakar sebahagian daripadanya.

Pejabat Luar hanya mengakui mempunyai arkib itu pada Januari 2011 apabila empat warga Kenya menyaman kerajaan British atas dakwaan menyalahgunakan kuasa di kem tawanan.

Pihak yang bersimpati pihak yang terselamat - melibatkan pembunuhan 24 penoreh getah tidak bersenjata oleh tentera British - masih membangkitkan perkara itu.

Selain memfailkan saman untuk memaksa kerajaan British menjalan inkuiri, mereka juga mengadakan perhimpunan mengutuk perkara itu ketika Perdana Menteri British melawat Malaysia baru-baru ini.

Tiada ulasan: