Khamis, 19 April 2012

HARAP2 SERTA BERDOA...KEPADA ALLAH...AGAR RAKYAT TAHU SIAPA PENYAMUN TARBUS...DAN TAK BOLEH DIHARAP..BANYAK BERLAKU PENYELEWENGAN ....PENIPUAN...RASUAH..AMBIK KOMISEN...DLL YANG BERTENTANGAN DENGAN SYARAK JUGA UNDANG2 NEGARA...

Sungai Terah bina kilang sawit RM42 juta

Aslani M | Foto Yusri Amin, 19 Apr 2012
GUA MUSANG, 19 April: Selepas membayar bonus 11 bulan gaji kepada kakitangannya, Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd (SLST) maju setapak lagi merancang membina kilang sawit dan penempatan di Jeli tidak lama lagi.

Anak syarikat kerajaan negeri itu akan membina kemudahan tersebut di kawasan seluas 22 ekar membabitkan pelaburan keseluruhan sebanyak RM45 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perladangan PKINK Bhd, Zazali Japar berkata, pembinaan kilang berkenaan dianggar membabitkan kos RM43 juta.

“Kumpulan Perladangan juga akan membina jalan tar masuk ke tapak kilang sejauh 4 km melibatkan kos RM9 juta dan bayaran pampasan kepada penduduk RM1 juta.

“Di kawasan kilang juga akan dibina kompleks perumahan dan pejabat pentadbiran Ladang Tapis Sdn Bhd.

“Sehubungan itu satu majlis menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat dari Kuala Lumpur bagi membina kilang akan diadakan di sebuah hotel di Kota Bharu pada Mei depan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Beliau yang juga Pengurus Besar SLST berkata, pembinaan kilang sawit terbabit dijangka siap pada awal 2014 dan apabila beroperasi kelak berupaya memproses sawit 30 tan sejam.

Selepas itu akan dipertingkatkan keupayaan memproses kepada 45 tan sejam.

Kumpulan Perladangan PKINK mempunyai tiga ladang di Jeli iaitu Ladang Tapis seluas 1,889 hektar, Ladang Rakyat Lubuk Bongor 1 (1,955 hektar) dan Ladang Rakyat Lubuk Bongor II (1,476 hektar).

Selain itu di Jeli juga terdapat Ladang Kuala Balah seluas 2,101 hektar.

Manakala di Gua Musang Kumpulan Perladangan PKINK mempunyai Ladang Kelasa seluas 2,665 hektar, Ladang Subong (2,993 hektar) dan Ladang Nenggiri (4048 hektar).

SLST juga mempunyai kilang memproses susu getah iaitu LST Latex Concentrate yang terletak kira-kira 3 km daripada pejabat operasi di  Sungai Terah.

Zazali juga berkata, Kumpulan Perladangan ditubuh pada 2010 merupakan syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

“Tumpuan aktivitinya perladangan sawit dan getah. Visinya menjadi peneraju utama dalam bidang perladangan dan industri hiliran di Kelantan yang mampu berdaya saing di peringkat nasional,” katanya.

Menurutnya juga SLST menganugerahkan lot rumah kepada kakitangan yang berkhidmat lebih 10 tahun, di mana setiap satu bernilai kira-kira RM20,000.

Katanya, syarikat turut menyediakan kemudahan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM50,000 bagi membolehkan kakitangan yang mendapat lot  membina kediaman mereka.

Ketika tinjauan di kawasan perumahan terbabit didapati suasana seperti perkampungan baru, di mana banyak terdapat banglow milik kakitangan SLST.

Kawasan perumahan tersebut juga dilengkapi dengan sebuah kelas asuhan kanak-kanak dan masjid.

Lahir di Malaysia tapi tak dapat warganegara

Muhammad Faizal, 19 Apr 2012
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli menegaskan pihak kerajaan perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam mempertimbangkan kembali pemberian status kewarganegaraan kepada mereka yang telah lama menetap di negara ini termasuk mereka yang dilahirkan di Malaysia.

Beliau yang ditemui di hadapan pintu masuk Parlimen ketika demonstrasi masyarakat India di negara ini yang menuntut taraf warganegara itu turut menegaskan agar kerajaan perlu mengutamakan mereka yang betul-betul berhak mendapat taraf warganegara untuk diberikan kad pengenalan biru bukannya memberi taraf warganegara hanya tujuan untuk mendapat undi pada pilihanraya nanti.

"Perkara ini perlu diambil tanggungjawab sepenuh oleh kerajaan, malah hak warganegara kepada mereka perlu diberikan memandangkan mereka telah lama menetap di negara ini sudah lama.

"Kita tidak mahu kerajaan memberi taraf kewarganegaraan hanya untuk kepentingan politik mereka seperti mendapat undi pada pilihanraya nanti tetapi mereka yang benar-benar sah mendapat status kewarganegaraan dinafikan," katanya yang juga Ketua Pengarah Pilihan raya PAS.

Tambahnya lagi, pendedahan yang dilakukan sebelum ini membuktikan bahawa terdapat usaha pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang-pendatang asing dalam usaha menyelamat kedudukan pemimpin kerajaan pada pilihanraya nanti.

Sedangkan apa yang berlaku hari ini membuktikan bahawa mereka yang hadir telah dianiayai, malah turut dinafikan hak mereka untuk mengundi pada pilihanraya nanti.

"Kebanyakan mereka yang ada hari ini telah menetap di Malaysia melebihi 50 tahun tetapi belum mendapat taraf warganegara serta memegang kad pengenalan merah.

"Itu belum kita ketahui anak-anak mereka yang dilahirkan di negara ini, adakah mempunyai taraf warganegara ataupun sebaliknya," sambung beliau lagi.

Dr. Mohd Hatta turut menyatakan apa yang berlaku hari ini merupakan satu tamparan kepada sistem yang ada di negara ini terutama dalam proses memberi taraf warganegara.

"Sistem yang perlu diperbaiki dan lemah dan kita lihat mereka yang telah tinggal di negara ini lebih 50 tahun tidak diberi kerakyatan tetapi warga Indonesia mahupun lain-lain yang menetap sekitar 10 hingga 15 tahun begitu senang mendapat taraf warganegara.

"Kita mahu satu badan khas dibentuk untuk meneliti kembali permohonan mereka agar mereka turut berhak mendapat hak keistimewaan sepertimana yang di miliki oleh rakyat lain," jelas beliau lagi.

Sementara itu, lebih kurang 100 masyarakat kaum India berhimpun di hadapan pintu masuk parlimen bagi menuntut hak mereka agar diberikan status kewarganegaraan.

Kebanyakan mereka telah menetap di negara ini melebih 50 tahun tetapi sehingga sekarang masih memegang kad pengenalan merah.

PAS Johor alu-alukan pemimpin utama Pakatan

Anis Nazri, 19 Apr 2012
KUALA LUMPUR: Sekiranya terdapat kehendak dari parti-parti yang mewakili Pakatan Rakyat untuk meletakkan pemimpin kanan di Johor, kehadiran mereka memang dialu-alukan.

Lebih-lebih lagi, kebanyakan pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat memang berasal dari Johor.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat (gambar) berkata, selain Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang berasal dari Johor, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, Datuk Teng Chang Kim; exco Selangor, Yaakob Sapari dan Iskandar Abdul Samad juga berasal dari Johor.

"Saya fikir lebih ramai lagi pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang berasal dari Johor.  Hanya kerana faktor kerja yang menyebabkan mereka berada di luar. Dan kami memang mengalu-alukan kehadiran pemimpin tersebut," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau juga berkata keadaan itu akan menjadi satu lonjakan besar sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, selain menambah satu keyakinan kepada Pakatan Rakyat itu sendiri.

Sebelum ini, katanya pengesahan Salahuddin untuk bertanding di Johor sudah cukup memberi impak besar kepada BN, apatah lagi dengan beberapa lagi nama besar yang turut dikatakan akan menggempur Johor pada pilihan raya umun ke-13 akan datang.

"Dengan nama-nama besar seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan; dan beberapa nama lagi sudah tentu akan membimbangkan BN Johor," tegas Suhaizan lagi.

Pada 16 April lalu, akhbar Sin Chew melaporkan terdapat desas-desus Ahli Parlimen Ipoh Timur itu akan bertanding di Johor sebagai langkah strategik untuk menumbangkan kubu kuat BN di negeri selatan itu.

Selain itu, laman web The Malaysian Times turut melaporkan perkara yang sama bahawa Lim kemungkinan besar bertanding di Kulai atau Labis, kedua-dua kerusi MCA yang kini disandang bekas presiden MCA Ong Ka Ting dan anak presiden kepada presiden MCA kini, Chua Tee Yong.

Bukan itu sahaja, Fong yang digeruni di parlimen dan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching turut dikatakan akan bertanding di Johor atas faktor keluarga.

Suami Fong merupakan Setiausaha DAP Johor, Tan Chen Choon, manakala Teo sememangnya berasal dari Batu Pahat.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Suhaizan berkata dengan kehadiran pemimpin kanan Pakatan Rakyat di negeri itu, tidak mustahil negeri yang dikatakan kubu kuat Umno itu bakal tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Tambah lagi, katanya Pakatan Rakyat hanya perlu meneruskan suasana feel good di kalangan rakyat bagi memastikan kemenangan yang besar di Johor.

"Dengan kerapnya pemimpin kanan Pakatan Rakyat turun padang, menyantuni isu tanah yang mencengkam rakyat Johor, seperti sebelum ini, yang berjaya mewujudkan suasana feel good itu.  Dan Insya-Allah, jika ia dikekalkan tidak mustahil rakyat Johor akan menikmati manfaat sekiranya Pakatan Rakyat mengambilalih Johor kelak," tegas beliau.

BR1M perangkap BN pancing undi rakyat

Mohd Nor Yahya, 19 Apr 2012
KUALA KRAI: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diagih kepada 6.2 juta rakyat baru-baru ini dianggap sebagai perangkap dipasang Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, pemberian tersebut semata-mata bagi memancing undi rakyat dengan harga yang murah.

“Dengan RM500 pemimpin Umno dan BN beranggapan rakyat akan terpengaruh, sedangkan orang ramai sedar wang itu ialah hasil cukai mereka yang dibayar kepada kerajaan.

“Saya yakin rakyat tidak mudah terpengaruh dengan umpan seperti itu. Mereka lebih merasai kos hidup yang semakin meningkat sekarang dan muak pelbagai penyelewengan kerajaan BN,” katanya di majlis “TTemu Mato JJemok Kiro” anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Lata Rek baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Urusetia Penerangan Negeri, Abdul Rahman Yunus dan Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah dan pegawai penerangan kerajaan negeri, Abdul Hamid Derani.

Muhamad Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, rakyat mulai mengetahui kehidupan boros pemimpin Umno dan BN menjadi antara punca banyak subsidi untuk rakyat dikurangkan.

Menurutnya juga PAS tetap menentang Umno dan mendedahkan penyelewengan dilakukan mereka biar pun parti itu tidak lagi diterajui Datuk Seri Najib Razak.

“Kita tetap memerangi Umno kerana dasar parti itu tidak berlandaskan Islam manakala pemimpin mereka banyak terpalit dengan pelbagai skandal dan penyelewengan,” katanya.

Di majlis tersebut juga Dr Muhammad Fadzli menerima borang keahlian PAS daripada seorang penyokong Umno kampung terbabit, Muhammad Mahat.

Beliau bersama sembilan anggota keluarga menyertai PAS dan meninggalkan perjuangan Umno yang disertai selama ini.

Akta baru tidak boleh atasi mudarat ISA

Harakahdaily, 19 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 19 April: "Akta baru ini memberi ruang kepada pelanggaran-pelanggaran tersebut untuk berulang," kata Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam satu kenyataan.

Begitupun, katanya, Ikram menyambut baik inisiatif untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) seperti yang telah dibentangkan di Parlimen.

Seharusnya, kata beliau ISA dimansuhkan lama dahulu oleh kerana pelanggarannya terhadap prinsip-prinsip keadilan, kebebasan dan kemanusiaan sejak ia diluluskan 52 tahun yang lalu.

"Namun Ikram kesal dengan kelulusan rang undang-undang baru Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang dikatakan lebih baik daripada ISA," ujarnya.

Beliau menambah, Ikram juga kesal dengan kegagalan pihak kerajaan mengadakan ruang rundingan awam yang munasabah sebelum rang undang-undang tersebut dibentangkan dan diluluskan di Parlimen.

Menurutnya, walaupun terdapat beberapa penambahbaikan yang telah dilakukan seperti tempoh penahanan 60 hari dipendekkan kepada 28 hari namun ternyata melalui bantahan yang dibuat oleh pelbagai pihak, khususnya oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), badan-badan bukan kerajaan dan Pakatan Rakyat, ternyata masih terdapat beberapa masalah besar berhubung akta baru berkenaan.

"Antaranya ialah kuasa tahan tanpa bicara 28 hari kepada polis, kesamaran tafsiran kesalahan keselamatan, peruntukan ikat jamin yang tidak dibenarkan, penahanan yang boleh terus dilakukan sehingga semua prosedur rayuan selesai dan penggunaan peranti pengawasan elektronik yang bercanggah dengan hak kebebasan bergerak dan privasi," katanya lagi.

Justeru, ujarnya Ikram berpendapat soal memelihara keselamatan dan menangkis ancaman keganasan kepada negara adalah penting namun ia tidak sama sekali boleh membenarkan apa sahaja tindakan termasuk penyalahgunaan kuasa, penyeksaan dan kezaliman, apatah lagi yang bercanggah dengan prinsip keadilan yang dituntut oleh Islam.

Katanya, kaedah fiqh menyatakan bahawa sesuatu mudarat tidak boleh diatasi dengan suatu mudarat yang lain.
"Malah, Ikram menentang mana-mana akta yang membuka pintu kezaliman dalam semua keadaan di setiap masa," ujarnya lagi.
Menurutnya, amatlah nyata berlakunya banyak pelanggaran berkenaan dalam ISA jika diteliti testimoni, dokumentasi, laporan dan pendedahan yang telah dibuat oleh bekas tahanan ISA dan ahli keluarga mereka.

Akta baru tidak boleh atasi mudarat ISA

Harakahdaily, 19 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 19 April: "Akta baru ini memberi ruang kepada pelanggaran-pelanggaran tersebut untuk berulang," kata Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam satu kenyataan.

Begitupun, katanya, Ikram menyambut baik inisiatif untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) seperti yang telah dibentangkan di Parlimen.

Seharusnya, kata beliau ISA dimansuhkan lama dahulu oleh kerana pelanggarannya terhadap prinsip-prinsip keadilan, kebebasan dan kemanusiaan sejak ia diluluskan 52 tahun yang lalu.

"Namun Ikram kesal dengan kelulusan rang undang-undang baru Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang dikatakan lebih baik daripada ISA," ujarnya.

Beliau menambah, Ikram juga kesal dengan kegagalan pihak kerajaan mengadakan ruang rundingan awam yang munasabah sebelum rang undang-undang tersebut dibentangkan dan diluluskan di Parlimen.

Menurutnya, walaupun terdapat beberapa penambahbaikan yang telah dilakukan seperti tempoh penahanan 60 hari dipendekkan kepada 28 hari namun ternyata melalui bantahan yang dibuat oleh pelbagai pihak, khususnya oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), badan-badan bukan kerajaan dan Pakatan Rakyat, ternyata masih terdapat beberapa masalah besar berhubung akta baru berkenaan.

"Antaranya ialah kuasa tahan tanpa bicara 28 hari kepada polis, kesamaran tafsiran kesalahan keselamatan, peruntukan ikat jamin yang tidak dibenarkan, penahanan yang boleh terus dilakukan sehingga semua prosedur rayuan selesai dan penggunaan peranti pengawasan elektronik yang bercanggah dengan hak kebebasan bergerak dan privasi," katanya lagi.

Justeru, ujarnya Ikram berpendapat soal memelihara keselamatan dan menangkis ancaman keganasan kepada negara adalah penting namun ia tidak sama sekali boleh membenarkan apa sahaja tindakan termasuk penyalahgunaan kuasa, penyeksaan dan kezaliman, apatah lagi yang bercanggah dengan prinsip keadilan yang dituntut oleh Islam.

Katanya, kaedah fiqh menyatakan bahawa sesuatu mudarat tidak boleh diatasi dengan suatu mudarat yang lain.
"Malah, Ikram menentang mana-mana akta yang membuka pintu kezaliman dalam semua keadaan di setiap masa," ujarnya lagi.
Menurutnya, amatlah nyata berlakunya banyak pelanggaran berkenaan dalam ISA jika diteliti testimoni, dokumentasi, laporan dan pendedahan yang telah dibuat oleh bekas tahanan ISA dan ahli keluarga mereka.

Penipuan daftar pemilih demi Melayu?

Khalid Samad, 19 Apr 2012
Semasa isu penipuan daftar pemilih dibawa ke kampung-kampung, kedengaran adanya usaha pihak UMNO mempertahankan amalan ini atas hujjah ianya dilakukan kononnya untuk menjamin kelangsungan pemerintahan dan kuasa politik Melayu.

Hujjah ini jelas satu pembohongan dan merupakan usaha terdesak UMNO untuk kekal berkuasa!

Sebenarnya yang ingin dipertahankan adalah penerusan kekuasaan UMNO dan demi itu mereka sanggup menipu rakyat dengan menggadaikan kedaulatan Negara.
Tindakan penipuan ini, termasuk persoalan menjual kerakyatan demi undi, adalah merupakan satu tindakan khianat yang wajib dikutuk semua pihak.

Sepertimana yang diketahui umum, semua calon-calon UMNO bertanding melawan calon Melayu juga, samada dari PAS atau PKR.

Oleh itu, jumlah kerusi yang akan dipegang oleh wakil rakyat Melayu tidak akan berkurangan. Ianya akan tetap sama.

Yang bezanya ialah yang pernah dipegang oleh Melayu UMNO akan dipegang pula oleh Melayu PAS atau PKR. Oleh itu persoalan kelangsungan pemerintahan dan kuasa politik Melayu tidak timbul.
Soal demi Melayu adalah hanya satu pembohongan sepertimana juga persoalan rasuah diambil demi Melayu! Kalau Melayu tidak ambil rasuah, nanti orang lain ambil!

Persoalannya sekarang ialah jenis pemimpin Melayu yang bagaimana yang ingin disokong oleh masyarakat Melayu di Negara kita ini? Melayu rasuah, perkauman, fitnah dan tidak amanah atau yang sebaliknya?

Sekiranya yang rasuah, perkauman, fitnah dan tidak amanah adalah pilihan hati sekalipun, ianya tidak merupakan hujjah untuk menyokong tindakan penipuan dan pengkhianatan yang sedang dilakukan UMNO dewasa ini berhubung daftar pemilih.

Ada juga yang terus diajar UMNO bahawa penipuan, rasuah, fitanh dan sebagainya adalah kebiasaan dalam alam politik.

Politik sememangnya kotor, kata mereka lagi; dan siapa sahaja yang memimpin, mereka akan buat juga sepertimana UMNO sedang lakukan sekarang. Dalam erti-kata lain, 2x5, 5x2 dan oleh itu tidak perlu membawa perubahan.

Golongan sebegini, yang bercakap kononnya untuk membela nasib orang Melayu dan adalah pejuang Melayu sebenarnya menghina bangsa Melayu dan ingin bangsa sendiri hancur atas sebab akhlak buruk yang dikekalkan.

Mereka beranggapan bahawa bangsa Melayu ini sebagai bangsa yang paling tidak bertamaddun di dunia sehingga tidak mampu membebaskan diri dari amalan-amalan terkutuk seperti rasuah, fitnah, perkauman, salah guna kuasa dan sebagainya.

Masyarakat Melayu perlu melepaskan diri mereka dari fahaman sebegini dan yakin akan kemampuan bangsa untuk menghasilkan pemimpin-pemimpin yang bersih dari sifat-sifat terkutuk seperti di atas.
Memang benar bahawa tiada yang maksum, tetapi itu bukan alasan untuk terus menyokong pemimpin yang mengkhianati amanah yang diserahkan kepada mereka oleh rakyat.

Kelemahan pasti ada dan setiap kelemahan perlu ditegur dan diperbetulkan, bukan ‘diharuskan’ atas alasan tiada yang maksum!

PAS bersama PR memberikan harapan baru kepada masyarakat Melayu. Bersama kita menawarkan saff pimpinan Melayu yang bersih dari rasuah dan sifat-sifat terkutuk seperti yang disebutkan.

Pada masa yang sama sesiapa yang terbukti bersalah melakukan rasuah dan penyelewengan akan dikenakan tindakan dan ditolak.

Hanya yang tidak yakin akan kemampuan bangsa untuk menghasilkan kepimpinan bersih dan berakhlak akan menolak tawaran PAS dan PR.

Sambil yang yakin dengan kemampuan bangsa, berdasarkan ajaran Islam, akan menyokong dan menerima PAS dan PR. Pilihan ditangan anda.

WaLlahu 'Alam
----------------------------------------------------
Penulis adalah anggota Parlimen Shah Alam yang juga AJK PAS Pusat.

Kuin tiada masalah kewangan - MB Kedah

Harakahdaily, 19 Apr 2012
ALOR SETAR: Kolej Universiti Insaniah (Kuin) tidak berdepan masalah kewangan seperti didakwa sesetengah pihak, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar).

Beliau berkata, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta kepada Kuin untuk aspek pengurusan dalam belanjawan lalu.

“Sebenarnya isu kewangan tidak timbul. Situasi yang berlaku ialah pada Mac lalu, Kerajaan Negeri terlambat menyalurkan peruntukan kepada Kuin, menyebabkan beberapa perkara tergendala,” katanya sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Azizan mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mempertikai kemampuan Kerajaan Negeri membayar balik pinjaman membina kampus induk Kuin, selain mendakwa Kuin kampus Mergong berdepan masalah kewangan, termasuk tunggakan mencecah RM60,000 membabitkan klinik panelnya.

Azizan yang juga Pengerusi Kuin berkata, kemungkinan isu terbabit dibangkitkan selepas parti lawan mendapat maklumat berhubung kelewatan pembayaran gaji kakitangan Kuin serta tunggakan yang belum berbayar sebelum Mac lalu.

“Sekarang masalah itu tidak timbul lagi. Gaji kakitangan sudah dibayar pada 3 April, di mana sebelum ini gaji dimasukkan pada hujung bulan Mac. Ia lewat beberapa hari ekoran lambat menerima peruntukan,” katanya.

Mengulas mengenai hutang tertunggak melibatkan klinik panel, Azizan berkata, sebahagian tunggakan sudah dijelaskan November lalu, dan bakinya dibayar secara ansuran setiap bulan.

“Memandangkan bulan lepas ada kelewatan dalam peruntukan, klinik panel juga lambat terima bayaran. Kita memiliki antara tujuh hingga lapan klinik panel dan cara pembayaran adalah sama dengan syarikat lain. Ini bukan satu masalah yang besar,” katanya.

Azizan berkata, peruntukan daripada Kerajaan Negeri disalurkan kepada pengurusan Kuin secara berperingkat, bukannya tiada peruntukan langsung.

“Mungkin pemimpin Barisan Nasional (BN) bangkitkan isu ini sebab di Kedah tiada isu besar lain. Tambahan pula mereka panik bila melihat kelancaran pembangunan kampus induk Kuin di Kuala Ketil, mungkin bimbang kelak rakyat akui kecekapan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Kampus Kuin Kuala Ketil dijangka siap penghujung tahun ini, manakala pengajian dijangka bermula pertengahan tahun depan.

Kelmarin, pada Sidang Dun, Azizan menjelaskan kos pembinaan kampus induk berkenaan mencecah RM330 juta manakala pinjaman yang perlu dijelaskan dalam tempoh 15 tahun ialah pada kadar RM44.8 juta setahun.

RUU GST ditarik balik buat kali ke-3

Harakahdaily, 19 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 19 April: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussin hari ini memohon kepada Dewan Rakyat untuk menarik balik pembentangan usul Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2009 untuk bacaan kali kedua.

Jika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut Jun ini benar-benar berlaku, bermakna RUU itu masuk tiga kali ditangguhkan untuk dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat sejak 2009 lalu.

Ini kerana hari ini merupakan hari terakhir Sidang Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas.

Semalam, Datuk Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) yang juga Naib Presiden PAS, membayangkan kerajaan tidak akan membentangkan RUU itu pada hari terakhir hari ini.

Jika RUU itu dibentang sebelum PRU, Mahfuz menyifatkan ianya umpama BN 'sembelih diri'.

Tiada ulasan: