Jumaat, 13 April 2012

KES2 LAMA BELUM REDA SERTA HILANG...KES2 BARU MENJELMA...MUNGKIN ALLAH NAK BUKA SEGALA PEKUNG...BILA ITU KEHENDAK ALLAH...KITA TAK MAMPU MENOLAK...AZAB AKHIRAT MENUNGGU ATAS KEMUNGKARAN@MAKSIAT SERTA ATAS KERJA2 PENIPUAN2 SELAMA INI KITA BUAT...INGATLAH MATI...SYURGA DAN NERAKA...

Isa Samad sedang monopoli Felda - Mazlan

Nazri Abdullah, 12 Apr 2012
PUTRAJAYA, 12 April: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman tidak menolak kemungkinan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sedang merancang untuk memonopoli Felda.

[Gambar: Mazlan (tengah) dan rombongan menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada SPRM, di Putrajaya pagi tadi.]
Menurutnya, ianya dapat dilihat dengan jelas ekoran beberapa tindakan Isa bermula dengan perlantikan Isa sebagai ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) seterusnya menjadi pengerusi KPF yang didakwa secara 'rampasan kuasa' pada 25 Ogos tahun lalu menggantikan Datuk Dzulkifli Abd Wahab.

Selepas itu, dengan kuasanya Isa dakwa Mazlan telah bertindak  menulis surat kepada Perdana Menteri agar mengrahkan Dzulkifli cuti belajar sembilan bulan.

Selain Dzulkifli, Timbalan Pengarah Besar KPF Abidin Abdul Rahman pula turut ditukar menjadi pengumpul keratan akhbar di Perpustakaan di Jabatan Perdana Menteri.

Terbaru pula dedah Mazlan, Isa menggunakan kuasanya menamatkan tiga wakil Lembaga Pengarah KPF dalam Felda Holding menerusi sepucuk surat bertarikh 22 Mac 2012.

Mereka adalah Datuk Zainal Hassan, Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Raja Sharifudin.
Manakala pada mesyuarat antara Menteri di JPM Datuk Ahmad Maslan pada 14 Disember 2011, Isa telah dilantik mewakili KPF dalam Invesment Holding Company (IHC) iaitu syarikat pegangan pelaburan selepas penyenaraian FGVH.

Maklumat terbaru juga kata Mazlan, beliau mendapat maklumat bahawa Isa secara senyap-senyap telah menubuhkan syarikat Felda Global Ventures Plantations (Malaysia) Sdn Bhd bagi menggantikan Felda Plantations Sdn Bhd.

Lebih memeranjatkan, 12 orang pengarah dalam Felda Plantations sebelum ini hanya tingal dua orang dalam syarikat baru itu iaitu Isa dan Datuk Sabri Ahmad.

"Bayangkan sekarang ini kuasa mutlak sedang berada di tangan Isa Samad dan Sabri Ahmad.

"Ini baru sebelum penyenaraian, bayangkan selepas penyenaraian, apa mereka akan buat nanti," kata Mazlan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebelum menyerahkan laporan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Isa kepada SPRM.

Antara penyelewengan yang didakwa Mazlan termasuk memberi pojek secara runding terus 'Ceria ke Sekolah' bernilai RM2,750 000 dan projek membekal multivitamin 'Proviton dan Vitamin C Flavettes Sugar' bernilai RM1,590,000.

Selain itu, kos membeli buku coffee table 'Najib PM Malaysia ke 6' sebanyak tiga kali dengan nilai masing-masing RM118,750, RM142,500 dan RM91,437.50.

Yang terakhir berkaitan kos jamuan hari raya di kediaman Isa di Port Dickson berjumlah RM353,375 dan isterinya datin Sri Bibi Sharliza RM17,875 yang didakwa lebih mahal dari biasa yang dibuat di ibu pejabat Felda sekitar RM30,000.

'Duduk Bantah' untuk masa depan anak muda

Hazayani Zakaria, 12 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 12 April: Golongan muda harus mengambil bahagian dalam 'Duduk Bantah' pada 28 April ini bagi menuntut pilihan raya bersih jika cintakan negara ini.

Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk A. Samad Said (gambar) berkata, apa yang dilakukan gabungan ini adalah untuk masa depan golongan muda.

"Anda semuanya mengetahui bahawasanya 28 April ini kita adakan satu gerakan untuk membersihkan lunas-lunas demokrasi dengan melakukan "Duduk Bantah' dan 'Duduk Bantah' ini memang untuk semuanya.

"Saya harap pun semua (peringkat umur) akan datang tapi khususnya saya mengharapkan angkatan muda kerana apa yang kami lakukan ini adalah untuk masa depan angkatan muda. Angkatan muda sendiri harus mengambil perhatian dan memberikan sokongan yang sepenuhnya," kata sasterawan negara itu yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad ketika ditemui di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini.

Pak Samad yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-77 Isnin lalu juga berkata, beliau tidak keberatan untuk membacakan kembali puisinya "Unggun Bersih" pada perhimpunan tersebut.

"Itu tidak mustahil kalau iklim dan suasananya bagus. Saya akan membaca Unggun Bersih dulu. Unggun Bersih akan bergema kembali dan menyala-nyala dalam dada," katanya yang pernah dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis kerana mendeklamasikan sajak tersebut yang dianggap "menghasut" beberapa hari sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu.

Terdahulu, seorang lagi selebriti, Man Kadir atau lebih dikenali dengan watak Pak Jabit dalam filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah" turut memberikan semangat kepada anak muda untuk turut serta "Duduk Bantah".

Berceramah di Felda Keratong 4, Rompin, Pahang malam tadi, beliau berkata, Bersih 2.0 sudah berjaya membuktikan keberanian anak muda.

"Kita pergi, kita duduk dan bantah. Kali ini kita duduk sahaja. Dulu kita bergerak, kali ini kita tak bergerak.

"Kalau dulu anak muda Melayu duduk di kampung, anak muda  Cina duduk di kampung baru, anak muda India duduk di estet, anak muda asli duduk tepi sungai, hari ini mereka sudah berganding bahu. Bersih 2.0 kita lihat anak muda Iban, Kadazan, India, Melayu, Cina semuanya melangkah berganding bahu bergerak bersama menuju Stadium Merdeka.

"Saya tengok menitis air mata. Saya dapat melihat anak muda Malaysia bangun bersama-sama," katanya dalam ceramah anjuran PAS kawasan Rompin itu.

Justeru katanya, semangat itu perlu diteruskan pada 28 April ini.

"Kita memerlukan anak muda yang berani untuk sama-sama turun ke Dataran Merdeka," katanya.

Lynas: Mahkamah tolak semakan kehakiman penduduk

Harakahdaily, 12 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 12 April: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan sepuluh penduduk Gebeng, Kuantan terhadap tindakan Energy Licensing Board (AELB) meluluskan lesen operasi sementara kepada Lynas Corporation bagi mengusahakan kilang nadir bumi.

Hakim menolak permohonan tersebut atas alasan ianya masih dalam perbincangan dan Parlimen sedang menimbangkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) bagi membincangkan perkara itu.

Gabungan Solidariti Hijau SeMalaysia- Stop Lynas (SHS-SL) Zulkefly Mohamad Omar bagaimana pun berkata, pihaknya akan terus membuat rayuan berhubung perkara itu keran atidak yakin dengan PSC.

"Kita akan terus membuat rayuan kerana kita memang menolak PSC.

"Tengok PSC mengenai penambaikan pilihan raya baru-baru ini, tidak semua laporan dibentangkan dalam perbahasan. Kita tidak mahu perkara seperti itu berlaku," kata beliau kepada harakahdaily hari ini.

Sehubungan itu beliau sekali lagi menyeru rakyat turun ke himpunan aman besar-besaran yang akan diadakan serentak di 11 lokasi seluruh negara selepas solat Jumaat, esok.

Lokasi-lokasi yang disenaraikan antaranya Dataran Shah Alam (Selangor dan Kuala Lumpur), Masjid Al-Fatah, Batu 3 Kuantan (Pahang), Tapak Kilang Are bukit Merak (Perak), Masjid Permatatng Janggus, Permatang Pauh (Pulau Pinang),  Masjid Pengadang Baru Kuala Terengganu (Terengganu), Masjid Al-Azim (Melaka), Masjid Daerah Batu Pahat (Johor), Dataran Jam Besar, Sungai Petani (Kedah), Taman Tasik Seremban Hadapan Masjid Negeri (Negeri Sembilan), Dataran Ilmu Kota Bharu (Kelantan) dan Masjid At Takwa, Miri (Sarawak).

Pada 17 Februari, penduduk berkenaan memfailkan permohonan dengan AELB yang menyelia pengeluaran, permohonan dan penggunaan tenaga atom dan bahan radioaktif, ketua pengarah kualiti alam sekitar dan Lynas sebagai responden.

Dalam permohonan itu, penduduk berkenaan memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan AELB pada 30 Januari bagi mengeluarkan lesen sementara kepada Lynas Malaysia.

Mereka juga memohon perintah bagi melarang AELB daripada mengeluarkan lesen sementara atau tetap kepada Lynas kecuali atau sehingga syarikat itu mengemukakan laporan penilaian lengkap mengenai kesan loji itu terhadap alam sekitar kepada ketua pengarah kualiti alam sekitar dan sehingga laporan itu diluluskan.

Jaja ‘borang Umno’ dari rumah ke rumah

Aslani M, 12 Apr 2012

TANAH MERAH, 12 April: Seorang wanita ditugaskan turun naik rumah penduduk untuk mendapat tanda tangan borang yang siap diisi. Ada juga budak yang diminta menandatangani borang bagi pihak ibu bapa mereka.

Penduduk memberitahu wanita berkenaan bekerjasama dengan seorang lelaki berharap usaha itu dapat mewujudkan cawangan baru Umno Kampung Jegor bagi menyaingi cawangan Umno yang sedia ada.

Seorang penduduk Ahmad Razali Ahmad berkata, wanita terbabit membawa borang yang sudah siap diisi menemui sesiapa sahaja untuk menandatanganinya.

“Dia tidak memberitahu borang berkenaan ialah permohonan menjadi ahli Umno. Namun dia sanggup melakukan dengan harapan cawangan baru Umno diwujudkan di Kampung Jegor.

“Pada awalnya wanita dan lelaki terbabit difahamkan tidak senang dengan ketua cawangan Umno yang sedia ada sehingga mengambil tindakan mewujudkan cawangan baru biar pun bilangan penduduk tidak ramai.

“Sedangkan bilangan pengundi di Kampung Jegor hanya sekitar 50 orang, bagaimana hendak wujud dua cawangan Umno pula,” katanya di sini.

Oleh itu kata beliau tidak ada ahli atau penyokong PAS di kampung berkenaan yang menyertai Umno di Kampung Jegor seperti didakwa sebuah akhbar semalam.

Akhbar berkenaan dalam laporan mendakwa 80 ahli PAS menyertai Umno kerana kecewa kerajaan Kelantan gagal membawa perubahan sejak 20 tahun lalu.

Pada majlis itu seorang lelaki Razali Muhamad berlakon menyerah borang menyertai Umno kepada pemimpin Umno Jeli, Datuk Dr Azmi Setapa sambil diperhatikan Ketua Umno Tanah Merah, Datuk Ikmal Abdul Aziz.

Ahmad Razali yang juga Setiausaha PAS Cawangan Jegor berkata, Umno sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapat publisiti murahan biar pun di luar normal biasa.

Seorang lagi penduduk berkata, ada penyokong Umno yang beriya-iya mahu menjadi ketua sanggup menubuh cawangan baru Umno di luar peraturan biasa.

Sedangkan katanya Umno sudah ada cawangan di kampung berkenaan, namun kerana berlaku krisis dalaman orang terbabit bertindak mewujudkan cawangan lain pula.

Pada Febuari lalu Umno Tanah Merah juga melakukan taktik serupa apabila mendakwa 60 bekas ahli PAS di Kampung Kederak menyertai Umno.

Sedangkan apa yang berlaku penduduk di kampung berkenaan diminta hadir pada program penyampaian beras percuma. Namun tiba-tiba program penyerahan borang pula diadakan.

Malah tidak ada ahli dan penyokong PAS di Kampung Kederat yang menyertai Umno seperti didakwa Ketua Bahagian Umno.

Di Pasir Puteh pula program anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Panggung bertukar menjadi majlis penyerahan borang menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP).

Kontroversi PM, Altantuya, Scorpene belum berakhir

Anis Nazri, 12 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 12 April: Kontroversi membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan peranan penterjemah Mongolia, Altantuya Shariibuu dalam pembelian kapal selam Scorpene belum berakhir.

Kini, satu artikel tulisan John Berthelsen, Gun Begins to Smoke in Malaysian Sub Scandal mendedahkan beberapa fakta kontroversial di sebalik transaksi pembelian kapal selam Scorpene.

Antara lain artikel tersebut turut melontarkan beberapa fakta melibatkan salah laku dan penyelewengan yang ketara dalam transaksi berkenaan, sekaligus memalitkan imej Najib yang menjawat jawatan Menteri Pertahanan pada ketika itu.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar), dalam tulisan yang disiarkan di laman web Asia Sentinel, 5 April lalu, mendedahkan dalam transaksi yang bernilai US$1.2 billion tersebut, fakta didedahkan melalui proses penyiasatan percaya bahawa sekurang-kurangnya sejumlah €36 juta (RM144 juta) yang disalurkan melalui sebuah syarikat yang berpusat di Hong Kong, Terasasi (HK) Ltd yang dikendalikan oleh orang kanan Najib iaitu Abdul Razak Baginda, berakhir di 'poket Najib'.

Syarikat Terasasi itu yang bertempat di daerah Wan Chai, Hong Kong, tambah Shamsul turut dikendalikan oleh bapa kepada Razak Baginda iaitu Abdul Malim Baginda.

"Pendedahan ini jelas menggemparkan, di saat fakta-fakta seumpama ini digelapkan di dalam media Malaysia dan hanya diperoleh melalui siasatan media antarabangsa yang mempunyai akses siasatan yang kredibel," tegas beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.

Ditambah dengan pengakuan bapa kepada mendiang Altantuya, Dr. Shaaribuu Setev bahawa beliau pernah melihat gambar di antara mendiang Altantuya, Razak Baginda dan Najib, Shamsul menegaskan ia seolah-olah menggambarkan bahawa keterlibatan Najib di dalam skandal itu sudah tidak boleh diragui lagi.

Malah, AMK melihat ini merupakan satu tamparan kepada Najib dalam keadaan beliau telahpun bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu pada Ogos 2008 sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh sedang dijalankan.

"Fakta-fakta yang diperincikan oleh Asia Sentinel ini mempunyai kredibiliti dan harus dinafikan oleh Najib secara berfakta untuk membersihkan nama beliau selaku Perdana Menteri Malaysia," tegas beliau lagi.

Justeru, AMK mencabar Najib untuk membuat penafian terbuka secara spesifik dan menyaman John Berthesen serta Asia Sentinel sekiranya ia jelas merupakan satu fitnah semata-mata.

AMK berkata, sebarang dolak dalih yang bakal beliau berikan bersabit hal ini, hanya memburukkan lagi imej beliau di sebalik penafian dan sumpah yang telah beliau lakukan sebelum ini.

"Dan adalah malang bagi Malaysia untuk dipimpin oleh pemimpin yang hanya mampu membuat penafian tanpa sebarang susulan fakta," tegas Shamsul.

Task force warga negara bukti wajib Bersih 3.0

Harakahdaily, 12 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 12 April: Pendedahan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bahawa terdapat skandal task force pemberian kad pengenalan kepada warga asing oleh beberapa pegawai tinggi kerajaan termasuk pegawai tinggi JPN dan Pegawai Khas Perdana Menteri membuktikan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 wajib diadakan.
Sehubungan itu, PAS Wilayah Persekutuan (WP) bersedia mengerahkan seluruh ahli dan penyokong untuk turut hadir memeriahkan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, dijangkakan seramai 10,000 ahli dan penyokong PAS di setiap kawasan akan hadir ke perhimpunan tersebut.

Menurutnya lagi, PAS WP juga akan menggerakkan kempen dengan sebaran risalah, poster, kain rentang bagi mengajak rakyat untuk turut hadir bersama-sama.

“Di samping itu, medium melalui media baru akan diperkasakan untuk menarik perhatian jutaan penggunanya supaya tidak turut ketinggalan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, PAS WP yakin, dengan kesedaran rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan, sasaran seramai 500,000 akan berjaya dicapai yang sebahagian pesertanya adalah penduduk sekitar Lembah Klang.

“Ini juga sebagai momentum kepada rakyat agar bangkit mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan Malaysia memastikan perjalanan pilihan raya di Malaysia benar-benar berlagsung dalam keadaan bersih, telus dan adil,” ujarnya.

Nik Sapeia diminta jaga partinya dulu

Rizal Tahir, 12 Apr 2012
KETEREH, 12 April: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menasihatkan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP), negeri Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof, agar menjaga partinya terlebih dahulu sebelum mengkritik perjuangan parti lain.

Husam berkata demikian ketika mengulas dakwaan Nik Sapeia yang menyifatkan PAS rela meninggal perjuangan Islam semata- mata tertarik dengan sandiwara DAP dan PKR.

“Rakyat negara ini umumnya sudah mengetahui PAS selamanya akan berpegang pada perlembagaan parti yang berlandaskan Islam, kecuali jika Pas meminda perlembagaan.

“Kenyataan Nik Sapeia tidak menunjukkan sebarang bukti bahawa PAS meninggalkan Islam dan pada saya ia hanya cakap- cakap politik,” katanya.

“Di Kedah, Selangor dan Kelantan, kita adakan program- program berlandaskan Islam.

“Manakala di Kelantan, hari ini, sebanyak RM90 juta setahun diperuntukkan untuk membantu sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan tidak pernah dikurangkan walau satu sen pun, macam mana boleh timbul kita meninggalkan Islam,” katanya lagi.

Menurutnya, apa yang dilakukan PAS termasuk membanteras penyelewengan, memperbetul ketidakadilan dan membela mereka yang tertindas adalah berlandaskan Islam.

“Ini termasuk membela nasib mahasiswa yang ditindas melalui pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), yang kini dikenakan satu peratus berdasarkan sistem Ujrah,” ujarnya.

Husam turut mempertikaikan kewibawaan Nik Sapeia dalam mempersoalkan perjuangan Islam yang dibawa PAS sedangkan beliau sendiri bernaung di bawah parti diterajui bukan Islam.

“Presiden dia sendiri adalah dari mereka yang bukan beragama Islam, jadi macam mana dia nak persoalakan parti orang lain,” ujarnya dengan nada sinis.

Semalam, Nik Sapeia, dalam sebuah akhbar mengatakan PAS sanggup kehilangan Terengganu dalam PRU 12 pada 2008 dengan memilih kerjasama dengan DAP.

Selain itu juga, beliau berkata, hukum hudud yang didraf telah diketepikan oleh PAS dengan memperkenalkan slogan baru iaitu 'Negara Berkebajikan' selepas bersama PKR dan DAP.

Jihad untuk hapus kepincangan dan korupsi

Rizal Tahir, 12 Apr 2012


(Husam menyampaikan bantuan kepada salah seorang guru yang kematian suami.)

KETEREH, 12 April: Pendidikan Islam terus menjadi teras kepada rakyat negeri Kelantan dan  menjadi keutamaan kepada kerajaan negeri.

Setiap tahun kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM90 juta di dalam belanjawannya bagi memastikan pendidikan Islam di negeri ini terus berkembang.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, berkata, menjadi hasrat kerajaan negeri ‘mencetak’ rakyat negeri ini dengan acuan Islam.

“Kerajaan negeri ingin melihat rakyat negeri ini bukan setakat tahu Islam tetapi mengamalkan Islam seluruhnya di dalam kehidupan mereka,” katanya sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Kelantan (PGSBAK), di sini semalam.

“Tetapi agak malang ada pihak yang menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sehinga ada SAR yang terpaksa ditutup kerana tidak mampu meneruskan operasi mereka,” ujarnya.

Ujarnya lagi, dengan pendidikan dan pengetahuan agama Islam, segala kepincangan yang berlaku di dalam pentadbiran negara ini dapat dihapuskan.

“Menjadi jihad kepada umat Islam untuk menghapuskan kepincangan dan korupsi yang berlaku di pentadbiran negara sekarang ini,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, Pakatan Rakyat akan meneruskan dan menyambung semula bantuan kepada SAR sekiranya dapat memerintah Malaysia.

Turut hadir dalam majlis berkenaan, Timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Bahagian Sekolah), Ustaz Muhamad Ya.

Tiada ulasan: