Kerajaan bersetuju membenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang akur dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya memindahkan perhimpunan aman jalanan ke stadium tertutup bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
"Saya difahamkan BERSIH mahu berunding dengan kerajaan untuk berhimpun di sebuah stadium (dan) kita bersedia berjumpa dengan mereka,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Namun katanya, pihak penganjur mesti mematuhi beberapa syarat sebelum persetujuan diberikan.
“Kita bersedia untuk berjumpa dengan pihak berkenaan bagi mengadakan (perhimpunan) di stadium dengan syarat bahawa mereka akan pergi dengan aman, mereka akan menegaskan perhimpunan (itu akan diadakan secara) aman dan mereka akan balik dengan aman.
“Sekiranya sebarang kejadian yang berlaku maka pihak penganjur akan dipertanggungjawabkan atas segalanya ataupun yang akan berlaku, yang boleh menyebabkan sama ada huru-hara ataupun kerosakkan hartabenda ataupun boleh menyebabkan mana-mana individu tercedera ataupun lebih buruk daripada itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tadbir Urus Agensi Inovasi Malaysia di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Tepati janji
Sehubungan itu, Najib berkata kerajaan berharap pihak penganjur akan menepati janji mereka supaya segala-galanya akan berjalan dengan lancar dan aman tanpa sebrang kejadian yang tidak diingini.
Perdana Menteri juga melahirkan ucapan junjung kasih kepada Seri Paduka di atas rasa keprihatinan yang amat berat baginda untuk memastikan tidak ada sebarang kejadian yang boleh menganggu gugat keamanan dan keselamatan negara kita.
“Di atas rasa yang bertanggungjawab dan keprihatinan yang amat tinggi lagi mendalam maka baginda telah titahkan supaya semua pihak tidak mengadakan demonstrasi jalanan yang dicadangkan pada 9 Julai ini,” katanya.
Sebelum ini selain BERSIH, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA dan Pemuda Umno juga menyatakan hasrat mengadakan perhimpunan bagi memprotes tindakan tersebut.
Ucap terima kasih
“Saya ucap terima kasih semua pihak (yang) menghormati titah baginda. Dengan ini maka tidak akan diadakan sebarang perhimpunan jalanan 9 Julai nanti,” katanya.
Pada Ahad lalu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka hendaklah memastikan tuntutan itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Seri Paduka juga menyeru kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.
Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Sejak BERSIH 2.0 mengumumkan perhimpunan itu, pihak berkuasa khususnya polis terus menghambat rakyat yang menyokong pertubuhan itu.
Mereka yang memakai baju BERSIH atau memilikinya ditangkap manakala pejabat NGO itu juga digeledah dan barangannya dirampas.
Walaupun rata-rata bersetuju, terdapat juga yang secara sinis beranggapan tempat sebegitu tidak sesuai kerana mungkin tidak dapat memuatkan jumlah kehadiran yang dijangka ramai.
Berikut sebahagian reaksi terhadap laporan Malaysiakini berhubung keputusan terbaru BERSIH yang dipilih secara rawak daripada komen pengguna Facebook:
Syed Syafiq
BERSIH 2.0 dah bertolak ansur. Pakcik Hisam... sila letakkan logo halal kembali pada BERSIH. Bebaskan semua tahanan bersih. Berhenti menahan orang yang membawa baju BERSIH. Pakcik Najib, sekarang giliran kamu laksanakan lapan tuntutan BERSIH.
Firdaus Rosli
Lebih banyak sebab untuk turun BERSIH! Juga mungkin boleh dibuka kepada warga Sabah & Sarawak di stadium masing-masing.
Cahaya Jati
Daulat Tuanku... DYMM Tuanku pun boleh buka pintu untuk runding... Ini barulah leadership by example (kepimpinan melalui teladan)... Daulat Tuanku.
Putera Gt
Ha... itu dah boleh masuk ke dalam istana jumpa Agong bawalah sekali memorandum itu serah sendiri... yang nak gila berdemo ramai-ramai itu apa pasal... Kata tujuan nak serah memo, jadi gunakan peluang ini. Pihak Malaysiakini janganlah padam komen-komen aku. Boleh kan.
Abun Sui Anyit
Ampun Tuanku. Sembah patik mohon diampun. Menjunjung Kasih ke atas penyelesaian ketegangan dalam negara Malaysia kini. Menjunjung kasih jua kerana memperkenankan perhimpunan BERSIH yang dirancang pada 9/7/2011 ini. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.
Suara Dari Bumi
Kau orang nak tunggang terbalik stadium kat selangor itu lantak kau orang... Selamat menyalak....
Azrin Ren
MUNGKIN tak seghairah perhimpunan di tepi jalan. Dok tercongok dalam stadium, mu tengok aku aku tengok mu. Mengundang boring. Mungkin diisi dengan ucapan-ucapan. Kalau setakat ucapan-ucapan begitu rasanya baik tunggu rakaman sajalah kot.
Kalau berarak, ada jugak keluar peluh bereksesais (bersenaman). Jadi berhimpun di stadium rasanya tidak mencapai public awareness pasal tuntutan BERSIH. Kalau buat kat stadium kena ada liputan khas media perdana rasanya baru OK.
Lie Gj Penang
Apa pun turun dulu. 500K mana cukup dalam stadium! Cornfirm kena dok tepi jalan juga.
Ayu Nasha
Stadium seluruh Malaysia... kecuali stadium yang runtuh di Terengganu itu boleh jadi tempat BERSIH.
Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.
Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga (kanan), Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.
"Kami telah memberitahu Tuanku bahawa kami menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium.
"Sehubungan itu, perhimpunan di atas jalan raya tidak akan berlangsung (pada Sabtu)," kata Ambiga kepada pemberita selepas bertemu Tuanku lebih satu jam setengah.
Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.
"Sekarang, kami akan bekerjasama dengan kerajaan berhubung perhimpunan di stadium pada 9 Julai ini," katanya sambil menambah pihaknya akan berbincang dengan kerajaan mengenai stadium untuk berkumpul.
Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk kompromi, Ambiga menjawab:
"Ya. Dalam keadaan ini, kami berpendapat, (cara) ini jalan terbaik untuk meneruskan (perhimpunan ini). Kerajaan menawarkan stadium, maka kami akan meneruskan (perhimpunan) di stadium".
Pertemuan cukup baik
Menurut Ambiga pertemuan Tuanku Mizan berlangsung dengan suasana yang cukup baik dan pihaknya bersyukur dengan pertemuan tersebut.
Sebelum itu, ketiga-tiga pemimpin itu dibenarkan mengadap Yang di-Pertuan Agong jam 1.55 petang tadi.
Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.
Ahad lalu, Seri Paduka bertitah, dalam keghairahan berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, rakyat diminta tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.
Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.
Seri Paduka tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali memberitahu Bernama hari ini bahawa Ambiga sepatutnya patuh kepada titah Seri Paduka Baginda supaya membatalkan perhimpunan yang dicadangkan itu tanpa perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Katanya tujuan Ambiga mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong kononnya bagi mendapat titah supaya beliau membatalkan perhimpunan haram itu semata-mata untuk mengabui mata rakyat kerana selepas itu, kumpulan berkenaan akan mendakwa ia berjaya dalam "perjuangannya".
"Kenapa perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong? Kumpulan ini tidak sah. Juga (jika dibenarkan menghadap) ia akan menjadi ikutan kurang baik serta mempersendakan institusi diraja," kata Ibrahim.
Dalam satu titah khas pada Ahad lalu, Tuanku Mizan meminta semua pihak membatalkan hasrat masing-masing menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara.
PERKASA dan satu lagi kumpulan dikenali PATRIOT, yang bercadang mengadakan perhimpunan bagi menghalang perhimpunan oleh kumpulan diketuai Ambiga itu, mengumumkan keputusan masing-masing untuk patuh kepada titah Seri Paduka Baginda.
- Bernama
Dalam kenyataan bersama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi DAP Teresa Kok, Pakatan terbuka dengan tawaran itu selagi ia menghormati hak rakyat berhimpun secara aman.
"Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini.
"Ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman," katanya.
Sehubungan itu, Pakatan menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana BERSIH 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan.
Najib semalam dilaporkan berkata, pihaknya sedia menyediakan stadium untuk BERSIH berhimpun tetapi tetapi menolak protes di jalanan kerana ia berisiko kepada negara.
Pakatan juga menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut.
"Proses reformasi ini perlu dilaksanakan segera sebelum pilihan raya umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan BERSIH2.0 dan memerlukan komitmen perdana menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman BERSIH2.0," kata mereka.
Antara senjata itu termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo BERSIH. Semuanya dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur, barangan itu dijumpai di sekitar kawasan pusat membeli belah Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama setelah mendapat maklumat.
Menurut timbalan ketua polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh, barangan itu termasuk bom petrol dan mercun yang dijumpai disembunyikan di pasu bunga di tiga lokasi manakala baju T BERSIH pula disorokkan di sekitar pusat membeli-belah berkenaan.
"Pada 4.30 pagi, dua orang awam sedang menggunakan tandas di belakang Kompleks Pertama dan melihat tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di mana mereka menaiki kereta Proton Waja.
"Kesemua mereka bertopeng dan telah berhenti berdekatan tandas awam itu sebelum menyembunyikan sesuatu dan kejadian itu disedari orang awam tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Ditanya wartawan berhubung kemungkinan pertubuhan BERSIH 2.0 dikhianati dengan perjumpaan barangan itu dirancang, Amar berkata pihaknya sedang menyiasat semua kemungkinan.
“Kemungkinan besar barangan itu akan digunakan semasa perhimpunan. Siasatan awal, mereka akan gunakannya. Kami bimbang apa yang mungkin berlaku pada hari tersebut,” katanya.
Buatan sendiri
Amar Singh juga enggan mengesahkan sama ada beliau merujuk kepada BERSIH 2.0 tetapi apabila diasak wartwan, beliau mengambil sehelai baju T dan menunjuk ke arahnya.
"Ini amat jelas,” kata Amar tanpa mengulas lanjut.
Menurutnya ketiga-tiga suspek itu kemudian telah berhenti di tepi jalan berhampiran sebuah restoran sebelum bergerak ke Wisma Bumi Raya yang terletak kira-kira 150 meter dari restoran itu.
Amar berkata suspek kemudian bergerak dan berhenti di hadapan kompleks Sogo sebelum melarikan diri.
Beliau berkata polis kemudian dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan gerakan mengesan barangan yang disembunyikan itu dilancarkan.
"Kira-kira pukul 6.30 pagi, semua barangan tersebut kemudian ditemui di dalam plastik hitam," katanya.
Menurutnya siasatan awal polis mendapati bom petrol atau molotov cocktails itu dipercayai buatan sendiri dan boleh membunuh orang jika digunakan dan selain itu, polis telah mengambil beberapa sampel cap jari yang ditemui di beberapa
senjata tersebut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.
Tokong Cina
Sementara itu Utusan Malaysia Online melaporkan polis juga merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama Bentong, malam semalam.
Laporan itu turut menyebut rampasan berkenaan disyaki berkaitan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.
Akhbar milik Umno itu juga memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.
Bernama pula melaporkan dalam serbuan itu polis menemui lima buah beg pakaian yang antaranya mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu disorokkan di celah-celah batu di belakang sebuah tokong.
Tun Hisan berkata polis menerima satu panggilan daripada seorang lelaki Orang Asli yang memaklumkan mengenai penemuan kesemua beg berkenaan dan dua bungkusan plastik hitam.
"Hasil pemeriksaan pada pukul 7.20 petang itu, kami turut menemui 44 helai kemeja-T berwarna kuning bertulisan 'BERSIH' di dalam sebuah dari beg yang ditemui selain 17 pemetik api, 36 ceraian kain berwarna kuning dan 25 ceraian kain berwarna merah," katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.
Beli parang
"Mereka akan sembunyikan senjata di tempat yang mereka sahaja tahu serta akan mendapatkannya apabila diperlukan, tindakan ini amat berbahaya dan berisiko tinggi mengugat keselamatan negara," katanya.
Beliau berkata kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966.
Sehubungan itu, Tun Hisan berkata orang ramai diminta memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat individu yang membeli barangan mencurigakan seperti parang dalam kuantiti yang banyak bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Beliau berkata orang ramai juga dinasihat supaya tidak terbabit dalam perhimpunan haram yang boleh mendatangkan kekacauan.
"Polis tidak boleh mengeluarkan permit sesuka hati kerana biasanya apabila berlaku perhimpunan mereka tidak boleh mengawal diri dan mengakibatkan pergaduhan serta kacau bilau. Seperti pertemuan barangan ini kita anggap ia serius dan mengancam keselamatan," katanya.
Tun Hisan berkata sebanyak 399 laporan dicatatkan di Selangor berhubung bantahan menganjurkan perhimpunan haram berkenaan membabitkan 44 tangkapan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata penahanan itu adalah kerana mengikut maklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif.
- Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN InternationalBom petrol diisi dalam botol plastik.. nampak kemas betul.. bom petrol yang paling kemas buatanya tetapi tak boleh diguna pakai...botol plastik macam mana nak pecah...lilitan kepala merah apa kena mengena dengan BERSIH 2.0...serbuan tiada tangkapan.. MACAM ADA SESUATU YANG TAK KENALAH DENGAN SKRIP INI....BOLEH TIPU SEMUA RAKYAT SETENGAH MASA.. SETENGAH RAKYAT SETIAP MASA.. TAK MUNBGKIN MAMPU TIPU DAN PERLECEHKAN KEBIJAKSANAAN SEMUA RAKYAT SETIAP MASA....
Dalam kenyataan bersama Datuk Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Dr Anwar Ridhwan berkata mereka juga berharap pintu rundingan sentiasa dibuka.
"Kami juga menggesa supaya mereka yang ditahan dibebaskan segera, dan wakil mereka diajak berunding. Suasana dan kesan positif hendaklah merupakan hasil yang diharapkan," kata mereka.
Mereka berkata, sebagai sebuah negara maju yang memilih demokrasi sebagai landasan falsafah dan amalan politik, Malaysia harus dapat mengimbangkan kebebasan bersuara dan kesejahteraan awam.
Setakat hari ini, sekurang-kurang 23 orang masih ditahan polis berkaitan perhimpunan BERSIH dengan enam daripadanya bawah ordinan darurat.
Sementara itu, keempat-empat mereka turut membela seorang lagi rakan mereka Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (atas, kanan sekali) yang disiasat polis ekoran bacaan puisinya "Unggun-Bersih" yang dibacakan dalam majlis pelancaran BERSIH 2.0 sebelum ini.
"Di sebuah negara seperti Malaysia, kebebasan bersuara dan berkarya merupakan salah satu jaminan prinsip demokrasi.
"Pada pandangan kami SN (Sasterawan Negara) Datuk Dr A Samad Said hanya memanfaatkan bakat seninya untuk menzahirkan pandangan serta tafsirannya terhadap isu semasa berhubung proses pilihan raya negara ini," katanya.
Tuntut kebebasan berkata, berkarya
Menurut mereka lagi, sebagai karya sastera, sajak “Unggun-Bersih” sepatutnya diterima sebagai sebuah puisi kontekstual penyair dengan anggota masyarakatnya, dan berada di atas perkiraan politik.
"Adalah menjadi salah satu peranan penulis untuk memindahkan denyut kehidupan anggota masyarakat ke dalam karya, atau menzahirkan dalam pelbagai bentuk manifestasi atau tindakan yang difikirkan sesuai oleh seseorang pengarang," kata mereka.
Justeru, mereka berharap anggota masyarakat, pengarang dan seniman akan terus diberi kebebasan untuk berkata dan berkarya.
Ini kerana, ucapan setiap warga negara dan karya sastera serta seni setiap seniman penting bagi sebuah budaya yang matang, serta memberi corak kepada tamadun sesuatu bangsa.
Walaupun jarang-jarang mengeluarkan kenyataan, kumpulan sasterawan negara sebelum ini mengeluarkan kenyataan bersama menentang dasar pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan mempertahankan novel Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein.
Abdullah dan seorang lagi sasterawan negara Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah yang baru menerima gelaran itu tidak terlibat dalam kenyataan bersama itu.
Sejak diperkenalkan pada 1981, Yang di-Pertuan Agong telah 11 kali memberikan anugerah paling berprestij dalam dunia sastera negara itu.
Namun kali ini, polis terpaksa memohon maaf kerana tidak ada apa-apa barang larangan seperti baju T kuning BERSIH yang berjaya dirampas.
ADUN Kajang Lee Kim Sin dari PKR berkata kira-kira 15 anggota polis dari ibu pejabat polis Kajang menyerbu pejabatnya pada jam 10.15 pagi tanpa waran selepas mendapat maklumat beliau menyimpan barangan BERSIH 2.0.
"Saya tiba apabila mereka hampir berlepas dan berkata kepada seorang pegawai polis ASP Pang, ini satu bentuk tekanan dan menyebabkan ketidak-selesaan kepada pengundi yang datang meminta khidmat saya dan beliau akhirnya meminta maaf.
"Mereka beritahu saya mereka menerima laporan yang saya menyimpan bekalan kain lilit kepala BERSIH dan sebagainya tetapi ini nyata tiada asas,” kata Lee ketika dihubungi.
Menurut kakitangan pusat khidmatnya yang tidak mahu identitinya didedahkan, polis memasuki premis itu tanpa waran dan enggan membenarkan mereka menelefon Lee yang tiada di lokasi semasa serbuan.
"Mereka paksa kami buka kotak yang memuatkan kompang dan bendera yang kami beli untuk satu program di sebuah kampung,” katanya.
Katanya, petanda kuning itu tidak semestinya ditulis dengan perkataan BERSIH.
Gabungan 60 NGO itu juga dicadangkan mengibarkan bendera Malaysia pada minggu tersebut.
"Dengan itu lebih ramai rakyat yang bersetuju dapat menyatakan persetujuan mereka dengan tuntutan 'pilihan raya yang adil'. Juga mungkin mereka yang antipembaziran dan kenaikan harga barang boleh sertai.
"Lebih ramai dapat meluahkan perasaan dengan cara yang lebih selamat seperti bendera di kereta, rumah, baju dan sebagainya. Seluruh negara akan meriah," katanya.
Dalam satu kenyataannya, Dr Mohd Asri menyifatkan sebagai 'kekalahan tujuan' sekiranya BERSIH mengadakan perhimpunan tersebut sedangkan polis melarang dan jumlah yang diharapkan mungkin tidak diperolehi.
Cadang di stadium
Sedangkan mesej yang BERSIH ingin sampai sudah pun meluaskan kepada rakyat sekalipun tanpa perhimpunan pada 9 Julai ini, tambahnya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan BERSIH menerima tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya perhimpunan itu diadakan di stadium dengan meminta wakil Yang di-Pertuan Agong menerima surat bantahan.
"Terima sahaja tawaran YAB PM untuk buat di stadium dengan meminta wakil Agong hadir menerima surat bantahan tersebut dan boleh berceramah lagi di stadium tersebut.
"Berikan syarat bahawa jika melimpah, orang ramai boleh duduk di luar stadium tanpa gangguan," katanya.
Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya pula berkata titah khas Yang di-Pertuan Agong berhubung perhimpunan BERSIH wajib dipatuhi bagi orang Islam kerana ia perintah untuk kebaikan.
Manakala bagi bukan Islam, katanya, titah tersebut hendaklah diikuti sebagai bukti kesetiaan kepada negara.
"SPB (Seri Paduka Baginda) Yang di-Pertuan Agong adalah mercu tanda dan puncak kuasa di Malaysia. Baginda adalah di atas daripada segala kepentingan kepuakan dan kepolitikan.
"Segala titah dan pandangan baginda adalah amat penting dan serius untuk diikuti dan dipatuhi. Sebarang penafsiran melencong daripada titah baginda adalah suatu penderhakaan terhadap negara," katanya dalam satu kenyataan.
Juanda: Utamakan kepentingan semua
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat supaya mengutamakan maslahat dan kepentingan semua pihak kerana mereka berhak mendapatkan keamanan dan menyuarakan pandangan mereka.
"Semua pihak bertanggungjawab untuk memastikan negara ini sentiasa aman makmur.
"Oleh itu semua pihak mesti akur kepada kehendak undang-undang yang telah disepakati semua selama ini dan tidak memaksakan pandangannya untuk diikuti oleh pihak lain," katanya.
Dr Juanda (kiri) juga menasihatkan pihak berkuasa dan penguatkuasa undang-undang supaya memberikan hak sama rata dan adil kepada semua pihak dengan menegaskan "tiada siapa yang boleh dibenarkan untuk melanggar undang-undang dan menafikan hak pihak lain".
"Sebarang tindakan yang menggugat keharmonian dan kedamaian dalam negara hendaklah dikenakan tindakan paling tegas jika terbukti mereka mendatangkan kemudaratan kepada kepentingan awam.
"Dalam pada itu hendaklah dijauhi sebarang bentuk penganiayaan kepada mana-mana pihak kerana mereka semua adalah penduduk negara ini," katanya.
Suzana Radin Pangat, 39, berkata kemarahannya diluahkan melalui satu SMS berbunyi: "Kenapa sanggup nak bantu orang tapi tinggalkan saya dan anak-anak selama tiga hari" yang dihantar kepada telefon bimbit milik Noorhisham, lima minit selepas panggilan terakhir suaminya yang memberitahu bahawa dia tidak boleh pulang selama tiga hari kerana ingin cuba menyelamatkan Sosilawati.
"Noorhisham hubungi saya kira-kira pukul 8 malam 30 Ogos 2010 cakap dia nak cuba selamatkan Datuk Sosilawati (kanan). Dia kata Kamal, driver Sosilawati (Kamaruddin Shamsuddin) ugut Sosilawati sebab ada satu gambar tidak elok nak sebarkan, jadi dia (Noorhisham) dan Kamil (Ahmad Kamil Abdul Karim) terpaksa bantu Sosilawati dalam hal ini.
"Lepas itu dia minta saya faham situasi dan minta maaf pada saya banyak-banyak dan dia kata dalam masa tiga hari dia balik akan cerita apa berlaku pada dia. Saya kemudian tanya dia kat mana dan berbuka puasa di mana tetapi dia tidak jawab dan terus matikan talian," kata saksi kelapan pendakwaan itu dalam nada sebak sehingga terpaksa berhenti seketika untuk menenangkan dirinya.
Suzana memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan bekas peguam, N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, R Matan dan R Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, yang merupakan seorang pegawai bank, Ahmad Kamil, 32, seorang peguam, dan Kamaruddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.40 malam 30 Ogos tahun lalu.
Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff mengapa beliau tidak menghubungi Noorhisham sebaliknya hanya menghantar SMS, Suzana yang bekerja sebagai pembantu peribadi di Ibu Pejabat CIMB Bank, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, berkata beliau hanya menghantar SMS kerana berada dalam keadaan marah.
Ishak: "Ada Noorhisham hubungi awak semula selepas itu?"
Suzana: "Dia ada call tetapi saya tidak jawab."
Terdahulu, saksi itu berkata kali terakhir beliau berjumpa suaminya yang dikahwini pada 1995 ialah semasa Noorhisham menghantar beliau ke pejabatnya pada 8 pagi 30 Ogos 2010.
Ishak: "Semasa hantar awak ke tempat kerja, ada (Noorhisham) beritahu apa-apa tentang tugasan dia hari itu?"
Suzana: "Dia ada beritahu petang dia akan ke Banting bersama Ahmad Kamil atas urusan Datuk Sosilawati. Kira-kira pukul 4 petang hari yang sama suami ada hubungi saya di pejabat memberitahu dia akan bersama Ahmad Kamil pergi ke Banting dan akan naik kereta Ahmad Kamil."
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir disambung pada petang.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan