Jumaat, 29 Julai 2011

SUSAH JIKA BERSALAH TAK MENGAKU BERSALAH....DAH DIIKAT DENGAN LIMA IKATAN@MATI BARU TERHENTI SEGALA TIPU DAYA..JAWAB JE DLM KUBUR DAN AKHIRAT NANTI...

Pembebasan PSM6 disambut meriah ala karnival
Jimadie Shah Othman
Jul 29, 11
11:13pm
Pembebasan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini disambut meriah ala karnival oleh rakyat pelbagai kaum.

Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang.

psm eo6 release pc 290711 jeyakumarMereka yang dibebaskan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25

Dua jam selepas dibebaskan, ratusan orang berkumpul di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di Kampung Attap Kuala Lumpur sambil melaungkan "hidup rakyat" dan "mansuhkan EO" (Ordinan Darurat) berkali-kali.

Mereka juga membawa bendera PSM dan pelbagai kain rentang menyambut kedatangan kesemua mereka.

Antara yang kelihatan ialah naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim dan bengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga.

Kumpulan itu menjadi semakin ramai apabila bergabung dengan kumpulan penyokong Teoh Beng Hock yang kebetulan mengadakan acara nyalaan lilin memperingati kematian mendiang.

psm eo6 release pc 290711 left lechu and suguBerucap kepada para penyokong, keenam-enam mereka mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang dianggap wira sebenar yang merintis pembebasan mereka.

"Wira sebenar adalah anda semua yang turun ke jalan raya pada 9 Julai," kata anggota jawatankuasa pusat PSM, Choo Chon Kai.

"Kami di dalam tak buat apa-apa. Yang berusaha anda semua di luar (sel)."

Sementara itu, ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar pula berkata menyifatkan mendapatkan layanan yang baik, terutamanya daripada warden.

"Warden semua OK. Tapi masalahnya yang di atas," katanya sambil mengkritik alasan penahanan mereka yang bertukar-tukar.

psm eo6 release pc 290711 sarasvathyBeliau mendakwa usaha mengaitkan PSM dengan komunisme cuba digambarkan sebagai "kumpukan jahat".

"Mereka hendak jadikan kita contoh. (Kononnya) PSM komunisme. Nak gambarkan kita kumpulan jahat," katanya.

Manakala timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy berkata beliau membantah ujian poligraf ketika ditahan kerana beliau tidak cukup tidur.

Sambil berjenaka, beliau berkata dalam sel perempuan "banyak hantu jantan".

"Jadi saya bantah poligraf sebab saya tak cukup tidur," jelasnya.


Semua enam tahanan EO dibebaskan
Jul 29, 11 5:50pm

Semua enam tahanan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan sejak 28 hari lalu mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat dibebaskan sebentar tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan media ringkas berkata berikutan pembebasan mereka ini, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.

"Polis Diraja Malaysia mengumumkan bahawa keputusan telah dibuat untuk membebaskan semua enam orang yang telah ditangkap pada 2 Julai lalu, di Seberang Prai Utara, Pulau Pinang, di bawah Ordinan Darurat," katanya.

Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang.

azlanMereka yang dibebaskan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25.

Mereka yang dikenali sebagai PSM6 itu - pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.

Permohonan habeaus corpus itu bagaimanapun ditangguhkan kepada 5 Ogos, lima hari selepas tahanan 30 hari mereka berakhir.

Sebelum ini, pelbagai pihak membidas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana meneruskan tahanan berkenaan.

Selain pemimpin Pakatan Rakyat, Presiden MIC Datuk G Palanivel juga semalam menuntut pembebasan mereka kerana mendakwa tindakan itu menarik “perhatian dunia” dan mungkin memberi kesan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Turut menuntut perdana menteri dan menteri dalam negeri supaya membebaskan Jeyakumar adalah Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang dianggotai 13,000 pengamal profesyen perubatan.


MMA minta polis tidak suap-paksa Jeyakumar
Jul 29, 11 5:45pm

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) hari ini meminta pihak berkuasa supaya menghormati keputusan ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar untuk mogok lapar dengan tidak menyuap-paksa tahanan di bawah Ordinan Darurat itu.

Presidennya, Dr Mary Suma Cardosa dalam satu kenyataan berkata peraturan antarabangsa yang diguna-pakai sejak 1985 telah menyifatkan tindakan menyuap-paksa ke atas individu yang mogok lapar sebagai “tidak beretika, kejam, tidak berperi-kemanusiaan dan rawatan yang menghina”.

“MMA mendesak pihak berkuasa supaya menghomati undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan tidak menyuap-paksa dengan tujuan menamatkan protes Jeyakumar,” kata Dr Cardosa.

Jeyakumar, yang juga anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM), memulakan mogok laparnya sejak semalam sebagai membantah tahanan berterusan enam anggota PSM, termasuk dirinya mengikut EO.

Malah, PSM menerusi setiausaha agungnya, S Arutchelvan mengesahkan pihak polis telah memaklumkan kepada mereka pada malam semalam bahawa Jeyakumar telah memulakan mogok laparnya di lokap dengan menolak hidangan makan tengahari dan malamnya.
Polis sahkan MP Jeyakumar enggan makan
Jul 29, 11 4:03pm

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengesahkan pihak polis telah memaklumkan kepada mereka pada malam semalam bahawa ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar telah memulakan mogok laparnya di lokap bagi menuntut pembebasan enam tahanan PSM, termasuk dirinya mengikut Ordinan Darurat.

"Selepas berjam-jam menunggu, kami akhirnya diberitahu oleh DSP Muhammad Razali bahawa Dr Jeyakumar menolak hidangan makan tengahari dan makan malam. Keadaanya setakat jam 9.35 malam pada 28 Julai 20011 adalah ok dan sedang dipantau,” kata setiausaha PSM S Arutchelvan dalam satu kenyataan hari ini.

NONEMenurut Arutchelvan, Jeyakumar (kanan) telah bertekad belia hanya akan menamatkan mogoknya jika kerajaan membebaskan semua enam tahanan.

Beliau juga memberi amaran sekiranya kerajaan mengabaikan sentimen popular dan meneruskan reman ke atas keenam-enam mereka, PSM dan kumpulan lain akan memperhebatkan kempen, termasuk mencadangkan lebih ramai orang melancarkan mogok lapar.

"Kami percaya lebih ramai rakyat Malaysia akan menyertai Dr Jeyakumar mengadakan mogok lapar bagi menuntut pembebasan tahanan.”

Arutchelvan menjelaskan kempen itu semakin mencapai kemuncaknya apabila EO yang membenarkan semakan selepas tahanan 30 hari itu berakhir Ahad ini.

  • Jayakhanthan Daasan · Top Commenter · Sekolah Menengah Damansara Utama
    ada beberapa kaki Bn komen di sini .. komen ko orang pun nampak jelas ko orang memang ZALIm dan bodoh.. kalau dr jaya tak makan tak boleh salahkan kerajaan ? kepala otak kau.. kami minta bukan kebebasan mereka, kalau mereka salah,, dakwa d mahkhamah.. mengikut semua ajaran agama pun , seseorang tak boleh diseksa tanpa disabt kesalahan mereka.. faham tak penyokong BODOH BN ?
  • Tajul Muluk · Top Commenter · SMK Batang Berjuntai
    hisham beriilah arahan bebas dgn undang2 tak bertamadun tu..berapa lama nak tunjuk power yg memakan diri dan parti ko.....rakyat msia dan dunia makin bencilah!
  • Putera Gt · Top Commenter
    lu nak mogok ke nak apa ke...ikut lu la...lu sendiri buat lu sendiri tanggong la.....klu lu dh nak mampos xmakan jangan nak salahkan org.
  • Kuning Berdaulat · Top Commenter
    Apa nk jadi dgn Malaysia skrg ni...sesuka ati mak bapak dia org jerr..x payah tnjuk POWER dgn penahanan cmni...xkn nk tggu rakyat keluar ke jalanan lg baru nk bebaskan PSM6 ni...wahai kerajaan tindak tanduk anda diperhatikan oleh rakyat yg mahukan keamanan...keranamu malaysia...
  • Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengai
    dakwa mereka di makamah kalau ada bukti kukuh jangan zalim terhadap raayat dan menafi hak mereka untuk di bicara.
    • Tokgondang Tok · Consultant at Self employed
      Tahniah komred Kumar,sdra telah mempamerkan keberanian.Dalam negara demokrasi biar raakyat memilih idologi yg mereka suka.ini negara bukan bapak engkau wahai pemimpin umno.rakyat majority sudah berpelajaran.PSM parti yg sah mengikutt perlembagaan Malaysia.kalau gulungan sosialis melanggar undang2,dakwa mereka.Tangkap tanpa bicara undang2 rimba.Malu la sikit ini zaman IT.Skeikh Kadir/Tengku Li pun dah perli kau orang.Malu sikit.PRU13,rakyat akan pamerkan KUASA mereka.
Pembebasan PSM 6: K'jaan sambut baik, kata PM
Abdul Rahim Sabri
Jul 29, 11
8:15pm

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan menyambut baik keputusan polis bagi membebaskan semua enam tahanan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan sejak 28 hari lalu mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat.

Bercakap kepada wartawan selepas mempengerusi mesyuarat majlis tertinggi Umno di Kuala Lumpur, petang tadi, Najib berkata keputusan pihak polis itu dibuat berdasarkan pengamatan mereka sendiri.

“Kita menerima baik keputusan yang dibuat oleh pihak polis... terpulang kepada Peguam Negara untuk menentukan apa-apa tindakan (selanjutnya). Sebagai sebuah negara (berdaulat), kita berpegang kepada 'rule of law',” katanya.

Pengumuman pembebasan keenam-enam mereka dibuat oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan media ringkas petang ini.

Semua mereka yang ditangkap pada 2 Julai lalu, di Seberang Prai Utara, Pulau Pinang itu dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang.

Mereka yang dibebaskan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25.

Mereka yang dikenali sebagai PSM6 itu - pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.

Permohonan habeaus corpus itu bagaimanapun ditangguhkan kepada 5 Ogos, lima hari selepas tahanan 30 hari mereka berakhir.

  • Hamim Shahrir · Top Commenter · Works at Sendiri cari makan maa
    hahahaha najib oh najib...buat lawak sungguh...............Perd​ ana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan menyambut baik keputusan polis bagi membebaskan semua enam tahanan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan sejak 28 hari lalu mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat.....
    polis tu bawah sapa? ikut arahan sapa yer? pak lawak sungguh...aku tak sebodoh org2 yang sokong ko najib oiii...
    • Ahmad Fuad
      Rule of Law - my foot - PM you tickled my toe. Gee, don't you have anything else to do better. In the first place, EO6 should not have been detained. You tangled then and then you have to untangle them yourself. You must be a great Prime Minister of Malaysia and this must be your happy Birthday present to the Malaysian people. Gosh, I don't know my dear Prime Minister I think I am going crazy and sick with you.
    • Hisham Abd Rahman · Top Commenter · Kuli at Home Ministry
      Duck Young : Bukan Johan menang.. tapi johan plak kena sumbat ISA
    • Rakyat Perihatin Rakyat Perihatin · Top Commenter · Universiti Akhirat
      ha ha ha ha ha ha...konon macam tak terlibat lah..lucu2 lakonan terbaik selama 5o thn memerintah..skrip yg sama cuma di ubah situ san sini sikit jadi lah wayang cerita yg menyeramkn of the century..kahkahkahkahkahah​...
  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Najib bukan lah PM pilihan rakyat.
    Najib PM yang dipilih umno. Najib bukan PM malaysia, tapi PM umno.
    PM ini cukup kesian ,
    Pergi kemana pun minta orang bodek.
    Balik rumah kena bodek isteri.
    ...See More
  • B.s. Lim · Top Commenter · Friends with Samsudin Baharom
    makhluk apa ni? hantu pun dia, org pun dia..memang iblis dn satan.
    • Muhammad Rafael · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA
      beliau smbut baik pembebasan terhadap semua tahanan.sendiri tangkap,sendiri bebas,pastu puji diri sendiri..ibarat mkn,berak,pastu mkn tahi balik..memang amalan najib/umno..
    • Stan Lee · Ipoh, Perak
      Itulah nak tunjuk lagak hero..yg main watak jahat polis dia,main watak bodoh brader dia, main watak boss isterinya...jadi dia pilih watak hero.
  • Norashikin Abdul Rahman · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
    brani ke mail nak lepaskan dowang kalo bkn najib yg suruh...
  • Muhamadiah Ikhwan · Politeknik johor bahru
    nila malaysia..bila naikkan harga barang...epas tu turunkan balik kata kerajaan perihatin...ni dah tangkap, lepaskan kata kerajaan sambut baik...sendiri tangkap sendiri lepas ..puji diri sendiri...
    • Perangi Corruption · Top Commenter
      sambut baik....sambut baik ada makna tuuuuuuuuuuu...
    • Rakyat Perihatin Rakyat Perihatin · Top Commenter · Universiti Akhirat
      inilah kalau dah biasa dengan hidup cara menipu..memang meyakinkn kpd yg mudah di tipu tetapi bagi mahluk yg masih ada hati jiwa yg bersih dan benci kemungkaran tak mungkin dapat diperbodohi atau ditipu...hancur2 malaysia.
    • Omar Jais · Top Commenter · Works at JKR dan RTM
      Yg penting disini ialah pratus rakyat hilang kepercayaan kpd krajaan tlah meningkat dgn bagitu mendadak sekali...ibarat kata pepatah melayu....nasi sudah menjadi bubor,jiwa dan naluri rakyat sudah bosan dgn BN/UMNO,jiwa,hati dan darah rakyat meluap2 rasa kebenciaan kpd krajaan yg amat sangat...terjemah diatas krtas undi ialah kemuncak protes rakyat yg ditunggu!!
Rosmah: Dakwaan beli cincin RM24 juta fitnah
Jul 29, 11 11:12am

Setelah dua minggu khabar angin bertiup kencang tentang pembelian cincin bernilai RM24 juta, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya bersuara dan menyifatkannya sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya.

NONE“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah.... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya Pokok Sena, Kedah, semalam dan dipetik Berita Harian Online hari ini.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharin14 Julai lalu, pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh Rosmah.

Bantu rakyat

Menurutnya berdasarkan maklumat yang diterima SAMM, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini.

Badrul Hisham berkata beliau juga mempunyai salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

NONERosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri itu semalam diminta mengulas dakwaan pembelian cincin bertatahkan berlian itu.

Katanya, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.

“Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka,” kata Rosmah.

Malaysiakini baru-baru ini ada menghubungi Airoceanic Express Sdn Bhd - yang didakwa agen bagi urusniaga tersebut. Bagaimanapun syarikat berkenaan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.


  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Rosmah : Bang, ramai yang jealous saya first lady of malaysia. aku tak beli cincin 24, mereka. fitnah aku.
    Najib: Sayang , ini semua mainan kotor Anwar, cuma nak burukkan nama you, bini dia bukan boleh lawan you.
    Rosmah: Memang pun, bukan yang aku beli cincin 24 juta. Tapi kenapa nak lemparkan berita macam ini.
    Najib: You selalu gila glamour, itu lah buat orang Jealous.
    Rosmah : Diam lar Najib! I baru belajar guna istilah facebook dari internet. Najib: Ok..ok...ok.. saya diam saje. Tapi rekod kastam ada dalam internet.
    Rosmah : Memang pun bukan aku beli. Jho Low yang beli dan hadiahkan kepada I , apa salahnya?
    Najib: Mereka ini semua tak reti bezakan barangan hadiah, maklum lah mereka tiada peluang menikmati cara mana orang hadiah, so buat lah isu 1Malaysia.
    Rosmah: Tak kisah lah, asal Jho Low yang hadiah, akaun masuk kita pun boleh tipu juga. kastam pun orang kita. Kalau kastamkurang ajar nak bongkarkan berita, kita tambah lagi bilangan Sarbani.
    • Mazlan Callmelann · Top Commenter · .NET Developer at CXC Global
      Sepat, bgus la kalo ko 'neutral', bleh pk. tp mkn ko xprasan berjaya gak usaha BN nk rosakkn sket pemikiran kurang2 tergugat pendirian tu...sbb smpi ko ckp org paria. kn da kena tgo ngn Gopal Uma. ko da terikut ngn sentimen perkauman BN, terikut ngn ketakutan BN. nape nk tkt ngn ambiga? dia siapa? apa2 keputusan atau pengubalan undang2 kena ada majoriti kat dewan rakyat. dia 1 org, kalo rmi xstuju apa takut. ko kena npk yg BN cuba melaga2 kn org. xkira la sapa ambiga tu. rmi yg xknal dia sblm Bersih2...ko nk ke org islam disisi yahudi APCO? dgn rosmoh yg xpki tudung. cmner pemimpin tangani isu agama? mkn ada2 kn isu ada la..kenapa nk suh PAS lak tangani isu agama..UMNO yg kerajaan tu xbleh ke tangani...org kena singkir tu masalah individu..dlm mana parti pn ada yg uat hal, tak sebulu. lari masuk parti lain. ala2 ko la.
    • Kiezek Kie
      banyak nyo duit kak mah.....
    • Asnal Zahir Asnal · Top Commenter · Sekolah menengah
      kak mah mengumpul duit semasa dlm rahim ibunya
  • Mohd Shahzuan · Top Commenter
    “Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya Pokok Sena, Kedah, semalam dan dipetik Berita Harian Online hari ini... agak pelik.. adakah dia YB rosmah.. dia menang kat adun or parlimen mana.. huhuhuhuh..
    • Edlen Rasse Att
      yb pr 1x
    • Green Apple · Top Commenter
      Katanya, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat ...............bla..bla...​blaa........

      OMG!!
      Isteri2 PM yang terdahulu tak de kelulusan, Rosmah je yang paling lulus, paling layak dan paling wajar buat apa saja keputusan. Kementerian2 lain tak buat keje terutamanya Kementerian Sharizat & Moyiddin. Yang paling pandai wat keje Kementerian Dalam Negeri & Kementerian Kewangan.
      "I like..." kata Rosmah.
    • Green Apple · Top Commenter
      Sebok sangat ngan PERMATA...rupanya permata lain yang dia dapat..
  • Jebon Doremi · Top Commenter · Penjual berus gigi at Do re mi sdn.bhd
    kalau fitnah saman je blogger.... ade bran.... heheheeh
    ape de hal....
  • Sunan Esa · Top Commenter · Batu Pahat
    Negara telah pun ada akta fitnah, failkan aja saman terhadap siapa yang memulakan cerita cincin berlian ini...harap para penyokong umno dapat membawa kes ini ke mahkamah, jangan dibiarkan isteri PM ini di malukan...ambil peluang berharga ini untuk membuat tuntutan ganti rugi.Kami begitu mengharagi siapa saja dari pendokong umno yang dapat tampil untuk membuat saman fitnah ini, kuburkan sahaja siapa hingga ke lubang cacing, tak kira siapa pun dia(tak kira apa parti pun) , itu la pembela melayu yang sebenar nya.
  • Lu Langsi Lu Undi · Top Commenter · PEGAWAI at Pakatan Rakyat
    KALAU FITNAH TANGKAP JER SAPE YG BUAT FITNAH DAN HADAPKAN DI MAHKAMAH.... BARU BETUL... BARU KITA TAHU SAPE BENAR SAPA FITNAH.... AMACAM BERANI KER BIG MOMMA??

Kanak-kanak perempuan mati digilis bapa
Jul 29, 11 8:37pm

Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan maut selepas tidak sengaja digilis kenderaan yang dipandu bapanya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Tok Jawa, Tawang, Bachok, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi ketika keluarga mangsa, Nuramni Atirah Che Pauzi bersiap untuk keluar membeli kelengkapan menyambut Ramadan.

Bapa mangsa, Che Pauzi Mamat, 44, berkata beliau memanaskan enjin kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alzanya dan sama sekali tidak menyangka anak tunggalnya mengekori di belakang.

Beliau berkata sambil menunggu isterinya, Noraini Othman, 38, bersiap, beliau keluar dari rumah untuk memanaskan enjin dan menyangkakan anaknya itu berada bersama ibunya.

"Selepas memanaskan enjin kira-kira 15 minit, saya terus mengundurkan kereta namun tiba-tiba saya dengar jiran yang lalu di depan rumah menjerit memberitahu yang anak saya ada di bawah kereta," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di Kota Bharu.

Che Pauzi, yang bertugas sebagai pekerja am di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) berkata beliau terus melihat di bawah kenderaan dan terkejut apabila melihat anaknya tersepit di bawah tayar depan sebelah kiri kenderaan.

Bagaimanapun, katanya anaknya meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke Klinik Kesihatan Kedai Lalat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng mengesahkan menerima laporan kes itu yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

- Bernama


SPR berdepan krisis kepercayaan?
Salhan K Ahmad
Jul 29, 11
9:03pm

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar hanya mampu mendepa tangan dan mengangkat bahu ketika ditanya mengenai masalah birokrasi dalam membersihkan daftar pemilih.

Wan Ahmad memberi reaksi sedemikian ketika mengulas mengenai amalan sedia ada yang mewajibkan waris pengundi yang meninggal dunia supaya memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) apabila keadaan itu berlaku.

Jelasnya, JPN hanya dapat mengemaskini data berkenaan apabila mendapat laporan daripada waris berkenaan – yang membolehkan SPR mengemaskini data berhubung pengundi berkenaan.

"Tapi bawah sistem sedia ada, balai polis yang mengeluarkan permit mengkebumi jenazah tidak dirangkaikan dengan JPN.

"Kita tidak boleh hanya padamkan nama orang dalam daftar pemilih," katanya lagi yang mengundang keluhan daripada kira-kira 300 orang yang hadir di majlis forum anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) itu.

Bercakap dalam debat pusingan kedua bersama pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Wan Ahmad turut menjelaskan bahawa SPR berusaha membersihkan sehingga 7,000 nama pengundi yang meninggal dunia daripada daftar pemilih setiap bulan.

Menjawab soalan berhubung cadangan supaya pemilih didaftarkan secara automatik sebaik mencapai usia layak mengundi pula, Wan Ahmad berkata cadangan berkenaan boleh dikemukakan kepada kerajaan.

"Tetapi dalam sistem sekarang, kerajaan perlu setuju dengan pindaan itu dahulu, barulah rang undang-undang itu boleh didrafkan oleh Peguam Negara.

"Kita mungkin fikir perkara itu betul tapi ada orang yang berfikiran berlainan," katanya lagi yang menambah rakyat juga perlu diberi hak untuk memilih sama ada mereka mahu mendaftar sebagai pemilih.

Jawapan itu nyata tidak memuaskan hati beberapa orang yang hadir sehingga ada yang mencabar Wan Ahmad supaya bertindak meletak jawatan atas dasar prinsip sekiranya cadangan mereka enggan diterima oleh kerajaan.

Wan Ahmad turut dicabar sekali lagi supaya mendedahkan cadangan pindaan yang dikemukakan olehnya kepada kerajaan sebelum ini agar dapat memulihkan persepsi yang timbul terhadap badan pengurus pilihan raya itu.

Pengerusi jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo berkata, SPR perlu tegas dalam mengemukakan pindaan itu atas dasar prinsip.

Seorang lagi yang mengemukakan soalan, bekas hakim kanan Datuk KC Vohrah berkata, Peguam Negara tidak berhak untuk menentukan perkara yang betul atau salah bagi pihak SPR.

"Saya tidak faham mengapa Peguam Negara perlu draf undang-undang anda. Sepatutnya anda pergi kepada peguam negara dan pertahankan pendirian anda," kata Vohrah lagi yang merupakan bekas penasihat kanan di Jabatan Peguam Negara.

Terdahulu, moderator forum berkenaan, Tan Sri Ramon Navaratnam turut meminta hadirin supaya mengangkat tangan sekiranya mereka melihat SPR sebagai badan yang tidak bebas.

Hampir kesemua yang hadir di majlis berkenaan mengangkat tangan apabila ditanya sedemikian.

Wan Ahmad dalam penjelasannya kemudiannya sekadar berkata, permintaan itu terlalu besar dan para hadirin sepatutnya perlu lebih munasabah.

"Anda perlu munasabah kerana kita bekerja dalam sistem. Hakim juga boleh tekankan apa saja reformasi tapi kita perlu bekerja di dalam sistem," katanya lagi dalam forum yang turut disertai peguam veteran Datuk Mohd Shafee Abdullah.


Pusingan ke-2: Ambiga asak Wan Ahmad
Jul 29, 11 4:03pm

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengulangi bahawa SPR hanya sebuah "badan pengurusan" di bawah undang-undang untuk menguruskan pilihan raya, dan bukannya sebuah agensi penguatkuasa.

NONEKatanya, SPR berpandu kepada Pejabat Peguam Negara "dan
undang-undang yang diberikan kepada kami adalah undang-undang pengurusan."

Beliau menyatakan demikian di forum "Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya' anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).

Dalam ucapan pembukaannya di forum tersebut, Wan Ahmad berkata isu-isu yang berkaitan dengan politik wang, beli undi dan politik kotor adalah di bawah bidangkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"SPR boleh dipanggil sebagai responden atau saksi di mahkamah, tetapi tidak pernah dalam sejarah negara ini, SPR mengheret orang ke mahkamah berhubung rasuah," katanya.

NONEMengenai pasukan penguatkuasa SPR yang dibentuk semasa kempen pilihan raya, Wan Ahmad berkata, peranan mereka adalah hanya memantau poster yang dipasang ketika kempen.

"Apa yang mereka (parti politik) cakap semasa ceramah dikendalikan oleh pihak polis, mengikut Akta Polis. Ianya menjadi tanggungjawab polis untuk memantau ceramah."

Forum itu diadakan di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya, petang ini - dan merupakan pusingan kedua yang dinanti-nantikan antara Wan Ahmad dan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

'Tak benar SPR tak ada kuasa'

Menjawab kenyataan Wan Ahmad, Ambiga, sebagai penceramah kedua, memetik Seksyen 27E Akta Kesalahan Pilihan Raya untuk membuktikan bahawa SPR sebenarnya mempunyai kuasa lebih luas daripada tanggapan suruhanjaya tersebut.

NONEMenurut Ambiga, seksyen itu memberi kuasa kepada pasukan penguatkuasa SPR sewaktu kempen pilihan raya untuk "memastikan bahawa undang-undang bertulis berhubung dengan pilihan raya dipatuhi".

Beliau berhujah bahawa SPR juga mempunyai kuasa di bawah undang-undang sedia ada, untuk memanggil pihak-pihak berkuasa lain untuk membantu suruhanjaya itu dalam menjalankan tugasnya.

Oleh itu, walaupun SPR tidak mempunyai kuasa pendakwaan, ia mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan polis atau meminta pihak berkuasa lain mengambil tindakan, apabila berhadapan dengan kes-kes penyelewengan.

Bekas presiden Majlis Peguam juga telah menyoal Wan Ahmad mengenai isu undi pos bagi rakyat Malaysia di luar negara, yang dinafikan peluang untuk mengundi.

NONE"Daripada maklum balas yang kami terima, ia adalah mustahil bagi mereka untuk pergi ke kedutaan Malaysia untuk mengundi," kata Ambiga.

Beliau mengingatkan Wan Ahmad bahawa 50,000 hingga 200,000 rakyat Sarawak di Semenanjung hilang hak untuk mengundi dalam pilihan raya negeri itu April lalu kerana mereka tidak layak sebagai pengundi pos.

Pendaftaran automatik 'boleh dilakukan'

Menyentuh perkara yang sama, Ambiga juga meminta Wan Ahmad menjelaskan sama ada anggota tentera Wataniah, yang dicadang kerajaan diwujudkan di setiap kawasan parlimen di seluruh negara, akan didaftarkan sebagai pengundi pos.

voter registration campaign 110707 registrationMengenai isu pendaftaran secara automatik - salah satu tuntutan BERSIH 2.0, Ambiga menolak alasan SPR bahawa ia akan memaksa

orang ramai untuk mengundi, dan ia akan menyebabkan peratusan mengundi yang rendah.

Beliau berhujah bahawa jika rakyat secara automatik didaftarkan sebagai pengundi apabila mencapai umur 21 tahun, mereka masih mempunyai pilihan sama ada untuk mengundi atau tidak.

Bagi masalah keluar mengundi yang lebih rendah, Ambiga membalas bahawa pendaftaran automatik akan menghasilkan sebaliknya, kerana ia mengatasi masalah mereka yang malas untuk mendaftar di bawah sistem sekarang.

Tambahnya, pendaftaran automatik boleh dilakukan jika pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang disambung kepada SPR, adalah bersih dan mempunyai integriti yang tinggi.

  • Yusmadi Yusoff · Member of Parliament at People of Malaysia
    Jelas SPR perlu direform agar bebas Dan berkuasa. cadangan: suruhanjaya lantikan terus oleh YDPA Dan lapor terus ke Parlimen. Reform sagera sebum PRU13!
    • Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
      Tongkat terakhir UMNO hanyalah SPR, pengundi MCA MIC pun dah cabut
    • Omar Jais · Top Commenter · Works at JKR dan RTM
      oleh kerana ta menyedari dan tak memahami peranan SPR sebenarnya,maka kekeliruan timbul apabila menganggap SPR ialah sebuah'' badan pengurusan''...mana mungkin bagitu rendahnya mertabat SPR yg lantikannya dibuat oleh DYMM Agong tanpa apa2 kuasa yg ada?.Tiga objektif utama SPR ialah,Melaksanakan Pendaftaran Pemilih,Persempadanan semula kawasan2 Pilihanraya dan menjalankan Pilihanraya.Dibawah tiga2 objektif tersebut SPR diberi kuasa sepenohnya untk melaksanakan perananya dgn dibantu oleh AKTA kesalahan Pilihanraya dan akta2 lainyg berkaitan,ini jelas SPR ialah badan penguatkuasa dan bukan ''badan pengurusan''.
    • Rohan Abd Rahman · Top Commenter · UTM Skudai
      tak habis2 bodoh dan bangang ko farid kl!!!!
  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    SPR : Kami tiada kuasa.
    Ambiga : Siapa bagi kuasa untuk SPR.
    SPR : Najib, Najibdan umno suruh kami buat , kami buat lah ikut arahan.
    Ambiga: Apa dia Suruhanjaya...apa maksud.
    SPR : Betul lah Suruhan hingga Jaya. Kami kena ikur arahan umno hingga Jaya.
    ...See More
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Jack gooner! mulut kau patut di sumbat dgn najis rosmah..otak kau masuk dalam jubur saifol?...
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Elyn sofea! yang mengarut dan bebal awak itulah. 'tolol'? tukang angkat najis..
    • Andrew Suntai · Top Commenter · Works at Self employed. i am my own boss.
      spr penipu, org sarawak yang bekerja di semenanjung di nafi kan hak untuk mengundi...semua org muda di sarawak dh buka minda...sokongan undi di sarawak hanya org tua saja....
  • Zam Bin Zom · Top Commenter · Boss at 4D (Duduk Diam Dapat Duit)
    ooo...rupa2ya SPR ni cuma mcm peon jer yg diarah oleh kerajaan BN utk kendalikan p/raya
    • Zam Bin Zom · Top Commenter · Boss at 4D (Duduk Diam Dapat Duit)
      lumrah manusia mmg sentiasa teringat akan kebiasaan nya.
      kalu kaki ekor,,bila dia nampak 4d jer dia akn terus terbayangkan no ekor.bila la org umno nak tobat??????
    • Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter
      SPR adalah suruhanjaya pilihanraya, maka dia kena ingat yg dia bertugas utk raja2 melayu/Agong & rakyat malaysia! Namapun dah suruhan jaya, dia kena bebas 100% dari pengaruh pemerentah. Klau dia bergerak atas pengaruh pemerentah, maka x layak lah dia dipanggil suruhanjaya, krn sifatnya itu adalah tak lain tak bukan budak suruhan...
  • Zainal Abidin · Top Commenter · Puchong
    haaa... tau pun bertanggungjwb menguruskan daftar pemilih dan pilihanraya. tp sengaja buat2 lupa bertanggungjwb kpd Agong dan RAKYAT Malaysia bukan bertanggungjwb kpd UMNOPORNO BN APCO. gaji dan elaun kamu tu bukan dibayar guna duit UMNOPORNO BN APCO tau.. RAKYAT yg bayar!
    • Osman Mohd Razif · Top Commenter · 30 years old
      agak2nya mcm ni bunyi ikrar wan ahmad si mangkuk ayun ni time dia terima watikah perlantikan jwtnnya skrg ni: "saya menerima perlantikan jwtn ini dgn penuh rasa tanggungjwb dan berterima kasih kpd kerajaan BN. Saya akan berusaha sedaya upaya saya utk melaksanakan segala arahan, akan melapurkan kpd kerajaan BN dan akan sentiasa mempastikan kemenangan BN di dalam pilihanraya umum kerana kemenangan BN shj yang dapat menjamin saya terus dapat bekerja dan menyara anak isteri saya walaupun terpaksa menipu Ke Bawah Duli Tuanku dan RAKYAT jelata"
    • Per Su Cur · 41 years old
      makin lama dia kat situ makin berayun2 TELORnya....
    • Reezal Khairil · 29 years old
      makin berayun makin labuh... tul x? huhu
  • Zul Hilmei Mohd Rohani · Top Commenter · University al-azhar
    Wan Ahmad patut dipuji kerana beri kenyataan ini. Ini memberi faham bahawa undang2 negara dicipta sejak merdeka adalah untuk mempertahan pemerintah bukannya rakyat. Rakyat sebenarnya masih belum merdeka! Kerenah Birokrasi mempertahankan kedudukan mereka
    • Matsamanwaran Mat · Top Commenter · Sekolah atap je
      biar dia rasa
    • Ismadi Ismail · Top Commenter · SM Ibrahim Fikri, SM Seri Dungun, SM Sultan Omar
      Puji mende bila dah kena parok.Dia rasa dia boleh jawab.Bila kena 'boo'baru cuba U turn balik.Ingatlah...kita hidup berjiran ni jangan sampai jiran dok suka.Hina bila kita mati.Orang tua kata bila dah meludah,tak yah jilat balik le....Ubah sekarang.Kami bantu bila dipohon.Inyaallah.Kita nak selamatkan Malaysia dari kepayahan hidup akibat kedangkalan manusia yg memerintah.Itu saje..
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      malulah sikit wan ahmad dgn rakyat? awak tu dah tua bangka. bukan kanak-kanak lagi?. patut bolehlah terfikir.jangan demi sesuap nasi sanggup jadi budak suruhan umno bn...

Tiada ulasan: