Ahad, 24 Julai 2011

ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA BERKUASA....DAN MAHA KUAT AZABNYA....SERTA MAHA ADIL...NAK LARI MANA PERSALAH2 NI...

TPM: 'Kita tidak mempunyai banyak masa'
Jul 24, 11 2:42pm

Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua parti komponen dan anggota gabungan Barisan Nasional (BN) merapatkan barisan menjadi satu pasukan BN mulai sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata perpaduan di kalangan parti komponen dan anggota gabungan ialah pra-syarat utama yang mesti diberi tumpuan utama ia boleh memberi kesan kepada PRU.

"Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.

"Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN," katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-19 parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan di ibunegara hari ini.

IPF yang diasaskan mendiang Tan Sri M.G Pandithan pada tahun 1991 telah diterima sebagai anggota gabungan BN pada awal tahun ini. Ini juga merupakan kali pertama persidangan tahunan parti itu dirasmikan oleh pemimpin tertinggi negara.

- Bernama


Nazri: Tiada lagi s'jaya kaji hasil siasatan kes TBH
Jul 24, 11 12:15pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata tidak akan ditubuhkan satu lagi suruhanjaya semata-mata untuk memuaskan hati mereka yang tidak puashati dengan keputusan suruhanjaya diraja menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

"Pendedahan laporan suruhanjaya (diraja) kepada umum menutup kes kematian mendiang Teoh dan segalanya telah selesai," katanya dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.

"Itu memang tidak boleh dan tidak akan dilakukan. Melainkan ada ruang dibenarkan kepada mahkamah, yang mana mereka nak teruskan, teruskanlah," tambahnya.

Nazri berkata, tidak akan ada lagi satu suruhanjaya untuk kaji keputusan suruhanjaya yang lain.

"Kerajaan telah berbelanja berjuta ringgit untuk suruhanjaya ini dan itu adalah duit rakyat.

"Saya merayu kepada rakyat supaya menganggap episod ini ditutup dan telah selesai dengan keluarnya laporan suruhanjaya (diraja).

"Buatlah kerja-kerja yang boleh memajukan negara dan jangan terus dengan isu ini sehingga kita tidak boleh bergerak ke mana-mana," tambahnya.

Menurutnya, suruhanjaya tersebut dianggotai orang yang tinggi imej dan reputasi mereka.

"Mereka ada reputasi yang perlu dipelihara. TIdak mungkin mereka tunduk kepada tekanan untuk membuat sesuatu keputusan kerana takut atau pilih kasih.

"Kedua, ini di atas permintaan mereka (keluarga Beng Hock) dan bukannya kerajaan.

"Ketiga, tujuannya untuk mendapatkan kebenaran, bukannya memuaskan hati mana-mana pihak sama ada keluarga Beng Hock atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Nazri berkata, beliau percaya bukan sahaja keluarga mendiang Teoh tidak berpuashati, SPRM pun tidak berpuashati kerana banyak perkara dibangkitkan tentang aspek penyiasatan mereka.

"Yang penting kita tidak peduli sama ada masih ada pihak tidak berpuashati atau sebaliknya kerana tujuan mengadakan mengadakan suruhanjaya ini adalah untuk kebenaran bukan untuk memuaskan hati mana-mana pihak.

"Itu yang penting. Kalau masih ada pihak tidak berpuashati maka terpulang kepada mereka kerana bukan buat sesuatu untuk memuaskan hati sesiapa," tambahnya.

Nazri mengulangi bahawa Malaysia adalah negara bebas, "kalau mereka nak buat rayuan dan memang ada ruang di bawah undang-undang kita, buatlah, kita tak ada perkara yang ditakutkan".

"Soal tidak puashati blogger, pembangkang atau keluarga Beng Hock itu kita faham sangat sebab sepanjang dua tahun lebih telah ditanamkan di pemikiran rakyat bahawa mendiang Beng Hock telah dibunuh.

"Apabila keluar laporan reaksi itu semenangnya kita faham dan telah dijangka. Tetapi saya yakin mereka yang ikuti isu ini dengan penuh sabar, yang mahu kebenaran ditunjukkan, saya pecaya mereka dapat menerima laporan yang dibentangkan oleh suruhanjaya," tambahnya.

Katanya, kematian Teoh disebabkan oleh kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dimahukan SPRM.

"Keadaan itu berlaku disebabkan overzealous dan melibatkan segelintir kakitangan SPRM. Ini perangai masing-masing, macam mana pun kalau sudah buat salah, kena disiplinkan," katanya.

Nazri mengumpamakan perkara itu seperti pepatah Melayu 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'.

  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    - Kalau lah Malatlamat umno mengunakan Suruhanjaya untuk menutup kes ini bukan sahaja menghina kuasa agung , hina rakyat sekali gus.
    Nazri : Kami sudah tutup kes TBH.
    Rakyat : Tutup ikut suka kamu , rakyat bukan senang ditipu lagi.
    Nazri : Kes ini sudah selesai.
    Rakyat: Kes ini sedang membara di hai rakyat , kamu boleh tutup kes TBH, tapi rakyat tetap menegakkan keadilan. menuntut dan memastikan tiada salahguna kuasa oleh pihak kerajaan.
    Nazri: Ikutlah apa keputusan suruhanjaya.
    Rakyat : Kalau suruhanjaya pun di permainkan umno, buat apa habiskan wang rakyat, bukan kah elok terus jatuhkan keputusan menyatakan TBH bunuh diri? bazir wang rakyat.
    • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
      Ma hilangnya Jangnada, rahsiamu sudah ibocorkan ...
      Gelagat puak umno ini hanya pandai tumpang dasi saja.
      Mana sudah hilang Jangnada ?? telor sudah pecah buat kek eden kah ?? kah kah kah
    • Raja Rimba · Pengulas Tertinggi · UC Berkeley
      ATAS SAMBUTAN HANGAT DAN PERMINTAAN RAMAI SAYA SAJIKAN ANDA SAMBUNGAN VIDEO MASON DI MALAYSIA PART 12 - MANIFESTO HARTAL (SEJARAH YG DIGELAPKAN). SILA SHARE DGN RAKAN2 ANDA http://bit.ly/r0hI1r
  • Faziri Ryusuke · Pengulas Tertinggi · Pro Techician di Toyota Racing Development
    klu bunuh diri kenapa suar teoh beng hock terkoyak cmtue.. kenapa mayat beng hock x remuk.. sebab jatuh tingkat 14... tu masih bermain2 di akal yang waras...
  • Teo See Lian · Pengulas Tertinggi · High School Batu Pahat
    Kajian terbaru Face Book, kebanyakan rakyat tidak memuaskan keputusan RCI kerana mereka merasai sesuatu "keputusan mati katak"......
  • Ismar Dee · SMKA Wataniah
    kalau menyebelahi dia baru nak disebut duit rakyat, yg dok kebas kot belakang tuuu tak de pulak sebut duit rakyat.

Aktivis 'kembali semula' ke laluan perhimpunan 9 Julai
Kow Gah Chie
Jul 24, 11
2:11pm

Kira-kira 15 penyokong gerakan pembaharuan pilihan raya BERSIH 2.0 - dengan berpakaian kuning dan membawa poster - 'kembali semula' ke laluan utama perhimpunan 9 Julai.memoir to 709 walk 230711 04Mereka membawa poster dan juga mengedarkan risalah yang
mendesak pembebasan enam aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO).

Ada antara mereka yang membawa poster mendiang Teoh Beng Hock dan mengumumkan mereka "Berjalan untuk Teoh Beng Hock".

Walaupun bilangannya kecil, tetapi pakaian kuning mereka - bersama dengan poster dan belon yang sama warna - menarik perhatian orang ramai dan kenderaan membunyikan hon tanda sokongan.

Kira-kira lima kereta peronda dan sembilan motosikal polis memantau perarakan selama dua jam itu, yang dibenarkan bergerak tanpa halangan.

memoir to 709 walk 230711 cheng fui lienPerarakan 'mini' itu adalah satu penghormatan kepada semua mereka yang ditahan atau gagal memasuki bandaraya pada 9 Julai disebabkan oleh sekatan polis, kata Fui Lien Cheng (kiri) dari Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur (KLSCAH).

Hampir 1,700 orang ditahan pada hari Sabtu lebih dua minggu lalu apabila kira-kira 50,000 berhimpun di jalan-jalan di Kuala Lumpur untuk menuntut pembaharuan pilihan raya.


PAS: Mengapa mahu siarkan selepas dua minggu?
Jul 24, 11 9:09am

Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu dan akan disiarkan melalui rangkaian televisyen yang dikuasai kerajaan dan Umno mengenai himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen hitam putih, kata ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad.

NONE“Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat,” kata Idris (pertama dari kanan, berketayap) dalam satu kenyataan media.

Menurut pemimpin PAS itu, polis sekarang berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika berdepan dengan tunjuk perasaan aman BERSIH 2.0 yang lalu.

Terbaru, katanya, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis kepada peserta perhimpunan.

NONE“Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan keganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

“Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis,” katanya.

Menurut Idris, beberapa soalan patut dibangkitka, antaranya kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya.

Justeru, katanya adalah mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman yang menunjukkan polis bertindak ganas itu boleh disunting.

“Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?” soalnya.

Nasib polis

NONEBeliau merujuk taklimat Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rashid, Khamis lalu yang berkata tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal timbalan presiden PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar 'fender' Pajero,” kata Salleh.

Malah, wartawan yang hadir ditunjukkan video sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

NONEMenurut Idris, Mohamad Sabu juga dituduh tidak cedera oleh pihak polis termasuk pemimpin Umno yang mendakwa beliau berlakon.


“Sedangkan satu dunia tahu bahawa timbalan presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu,” katanya.

Menurut beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta BERSIH dan perlu menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap mereka.

“Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.

“Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti,” katanya.

Video polis sahih

rais yatimSemalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan video perhimpunan 9 Julai lalu yang dirakamkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata apa-apa video mahupun gambar yang dapat menjawab tomahan yang mendakwa pihak berkuasa berlaku zalim terhadap para peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu, perlu didedahkan kepada orang ramai.

NONEMengenai sama ada video itu kelak akan disiarkan berulang kali atau tidak, Rais berkata semua itu akan bergantung kepada keadaan dan kesesuaian.

Antara klip rakaman yang dipertontonkan kepada wartawan pada Khamis lalu adalah mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia, Baharudin Ahmad, pada perhimpunan 9 Julai itu.

Polis menafikan lelaki itu dibelasah pihak berkuasa dan mendakwa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan.

funeral baharudin bersih protesterSalleh juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.

“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya.

NONETimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula semasa di Melaka, semalam berkata video pada perhimpunan 9 Julai lalu yang dipaparkan oleh polis adalah rakaman yang sahih dan sah bertujuan mendedahkan situasi sebenar dan bukannya bermotifkan politik.

RTM dan TV3

NONESementara Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula berkata beliau telah menyerahkan rakaman video itu kepada stesen penyiaran termasuk Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3.

Rakaman video polis itu turut menunjukkan layanan baik polis terhadap pemimpin BERSIH termasuk pengerusinya Datuk S Ambiga, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

NONEAda juga babak di mana polis memakaikan topeng penutup hidung dan mulut kepada Nurul Izzah dan dalam video itu itu turut menayangkan keterangan ikhlas Hadi di Lapangan Terbang Terengganu bahawa beliau mengaku menerima layanan yang baik daripada polis kepada penyokong-penyokongnya.

Video itu turut menayangkan bagaimana orang ramai ditahan dengan cara baik, diminta NONEmenunjukkan kad pengenalan diri dan beg, orang tua yang mengalami sakit pinggang dibantu polis untuk naik di atas kereta polis dan pertanyaan kepada tahanan dengan berhemah.

  • Raja Rimba · Pengulas Tertinggi · UC Berkeley
    ATAS SAMBUTAN HANGAT DAN PERMINTAAN RAMAI SAYA SAJIKAN ANDA SAMBUNGAN VIDEO MASON DI MALAYSIA PART 12 - MANIFESTO HARTAL (SEJARAH YG DIGELAPKAN). SILA SHARE DGN RAKAN2 ANDA http://bit.ly/r0hI1r
  • Ezz Wan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ministery of Education
    Takziah kepada sape2 yang masih buta hati,nak kata buta penglihatan..x,coz boley o9...jadi ada otak,fikir la sebaik2nya..jgn syok sgt duduk bwh BN.apa korang dapat?sedikit pun korang x berharga...jgn memperbodohkan diri sendiri..

Isteri mahu RCI siasat punca kematian Sarbaini
Kow Gah Chie
Jul 23, 11
1:56pm

Kecewa dengan siasatan polis, Maziah Manap, isteri allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed, yang dijumpai mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di KualalLumpur mahu kerajaan membentuk Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat punca kematian suaminya itu.

sarbani wife lodge police report 230711 maziah manap and mokhtar mansur"Inkues tidak menyiasat secara serius kemungkinan ada unsur jenayah. Saya mahu Suruhanjaya Diraja. Ini kali pertama saya tuntut Suruhajanya Diraja,” katanya selepas membuat laporan di balai polis Kelana Jaya pagi ini.

Maziah juga meminta polis menyiasat semula kes itu berikutan pendedahan oleh Raja Petra Kamaruddin yang menulis di blognya bahawa seorang pegawai SPRM mengarahkan penolong pengarah Kastam itu berdiri di kaki lima tingkap bilik pantri sebagai 'hukuman' kerana menukar pengakuannya dalam kes rasuah yang disiasat.

Dakwanya, apa yang berlaku semasa inkues sekarang sama seperti yang didakwa oleh Raja Petra.

Raja Petra mendakwa pegawai SPRM itu dilaporkan berkata 'orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain.'

NONEKata-kata itu mengejutkan Sarbaini yang bertindak memanjat tingkap apabila terus dihina.

Tulisnya lagi secara tiba-tiba tali pinggang Sarbaini tersangkut di kaki lima tingkap, dan dia hilang pertimbangan lalu jatuh.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.


Tiada ulasan: