Beliau mendakwa, sehingga kini terdapat 890 kes membabitkan peniaga kecil bumiputera di Melaka didakwa gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri yang meliputi pelbagai masalah.
Menurutnya, antara lokasi yang menjadi pertikaian kini termasuklah peniaga sekitar gerai milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersebelahan bangunan Hatten Square di Banda Hilir, peniaga di Taman Mini Malaysia dan Taman Buaya.
Jelasnya, kerajaan negeri Melaka tidak serius di dalam menangani masalah mereka apatah lagi terus mengabaikan soal kebajikan peniaga terlibat dan hanya semata-mata ingin memastikan projek pembangunan yang dirancang terlaksana.
"Memang ada mereka beri pampasan atau sagu hati tetapi jumlah yang diberikan bagi kami terlalu kecil berbanding kesulitan terpaksa ditanggung peniaga akibat perpindahan itu.
Justeru, kami sudahpun memberikan maklumat lengkap kepada Perdana Menteri," katanya.
Mohd Redzuan berkata, pihaknya juga amat kesal dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam secara peribadi baru-baru ini kepadanya menyatakan kononnya Ikhlas tidak perlu menjadi orang tengah di dalam menyelesaikan setiap kemelut yang melanda kalangan peniaga di Melaka.
"Setiap masalah yang berlaku semakin berlarutan berikutan kegagalan kerajaan negeri menyelesaikannya sehingga ramai di kalangan peniaga kecil terlibat berasa terhimpit berbanding ketika menjalankan perniagaan beberapa tahun dahulu.
"Segelintir pegawai kerajaan dan juga Ahli Majlis juga dilihat kurang sopan ketika berdepan dengan peniaga," dakwanya.
- Norashikin Abdul Rahman · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysianapa tak bising cam kisah bazar tok guru ek?
- Chottii Bashar · Pengulas TertinggiKM melaka caaaakaaaappp negeri 'TERMAJUUUU' di malaysia nehh.
sudah tiba masanya rakyat melaka kene bangkit PRU!# nti!
@chotti chotti~saya banggala pun lagi maju juga.
"(Ini) kerana itu adalah hak mereka. Kerajaan juga harus memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu.
"Enakmen yang sudah diwartakan harus dikuatkuasakan untuk kepentingan semua pihak. Ini tanggungjawab sebuah kerajaan," tulisnya dalam blog.
Menurut Muhammad Sanusi (kiri), Azizan juga berkata isu penguatkuasaan enakmen itu diserahkan kepada pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Perlesenan Daerah untuk pertimbangan kelonggaran berdasarkan peraturan sedia ada dan cadangan yang dikemukakan.
"Selesailah isu sensasi yang sengaja dipanaskan 'tak ketahuan punca' itu," katanya.
Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 antaranya mengandungi tatacara menjalankan aktiviti hiburan dan perniagaan berkaitan hiburan.
Salah sangka
Ia terdiri 13 kategori termasuk karaoke, pentomin, panggung wayang, laser disc, MTV, persembahan pentas, sarkas, pancaragam dengan penyanyi, bowling, snuker, billiard, bar, simulator, disko dan pub.Ia diluluskan diluluskan pada 1997 dan diwartakan pada 12 Febuari 1998.
Muhammad Sanusi berkata masyarakat Cina khususnya pengusaha dan operator pusat hiburan tersalah sangka bahawa semua operasi akan diarahkan tutup.
"Mereka sangka tentang jalan keluar dari isu ini hanyalah melalui membatalkan Enekmen 1997 itu. Mereka terlupa syarat no.8 itu ada tercatat pada borang memohon lesen yang mereka tandatangani.
"Mereka sangka peraturan ini hanya berlaku di daerah tertentu sahaja. Mereka tidak tahu beberapa kategori sukan dikecualikan dari takrif hiburan dalam enakmen.
"Semua persepsi ini dibina oleh MCA, DAP dan Gerakan melalui media," katanya.
Dewan Cina
Akibat salah sangka dan hasutan itu, wujudnya bantahan masyarakat bukan Islam khususnya masyarakat Cina.
Sehubungan itu, Muhamad Sanusi berkata Azizan memanggil Dewan Perhimpunan Cina Kedah sebagai wakil pengusaha/operator 300 pusat hiburan untuk mendengar pandangan dan keluhan mereka.
"Dia tidak memanggil Tan Keng Liang, Chong It Chiew atau Chor Chee! Sekitar 30 orang operator hiburan turut hadir," sindir Muhammad Sanusi.
Beliau juga menafikan tanggapan kerajaan negeri mahu membatalkan enakmen atau menghapuskan syarat am itu, sebaliknya pihaknya menggunakan kuasa pihak berkuasa negeri yang didakwanya "untuk menyelesaikan satu isu yang tak pernah selesai sewaktu zaman BN"."Kalau boleh, biarlah ia berkekalan hasil tindakan bijak kerajaan dalam Madrasah Ramadan 1432 ini!” akhirinya.
Himpunan rakyat pengaruhi keputusan PRU-13
M Faqih |
KOTA BHARU, 19 Julai: Bayangan kebangkitan rakyat pada Mac 2008 sebenarnya sudah dapat dikesan setahun lebih awal berdasar kepada beberapa siri perhimpunan rakyat. Perhimpunan anjuran Bersih 1.0 pada 2007 kemudian diikuti demontrasi Hindraf ternyata memberi isyarat awal kerajaan BN tergugat. Setahun kemudian telahan itu menjadi kenyataan apabila BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen, kecundang di empat negeri kepada Pakatan Rakyat dan Kelantan terus kekal di bawah PAS. Dan isyarat itu seperti berulang kembali pada 9 Julai lalu. Kali ini nampak mementum lebih hebat dengan kehadiran mencecah ratusan ribu biar pun dihalang sejak awal kerajaan BN menggunakan pasukan polis. Sifir itu sudah menjadi tanggapan mudah bagi mana-mana penganalisis politik untuk melihat apa yang bakal berlaku pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Di Kelantan kaedah sama digunakan apabila perhimpunan lebih 15,000 petugas PAS dari peringkat cawangan di seluruh Kelantan diadakan di Semerak, Pasir Puteh pada 2007. Pantai Bisikan Bayu ketika itu sendat dengan lautan manusia berkopiah dan bertudung labuh. Ruang sebuah resort di situ tidak dapat menampung kehadiran begitu ramai petugas pilihan raya PAS. Sebuah treler terpaksa digunakan bagi menghantar tikar untuk peserta himpunan tersebut. Sebelum itu pada 2004 perhimpunan serupa yang dikenali sebagai Ijtimak Pilihan raya PAS Kelantan dicadang diadakan di Bukit Bunga, Jeli, namun tidak mendapat kerjasama polis, difahamkan hasil campur tangan Umno. Ijtimak terbabit diadakan setiap kali menjelang pilihan raya umum. Dan kali ini ijtimak serupa akan diadakan di Pantai Geting, Pengkalan Kubur, Tumpat pada Jumaat ini. Dianggarkan lebih 20,000 petugas pilihan raya PAS dari seluruh Kelantan akan berkampung di tempat rehlah terbabit bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang. Jurucakap ijtimak, Mohd Yassin Yusof berkata, kuliah mingguan di Medan Ilmu pada pagi Jumaat dipindah ke Pantai Geting sempena ijtimak kali ini. Katanya, program bermula jam 8.30 pagi dengan kuliah pembukaan disampaikan tokoh jemputan. Kemudian pada 9.30 pagi kuliah khas disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selepas itu diadakan ucapan pemimpin-pemimpin PAS Kelantan. Acara penutup dijangka disempurnakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. ”Program ijtimak diadakan setiap kali menjelang pilihan raya umum. Pada ijtimak lepas diadakan di Semerak. Dan sebelum itu diadakan di stadium ekoran pembatalan program awal di Jeli,” katanya di sini. Program berkenaan merupakan antara gerak kerja PAS Kelantan menjelang diadakan pilihan raya umum. Ia diadakan selepas pelancaran jentera pilihan raya PAS Kelantan pada 17 Mei lalu di Putik. Dan sekarang jentera pilihan raya PAS di setiap kawasan sedang digerakkan. Manakala pada 30 Julai ini program Himpunan Anak Kelantan akan diadakan di Puchong Perdana, Kuala Lumpur. Mohd Yassin yang juga Setiausaha Eksekutif Perhubungan PAS Negeri berkata, kehadiran pada setiap ijtimak menjadi petanda awal momentum pilihan raya umum ke-13. Lokasi tempat ijtimak dipilih mengambil kira faktor kekuatan pengaruh Umno. Pengkalan Kubur dikuasai Umno sejak 2004 sehingga sekarang. |
"Senario kita adalah menumpukan kepada perpaduan untuk majukan negara kita. Cabaran luar negara terlalu banyak, soal ekonomi.
"Soal ekonomi yang merisaukan saya sebagai seorang ahli ekonomi. Kita jangan buang masa terhadap perkara-perkara yang remeh-temeh, mari kita teruskan (usaha) untuk membina negara kita," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.
"Senario kita adalah menumpukan kepada perpaduan untuk majukan negara kita. Cabaran luar negara terlalu banyak, soal ekonomi.
"Soal ekonomi yang merisaukan saya sebagai seorang ahli ekonomi. Kita jangan buang masa terhadap perkara-perkara yang remeh-temeh, mari kita teruskan (usaha) untuk membina negara kita," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertikaikan dakwaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berhubung kenaikkan mendadak kos Kapal Peronda Pesisir Pantai (OPV).
“Projek OPV baru letter of intent sahaja, belum ada jumlah yang dipersetujui dan belum ada syarikat prinsipal yang dilantik sepanjang pengetahuan saya.
“(Ini) termasuklah sub-kontraktor yang membekalkan sistem untuk OPV ini.
“Bagaimana Zaid Ibrahim tahu lebih awal sedangkan ia belum muktamad lagi?” soal Ahmad Zahid kepada wartawan selepas mewakili perdana menteri merasmikan Kongres Antarabangsa BioSSD 2011.
Beliau mengulas dakwaan kos OPV yang dikatakan terus naik mendadak yang telah diberikan kepada syarikat tempatan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, dengan kemungkinan firma Perancis DCNS dikaitkan bersama.
Zaid mendakwa kos enam OPV itu naik daripada RM6 bilion kepada RM10 bilion dan berkata pembelian kapal peronda itu itu bagi menjadi satu lagi skandal selepas Scorpene.
Pada 9 Februari lalu, Panglima Tentara Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata harga material yang meningkat selain aspek persenjataan dan penderiaan canggih yang dilengkapkan pada enam kapal jenis Littoral Combat Ship (LCS), menyebabkan kos pembinaannya tinggi hingga mencecah RM6 bilion.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan