Ini termasuk menghadiri persidangan tahunan pihak tersebut, katanya.
Beliau berkata, terdapat juga perkara positif di kalangan penggodam.
"Untuk tujuan ini, CyberSecurity, Majlis Keselamatan Negara, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mesti bersama mereka agar kita dapat mengetahui rangkaian penggodam yang lebih luas.
"Akhirnya kita boleh memahami siapa penggodam yang baik dan jahat. Kita juga boleh mempelajari bagaimana untuk mempertahankan diri kita (dari serangan penggodam),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai jenayah siber di Putrajaya hari ini.
- Bernama
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid berkata bagaimanapun khidmat ATM akan digunakan berdasarkan kepada keperluan.
"Kita akan tengok, kalau diperlukan kita akan panggil ATM untuk membantu bagi menjaga ketenteraman awam," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 di antara ATM dan PDRM di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur hari ini.
Demonstrasi itu melibatkan kekuatan 120 anggota Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 120 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta lintas hormat pesawat dari Pasukan Unit Tentera Darat (PUTD) dan Unit Udara PDRM.
Beliau berkata demonstrasi ini pertama kali dipertontonkan kepada umum sebagai perintis kerjasama antara PDRM dan ATM yang telah wujud sejak tahun 2008 lagi, dan ia tidak mempunyai kaitan langsung dengan perhimpunan haram Sabtu ini.
"Tidak ada kaitan langsung demonstrasi ini dipertontonkan kerana perhimpunan haram...kita buat demonstrasi ini sebab ingin menghargai Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2011, yang kami terima (PDRM dan ATM)," katanya.
- Bernama
Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai BERSIH 2.0 memperlihatkan ketokohan dan kepemimpinan yang didahagakan oleh rakyat sekian lama.
Kematangan Seri Paduka Baginda dalam menyampaikan pendirian berhubung perhimpunan aman itu sekaligus mendinginkan hati rakyat dan menyejukkan keadaan yang semakin panas akibat kenyataan-kenyataan Perdana Menteri dan tangkapan-tangkapan polis terhadap penyokong BERSIH 2.0.
Dalam kenyataan yang ringkas tetapi padat, Tuanku Mizan menintahkan supaya adalah lebih elok perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, walaupun niatnya baik.
Pada masa sama, Seri Paduka Baginda mengingati Najib dan kerajaan pimpinan beliau terhadap keperluan menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bertanggungjawab.
Titah baginda: “Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasanpun.
“Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".
“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik”.
Tersasar hayati ucapan
Walaupun media arus perdana menganggap titah Tuanku sebagai tamparan kepada penganjur perhimpunan BERSIH, mereka tersasar dalam menghayati semangat ucapan Seri Paduka Baginda.
Apa yang dinyatakan oleh Baginda amat jelas: biarlah segala permasalahan diselesaikan menerusi dialog dan rundingan yang telus dan adil supaya ia tidak mencetuskan sesuatu keadaan yang tidak diingini.
Sayugia diingati BERSIH telah berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk lebih setahun sebelum memutuskan untuk menganjur perhimpunan aman pada Sabtu ini.
Namun SPR tidak melayan rungutan-rungutan 62 Pertubuhan Bukan Kerajaan yang bergabung di bawah naungan BERSIH.
Justeru, masalah seperti puluhan pengundi berlainan kaum berdaftar menggunakan alamat sama, pengundi biasa ditukar menjadi pengundi pos tanpa pengetahuan mereka hanya secebis daripada kepincangan yang dikesan dalam daftar SPR.
Apabila rundingan antara SPR dan BERSIH gagal, sepatutnya Perdana Menteri sendiri harus mengambil iktibar untuk memberikan perhatian kepada rungutan-rungutan yang dibawa oleh BERSIH.
Namun ini tidak dilakukan. Perdana Menteri sebaliknya menfitnah pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga sebagai musuh Islam semata-mata kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang peguam dalam kes murtad Lina Joy.
Mencetuskan ketegangan
PERKASA dan Pemuda Umno digerakkan untuk menganjur perarakan bagi menandingi perhimpunan BERSIH hanya untuk mencetuskan ketegangan.
Masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya pula diwajib membaca khutbah Jumaat yang melabelkan penganjur BERSIH sebagai pelampau yang sanggup mencederakan anggota pasukan keselamatan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam pula mendakwa beliau tidak dapat mengawal pesilat pertubuhan kebangsaan yang dipimpinnya daripada bertindak keras terhadap peserta BERSIH 2.0.
Rasanya tidak perlu mengulas mengenai kenyataan-kenyataan Ibrahim Ali atau dalang-dalang yang melancarkan demostrasi jalanan di Pulau Pinang atau yang membuat laporan polis terhadap BERSIH 2.0.
Pada masa sama, polis turut dikerah untuk menangkap beramai-ramai sesiapa sahaja yang memakai baju berlogo BERSIH. Lebih 200 orang ditahan dan pejabat seketariat BERSIH diserbu dan ratusan baju T dirampas.
Pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyokong gerakan BERSIH disoalsiasat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan. Enam orang termasuk ahli parlimen Sungei Siput Dr D Jayakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.
Rakyat terima padah
Tanpa menunggu hasil siasatan, Jeyakumar dan rakan-rakannya dituduh oleh polis sebagai cuba menghidupkan fahaman komunis menerusi BERSIH.
Siapakah yang harus bertanggungjawab kerana menimbulkan ketegangan ini?
Apakah yang dilakukan oleh BERSIH sehingga mengundang tohmahan dan tindakan polis sebegitu?
Adakah BERSIH melancarkan walaupun satu perhimpunan yang menggunakan kekerasan atau memusnahkan harta benda sebagai tindak balas? Tidak. Namun mereka yang menyokong gerakan itu menerima padah kerana terpalit dengan tohmahan yang direkayasa.
Ketika Malaysia memerlukan kebijaksanaan, kematangan dan kepemimpinan untuk menangani tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh BERSIH, Perdana Menteri memilih untuk menggalakkan budaya samseng dalam cubaan terdesak untuk menakut-nakutkan pendokong BERSIH 2,0.
Fitnah disebarkan menerusi khutbah Jumaat dan media arus perdana. Ugutan demi ugutan dibuat oleh persatuan pesilat dan “patriot-patriot” lain dengan restu Perdana Menteri dan Menteri Umno yang lain.
Amat sukar untuk meneka kenapa Najib tidak memilih untuk berdialog dengan penganjur BERSIH 2.0 tetapi bertindak untuk melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap mereka dengan menggunakan institusi media, polis dan masjid.
Aktivis tersohor
Jika beliau begitu bingkas berdialog dengan pemimpin-pemimpin Kristian tidak lama dahulu untuk meredakan kemarahan penganut agama berkenaan bersabit fitnah penubuhan negara Kristian, kenapa pula Perdana Menteri menjauhkan diri daripada penganjur BERSIH 2.0?
Harus diingati, BERSIH 2.0 bukan merangkumi Pertubuhan Bukan Kerajaan sembarangan. Ia dibarisi oleh aktivis-aktivis tersohor yang sudah lama bergiat menyuburkan proses demokrasi di negara ini dan memerangi rasuah serta mendokong keadilan.
Selain daripada bekas Presiden Majlis Peguam S Ambiga, nama-nama seperti Maria Chin Abdullah, Marina Mahathir dan Zaid Kamaruddin harus meyakinkan kita akan keikhlasan gabungan ini mahukan sebuah pilihanraya bebas dan adil demi manfaat rakyat.
Nama-nama ini juga tentunya memberi keyakinan bahawa mereka bukan golongan yang sanggup bergerak di bawah telunjuk mana-mana pihak, khususnya pembangkang.
Sayang, Najib kehilangan peluang keemasan untuk memperlihatkan kepemimpinan pada saat yang amat diperlukan.
Beliau berpeluang untuk meredakan keadaan, dan mengajak BERSIH 2.0 untuk berdialog secara ikhlas dengannya.
Tawaran jengkel
Namun beliau memilih jalan mudah untuk “melepaskan” segala aparatus kerajaan bagi menanam hasad dengki rakyat terhadap Bersih 2.0 dan menzalimi penyokong tertentu gabungan itu.
Rakyat hanya menarik nafas lega apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tampil untuk mengemudi jalan keluar daripada sebuah keadaan yang semakin gawat dengan pancaroba dan bahaya.
“Berdialog secara ikhlas dan elakkan tindakan yang boleh merugikan negara,” itu antara teras titah Tuanku Mizan.
Apa pula jawapan Najib kepada titah diRaja itu:
“Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat... buatlah, tidak menjadi masalah”
Kenyataan itu yang dibuat di depan pegawai-pegawai kerajaan semalam adalah tawaran yang menjengkelkan kepada penganjur BERSIH 2.0. Ia juga menyerlahkan kualiti kepemimpinan Perdana Menteri Malaysia keenam Datuk Seri Najib Razak.
Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.
Peguam Edmund Bon memberitahu Malaysiakini pagi ini bahawa polis menolak permohonan mereka untuk bertemu kesemua yang ditahan hari ini.
"Polis menolak lawatan kami pada jam 2.30 petang hari ini," katanya melalui SMS.
Bon mengesahkan bahawa kumpulan peguam akan memfailkan permohonan habeas corpus esok supaya tahanan dibebaskan, meski pun gagal mendapatkan tandangangan mereka untuk afidavit.
Barisan peguam itu akan menemui anggota keluarga mereka untuk memfailkan afidavit untuk permohonan itu, yang mana boleh dicabar kerajaan di mahkamah.
relevan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata sekiranya mereka tidak diberikan peluang mengundi secara pos, hak mereka dinafikan untuk mengundi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Andainya sistem ini dihapuskan, ia boleh menjejaskan keselamatan dan kententeraman awam kerana anggota keselamtan tidak boleh menjalankan tanggungjawab mereka menjaga keselamtan negara daripada ancaman musuh.
"Ini kerana pada hari mengundi mereka berada di tempat-tempat mengundi bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemilih," kata SPR dalam buku Penjelasan Terhadap Isu-isu Dibangkitkan Mengenai Pilihan Raya.
SPR menjelaskan ia sentiasa mencari kaedah terbaik bagi memantapkan sistem pengundian pos tersebut dengan melakukan proses pengundian lebih awal.
"Para pengundi akan dikumpulkan di satu tempat dua atau tiga hari sebelum pengundian awam bermula.
"Sistem ini bagaimanapun tidak terpakai untuk pelajar dan warga Malaysia di luar negara serta anggota keselamatan yang bertugas di perbatasan kerana mereka sukar dikumpulkan di satu tempat tertentu bagi proses tersebut," kata SPR.
Mengenai isu isteri anggota tentera yang didaftar sebagai pengundi pos, SPR berkata perkara itu termaktub di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
"Ia menyebut mana-mana orang yang telah mendaftarkan diri sebagai pemilih Parlimen atau Negeri di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, dan dia adalah seorang pengundi tidak hadir, adalah berhak mengundi sebagai pengundi pos," kata SPR.
Anggota polis dan pasangan yang didaftarkan juga layak menjadi pengundi pos mengikut peraturan itu.
Pendaftaran sebagai pengundi pos bagi anggota polis boleh dibuat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah atau Briged PGA di mana mereka bertugas.
SPR menjelaskan bahawa pemohon akan melalui tapisan yang ketat bagi mengelak pendaftaran berganda antara pengundi pos polis dan pemilih awam.
Ini menangkis dakwaan yang mengatakan SPR sengaja mendaftar anggota polis dan pasangannya sebagai pengundi pos memandangkan setiap permohonan perlu melalui proses yang tertakluk di bawah peraturan pilihan raya sedia ada.
Sementara itu, perenggan 3 (1)(a) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 juga melayakkan rakyat Malaysia yang bertugas di luar negara yang terlibat dalam sektor selain perkhidmatan awam menjadi pengundi pos.
- Bernama
- Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala UniversityIni lah buat rakyat bangkit sokong BERSIH.
Relevan untuk umno and the geng.
Tak relevan untuk rakyat.... fahamkah SPR
Asyik denial , bila BERSIH bangkit menentang dengan demo.
umno pula jemput geng samseng buat kacau.
Semua kau punya pasal. tidak hormati hak rakyat.
Kalaukau berani buat lah transference , bagi pihak berdikari untuk menyemak file anda... pordah!- Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala Universitytolong jemput ramai ramai click ` like'
http://www.facebook.com/pages/BERSIH-20-OFFICIAL/213 938935311531?ref=ts - ZzSelvazz Devilz · Pengulas Tertinggi
- Azmi Ismail · Pengulas Tertinggi · KelantanMacam mana tentera boleh mengundi sedangkan tiada di kem (operasi) semasa mengundi..... mungkin hantu2 yang mengundi. betul tak Antimamak? Saya syorkan Polis dan Tentera tak perlu mengundi (berkecuali), memang pengundi pos tidak bersih kebanyakan peg atasan yang memaksa memakah pada waktu malam... jangan nafikan perkara ini.
Menurut pengerusi PSM Jelapang K Kunasegaran, polis datang ke pejabat mereka pada jam 12.30 tengah hari dengan membawa seorang daripada tahanan iaitu timbalan pengerusi M Saraswathy dalam keadaan bergari dan cuba memecah masuk pejabat itu.
"Tetapi Saraswathy telah menjerit dan kami sedar kehadiran polis dan membuka pintu,” katanyanya sambil menambah polis juga gagal menunjukkan waran geledah.
Kunasegaran berkata anggota polis yang sebahagian besar mereka tidak memakai seragam tidak memberitahu apa yang dicari mereka tetapi mengambil dokumen parti yang berkaitan ideologi parti, minit mesyuarat dan sesalinan risalah berita parti itu.
"Saya difahamkan mereka dari (ibu pejabat polis) Bukit Aman dan sedang mencari bukti bagi mengaitkan kami dengan aktiviti subversif,” katanya.
Kira-kira 50 anggota PSM kemudiannya sempat berkumpul di luar pejabat dalam serbuan selama sejam itu sambil melaungkan "hidup rakyat", kata Kunasegaran.
Dakwanya lagi anggota parti juga tidak dibenarkan bercakap dengan Saraswathy semasa serbuan dan mereka juga tidak dibenarkan memberinya air minuman walaupun beliau meminta sedikit air kerana kehausan.
"Saya bimbang kerana dia ada kencing manis dan masalah tiroid,” kata Kunasegaran.
Saraswathy dan dua lagi tahanan, termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dibawa ke Hospital Pulau Pinang apabila mereka dinafikan rawatan perubatan ketika tahanan pada 28 Jun lalu.
Saraswathy, Jeyakumar dan empat yang lain ditangkap semula mengikut Ordinan Darurat selepas dibebaskan daripada tahan reman pada 2 Julai.
- Abdul Manan · UKM, Bangi, Selangorkesian sahabat2 india kita dianiayai.sabar aci ane kami selalu bersama anda.
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas TertinggiSubhanallah! Wahai polis bukit aman, apakah ini? Anda tahu tak anda telah berlaku zalim pd seorg hamba Allah berbangsa India (Saraswathy). Dia minta air kehausan, tapi pehak polis x membenarkan anggota PSM memberinya air! Anda telah melayannya sperti haiwan! malulah pd diri anda. Anda telah melakukan kezaliman yg nyata! Saraswathy nyata sekali dizalimi. Ingat lah wahai polis2 bukit aman. Do'a org2 yg dizalimi x akan ada hijab antaranya dgn Allah ta'ala, samada dia Islam ataupun bukan! Berpada2 lah buat ssuatu, jgn smpai Allah turunkan bala, baru anda nak sedar!!
- Wie Wi · Pengulas Tertinggiinilah org yg tak belajar sejarah nabi dan rasul.zaman rasullulah anjing yg dahagakan air pun di beri minum inikan pula manusia subahanallah manusia kah anggota polis ini.ingat suatu masa nanti ALLAH swt akan membalas di atas perbuatannya itu sabarlah saudari saraswathy.dgn ini saya pohon wahai polis ingat balasan ALLAH suatu masa nanti.
- Rakyat Perihatin Rakyat Perihatin · Pengulas Tertinggi · Universiti Akhiratya allah bantulah mahluk mu yg teraniaya..mereka telah dizalimi..kabulkn ya alllah doa mereka yg teraniaya..
Doa Orang Kafir Yang Dizalimi Mustajab?
Home - Soal Jawab – Zikir dan Doa
Soalan:
Assalamualaikum Warahmatullah,
Minta pandangan panel tentang terjemahan hadis ini,
Ibnu Abbas RA. telah berkata:
Bahawasanya ketika Rasulullah SAW mengutus Muaz Bin Jabal ke negeri Yaman (Untuk menjadi Amir dan Qadhi), Baginda bersabda kepada nya: “Hindarilah doa orang yang di zalimi, kerana sesungguhnya tidak ada antara doa nya itu dengan Allah SWT hijab yang mendindingi”.
H.R. Tirmizi. Di dalam Musnad Imam Ahmad dan Abu Ya’la dan Dhiya AL-Maqdisi.
ada riwayat tambahan daripada hadis yang di sebutkan tadi yg bermaksud: “Jauhilah doa orang yang di zalimi walaupun ia seorang kafir, kerana doa nya tidak terdinding.(Lihat Tuhfatul Ahwazi Juzu’ 6 ms. 155)
mohon pencerahan..
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
Hadis Ibn Abbas r.a. adalah muttafaq alaih, Bukhari (no: 1425), dan Muslim (no: 29).
manakala, hadis ‘Jauhilah doa orang yang dizalimi walaupun dia seorang kafir, kerana tiada hijab antara doanya dengan Allah.’
ia adalah hadis Anas bin Malik.
Takhrij Hadith:
-Imam Ahmad dalam Musnad (no: 12549).
-Al-Dhiya’ dalam al-Mukhtarah 2/249
Status Hadith:
-Haitami berkata: “Diriwayatkan oleh Ahmad, perawi bernama Abu Abdillah al-Asadi, aku tidak mengenalinya. Perawi-perawi lain adalah perawi kitab Sahih”. Majma’ Zawaid 10/232
-Albani berkata: hadis ini ada syawahid, maka ia adalah HASAN. Silsilah Sahihah 2/407.
Pengajaran Hadith:
-Diharamkan melakukan kezaliman sekalipun terhadap orang kafir.
-Doa orang yang dizalimi sekalipun kafir atau fasiq adalah antara doa yg mudah dimakbulkan Allah. inilah yang dijelaskan oleh para ulama antaranya: Ibn Rajab al-Hanbali, Ibn Hajar al-Asqalani, Ibn Battal dalam syarah masing2 terhadap Sahih Bukhari.
-Maksud ‘tiada hijab antara doanya dengan Allah’ ialah doanya diperkenankan. Sebagaimana hadis lain menafsirkan “Doa orang yg dizalimi diperkenankan’.
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net
DOA ORANG YANG DIZALIMI
.by Abu Basyer
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Manusia sanggup mengadaikan manuah diri mereka sendiri, semata-mata kerana wang, pangkat, ganjaran duniawi dan semata-mata untuk menjatuhkan kerjaya politik seseorang dengan cara tanpa bermoral. Orang bukan Islam akan mentertawakan sikap umat Islam yang menjatuhkan maruah sesama umat Islam dan ini adalah satu fitnah yang besar kepada agama Islam sendiri.
Di akhir zaman nanti Nabi S.A.W.membayangkan keadaan umat Islam. Daripada Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu".
Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasud menghasud sehingga zalim menzalim". (Hadis Riwayat Hakim)
Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tadi telah banyak kita lihat di kalangan umat islam di hari ini.Disana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Umat Islam di landa krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyak nya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah, sanggup sumpah palsu, sanggup membuat fitnah semata-mata habuan dunia yang akan diterima. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud ( mendedahkan aib seseorang) dan sebagainya.
Ini jelas menunjukkan tanda-tanda akhir zaman telah berlaku yang mana perkara mungkar dipandang makruf dan yang makruf dipandang mungkar! Manusia fasiq akan berbangga dengan kemungkaran yang mereka buat dan disokong ramai oleh penyokong yang sama-sama fasiq. Siapakah golongan yang boleh dipanggil fasiq? Salah satu ciri-ciri fasiq adalah menuduh, menayangkan, menyokong, merancang, perbuatan membuat tuduhan seseorang berzina sedangkan tidak membawa 4 orang saksi lelaki yang adil.
Orang yang membuat tuduhan tanpa syarat yang Islam tetapkan boleh dihukum dengan hukuman qazab iaitu disebat 80 kali dengan rotan dan persaksiannya tidak boleh diterima sampai bila-bila. Jika di dunia hukuman ini tak dijalankan masa bersiap sedialah untuk menerima azab neraka yang disediakan oleh Allah S.W.T untuk orang yang fasiq.
Taubat orang fasiq tidak akan diterima oleh Allah S.W.T selagi mereka tidak meminta maaf kepada orang yang dibuat tuduhan tadi. Allah S.W.T. Maha Pengampun apabila kesalahan itu di antara manusia dengan Allah, tetapi apabila kesalahan manusia sesama manusia maka ianya tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T. dan terpaksa melalui pengadilan dimahkamah Allah S.W.T. Pengadilan di dunia manusia boleh menipu dan berat sebelah tetapi bukan di mahkamah Allah S.W.T. walaupun sebesar zarrah ianya akan diadili. Manusia seperti ini sebenarnya menempah tiket untuk menjadi muflis di hari akhirat.
Perlu diingat bahawa yang akan menjadi saksi di hari akhirat nanti di atas kejahatan dan kemugkaran yang dibuat oleh manusia adalah 2 malaikat dikiri dan kanan (yang mencatat amal baik dan buruk), anggota manusia (kaki, tangan, mata dll), bumi yang dipijak , hari dan masa . Mulut manusia yang suka menipu, suka sumpah palsu, suka memfitnah dan suka mendedahkan aib seseorang) akan dikunci rapat. Manusia baru tahu bahawa setiap saat peristiwa kejahatan yang dilakukan akan diulang tayang sama seperti vedio lucah yang mereka lakukan!
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah." (Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan)
Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)
Dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : " Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah S.W.T. berkata : 'Demi kemulian dan keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama." Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan)
Allah S.W.T. telah berfirman maksudnya :
" Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui." (Surah an-Nisa ayat 148)
Ibnu Abbas r.a telah mentafsirkan ayat ini: " Allah tidak suka seseorang mendokan keburukan kepada seseorang yang lain kecuali orang yang dizalimi. Sesungguhnya Allah telah memberikan kebenaran kepadanya untuk mendoakan keburukan kepada orang yang dizalimi. "
Dalam hadis yang lain dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : " Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir."(Hadis riwayat Baihaqi - sahih)
Dalil pengharusan. Ini jelas melalui ayat al-Quran 148 surah an-Nisa mengikut tafsiran Ibnu Abbas seperti yg telah dinyatakan sebelum ini. Adapun hadis Rasulullah S.A.W. adalah hadis berikut:
" Sesungguhnya Nabi S.A.W. mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran r.a dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama-nama kabilah)." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Dizaman pemerintahan Umar r.a , beliau telah melantik Saad bin Abi Waqas r.a sebagai gabenor Kufah. Ada seorang lelaki yang bernama Usamah bin Qatadah atau Abu Sa'dah telah menuduh Sa'ad dengan kata-katanya:
" Sekiranya kamu bertanya kami tentang Sa'ad, sesungguhnya dia tidak menyertai peperangan, tidak menyamaratakan pemberian dan tidak berlaku adil dalam hukum." Saad bin Abi Waqas r.a. berdoa :
" Ya Allah sekiranya hamba mu ini pembohong dan melakukannya semata kerana riyak dan sum'ah maka hendaklah engkau panjangkan umurnya, kekalkan kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah."
Kemudian setelah tua, lelaki yg menuduh Saad r.a berkata " Aku telah terkena bencana akibat doa Sa'ad." Abdul Malik bin Umair r.a perawi hadis ini berkata: Aku melihat lelaki tadi (Abu Sa'dah) selepas dia tua, dua bulu keningnya telah gugur kerana terlampau tua , dia telah menganggu perempuan-perempuan muda dengan meraba dan meramas mereka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Seorang wanita bernama Arwa binti Aus telah mengadu kepada khalifah Marwan bin Hakam tentang Sa'id bin Zaid ra. Dia mendakwa Sa'ad r.a telah mengambil sebahagian dari tanahnya. Lalu Sa'ad berkata : Adakah aku tergamak mengambil sebahgian dari tanahnya sedangkan aku telah mendengar sesuatu dari Rasulullah S.A.W?" Marwan bertanya " Apa yang engkau dengar dari Rasulullah S.A.W. ?" Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
" Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah S.W.T. akan mengalungi tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi."Lalu Marwan bin Hakam berkata "Aku tidak akan memintamu mendatangkan saksi selepas ini." Sa'id pun berkata: "Ya Allah sekiranya wanita tadi berbohong maka hendaklah engkau butakan matanya dan bunuhlah dia di tanahnya. "Wanita tadi tidak mati sehinggalah dia buta dan ketika mana dia berjalan di atas muka tanah milikinya, tiba-tiba dia jatuh di dalam lubang, lalu mati." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.)
Oleh itu insaflah dan bertaubatlah dan minta maaf secara terbuka kepada mangsa tersebut, jangan sampai 'nyawa sudah sampai dikerongkong' baru nak sedar, ketika ini sudah terlambat kerana ketika itu pintu taubat sudah tertutup dan azab kubur akan menanti mereka dan juga azab Neraka Jahanam, nauzubillahiminzalik
Waspada Doa Orang Yang Teraniaya | | | |
Ditulis oleh admin |
Jumat, 18 Maret 2011 00:04 |
Ketika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam hendak mengutus salah seorang sahabatnya, Mu’adz bin Jabal Radhiyallahu 'Anhu ke Yaman, beliau menitipkan beberapa pesan, di antaranya adalah, “Beritahukanlah mereka bahwa Allah mewajibkan bagi mereka zakat yang diambil dari kalangan orang mampu dari mereka dan dibagikan kepada kalangan yang faqir dari mereka. Jika mereka menaati kamu dalam hal itu, maka janganlah kamu mengambil harta-harta pilihan mereka. Dan takutlah terhadap doa orang yang terzalimi, karena antara dia dan Allah tidak ada hijab (pembatas yang menghalangi)nya." (HR. Bukhari dan Muslim).
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan