Isnin, 18 Julai 2011

SAMPAI MASA KITA AKAN PERGI JUA...YANG TINGGAL JANGAN TERUS2 BUAT KEMUNGKARAN...KERANA SAMPAI TEMPUH...ORANG KAKI MUNGKAR JUGA PERGI..JAWABLAH

Najib disambut dengan lagu 'Yellow Submarine'
Jul 18, 11 3:21pm

Protes terakhir Jumaat lalu semasa lawatan Perdana Menteri datuk Seri Najib Razak ke London menyaksikan tidak kurang 50 orang rakyat Malaysia dan juga asing berpakaian serba kuning dengan iringi lagu the Beatles 'Yellow Submarine'.

NONETindakan itu sebagai membantah tekanan, sekatan dan hambatan yang dikenakan ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Bertempat di hadapan Hotel Intercontinental, London, penunjuk perasaan membawa sepanduk yang antaranya tertera “Ya kepada pelancongan, tidak kepada penyiksaan”, “Bebaskan pemimpin kami sekarang”, “Hentikan tahanan tanpa perbicaraan”, “Hentikan perdagangan dengan Malaysia yang kejam' dan melaungkan “Malu, malu, malu Najib”.

Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika itu dalam perjalanan ke hotel untuk makan malam.

Tunjuk perasaan bermula pada jam 7 malam hingga 8 malam, 15 Jun dan menurut seorang pemimpin pemuda PKR Ginie Lim ia mendapat sambutan bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga rakyat Britain.

NONEHanya Anifah yang sanggup bersalaman dan berdialog selama 15 minit dengan penunjuk perasaan manakala perdana menteri, isteri dan sepupunya terus mengangkat kaki menuju hotel berkenaan.

Katanya, beliau prihatin dengan apa yang diluahkan oleh penunjuk perasaan itu tetapi kerajaan perlu menjaga keselamatan orang ramai termasuk ahli perniagaan di kawasan perhimpunan berkenaan.

Anifah juga mempertahankan tindakan keras polis ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0.

“Tindakan polis berpatutan. Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan jika terjadi huru hara itu mungkin menimbulkan rusuhan perkauman. Kami tidak mahu ambil risiko.

NONE“Awak tidak tahu apa yang berlaku di sana, awak tidak berada di sana” katanya.

Anifah juga ditanya mengenai tahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.

Bagaimanapun apabila ditanya bila mereka itu akan dibebaskan, Anifah meminta mereka bertanyakan

Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan
Elissa Helmy
Jul 18, 11
11:47am

Kongsi 2303
Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

rustam ali silat group bersih 4Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.

Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

“Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya.

“Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik,” katanya.

Ditentang pelbagai pihak

Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.

NONESementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri.

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu mengambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan.

"Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi.

dances @ screwball penang namewee concert"Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya.

Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja.

"Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya.


Allahyarhamah Dr Lo'Lo selamat dikebumikan
Abdul Rahim Sabri
Jul 18, 11
12:00pm

Jenazah ahli parlimen PAS Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo Lo' Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat di ibu negara kira-kira jam 11.10 pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah bersama-sama ribuan jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.

NONETurut hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil.

Hadir sama naib presiden PAS Salahuddin Ayub, Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Yusof.

Dr Lo' Lo' meninggal dunia pada jam 10.13 malam semalam di hospital Selayang di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.

Berita kematian allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitternya atas nama keluarga.

Beliau dalam keadaan kritikal akibat penyakit barah paru-paru sejak akhir Julai 2009.

Allahyarhamah adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Ahli parlimen itu meninggalkan seorang suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan.

NONELebih 2,000 orang ramai termasuk penyokong PAS dan penduduk parlimen Titiwangsa mengunjungi dan mengiringi beliau ke tanah perkuburan, yang terletak kira-kira 500 meter dari masjid berkenaan.

Sebelum itu, dewan solat Masjid Al-Akram sesak dengan orang ramai yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lo' Lo'.

Dr Lo' Lo' aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.Sementara itu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang ditemui, menyifatkan pemergian Dr Lo' Lo' sebagai satu kehilangan yang amat besar.

Menurut mereka, khidmat beliau yang belum selesai, khususnya berkaitan perjuangan membela penduduk Kampung Baru yang ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya dalam pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020.

Ahli parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusof sebak atas kehilangan rakan seperjuangannya, itu yang juga bekas pemimpin Dewan Muslimat PAS pusat.

Beliau berkata antara pesanan terakhir Dr Lo' Lo' khususnya kepada Dewan Muslimat PAS supaya meneruskan perjuangan demi melaksanakan tuntutan Islam.

"Beliau menasihatkan supaya kami banyak bersabar, tabah dan jangan patah semangat dalam perjuangan, khususnya mempertahankan maruah Kampung Baru," katanya bergenangan air mata.

NONEKatanya, penduduk di parlimen Titiwangsa amat bertuah kerana wakil rakyat mereka itu memperjuangkan isu Kampung Baru sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Manakala ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Kamaruddin Jaafar pula berkata Dr Lo' Lo' adalah seorang pemimpin dan tokoh wanita yang berprinsip dan berani menyuarakan pandangan dalam memperjuangkan hak rakyat.

"Kesan perjuangannya amat besar di parlimen Titiwangsa dan keberanian arwah memperjuang serta menyelesaikan masalah rakyat.

"Pemergiannya satu kehilangan besar kepada PAS, Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat di negara kita,"

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula berkata penduduk Titiwangsa bukan sahaja kehilangan seorang tokoh wanita yang hebat, malah PAS dan beliau sendiri kehilangan sahabat yang banyak memberi motivasi kepada rakan-rakannya yang lain.

"Sifatnya sebagai seorang ibu yang memberi leteran, tetapi leteran itu merupakan satu motivasi kepada kami bekerja lebih kuat dan terus bekerja untuk rakyat Malaysia.

"Beliau seorang yang sangat gigih dan (selalu) turun padang memberi khidmat kepada penduduk Titiwangsa dan kehilangannya sukar dicari ganti," kata beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Sehubungan itu, Mahfuz berkata wakil rakyat PAS dan Pakatan akan mengagihkan tugas untuk meneruskan tugas Allahyarhamah di parlimen Titiwangsa walaupun pilihan raya kecil tidak diadakan kerana tempoh parlimen sudah melebihi tiga tahun.

Sementara itu, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata beliau bersama dengan ahli parlimen Pakatan akan bersama-sama meneruskan perjuangan Dr Lo' Lo'.

Beliau juga berharap keluarganya bersabar, tabah dan redha dengan ujian Allah dan berharap amalan Allahyarhamah diterima Allah dan dosanya diampuni.

Sebelum itu, sewaktu talkin sedang dibacakan, suasana tenang dan sunyi, disusuli awan menutupi matahari sebanyak dua kali, menjadikan suasana redup di tengah-tengah belaian angin sepoi-sepoi bahasa.

Tiada ulasan: