Khamis, 28 Julai 2011

JANGANLAH MEMBUTAKAN MATA MAKSIAT DIDEPAN MATA...MEMBISUKAN MULUT...MEMEKAKKAN TELINGA....DIAM BERERTI MENGHARUSKAN..JANGAN BUAT CAMTULAH...

Dr Uthman diundang bincang Wahabi, terorisme
Jimadie Shah Othman
Jul 28, 11
9:16am

Kerajaan negeri Perlis melalui jawatankuasa fatwanya hari ini mengeluarkan undangan rasmi berdialog kepada penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady yang dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme.

NONEMenurut mufti negeri Dr Juanda Jaya (kiri), undangan rasmi bertulis dihantar kepada felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC) itu setelah diputuskan anggota jawatankuasanya semalam.

"Kita harap majlis itu dapat diadakan pada bulan puasa ini supaya kurang sedikit unsur syaitannya. Jika tuduhan itu tidak benar, ia dianggap memecahbelahkan orang ramai, mengikut perangai syaitan dan mengancam negara," katanya.

Dalam tradisi Islam, Ramadan dikatakan bulan berkat kerana syaitan dikatakan dirantai.

Malaysiakini difahamkan, dalam taklimat tertutup Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya Isnin lalu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

NONEDikatakan juga taklimat itu juga mendakwa Arab Saudi sebagai dalang di sebalik jaringan itu.

Bagaimanapun, semalam, Dr Juanda mendedahkan beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa kepada "tuduhan liar" dalam majlis di mana Dr Uthman terlibat sebagai seorang pembentang kepada mufti dan wakil majlis agama Islam negeri yang hadir.

Libatkan haji ke Mekah

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Dr Juanda berkata, Dr Uthman boleh memilih tarikh di mana beliau mempunyai kelapangan untuk membentangkan semula idea-ideanya kepada anggota jawatankuasa fatwa negeri dan ahli akademik yang akan dijemput.

ti religio-corruption workshop 231105 muhammad 'uthman el-muhammady"Majlis ini juga terbuka kepada orang awam dan pihak media supaya setiap pihak dapat menilainya," kata Dr Juanda yang juga felo pelawat di Universiti Oxford.

Menurut Dr Juanda, Dr Uthman perlu membuat penjelasan itu kerana implikasi dakwaan dalam taklimat itu melibatkan amalan penting umat Islam seperti mengerjakan umrah dan haji umat Islam di Mekah - wilayah yang ditadbir Arab Saudi.

"Menjelang Ramadan juga, ramai imam daripada Mekah dijemput mengimani solat Tarawikh di negara ini, kita bimbang amalan mereka tidak sah pula nanti," katanya.

Arab Saudi merupakan negara yang paling dikaitkan dengan fahaman Wahabisme, terutamanya oleh golongan Orientalis. Di Malaysia pula, Perlis satu-satunya negeri yang dikaitkan dengan amalan itu walaupun pemimpin dan ulamanya sering menafikannya.

azlanUsaha Malaysiakini mendapat komen Dr Uthman dan MKN setakat ini belum berhasil.

Dr Uthman merupakan tokoh maal hijrah kebangsaan pada tahun 2005. Pemegang ijazah doktor persuratan kehormat (D Litt) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) itu terkenal kerana kajiannya dalam bidang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.


  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Islam itu agama suci , bila umno hilang kuasa, islam dijadikan mangsa.
    Ini lah modal politik puak umno , mereka merasai rakyat menuntut keadilan, keadilan telah menghasut kuasa mereka ( puak umno).
    Wahabi kah, apa apa mazhab pun rakyat tidak kisah.
    Mazhab umno saja rakyat mesti menentang habis habisan.
    • Ustaz Kerajaan · Top Commenter · UiTM Shah Alam
      kita semua kena paham yang wahabi bukannye satu mazhab.... wahabi adalah satu fikrah yang di cetuskan oleh seseorang yang bernama abd wahab.. yang anehnye kebanyakan orang yang dicop sebagai wahabi ni adalah berpadangan AS Syafie... kalau begitu iman syafie adalah WAHABI la.. kalau kita kaji semula memang virus ni merbahaya kerana ada unsur2 yang tidak ada dalam syariah tapi seolah2 kita dah salah tuduhan dan laluan untuk tuduhan tanpa siasat apa wahabi yang sebenar
    • Ustaz Kerajaan · Top Commenter · UiTM Shah Alam
      tuan Nazir Iberahim: kita tak boleh mengatakan seseorang sesat tanpa usul periksa.. kita kene dengar dulu hujjah beliau.. jika kita tuduh seseorang sesat tanpa mengetahui kebenaran yang sebenar..kita la yang sesat sebenarnya..islam dulu kini dan slamanya baru slamat
    • Aly Best · Top Commenter
      Ustaz kerajaan..tak kesahlah gua dah pening tengok bahan bahan ilmiah macam ni ..kalo sokong dan ampu penyagak gua tibai semacam bagi gua kalo Rasul suci ada pun dia akan tegur manusia manusia yang berlakon serban dan janggut panjang tapi ampu...ampu dan ampu..kami anak muda benci dan lihat hal ini lebih busuk dari tahi babi...gua dipihak Keadilan Ilahi..yang lihat semua manusia tertindas adalh hambaNya..
  • Amir Hamzah Bin Amha · Top Commenter · Universiti Utara Malaysia (UUM)
    Saya mendesak Dr. Uthman untuk mendedahkan kandungan pembentangannya. Sekiranya terdapat salah maklumat, ia perlu ditarik balik dan diperbetulkan. Dr. Uthman tidak perlu menjadi Ulama yang hanya berani disebalik dinding tertutup sekiranya tuduhan beliau dan gerombolan beliau berasas. Haatu Burhaanakum Inkuntum Saadiqin!
    • Abu Uwais · Top Commenter · SMU (A) Amir Indera Petra
      Jaymie,,,manis gak klu kita beradab dgn ulama', mgkin pandangannya silap tp jgn sampai keterlaluan dlm memberi kesedaran pdnya...sekadar pandangan hamba yg dhaif.
    • Muhammad Bin Hassan · Executive Director/Chairman at ANAPEIL DESIGN SDN BHD(PVT LTD)
      imam2 besar pon pernah berselisih faham.. tp kedua2 nya bkn sesat, semuanya ada pendapat msing2 yg perlu dihormati. mgkin pendapat dr uthman agk melulu, kedua2 pihak adalah ulamak yg ptut kta hormat.. sbb ni bkn msalah politik.. sbgai org awam yg x tahu pokok pgkal msalah yg timbul, better duk diam.. igt, media ckup cekap putar belit fakta kdg2 ttg fakta sbnar..igt, dosa klu kita ckp sesuatu tnpa tahu isu yg sebenar. Wallahuaklam..
    • Mohd Rejab Ahmad · Top Commenter · Works at Own business
      kalau dah kerap sangat membuat ulasan menimbul kekeliruan,tentu ada niat disebalik tindakannya.terbukti terlalu banyak ulama keduniaan sekarang ini
  • Ahmad Faisol · Engineer SOC IPTV at Astro All Asia Networks
    -----Dalam tradisi Islam, Ramadan dikatakan bulan berkat kerana syaitan dikatakan 'terikat' pada siang hari ketika umat Islam berpuasa.----

    ni salah daaa....Syaitan dirantai sepanjang Bulan Ramadhan.....
    • Mazzura Mat Isa · Inventory & Material Planning at Transmile Engineering Spares
      memang benar syaitan diikat....n x dinafikan terdapt khilaf krn dah lama syaitan duduk di dlm hati dan dah jadi sebati hati kita dgn syaitan.....jadi fikir-fikirkan lah.....cara mudah utk menghilangkan n membersihkan syaitan di dlm hati MAKA hendaklah sentiasa zikir didlm hati supaya hati kita dpt di bersihkan....
    • Kang Razzi Armansur · Top Commenter · Suicide Bomber at Suicide Bomberr
      Syaitan, iblis, dari pembesar hingga paling bawah memang dirantai di dalam neraka sepanjang bulan Ramadhan, siang dan malam, 24/7 30 hari. Bukan analogi tapi realiti. Yang mengajak berbuat kejahatan walau syaitan telah dirantai ialah NAFSU di dalam diri kita ini. Jadi, puasa adalah latihan mengawal nafsu dan dari situ, kita ketahui bahawa NAFSU lebih berkuasa dari syaitan, iblis.
    • Dzul Nik
      wahabi sarang tebuan jgn djolok....
  • Siber Putra · Top Commenter · Smart school
    Satu persoalan besar perlu dijawab.Adakah amalan yang dilakukan di Arab Saudi terutama di Masjidilharam boleh dipertikaikan bingga ketahap teroris berbanding amalan di dunia luar terutamanya Malaysia.Sebenarnya siapa yang betul ajaran nya? Bukan Islam akan memandang bahawa umat Islam berpecah hingga begitu ketara dan menjadi bahan untuk membesarkan lagi perpecahan dan perintah.. Elok lah dikeluarkan fatwa Wahabi ini..atau tegakkan yeng benaragar umat Islam tidak dikelirukan oleh pihak2 yang ada kepentingan.
  • Din Gombak · Top Commenter · Friends with Sal Mohamad
    Ada tiga perkara yang akan menghancurkan adalah, "Orang yang maenganggap banyak amal perbuatannya, lupa akan dosa yang dilakukandan merasa kagum dengan pendapatannya sendiri".

Tiada ulasan: