Khamis, 28 Julai 2011

TIADA MUSTAHIL BAGI ALLAH....YANG BATIL AKHIR AKAN LINGKUP DAN YANG HAQ AKAN TEGAK....

Lim: Bukan lagi mustahil tumbangkan k'jaan pusat
Joseph Sipalan and Lee Way Loon
Jul 28, 11
11:27am

Tidak ramai yang boleh mendakwa setaraf dengan Lim Kit Siang yang menghabiskan sebahagaian besar hidupnya memperjuangkan apa yang dipercayainya sebagai pemimpin pembangkang.

Kerjaya politik Lim bermula sebagai setiausaha agung DAP pada 1969, ketika ketegangan kaum memuncak semasa peristiwa berdarah 13 Mei yang menyaksikan beliau ditahan mengikut ISA.

NONEKali kedua beliau ditahan mengikut ISA adalah semasa Ops Lalang pada 1987. Perjalanan dunia politik Lim sebenarnya penuh berliku - beliau juga didapati bersalah membocorkan rahsia rasmi kerajaan berhubung perjanjian pembelian senjata yang mencurigakan dengan sebuah firma Swistzerland.

Bagaimanapun sepanjang 70 tahun kehidupannya itu, Lim berpendapat pembangkang telah sampai kepada kemuncaknya dan perubahaan bukan satu lagi impian seperti sebelum ini.

"... saya akan katakan buat pertama kali, mengambil-alih kuasa kerajaan pusat, bukan lagi mustahil, ia boleh dicapai,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Meskipun cuba menyembunyikan keyakinannya menjelang pilihan raya ke-13 akan datang, tetapi Lim mengakui peluang Pakatan Rakyat semakin cerah setiap hari.

NONEKatanya, himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu adalah petunjuk jelas bahawa rakyat Malaysia mahukan perubahaan dan ditambah dengan beberpa kepincangan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, desakan rakyat semakin lantang.

"Nampaknya PM dan kerajaan sekarang gagal melihat dan menyelami kehendak rakyat... Makin hari mereka makin terpisah, (kerajaan pula) mengambil tindakan yang memutuskan mereka daripada sokongan akar umbi.

"Boleh kita capainya (mengubah kerajaan)? Saya benar-benar tidak tahu tetapi dengan setiap detik masa yang berlalu, saya bertambah lebih optimistik. Sama ada mampu bagi kami melaksanakannya, adalah soalan yang berasingan tetapi (kita) menjadi lebih optimistik,” kata Lim.

  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Tak mustahil
    Tapi kena BERSIH kan SPR terlebih dahulu. ini anak hantu umno. Letakkan azimat BERSIH. suara rakyat suara keramat. umno akan beraksi macam labi labi naik bukit. bebanannya amat berat, sehingga kaki terbalik.
    Tak mustahil , suara rakyat semakin lantang , mentaliti rakyat semakin baik. rakyat tahu cara mana meruntuhkan umno.
    - Satu cara paling senang adalah gunakan FB , sebarkan komen yang tajam dan tulus terhadap umno. laman wab adalah senjata yang amat ditakuti buat umno.
    Tolong click like tanda rakyat bangkit boikot puak umno!
  • Mohd Zuhairi Ariffin · Top Commenter · UTM Skudai
    Tidak ada yang mustahil. Setiap yang hidup akan binasa. Setiap kuasa akan terhapus. Kita sebagai pejuang hanya perlu berusaha.... kejayaan pasti milik kita... kalau bukan zaman kita, zaman anak kita atau zaman cucu atau zaman cicit kita.
  • Muk Bin Hanti · Kuala Lumpur, Malaysia
    kita bolih rasakan setiap hari pemimpin kerajaan bercakap melalui media2 utama hanya siok sendiri, mereka betul betul tidak merasakan tekanan hidup rakyat setiap saat haraga barang meningat, kita rakyat merasa kan tertekan dengan kos hidup , tetapi kita dengar dari mulut pemimpin yang sentisa bercakap tentang ekonomi yg lebih baik, ekonomi yang lebih baik bukan nya dibibir kita bolih rasakan sendiri ipaknya.
  • Eng-Poh Ng · Top Commenter · Caen, France
    Lim Kit Siang sangat macho, selalu pakai cermin mata hitam. Kenapa yes?
    • Long Ok · Top Commenter · Friends with Pas Kawasan Lumut
      kalau tak silap lim baru berubat matanya,yg penting beliau dan rakan2 PR akan terus berjuang menentang penipuan dan kezaliman pemerintah skrg
  • Norashikin Abdul Rahman · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
    kalau pru benar2 bersih, mmg tak mustahil...
    • Abu Uwais · Top Commenter · SMU (A) Amir Indera Petra
      PRU Bersih...ahli & pendokong mesti berusaha...sebarkan maklumat pada kawan2...jgn takut & segan demi kemenangan bersama...Harapan adalah ANGAN2 shj sekiranya ttidak disusuli dgn TINDAKAN.

Ulama muda Umno: Ini kerja 'ustaz simpanan'
Jimadie Shah Othman
Jul 28, 11
11:34am

Walaupun dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan terorisme, Ulama muda Umno berkata mereka tidak menyalahkan pihak kerajaan atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menganjurkan majlis itu.

Sebaliknya, tindakan itu disyaki diusahakan oleh beberapa 'ustaz-ustaz simpanan' yang didakwa berlegar di sekeliling MKN - badan bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri itu.

NONE"Mereka ini cuma mengambil kesempatan atas beberapa perbezaan pendapat dalam perkara furuk untuk memecah belahkan umat Islam," dakwa pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) Fathul Bari Mat Jahya (kanan).

Beliau bagaimanapun enggan menyebut secara khusus pihak yang didakwanya sebagai 'ustaz-ustaz simpanan' itu.

Malaysiakini difahamkan, dalam taklimat tertutup MKN di Putrajaya Isnin lalu, 40 ulama muda Umno antara pihak yang disebut bersama bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bagaimanapun, semalam, bekas mufti Perlis Dr Juanda Jaya semalam mendedahkan beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa kepada "tuduhan liar".

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Fathul mengambil pendekatan sama dengan pihak lain yang dituduh dan mahu menyelesaikan kekusutan itu melalui pendekatan dialog.

"Kita sedia berdialog dengan siapa pun mereka supaya tidak timbul lagi kekeliruan," katanya yang lebih selesa majlis itu diadakan secara tertutup.

Graduan Universiti Madinah yang menyertai Umno setahun lalu itu juga berkata partinya tidak harus dipersalahkan kerana
Umno tiada kena mengeja dengan penganjuran taklimat itu.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan semalam berkata beliau bersimpati dengan 40 ulama muda Umno yang terus dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan keganasan walaupun didakwa sudah berhempas pulas mempertahankan kerajaan.

Dakwanya, usaha itu tidak langsung dihargai dan kedudukan mereka kini seperti habis madu sepah dibuang merata-rata.


Isu Wahabi: Kusut pada metodologi, bukan pada hati
Shamsul Muda
Jul 28, 11
9:34am

Isu 'fahaman Wahabi mempunyai perkaitan dengan terorisme dan mengancam keselamatan negara', tercetus hasil peranan beberapa agamawan tertentu. Peranan yang mereka mainkan menyebabkan pihak yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, akhirnya menerima fahaman Wahabi boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara.

Inilah susur galur kemunculan isu ini.

Ringkasnya, ia muncul bukan disebabkan percaturan politik untuk kepentingan pihak tertentu. Ia juga tidak membabitkan mana-mana parti politik, seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Salah seorang individu yang dilabel sebagai pengikut Wahabi, yang juga seorang ahli sebuah parti politik, turut menafikan penglibatan partinya itu dalam isu ini.

Hakikat ini perlu dimaklumi bagi sesiapa juga yang berusaha menangani isu ini atau cuba memahaminya.

Isu utama berhubung perkara ini ialah punca fahaman Wahabi didakwa berpotensi mendorong pengikutnya berfikiran radikal, dan seterusnya menjurus mereka ke arah terorisme. Punca ini perlu dikenal pasti kerana jika tidak, perbuatan melabel orang lain sebagai Wahabi, akan terus berlaku.

Puncanya bukan disebabkan kemahuan sesetengah pihak mencantas individu tertentu dari terus menganggotai parti politik tertentu. Ini kerana, tidak semua individu yang dilabel sebagai Wahabi, adalah ahli parti politik terbabit.

Mencantas

Malahan, ramai dari kalangan yang dilabel Wahabi, dilabel sedemikian sebelum mereka menganggotai parti politik lagi. Lebih dari itu, individu yang menjadi rakyat sebuah negara di utara tanah air, turut dilabel sebagai Wahabi.

Soal mencatas disebabkan perkiraan politik, jelasnya tidak timbul.

Ia bukan juga disebabkan niat jahat agamawan-agamawan 'tertentu' tadi untuk mengenakan fahaman Wahabi dan pengikutnya. Ini adalah berdasarkan pengamatan penulis terhadap tulisan-tulisan dan aktiviti agamawan-agamawan 'tertentu' tadi. Di samping persahabatan penulis dengan agamawan yang lantang 'berjihad' menentang Wahabi.

Punca isu ini-secara asasnya-ialah kepincangan metodologi yang digunakan agamawan-agamawan 'tertentu' tadi dalam mengamati fahaman Wahabi.

Metododolgi yang pincang ini, menemukan mereka dengan satu rumusan yang tersasar, iaitu 'fahaman Wahabi boleh membawa pengamal dan pengikutnya ke arah pemikiran radikal, dan kemudian ke arah terorisme'.

Metodologi yang mereka gunakan ialah menjadikan 'sikap keras dan tidak bertolak ansur fahaman Wahabi berhubung beberapa perkara', sebagai hujjah untuk mendakwa fahaman itu berpotensi membentuk pemikiran radikal, dan seterusnya terorisme.

Sikap keras dan tidak bertolak ansur Wahabi itu ialah tindakan mereka menghukumkan beberapa pengamalan majoriti umat Islam di seluruh dunia, khususnya di Malaysia, sebagai bid'ah, sesat dan syirik yang menjadikan seseorang itu murtad.

Bid'ah

Sebagai contoh, amalan menyambut Maulud Nabi dan peristiwa Israk Mi'raj. Aliran Wahabi menghukumkannya sebagai bid'ah. Bid'ah pula adalah sesuatu yang sesat. Manakala setiap yang sesat, tempatnya di neraka.

Demikian juga amalan kenduri arwah dan tahlil. Juga dipandang bid'ah oleh aliran Wahabi.

Lebih daripada itu, mereka memutuskan, amalan bertawassul dengan orang yang telah mati, adalah perbuatan syirik yang menjadikan seseorang itu murtad.

Masalah timbul apabila kesemua contoh pengamalan tadi (kecuali kenduri arwah) difatwakan harus oleh majoriti ulama sejak dahulu hingga sekarang. Ekoran itu, ia diamalkan oleh majoriti umat Islam, khususnya di Malaysia sejak zaman berzaman.

Satu lagi isu besar berkaitan Wahabi ialah penolakan mereka terhadap mazhab majoriti umat Islam, termasuk Malaysia dalam bidang akidah, iaitu mazhab Asya'irah. Sesetengah agamawan 'tertentu' tadi mendakwa, fahaman Wahabi menghukumkan mazhab Asya'irah ini sebagai sesat.

Pada titik ini, para agamawan 'tertentu' tadi akan membuat kesimpulan dan rumusan mereka sendiri. Rumusan mereka ialah 'fahaman Wahabi berpotensi membentuk pemikiran radikal dan seterusnya terorisme di kalangan pengikutnya'.

Asas kepada rumusan ini ialah pandangan aliran Wahabi-dalam konteks Malaysia- terhadap majoriti umat Islam di Malaysia. Iaitu mereka sesat, mengamalkan bid'ah dan kafir disebabkan mereka melakukan sambutan maulud Nabi, berpegang kepada akidah berasaskan mazhab Asya'irah dan bertawassul dengan orang yang telah mati.

Bertindak ganas

Sesuatu fahaman yang melihat umat Islam yang lain sebagai sesat, ahli bid'ah dan kafir, akan terdorong untuk bertindak ganas terhadap mereka yang dipandang sedemikian. Ia juga boleh mendorong pengikut fahaman sebegini, melakukan kekerasan dan keganasan bagi mencegah dan menghapuskan kesesatan, kekufuran dan bid'ah yang berlaku.

Demikianlah rumusan yang disimpulkan agamawan-agamawan 'tertentu' itu tadi.

'Sikap keras dan tidak bertolak ansur fahaman Wahabi' inilah yang dimaksudkan sesetengah agamawan 'tertentu' tadi, sebagai bukti-bukti yang menunjukkan fahaman Wahabi boleh membawa kepada pemikiran radikal dan terorisme.

Pada titik ini, tercetus satu persoalan asas dan utama berhubung isu ini. Apakah pewartaan beberapa amalan yang dilakukan majoriti umat Islam sebagai bid'ah, sesat atau syirik oleh fahaman Wahabi, boleh mendorong mereka bertindak ganas?

Jika jawapannya 'ya', maka kita akan berhadapan dengan masalah besar. Sebab dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW sendiri, banyak pengisytiharan berkenaan status banyak perkara sebagai sesat, kafir, jahiliyyah dan lain-lain.

Seperti contoh, al-Quran menyifatkan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah selaku pencipta mereka, sebagai lebih sesat daripada binatang ternakan. Mereka juga disifatkan memiliki akidah yang najis. Manakala pemerintah Islam yang tidak melaksanakan hukum Allah pula disifatkan sama ada zalim, fasik atau kafir.

Begitu juga dengan hadis-hadis Nabi. Ia melaknat peminum arak dan semua pihak yang terbabit dalam industri arak. Demikian juga pemberi dan penerima rasuah. Juga dilaknat oleh hadis Nabi. Hadis Nabi juga menghukumkan seseorang yang meninggalkan solat secara sengaja, menjadi murtad seperti pandangan mazhab Hambali.

Zalim, fasik, sesat?

Apakah boleh disimpulkan bahawa al-Quran dan Sunnah mengandungi pemikiran yang boleh membawa kepada terorisme, disebabkan ketegasannya memutuskan perkara-perkara ini sebagai zalim, fasik, sesat, kafir atau laknat?

Tentu sekali tidak. Ini kerana al-Quran dan Sunnah juga, dalam masa yang sama, menjelaskan pendekatan yang wajib digunakan dalam menyebarkan ajarannya.

Ringkasnya, sikap keras dan tidak bertolak ansur aliran Wahabi seperti yang dinyatakan, tidak boleh dijadikan hujjah bahawa fahaman itu boleh membawa pengikutnya kepada terorisme.
Ini kepincangan pertama metodologi agamawan-agamawan 'tertentu' tadi dalam menangani isu fahaman Wahabi ini.

Kepincangan kedua ialah mereka tidak melihat secara keseluruhan fahaman Wahabi. Mereka hanya melihat 'sikap keras dan tidak bertolak ansur Wahabi berhubung beberapa perkara' yang dinyatakan, kemudian terus membuat rumusan bahawa aliran ini boleh membawa pengikutnya kepada pemikiran radikal dan terorisme.

Malangnya, mereka 'terlupa' untuk turut melihat pendekatan yang dipegang oleh fahaman Wahabi dalam menyebarkan fahaman mereka. Meskipun fahaman ini bersikap tegas secara berlebihan dan tidak bertolak ansur dalam soal-soal yang dinyatakan, namun pendekatan mereka tidak sedemikian.

Sesiapa juga-termasuk agamawan-agamawan 'tertentu' tadi-mengetahui bahawa fahaman Wahabi ialah satu “manhaj (metod) yang memfokuskan kepada aspek tasfiah dan tarbiah”.

Definisi tentang fahaman Wahabi ini bersumberkan kenyataan Syaikh Albani, tokoh Salafi besar di zaman moden, yang memfokuskan gerak kerja beliau kepada aspek tasfiah dan tarbiah.

Pembersihan akidah

Tasfiah bermaksud pembersihan. Yang dimaksudkan di sini ialah pembersihan akidah dari segala khurafat dan ibadat dari segala bid'ah. Manakala 'tarbiah' bermaksud pendidikan. Iaitu mendidik umat Islam dengan didikan al-Quran dan Sunnah.

Bertitik tolak dari sini, fahaman Wahabi menolak pendekatan jihad atau pendekatan politik dalam menyebarkan fahaman mereka tentang Islam. Syaikh Albani secara terang-terangan menggesa umat Islam menjauhi politik.

Sebab itulah, dalam persekitaran fahaman Wahabi, masyhur kata-kata yang berbunyi “sebahagian daripada politik itu, ialah meninggalkan politik”.

Penolakan mereka terhadap pendekatan politik juga disebabkan oleh konsep ketaatan kepada pemerintah yang agak berlebihan yang menjadi pegangan mereka. Mereka menyeru masyarakat mentaati pemerintah biarpun “pemerintah menyebat belakang mereka dan mengambil harta mereka”, selama mana pemerintah itu mengizinkan rakyat mendirikan solat.

Pemikiran dan sikap aliran Wahabi secara umum, boleh dilihat melalui slogan mereka yang berbunyi “La Nukran Wala Hajran Wala Khuruj” (Tiada pengingkaran, pemulauan dan pemberontakan).

Rentetan daripada konsep ketaatan yang berlebihan ini juga, mereka mengharamkan penubuhan parti-parti politik dalam Negara Islam. Demikian juga demonstrasi membantah atau menuntut sesuatu dari pihak pemerintah. Ia juga haram.

Menurut fahaman Wahabi, satu-satunya aktiviti politik yang boleh dipraktikkan oleh rakyat ialah menasihati pemimpin. Itupun secara tertutup dengan cara menarik tangan pemimpin ke tempat tertutup untuk memberi nasihat.

Inilah pemikiran aliran Wahabi berhubung pendekatan dakwah.

Andainya para agamawan 'tertentu' tadi mengambil kira pendekatan aliran Wahabi yang lunak ini, tentu rumusan dan kesimpulan mereka tentang aliran ini tidak seperti yang ada sekarang.

Jadi pengganas

Justeru, adalah sesuatu yang tidak terlintas di fikiran bahawa aliran ini boleh dilabel sebagai berpotensi menjadikan pengikutnya pengganas. Dalam masa sama, ia suatu yang agak melucukan.

Tepat sekali catatan dalam satu portal, bahawa gerombolan ulama muda yang berpegang kepada semua pendekatan dakwah aliran Wahabi yang dinyatakan tadi, langsung tidak berpotensi dan berbakat untuk menjadi pengganas!

Malangnya, agamawan-agamawan 'tertentu' tadi tidak mengambil kira pendekatan dakwah aliran Wahabi yang dinyatakan ini dalam menentukan sikap mereka terhadap aliran ini. Yang mereka lihat dan jadikan asas ialah 'sikap keras dan tidak bertolak ansur fahaman Wahabi' berhubung persoalan-persoalan yang dinyatakan sebelum ini, mengakibatkan rumusan mereka tentang Wahabi tersasar.

Ironinya, metodologi yang pincang akan menatijahkan rumusan dan dapatan yang 'tempang'.

Saya menyeru agar semua pihak berlaku adil terhadap kawan dan lawan, sesuai dengan semangat al-Quran yang menegah kita bersikap tidak adil disebabkan kebencian kita terhadap sesuatu pihak.

Adalah sesuatu yang sangat malang bagi umat Islam di Malaysia, jika kerana metodologi yang tempang ini, menyebabkan banyak pihak dilabel sebagai berpotensi menjadi pengganas.

Lebih malang lagi, jika disebabkan metodologi yang tempang ini, beberapa orang saudara seagama dari Tanah Arab dan Bumi Afrika, telah diusir keluar kerana menganut fahaman Wahabi yang dihukumkan sebagai boleh membawa kepada keganasan berdasarkan metodologi yang tempang tadi.

Kepada semua pihak, ikutilah metodologi yang betul dan bertaqwalah kepada Allah dalam membuat sesuatu keputusan.


Penulis adalah lepasan kuliah Syariah & Pengajian Islam dari Universiti Mu'tah, Jordan

  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Zaman Tun Razak. Komunis digunakan sebagai agenda untuk mengugut rakyat. Zaman Najib , dia gunakan tektik sama , gunakan istilah pengganas seperti us mengugut rakyat.
    Kalau US boleh buat cerita twin tower yang dimusnahkan osama.
    - Najib juga turut gunakan konsep pengganas menakut nakutkan melayu dan bangsa lain di Malaysia supaya mempercayai pengganas memang wujud di malaysia.
    - tunggu dan lihat , puak umno akan lakon , lonta kepala babi, lembu. biawak... masuk masjid, mengebom jamban di surau... sebagai tanda pengganas sedang berusaha musnahkan malaysia.
    • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
      Puak umno sudah sedar. nyawa mereka semakin pendek , maka akan mengganas setiap waktu supya menakut nakutkan rakyat . Pengganas nak jad hero kononnya...
      Mari lah boikot puak umno di FB, usah layan mereka. click `like' .
  • Mohammad Faeez Harith · International islamic college
    Penulisan yang baik dan mu'tadil.Barakallahu feek.
    • Abu Uwais · Top Commenter · SMU (A) Amir Indera Petra
      Sokong...Bersatulah wahai Ummah...Tolak UMNO & kuncu2nya semua sekali kerana itulah BID"AH hakiki yg perlu difahami...VOTE PAS PR PRU13
  • Mohd Zulkhairi Ab Aziz · UKM
    Artikel yang baik...(baca keseluruhan).

    "Apakah boleh disimpulkan bahawa al-Quran dan Sunnah mengandungi pemikiran yang boleh membawa kepada terorisme, disebabkan ketegasannya memutuskan perkara-perkara ini sebagai zalim, fasik, sesat, kafir atau laknat?"

    "Tentu sekali tidak. Ini kerana al-Quran dan Sunnah juga, dalam masa yang sama, menjelaskan pendekatan yang wajib digunakan dalam menyebarkan ajarannya."
    • Jaymie Cham · SMK
      cara pas menggunakan agama yg betul..kalau bolih mereka nak gunakan semua yg ada dlm alquran tapi pas tak ada kuasa sepenuhnya..nanti kita sokong dlm p/raya bagi pas menang besar
  • Ki Panji · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    Sebenarnya Dr.Muhammad Uthman El-Muhammady and the Gang,, dah lama( Seawal 2010) menebarkan fitnah halus terancang ttg Dr Asri serta Wahabisme.dalam wacana2/forum2 yg dikendalikan sebuah NGO bernama "MUAFAKAT"".
    Yang membimbangkan khalayak yg datang dalam wacana/forum2 tsb.Telah diadakan di Hall Masjid Wilayah Persekutuan Jln Duta K, Lumpur..
    Bertopengkan wacana ilmiah..mereka2 juga pernah mengaitkan DS, Anwar Ibrahim dgn tohmahan DSAI dalam gerakan Pluralisme Agama..Na'uzubillahiminzal​ik.
    • Ki Panji · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
      Sewaktu 40 orang Ulama Muda lulusan Yordan masuk Umno Bukit Bintang ,bbrapa waktu berselang..Agak mengherankan saya jugak..sbb slogan mereka anti parti politik..Dgn alasan nak merubah UMNO/BN dari dalam..Atau juga nak cari pengaruh untuk komunty mereka..!
      Akhirnya Allah SWT membuktikan ..! Mereka terpalit kehinaan sbg teroris dsb..:)
    • Ki Panji · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
      Bahkan Almarhumah Srikandi Dr Lo'Lo Ghazali.pernah.menulis surat dgn penuh kekesalan kpd Dr ASri krn membenarkan 'anak-didiknya" masuk Umno Bkt Bintang..:)
    • Amin Sidik · Top Commenter
      Benar!..dah lebih sepuloh tahun Dr.Uthman dan gengnya sibuk mengurusi tentang wahabi yang kononya bakal mencetus keganasan dan kekacauan di Malaysia. sedang di utara Malaysia telah berkurun ummat islam berpegang apa yang dikatakan faham muda. Tiada pun terdengar kekacauan atau terror.
  • Jaymie Cham · SMK
    semuanya pemimpin agama tak betul, bagaimana pemimpin yg makan duit rakyat..pemimpin yg kalongkan bunga kat tugu..pemimpin yg tak mau hudud..pemimpin yg bagi lesen judi kat genting..pemimpin yg tipu p/raya...yg jadi pembunuh..yg aibkan anwar..ulamak dlm umno bisu.di depan mata takut nak tegur..
    • Mazlan Callmelann · Top Commenter · .NET Developer at CXC Global
      JA, cmner lak Anwar aibkn dirinya sndri? dia ke yg dedahkn video, cerita2 keburukannya? dia ke yg upload video ke youtube yg dikatakan ada rupa mcm dia? Xkesala kes video tu salah ke betul. yg menyiarkn video, yg menyebarkan berita tu lah yg mengaibkan kn. Cuba pk blk dlm bnyk2 parti parti apa yg suka mengaib2kn org?
    • Mazlan Callmelann · Top Commenter · .NET Developer at CXC Global
      JC, betul tu. bukan mudah nk menghukum fahaman wahabi kalau peganan sendiri belum tentu kukuh. biarlah dia jd isu agama, jgn pula pemimpin politik yg bukannya agamawan nk campur tangan merumitkn lg keadaan.
    • Jashamsulnizam Jani · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
      SA : Tindakan k'jaan negeri Melaka lanjutkn tempon operasi kelab malam smpai 3 pagi pn Majlis Fatwa xambik peduli nikan plak nk fatwakn minuman malta yg blom tentu memabukkn wlaupon kiter minum lbh dr 1 coton, lawak btul la...

Langgar peraturan SPRM: Laporan - 24 Ogos
Jul 28, 11 10:01am
Laporan mengenai tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa melanggar peraturan ketika menguruskan kes membabitkan pembantu politik Teoh Beng Hock akan dibentangkan di Mesyuarat Khas Jawatankuasa Aduan pada 24 Ogos depan.

SPRM dalam kenyataan media berkata laporan tersebut dikehendaki disiapkan dalam tempoh sebulan oleh pegawai-pegawai daripada Pasukan Siasatan Khas.

Menurut kenyataan tersebut pasukan itu diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Zakaria Jaffar telah mengadakan mesyuarat pertama pada 25 Julai lalu.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor di tingkat 14, plaza berkenaan.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap kematian Teoh, memutuskan bahawa Teoh membunuh diri akibat mengalami rasa terbeban dan tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan ke atasnya oleh pegawai penyiasat SPRM.

- Bernama

Tiada ulasan: