Timbalan menteri bakal disiasat
2010/08/16
KUALA LUMPUR: Seorang timbalan menteri bakal disiasat polis selepas satu laporan dibuat kelmarin berhubung salah laku seksual dilakukannya selain didakwa turut terbabit dengan kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis di kalangan pelajar kolej.
Sumber polis berkata, seorang ahli politik berusia 50-an dan berasal dari Ipoh, Perak sebelum ini tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 11.08 malam kelmarin sebelum membuat laporan polis berhubung jenayah salah laku seksual yang dilakukan oleh timbalan menteri berkenaan.Difahamkan, laporan polis berkenaan dilakukan oleh ahli politik terbabit yang mendakwa memperolehi bukti berhubung pembabitan suspek terhadap kes salah laku seksual selain pelacuran gadis bawah umur.
Malah timbalan menteri terbabit yang memulakan khidmat selepas Pilihan Raya Umum 2008 itu turut dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah.
“Difahamkan pengadu sebelum ini menerima surat layang menerusi pos laju yang dihantar kepadanya pada 11 Ogos lalu.
“Melalui kandungan surat terbabit, timbalan menteri itu didakwa terbabit dengan aktiviti pelacuran termasuk membekalkan gadis-gadis kolej terutama kepada golongan VIP
“Kandungan surat itu mendakwa timbalan menteri terbabit dikesan menggunakan sebuah rumah sewa di Gombak untuk melakukan aktiviti haram berkenaan,” katanya.
Berdasarkan maklumat awal, surat terbabit dipercayai dihantar seorang daripada gadis yang pernah menjadi mangsa sindiket pelacuran berkenaan
Bagaimanapun semua perbuatan dikaitkan dengan suspek dilakukan di Ipoh menyebabkan pihak polis menyerahkan kes terbabit kepada polis Perak untuk menyiasat kes berkenaan.
Polis turut mengambil keterangan dari ahli politik yang membuat laporan berkenaan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
Sementara itu Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan namun enggan mengulas lanjut.
Setakat ini kes terbabit akan diserahkan kepada pihak polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk disiasat berikutan kes dilaporkan di negeri itu
Robek telinga
2010/08/16
AMPANG: Gempar apabila seorang Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diberkas polis selepas didapati terbabit dalam pergaduhan antara dua kumpulan samseng mengakibatkan seorang mangsa hampir putus telinga kanan.
Suspek berusia 36 tahun itu ditahan polis bersama dua lagi lelaki berhampiran Jalan Kabus, Kuala Ampang, di sini, selepas polis menerima maklumat berhubung pergaduhan menggunakan senjata tajam di kawasan berkenaan.
Polis turut merampas sebuah kereta Perodua Myvi milik ahli majlis MPAJ selepas menemui sebilah parang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu.
Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin yang ditemui semalam berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung pergaduhan berkenaan kira-kira jam 4.30 pagi semalam.
Susulan itu, sepasukan anggota polis segera ke lokasi kejadian yang terletak di hadapan sebuah restoran.
“Menyedari kehadiran polis, dua kumpulan yang sedang bergaduh itu segera melarikan diri. Bagaimanapun, polis menahan tiga suspek berusia 27 hingga 36 tahun termasuk seorangnya adalah Ahli Majlis MPAJ.
“Seorang lelaki yang juga pemilik restoran itu berusia 39 tahun ditemui hampir putus cuping telinga kanan dipercayai ditetak dengan parang,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang turut cedera di muka akibat dilibas dengan parang segera dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan kecemasan. “Difahamkan, mangsa sedang menjalani pembedahan dan polis masih belum dapat mengambil keterangan daripadanya,” katanya.
Menurutnya, siasatan susulan polis di lokasi kejadian kemudian menemui sebilah pedang pendek yang diletakkan di atas tempat duduk sebuah kereta Perodua Myvi tidak jauh dari lokasi kejadian.
“Pedang dan kereta itu kemudian dibawa ke Balai Polis Hulu Klang untuk siasatan lanjut manakala semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk mendapat perintah tahanan reman,” katanya.
Ditanya motif serangan, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan polis belum dapat mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak yang bergaduh. “Besar kemungkinan kejadian itu berlaku disebabkan salah faham dan polis akan menyiasat kes pergaduhan itu mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.
Dedah dalang pelacuran: Arjunan dakwa diugut | ||
|
Beliau mendakwa menerima panggilan berkenaan 3.39 petang semalam dari seorang lelaki berbangsa India yang tidak dikenali yang memaki serta mengugut untuk membunuhnya dan keluarganya.
Sabtu lalu, Arjunan membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahterahan Bandar, Datuk M Saravanan yang didakwanya mendalangi kegiatan tidak bermoral seperti pelacuran dan gangsterisme di Brickfields.
Beliau mendakwa mempunyai bukti kukuh terhadap dakwaannya itu namun telah diserahkan kepada peguamnya untuk didedahkan setelah kes berkenaan dibawa ke mahkamah.
Sementara itu, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata selagi Arjunan tidak mengemukakan bukti yang dimiliknya, selagi itu juga polis tidak dapat meneruskan siasatan.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan turut melahirkan rasa kesal dengan sikap Arjunan yang enggan memberi kerjasama dan menyembunyikan bukti berkenaan dakwaannya terhadap timbalan menteri itu.
Beliau berkata sikap Arjunan hanya akan melewatkan proses siasatan yang sedang dilakukan.
- Bernama
Inkues Teoh: Bukan bunuh diri, ulang Pornthip | |||
|
Pada keterangannya tahun lalu, Pornthip menyuarakan pendapat terdapat 80 peratus kemungkinan bahawa Teoh mati akibat dicekik dan didera, dan mahkamah kemudiannya membenarkan mayat Teoh dibedah siasat kali kedua oleh Ketua Unit Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Nor, pada 22 November lalu.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.Pornthip, sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan mendakwa hasil pemerhatiannya mendapati kemungkinan 80 peratus kematian Teoh adalah kerana dibunuh manakala 20 peratus lagi akibat bunuh diri.
Kehadirannya di mahkamah pagi ini disambut tepukan gemuruh oleh penyokong Teoh yang memenuhi bilik perbicaraan hari ini.
Bekas ketua forensik Unit Siasatan Lokasi Jenayah, Amidon Anan, juga berada di mahkamah hari ini. Beliau hadir atas kapasiti peribadi.
Saksi pertama
Koroner Azmil Munthapa Abas memulakan prosiding dengan memanggil Pornthip sebagai saksi pertamanya.
Beliau kemudian disoal oleh peguam, Malek Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor dengan meneliti laporannya dan beberapa gambar yang diambil pada bedah siasat kedua.
Pornthip berkata beliau mendapati pendarahan di tengkuk Teoh sehingga ke bahagian otot mangsa. Kesan berkenaan juga, katanya lebih luas daripada kesan dicekik kerana cengkaman fizikal di bahagian leher adalah lebih kuat.
Katanya, dia berpendapat tidak mungkin lebam adalah kerana impak akibat jatuh.
Pornthip juga menolak kemungkinan lebam itu disebabkan keretakan tulang belakang. Beliau mempertahankan pemerhatiannya sebelum ini bahawa ia adalah kecederaan sebelum jatuh yang dilakukan dengan “tekanan dan kuasa yang lebih besar” berbanding dicekik.
Katanya, ia mungkin “ seseorang meletakkan sesuatu di tengkuk Teoh atau menekan kepalanya ke atas sesuatu”.
Tak sependapat dengan Dr Vaneziz
Merujuk laporan bedah siasat pertama, pakar patologi Thailand itu berkata dia tidak boleh menolak kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri semasa jatuh kerana laporan menunjukan berlaku 'cerebral edema'.
Ia menunjukkan Teoh mengalami hypoxia, di mana otak tidak menerima oksigen untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 minit. Hypoxia berlaku akibat salur darah, arteri atau trakea yang tersumbat.
Pada keterangannya itu, Pornthip juga memberitahu inkues bahawa tiada keretakan pada pergelangan tangan, yang lazimnya berlaku dalam kes apabila seseorang cuba melindungi diri mereka daripada kejatuhan dengan tangan.
Terdapat keretakan dan luka di atas satu daripada pergelangan kaki Teoh tetapi tiada dikesan pada dasar tengkorak mangsa. Justeru, Pornthip berkata dia tidak bersetuju dengan Vaneziz bahawa Teoh mendarat dengan kedua-dua kakinya dan mangsa sedar semasa jatuh.
Pornthip berkata kesan koyak di bahagian dubur dan kecederaan pada bahagian punggung adalah disebabkan akibat kejatuhan dan bukan kerana dipukul seperti yang disangkanya sebelum ini.
'Ini adalah protokol'
Sehubungan itu, Pornthip mempertahankan pendapatnya berhubung kecederaan sebelum kejatuhan tetapi tidak dapat mengesahkan bahawa Teoh sedar semasa jatuh. Beliau juga tidak mahu memberi peratusan punca kematian kerana kesimpulan berdasarkan laporan bedah siasat. Namun Porhthip pasti, kejadian itu bukan percubaan bunuh diri.
Pornthip berkata berdasarkan pengalamannya sebagai penyiasat lokasi jenayah dan juga ahli sains forensik, sebarang nota yang dijumpai mesti diuji untuk DNA, cap jari dan cetakan tapak tangan pada kadar segera dan kemudiannya dihantar untuk ujian analisis tulisan. “Ini adalah protokol.”
Bagaimanapun nota sedemikian tidak memberi kesan ke atas siasatan kerana ia dianggap bersifat emosi. Justeru, katanya, beliau lebih gemar bergantung kepada sains.
Ketua pendakwa SPRM, Abdul Razak Musa memulakan sesinya dengan cuba mempersoalkan kelayakan Pornthip sebagai saksi yang mempunyai kewibawaan.
Abdul Razak berkata berdasarkan kelayakan Pornthip, ahli patologi Thailand itu tidak layak bergelar pakar di Malaysia kerana universiti di mana beliau belajar tidak diiktiraf di negara ini. Pornthip menjawab bahawa universiti tempat beliau belajar adalah satu daripada lima yang terbaik di Asia - mereka yang berada di mahkamah memberikan tepukan.
Cekik diri sendiri
Razak kemudiannya mencadangkan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya. Katanya, ini kerana empat daripada doktor telah mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan Teoh dicekik.
"Saya cadangkan bahawa anda datang ke mari untuk serang SPRM,” katanya.
Beliau memberi beberapa kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Pornthip tetapi dinafikan oleh pakar patologi Thailand itu. Menurut Pornthip, laporan yang dikemukakannya disokong dengan bukti saintifik.
Razak: Awak kata 80 peratus pembunuhan.
Pornthip: Saya telah terangkan. Awak mesti terima...
Razak: Apabila awak beri keterangan 80 peratus adalah kes pembunuhan, ia dilaporkan di semua media negara ini.
Pornthip berulang-kali menggesa Razak supaya membaca laporannya, tetapi ketua pendakwa SPRM itu berkata: “Saya habiskan masa tiga hari membacanya.”
Razak kemudiannya bertanya sama ada objek tumpul yang dirujuk oleh Porthip pada awal inkues pagi ini merujuk kepada kerusi atau benda lain.
Pornthip: Saya ingin tanya sama ada awak seorang peguam?
Razak: Mungkin, saya lebih muda daripada awak tetapi saya telah berkhidmat sebagai peguam untuk 24 tahun.
Ini disambut dengan cemuhan 'wah' daripada mereka yang hadir.
Pengalaman terjun bangunan
Razak kemudian mengajukan soalan kepada Pornthip, bagaimana Teoh boleh mati pada tingkat 14 (lokasi pejabat SPRM Selangor yang terletak di Plaza Masalam, Shah Alam) tetapi masih bernyawa apabila sampai di bawah.
Razak: Dari Tingkat 14, 99 kaki dari atas tanah - dia tidak sedarkan diri, jadi badannya semestinya lebih berat.
Pornthip: Tiada perbezaan. Secara saintifik, bagaimana boleh berlaku kehilangan berat berdasarkan tahap kesedaran?
Razak juga bertanya kepada Pornthip sama ada dia mempunyai pengalaman terjun dari bangunan. Ini kerana ahli patologi itu dalam keterangannya berkata mayat yang dijumpai itu didapati lebih jauh daripada bangunan berkenaan berbanding kes lazim membunuh diri dengan melompat.
Satu lawan empat
Malik bangkit dan berkata Razak cuba 'memasukkan perkatan' dalam mulut Pornthip. “Cara dia mengajukan soalan seolah-olah mahu kami sendiri terjun!”
Razak kemudiannya mengulangi soalan kepada Pornthip bahawa pendapatnya adalah berlainan dengan empat orang doktor yang hadir pada bedah siasat kedua.
Razak: Satu lawan empat...
Pornthip: Awak perlu hormat hakim (koroner) yang akan membuat keputusan.
Razak: Kita bekerja berdasarkan majoriti.
Menjawap soalan Tan, Pornthip memaklumkan beliau tidak sependapat dengan keterangan Dr Shahidan bahawa kecederaan pada tengkuk Teoh adalah konsisten dengan kejatuhan.
Mahkamah koroner selesai menyoal-balas Porntip sebagai saksi pada jam 12.25 tengah hari. Koroner Azmil Munthapa kemudiannya mengumumkan perbicaraan ditangguhkan sehingga 1 September ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan