Isnin, 16 Ogos 2010

ZAMAN NI ALLAH NAK BUKA SEMUA PENYELEWENGAN...KEMANA KITA NAK LARI...

Dokumen dakwa MAS rugi RM8 bil didedah
Salhan K Ahmad
Ogos 16, 10
1:32pm

Bekas pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajuddin Ramli mungkin dilindungi pihak tertentu menyebabkan beliau bebas daripada pendakwaan akibat kerugian didakwa sebanyak RM8 bilion, dakwa PAS.

Naib presidennya Salahuddin Ayub (kiri) mendakwa demikian hari ini ketika mendedahkan beberapa dokumen berhubung kerugian yang didakwa dialami syarikat tersebut.

Salahuddin berkata dokumen tersebut antara lainnya merupakan sepucuk surat oleh ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Ramli Yusuff yang menyarankan kepada perdana menteri, bentuk pendakwaan yang boleh dikenakan kepada Tajuddin.

Beliau turut mendedahkan aduan yang dibuat oleh MAS kepada polis dan SPRM pada 2009 berhubung kerugian yang didakwa berkait dengan tindakan Tajuddin.

Tambahnya, beliau telah menghubungi pengerusi Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah yang dianggotainya supaya mengadakan mesyuarat khas tergembar membincangkan kes itu.

Jelasnya, dokumen itu diedarkan kepada kesemua anggota jawatankuasa khas itu.

Beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, beliau sedang menimbangkan sama ada perlu membuat satu lagi laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ataupun pihak polis.

Beliau juga menuntut perdana menteri supaya mengambil tindakan tegas dalam skandal ini yang disifatkannya hampir menyamai saiz skandal PKFZ.


MAS rugi RM8 bilion, siapa lindungi Tajuddin
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mempersoalkan pihak yang melindungi bekas Pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli menyebabkannya bebas daripada pendakwaan yang mengakibatkan kerugian syarikat itu sebanyak RM8 bilion.

Beliau ketika mendedahkan dokumen berhubung kerugian syarikat tersebut mempersoal tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap aduan tersebut sebaliknya mendedahkannya kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia (JSJK PDRM).

"Siapa sebenarnya yang melindungi penjenayah ini dan kes ini daripada disiasat dan siapakah yang melindungi kes ini untuk didakwa kerana ia merupakan kes yang cukup besar.

"Laporan yang dibuat MAS kepada SPRM kenapa tindakan tidak diambil terhadap Tajuddin Ramli. Sepatutnya SPRM siasat perkara itu tetapi dia dedahkan aduan itu kepada JSJK PDRM," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, dekat sini hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut mendedahkan sepucuk surat oleh ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Ramli Yusuff bertarikh 26 Mac 2007 yang menyarankan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai bentuk pendakwaan yang boleh dikenakan kepada Tajuddin.

"Datuk Ramli Yusuff mengadakan pertemuan khas dengan perdana menteri ketika itu yang mengatakan bahawa dalam surat ini membuktikan memang ada satu asas yang kukuh untuk mendakwa Tajuddin Ramli.

“JSJK juga membuat beberapa saranan bentuk dakwaan tetapi tidak ada satu pun tindakan drastik dibuat terhadap kes ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa SPRM memberikan jawapan yang bertangungjawab mengenai tindakannya mendedahkan aduan MAS kepada JSJK PDRM.

"Saya meminta SPRM jawab persoalan kenapa dedahkan makulmat berkaitan MAS kepada pihak yang diadu iaitu JSJK Bukit Aman yang bagi kita merupakan satu tindakan yang sangat tidak berintegriti dan membahayakan orang yang membuat aduan," katanya lagi.

Salahuddin yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa khas mengenai rasuah SPRM juga memberitahu, beliau sedang menghubungi pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Seri Azmi Khalid bagi meminta satu mesyuarat khas diadakan bagi membincangkan kes tersebut.

Beliau juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakukan siasatan terhadap kes berprofil tinggi ini.

"Saya rasa pedana menteri perlu campur tangan segera dengan mengarahkan satu siasatan dilakukan dengan serius," katanya.

Dokumen yang didedahkan beliau kepada wartawan itu turut mengandungi aduan MAS kepada polis dan SPRM pada 2009 berhubung kerugian yang didakwa berpunca daripada Tajuddin

Tiada ulasan: