HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم....
وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Isnin, 16 Ogos 2010
JANGAN NAK LARI TANGGUNG JAWAB AGAMA YANG SEPATUT DIPIKUL DENGAN JUJUR SERTA AMANAH
ELOK MUFTI NI ELOK...TERUS MASUK BIDANG POLITIK...TAK SALAH DALAM ISLAM...IA TAK PERLU MAHIR...BENTERAS SEKALI BAB ZINA,BUANG ANAK..RASUAH ...ORANG TAK SOLAT DAN SEGALA BENTUK MUNGKAR DAN BIDAAH SERTA LAKSANA HUKUM ALLAH...
Harussani dedah kewujudan 'perlembagaan baru'
IPOH 15 Ogos - Mengejutkan! Sudah ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini.
Perkara tersebut didedahkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di sini, hari ini.
Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.
''Saya dimaklumkan sekarang sudah ada perlembagaan baru yang dibuat oleh pihak tertentu.
''Kebetulan saya ada memberi satu ceramah di Alor Setar. Ada seseorang datang dan memberikan saya tiga buah buku Perlembagaan yang dikehendaki pihak tertentu," katanya pada wacana tersebut di sini, hari ini.
Bagaimanapun Harussani ketika ditemui selepas wacana tersebut enggan mengulas lanjut tentang dakwaannya itu.
Selain Harussani, program itu turut disertai Penasihat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Presiden Pertubuhan Pemikir Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar dan Naib Pengerusi Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Hafiz Nordin.
Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail pula bertindak sebagai perantara program berkenaan.
Kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli GMP, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak dan aktivis Melayu termasuk Tan Sri Jins Shamsuddin hadir pada program anjuran GMP dan GPMS itu.
Pada wacana itu juga, Harussani berkata, perpecahan di kalangan orang Melayu menyebabkan bangsa itu hilang kewibawaan sehingga kaum lain semakin berani membuat pelbagai tuntutan dan mahu hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan.
''Kenapa kita berpecah-belah hanya kerana salah tafsir iaitu melampau dalam berpegang pada syariat Islam.
''Saya menyuruh kita semua bersatu, saya tidak suruh hapuskan parti tetapi saya minta orang Melayu pertahankan Islam dan hak-hak mereka," katanya yang banyak menerima cemuhan daripada penyokong pembangkang kerana mengajak orang Melayu dan Islam bersatu.
Sementara itu, Hafiz yang merupakan bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang bimbang dengan nasib yang menimpa orang Melayu di Pulau Pinang sekarang.
Jelas beliau, begitu banyak gerai perniagaan orang Melayu yang didirikan di atas tanah kerajaan dirobohkan tetapi tindakan sama tidak diambil ke atas peniaga bukan Melayu yang berniaga di atas jalan raya.
''Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tidak membenarkan rumah bernilai RM150,000 ke bawah dibina di tengah bandar. Pulau Pinang kini ke arah menjadi Singapura.
''Jambatan kedua Pulau Pinang yang menjadi kebanggaan kita akan memudahkan pengusiran orang Melayu secara beramai-ramai dari Pulau Pinang," katanya.
Reezal Merican yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO pula meminta orang Melayu menentang habis-habisan 'Abdullah Ibn Saba' yang memecahbelahkan umat Islam di Malaysia sekarang.
''Dalam setiap tamadun manusia mesti ada pengkhianatan yang menghancurkan perpaduan. Kalau zaman Khalifah Usman dan Ali dulu ada Abdullah Ibn Saba yang melaga-lagakan umat Islam, zaman sekarang pun ada 'Abdullah Ibn Saba' yang menyebabkan perpecahan orang Melayu dan Islam di Malaysia," katanya.
Kamarudin pula menyifatkan orang Melayu sebagai lemah jika tidak mampu membalas balik apabila agama dan bangsa mereka dihina.
''Saya hairan kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang mempertikaikan kedudukan Islam dan hak-hak orang Melayu," katanya dalam nada kesal
PERKARA2 INI KENAPA MEMBISU....JANGAN JAGA KEPENTINGAN SAJE....BAGAIMANA NAK JAWAB DIHADAPAN ALLAH NANTI...MANUSIA KITA BOLEH JAWAB DAN TIPU...ALLAH TAK BEGITU....INSAFLAH...BERAPA UMUR YANG TINGGAL ...KITA SEMUA TAK BOLEH TONGKAT DUNIA....
JITRA: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun berang apabila mendapati ibunya dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kubang Pasu (PADKP) di rumah mereka di Taman Teja, Changlun di sini, Jumaat lalu. Bagaimanapun dia ditenteramkan penguat kuasa yang melihatnya dalam keadaan marah. Sebelum kejadian, remaja itu tidur dalam bilik di rumah itu sebelum dikejutkan penguat kuasa yang membuat pemeriksaan kira-kira jam 1.30 pagi selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di situ.
Ibu remaja itu, ustazah berusia 40 tahun yang mengajar di sebuah sekolah rendah di daerah itu dicekup berkhalwat dengan seorang kakitangan kerajaan yang sudah berkeluarga.
Sumber berkata, anak lelaki wanita itu langsung tidak mengetahui ibunya membawa masuk lelaki berkenaan pada hari kejadian.
Katanya, wanita itu dikatakan sudah lama menjanda dan mengenali lelaki itu yang sudah berkeluarga itu sejak beberapa bulan lalu.
“Wanita itu berasal dari Kampung Pulau Nyior, di sini juga pemilik rumah berkenaan, manakala pasangannya berusia 50 tahun berasal dari Langgar, Alor Setar.
“Kami terpaksa menunggu kira-kira 20 minit kerana pemiliknya enggan membuka pintu sehingga memaksa kami menggunakan alat pembesar suara sehingga mengejutkan jiran berhampiran,” katanya.
Pembantu pasar raya dipenjara enam tahun rogol remaja 13 tahun
2010/08/16
SHAH ALAM: Seorang pembantu pasar raya dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas mengaku salah merogol remaja usia 13 tahun di Batu Caves, dua tahun lalu.
Pemandu teksi mengaku ambil ganja dan minuman keras sebelum bunuh Syafiah Humaira
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
2010/08/16
SHAH ALAM: Pemandu teksi yang dituduh membunuh anak teman wanita, Syafiah Humaira, 4, mengakui tidak sedar apa yang dilakukannya terhadap kanak-kanak itu kerana mengambil ganja dan minum dua botol minuman keras Stout, pada petang hari kejadian. Mohd Fazli Azri Jamil, 28, memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang tertuduh dan bukannya dari kandang saksi ketika membela diri terhadap tuduhan membunuh kanak-kanak itu. Dia dituduh melakukan perbuatan itu di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, dekat Batang Kali, jam 6.30 petang, pada 25 Februari lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan berdepan dengan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mayat bayi dalam beg
2010/08/16
PETALING JAYA: Gerak hati seorang lelaki untuk melihat satu beg pakaian yang terdampar di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara, membawa kepada penemuan mayat seorang bayi perempuan cukup sifat dalam keadaan masih bertali pusat, pagi semalam. Ketika kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, lelaki berkenaan, Badrul Abdul Rashid, 24, bersama empat rakannya sedang menjala ikan apabila dia ternampak satu beg pakaian berwarna hitam di tebing sungai. Beliau berkata, dia dan rakannya berlegar-legar di kawasan tebing itu untuk mencari kawasan yang sesuai untuk menjala ikan dan langsung tidak mempedulikan beg berkenaan.
“Saya ingatkan ia hanya sampah-sarap yang dibuang, sebab itu saya tidak pedulikan beg hitam berkenaan, tetapi gerak hati kuat menyuruh saya membukanya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.
Menurutnya, rakan lain melarang dia berbuat demikian kerana takut beg itu mengandungi alatan pembomohan atau pemujaan, tetapi dia tetap berdegil untuk membukanya. “Umum mengetahui sekarang kejadian membuang bayi kerap dilaporkan, dan gerak hati saya mengatakan mungkin beg itu mengandungi mayat bayi. Telahan saya itu betul apabila sebaik membuka beg itu, saya ternampak kaki bayi yang cukup sifat.
“Saya kemudian ke pondok pengawal keselamatan untuk menghubungi polis,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan itu.
Pukau, liwat di masjid
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
2010/08/16
KUALA LUMPUR: Hasrat seorang pemuda untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah buat pertama kali dalam hidupnya sempena menyambut Ramadan bertukar tragedi apabila dia dipercayai dipukau sebelum diliwat dan ditinggalkan berbogel dalam sebuah masjid di Sentul, di sini, pagi semalam. Bagaimanapun, berkat doa imam masjid berkenaan dan bantuan penduduk sekitar, suspek yang melakukan perbuatan keji itu ditahan sebelum diserahkan kepada polis. Semuanya bermula apabila mangsa berusia awal 20-an yang baru selesai menikmati juadah bersahur terlelap seketika dalam masjid berkenaan sementara menunggu masuk waktu Subuh.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, seorang lelaki berusia 39 tahun yang tidak dikenali mangsa masuk ke dalam masjid menyebabkan dia terkejut sebelum terjaga.
Namun, mangsa cuba melelapkan mata semula selepas suspek mendakwa mahu menunggu jemaah lain untuk mengerjakan solat Subuh secara berjemaah.
Menurut sumber, kesempatan itu digunakan suspek untuk memukaunya sebelum lelaki terbabit menanggalkan pakaian dipakai mangsa.
“Suspek kemudian mengambil kesempatan itu untuk memuaskan nafsunya dengan meliwat mangsa. “Lebih malang, sebelum suspek melarikan diri, dia turut menyembunyikan pakaian mangsa,” katanya.
Sumber berkata, mangsa hanya tersedar selepas dia dikejutkan beberapa penduduk setempat yang datang ke masjid jam 5.45 pagi untuk menunaikan solat Subuh.
“Pada mulanya, mangsa dimarahi penduduk setempat kerana tidur dalam keadaan bogel dalam masjid berkenaan. “Penduduk setempat kemudian memberikan kain pelekat kepada mangsa,” katanya.
Katanya, mangsa yang bagaikan dalam keadaan separuh sedar itu memeriksa duburnya kerana berasa sakit.
“Ketika itulah dia (mangsa) sedar bahawa sudah diliwat dan mengesyaki lelaki yang datang tidur dalam masjid itu melakukan perbuatan berkenaan,” katanya
Beliau berkata, selepas selesai menunaikan solat Subuh, berkat doa imam dan bantuan penduduk setempat mereka menemui suspek yang berlegar-legar di kawasan perumahan di Flat Sri Kelantan, di sini.
“Suspek yang menyedari kehadiran penduduk untuk menangkapnya cuba melarikan diri, namun gagal.
“Mangsa menghubungi polis bagi melaporkan kejadian berkenaan,” katanya.
Suspek direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.
Ustaz tabligh dicekup
SETIU - Seorang bekas askar berpangkat Leftenan Muda yang juga seorang ahli tabligh dikenali sebagai ustaz dalam kalangan penduduk setempat ditahan polis dalam Ops Tapis yang dijalankan di sekitar kawasan Chalok, Langkap di sini, Khamis lalu.
Dalam operasi kira-kira jam 11 pagi diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Daerah Setiu, Cif Inspektor Mohd Fahmiy Mohd Zain itu, suspek berusia 49 tahun ditahan di tepi jalan utama di kawasan Chalok ketika sedang menunggu pelanggan.
Difahamkan suspek yang mempunyai sembilan anak berumur antara tiga dan 22 tahun dikatakan baru terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penagihan dadah jenis ganja, dengan menjadikan lokasi itu sebagai tempat mengedar bahan terlarang itu.
Bagaimanapun, tindakan menyembunyikan identiti sebenar dengan penampilan sebagai seorang tabligh dan mendapat gelaran ustaz akhirnya menjerat dirinya sendiri apabila polis berjaya menemui dadah jenis ganja dan tunai di dalam keretanya.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Shaik Othman Abdul Hamid berkata, polis menemui dua ketul ganja mampat seberat kira-kira 12 gram dan tunai sebanyak RM655, dipercayai hasil jualan dadah jenis itu di dalam kereta suspek.
Sebelum itu katanya, ketika ditahan di tepi jalan dan hasil pemeriksaan badan, polis hanya menemui kunci kereta pada suspek sebelum berjaya menemui ganja dan tunai di dalam kereta jenis Proton Waja miliknya yang diletakkan berdekatan kawasan itu.
“Kita telah memaklumkan sebelum ini kepada orang ramai dan tindakan tetap akan diambil tanpa mengira status apabila melibatkan soal penyalahgunaan dadah.
“Bagaimanapun, perkara ini mendukacitakan kerana suspek seorang yang dikenali dan seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat di kawasannya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu di sini, semalam.
Shaik Othman berkata, ketika ujian saringan polis di IPD, suspek juga didapati positif ganja.
“Suspek yang direman sejak 12 Ogos lalu bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 semalam,” katanya.
Kes buang bayi semakin serius, meningkat 154%
16/08/2010 3:19pm
KUALA LUMPUR 16 Ogos - Kes pembuangan bayi di negara ini didapati semakin serius apabila ia meningkat lebih 154 peratus sejak Januari sehingga hari ini berbanding tempoh lapan bulan pertama tahun lalu. Statistik terbaru dikeluarkan oleh Bukit Aman menunjukkan terdapat 65 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara sejak Januari sehingga hari ini. Jumlah tersebut didapati meningkat lebih 154 peratus berbanding hanya 42 kes dicatatkan bagi tempoh lapan bulan pertama tahun lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis mendapati terdapat trend peningkatan kes pembuangan bayi sejak kebelakangan ini. - Utusan
Filem, video antara punca masalah buang bayi
16/08/2010 3:27pm
KUANTAN 16 Ogos - Kes pembuangan bayi serta keganasan yang semakin berleluasa di negara ini berkemungkinan mempunyai kaitan dengan bahan yang ditonton masyarakat. Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri, S. Tanasengran berkata, sehubungan itu, pihaknya kini bekerjasama dengan beberapa universiti awam menjalankan satu kajian berhubung impak bahan yang ditonton terhadap kelakuan individu. "Kajian ini nanti akan membolehkan kementerian membuat polisi dan peraturan lebih berkesan dalam penyiaran bahan-bahan tontonan,” katanya kepada pemberita selepas melawat bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan cawangan Pahang, di sini hari ini. - Bernama
Oleh JAAFAR MULUP metahad@hmetro.com.my 2010/08/15
TAMPIN: Mengejutkan apabila seorang murid perempuan tahun enam di sebuah sekolah daerah ini dipercayai kemaruk seks apabila sanggup merelakan diri menjadi pemuas nafsu bapa sejak hujung tahun lalu, selain mengajak beberapa teman rapat lelakinya melakukan perbuatan terkutuk berkenaan. Disebabkan tiada tentangan daripada anaknya, bapa durjana berkenaan merogol mangsa sambil berjanji tidak memecahkan rahsia kepada sesiapa, termasuk ibu.
“Ketika kejadian, ibu dan beberapa adik mangsa nyenyak tidur, manakala mangsa tidur di bilik lain,” katanya.
Menurutnya, kejadian terakhir berlaku pada 11 Ogos lalu, iaitu malam pertama Ramadan sebelum isterinya bangun untuk menyiapkan juadah bersahur.
Tidak puas dengan itu, katanya, mangsa dikatakan mengajak teman rapatnya melakukan aksi perbuatan keji itu, termasuk seorang abang angkatnya. “Rahsia perbuatan mangsa bagaimanapun terbongkar apabila perubahan sikap murid berkenaan disedari seorang guru sekolah selepas dia dikatakan turut menceritakan perbuatan terkutuk yang dilakukannya tanpa berselindung.
“Atas rasa tanggungjawab dan demi menjaga nama baik sekolah supaya murid lain tidak terjebak dalam perkara maksiat, mangsa dan guru berkenaan membuat laporan di Balai Polis Gemas pada Khamis lalu,” katanya.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika ditemui, semalam mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya sudah menahan lelaki terbabit ketika menemani mangsa untuk diambil keterangan, kelmarin.
“Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini (semalam) bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum selama 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan,” katanya.
Katanya, polis memburu seorang remaja yang dikatakan sebagai abang angkat mangsa bagi membantu siasatan.
NI YANG DIJUMPAI...DAN YANG SUDAH DIJUMPAI....BANYAK DAH...YANG TAK DAPAT DIKESAN(BUANG TAPI TAK DIJUMPAI)...YANG HIDUP DAN DIBELA(UNTUNGLAH BABY INI)...AGAK2 BERAPA RAMAI HASIL ANAK ZINA....NI PUN MASIH MENYEPI TENTANG HUKUM ALLAH SWT...
Mayat bayi perempuan ditemui ditebing Sungai Tambun, Damansara
2010/08/15
PETALING JAYA: Satu lagi mayat bayi perempuan yang dibuang ditemui dalam sebuah beg galas berwarna hitam di tebing Sungai Tambun dekat Kota Damansara di sini, hari ini. "Tiga lelaki itu ternampak sebuah beg dalam keadaan mencurigakan dan bertindak memeriksanya sebelum menemui mayat bayi perempuan yang cukup sifat.
"Mayat bayi malang ini dibungkus dengan tuala dan kain hijau yang menyerupai kain digunakan di hospital untuk membalutnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian. Beliau berkata, polis akan menyiasat sama ada kain itu adalah milik mana-mana hospital untuk memastikan sama ada bayi itu dilahirkan di hospital.
Arjunaidi berkata, bayi itu, yang berkulit gelap, tidak mengalami kecederaan dan dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam lalu dan mati sebelum dibuang di kawasan itu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam status di laman sosial Facebook berkata, ketika ditemui, keadaan mayat bayi itu masih segar dan dipercayai baru sahaja ditinggalkan di tebing sungai itu serta masih ada kesan najis bayi. Sementara itu, seorang saksi Badrul Abdul Rashid, 24, yang berasal dari Sungai Buloh berkata, dia dan dua lagi rakan terkejut apabila ternampak kaki bayi ketika membuka beg itu sebelum melaporkan kepada pengawal keselamatan di kondominium berdekatan.
"Ketika menjala ikan, kami ternampak beg itu dan berasa tidak sedap hati.
Ketika mahu pulang, rakan saya mengajak untuk memeriksa beg berkenaan.
"Bila kami buka, kami terkejut apabila sepasang kaki bayi menjulur keluar.
Kami lantas melaporkan pada pengawal keselamatan sebelum dia menghubungi polis," katanya.-Bernama
1. Peradaban dan tamadun negara kita kian musnah malah semakin parah dan dahsyat . Penghuninya telah hilang perikemanusiaan . Segalanya bermula dari nafsu yang gagal dikawal serta diasuh dengan akhlak dan moral yang positif . 2. Gejala zina [ seks bebas ] , buang bayi , rogol dan bunuh semakin menjadi - jadi . Seperti sistem pentadbiran dan sosial negara kita tidak berkesan langsung untuk membendung kemungkaran dan jenayah yang semakin berleluasa serta kejam . 3. Ia bukan lagi menjadi masaalah individu tetapi juga masyarakat . Ia bukan lagi menjadi masaalah negara tetapi juga rakyat . Ia bukan lagi masaalah pemerintah tetapi juga pembangkang . Ia masaalah semua . Semua mesti bertanggungjawab . 4. Saya kira negara mesti mengambil langkah drastik . Parlimen mesti segera membincangkan perkara ini secara serius justeru kini ia telah menjadi barah dalam masyarakat . Jangan tangguh atau lengah kerana semakin hari semakin ramai bayi luar nikah dilahirkan , semakin ramai bayi dibunuh kejam , semakin ramai yang berzina , semakin ramai yang bergaul bebas , semakin ramai yang menjadi mangsa rogol dan semakin ramai mangsa dibunuh . 5. Sampai bila perkara ini mahu dibiarkan berlarutan ? seketika dulu , kondom diperkenalkan untuk mengelakkan kehamilan dan aids kononnya , namun nyata ia tidak menyelesaikan masaalah . Kehamilan luar nikah terus berleluasa dan penyakit aids terus merebak dan berkembang . Selesaikah cadangan mahu menubuhkan bank bayi ? selesaikah sekadar mahu menubuhkan sekolah pelajar hamil ? selesaikah sekadar pendidikan seks di sekolah ? 6. Mungkar dan jenayah ini berlaku bukan kerana mereka tidak cukup kondom , bukan kerana tiada tempat mereka mahu melahirkan bayi , bukan kerana tidak tahu di mana mereka harus menyambung pelajaran dan apa yang berlaku juga bukan kerana mereka jahil dan buta tentang seks ! Sebaliknya apa yang berlaku ialah kerana manusia jahil tentang agama . Mereka menjadi hamba nafsu dan mangsa budaya maksiat yang bermaharajalela dalam negara kita mutaakhir ini. 7. Kelab - kelab malam beroperasi sehingga ke awal pagi dengan aktiviti yang sangat jalang , sundal dan tidak bermoral . Tarian lucah , arak dan pil ectasy , pelacuran , pergaulan bebas , penzinaan atau seks bebas menjadi rutin . Aktiviti hiburan mengatasi majlis ilmu dan kegiatan yang berfaedah. Maksiat ini telah menular dari bandar ke kampung , dari desa ke felda , dari pekan dan taman perumahan . 8. Saya menyeru semua pihak khasnya para pemimpin negara , pemimpin masyarakat , ahli - ahli parlimen , ahli - ahli Dewan Undangan Negeri , imam - imam masjid , ahli agama , ahli politik , ngo dan seluruh rakyat sedar dan menginsafi perkara ini agar kita tidak lagi lengah dan hanya beretorik . Hentikan pertelagahan dan percakaran yang tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya segera ambil langkah berkesan untuk selamatkan negara . Laksanakan peranan masing - masing . Jangan banyak mulut tetapi banyakkan kerja . 9. Hapuskan segala anasir yang merangsang nafsu gila manusia yang mendorong berlakunya maksiat , mungkar dan jenayah ini . Makmurkan negara dengan aktiviti yang bermoral dan berakhlak serta mendidik minda dan peribadi . Sebagai contoh tindakan drastik yang mesti diambil ialah :
Hentikanlah rancangan televisyen yang tidak bermoral Sekat dan kawal secara serius lambakan video lucah Basmi habis - habisan pusat pelacuran dan hiburan yang melampau Sekat laman - laman lucah secara serius Menguatkuasa undang2 syariah Bantu dan banyakkan pusat pengajian Islam Aktifkan aktiviti yang mendidik minda dan sebagainya . Banyak lagi langkah yang perlu diambil . [ sekadar menyebut beberapa contoh ] 10. Malaysia perlu bertindak segera . Bertindak sekarang ! bukan esok atau lusa ! negara kini menuju ke curam binasa . Kembalilah kepada Islam dan cara hidupnya . Dewan Pemuda PAS sedia memberi khidmat upaya dan tenaga yang dimiliki untuk tujuan menyelamatkan negara dari pengaruh maksiat dan mungkar yang semakin parah ini .
Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
PUTRAJAYA: Seorang ibu tergamak ‘berkongsi dosa’ dengan anak lelaki kesayangannya apabila membiarkan pemuda itu bersekedudukan dengan teman wanita di rumahnya lebih tiga tahun sehingga menghasilkan empat zuriat haram. Perbuatan pasangan berusia awal 20-an itu terbongkar selepas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendapat maklumat mengenai salah laku mereka menyerbu sebuah rumah di Serdang, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.
Lebih mengaibkan, ketika disoal siasat, pasangan terbabit dengan selamba memberitahu penguat kuasa Jais mereka bersekedudukan sejak sekian lama kerana tidak mempunyai masa untuk berkahwin secara sah dan mendaftarkan perkahwinan.
Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarop, berkata pasangan terbabit dipercayai bersekedudukan sejak lebih tiga tahun lalu sehingga memperoleh empat anak hasil zina yang berusia tiga, dua, setahun serta paling bongsu tiga bulan.
“Penduduk di kawasan itu tertipu dengan perbuatan pasangan terbabit yang dipercayai menggunakan rumah ibu mereka untuk tinggal secara haram sehingga melahirkan anak luar nikah.
“Kebanyakan penduduk menyangka pasangan terbabit sudah bernikah dan mengadakan majlis perkahwinan di tempat lain,” katanya
Shahrom berkata, dia terkejut dan hairan dengan sikap ibu lelaki terbabit yang langsung tidak mempedulikan dosa dilakukan anak di rumahnya.
Menurutnya, ibu terbabit boleh dianggap bersekongkol dengan anaknya bagi mengelak kegiatan tidak bermoral terbongkar.
Suami diracun isteri
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Suraya Roslan
2010/08/11
KUALA LUMPUR: Seorang wanita sanggup meracuni suaminya dengan memasukkan peluntur pakaian ke dalam semua air minuman di rumahnya hanya kerana menyangka suaminya curang, kelmarin. Difahamkan, wanita terbabit berusia lewat 30-an cuba membunuh suaminya kerana terlalu cemburu namun hasratnya tidak kesampaian apabila lelaki terbabit hanya dirawat sebagai pesakit luar di sebuah hospital swasta walaupun mangsa minum minuman bercampur peluntur. Semuanya bermula kira-kira jam 11 malam, apabila lelaki berusia 42 tahun itu keluar dari rumahnya di Salak Selatan, di sini, untuk urusan perniagaan di Johor dengan menggunakan kereta rakannya dengan keretanya diparkir di tempat letak kenderaan kawasan rumahnya. Menurut sumber, sebaik mangsa pulang ke rumahnya keesokan harinya, dia terkejut apabila mendapati kedua-dua tayar belakang kenderaannya pancit.
“Pada mulanya, mangsa menyangka ia perbuatan budak nakal sebelum masuk ke rumah. “Sebaik memasuki rumah, mangsa mendapati isterinya tiada dan menyangka wanita berkenaan pulang ke rumah keluarganya,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang kehausan kemudian membuka peti sejuk sebelum meneguk minuman berkarbonat yang ada.
“Mangsa terkejut kerana merasa minuman itu berbeza sebelum melakukan pemeriksaan. Dia kemudian hairan kerana mendapati minuman berkenaan berbau seperti peluntur pakaian,” katanya.
Tersentak dengan itu, mangsa memeriksa semua minuman dalam peti sejuk itu dan air di rumahnya sebelum mendapati semuanya berbau peluntur.
Beliau berkata, mangsa kemudian ke sebuah hospital swasta yang terletak berhampiran rumahnya bagi mendapatkan rawatan.
“Mangsa percaya individu yang cuba meracun dirinya adalah isterinya kerana mereka pernah bertengkar sebelum kejadian.
“Malah, mangsa yang dalam proses perceraian juga yakin tayar keretanya pancit kerana perbuatan isterinya itu,” katanya.
Sumber berkata, wanita terbabit dipercayai cuba membunuh suaminya itu kerana menyangkakan lelaki terbabit curang terhadapnya.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Jumpa bayi ditinggal depan rumah kosong
2010/08/11
GEMENCHEH: “Saya terkejut apabila melihat seorang bayi berbalut kain batik itu di depan sebuah rumah kosong,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Dua di sini, yang menemui seorang bayi dipercayai baru dilahirkan, pagi semalam. Mahmod L Udor, berkata bayi perempuan yang cukup sifat itu masih bertali pusat dan berbalut kain batik tanpa sebarang nota atau barangan keperluan lain. Menurutnya, dia menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk yang melalui rumah kosong itu ternampak satu objek di dalam kain batik yang mencurigakan.
“Saya ke lokasi untuk membuat pemeriksaan dan menemui bayi itu.
“Mendapati bayi itu masih hidup, saya membawanya ke Klinik Kesihatan Air Kuning,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, dia yakin bayi itu baru saja ditinggalkan di situ sebelum ditemui berdasarkan keadaannya.
“Saya yakin mereka yang meninggalkan bayi itu sengaja meletakkannya di depan rumah tidak berpenghuni itu supaya senang dilihat kerana kedudukannya di selekoh,” katanya.
Beliau yakin bayi itu bukan anak penduduk kampung berkenaan dan kejadian itu yang pertama berlaku di situ.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan ibu bayi berkenaan dan pada masa sama meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.
Khalwat hingga hamil
2010/08/11
ALOR SETAR: Helah seorang lelaki untuk menipu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dengan mendakwa seorang wanita hamil yang berada dalam bilik di rumahnya di Simpang Empat Kangkung di sini, sebagai isterinya tidak menjadi apabila wanita itu menafikannya ketika disiasat, Jumaat lalu. Berikutan itu, wanita berusia 23 tahun itu ditahan kerana disyaki berkhalwat hingga hamil tujuh bulan dipercayai anak teman lelakinya yang bukan Islam berusia 41 tahun. Wanita itu dikatakan sudah lama menetap di rumah berkenaan bersama keluarga teman lelakinya selepas melarikan diri dari rumah keluarganya di bandar raya ini. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaik, Sheikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata berdasarkan maklumat awam, sepasukan 10 anggotanya membuat pemeriksaan di rumah berkenaan, kira-kira jam 11 malam.
“Hasil pemeriksaan menemui seorang wanita hamil dalam sebuah bilik di rumah itu. Apabila disiasat, lelaki terbabit mendakwa wanita itu isterinya, tetapi wanita itu menafikannya dan mengaku pasangannya itu hanya teman lelaki,” katanya ketika ditemui, semalam.
Artis kemaruk pil maut
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhd Izawan Baharin
2010/08/11
KUALA LUMPUR: Pendedahan mengejutkan apabila ramai artis wanita dan isteri kepada penyanyi terkenal tanah air mengaku kemaruk mengambil sejenis pil kurus maut yang didakwa mujarab untuk melangsingkan tubuh dalam tempoh hanya beberapa hari. Pil kapsul berwarna kuning dan merah terbabit didakwa turut menyebabkan segelintir individu yang memakannya menjadi ketagih tidak ubah seperti mengambil pil khayal berikutan ia dipercayai mengandungi sejenis racun kimia berbahaya yang sengaja dimasukkan ke dalamnya. Difahamkan, pil dengan jenama Lami yang mengandungi 30 kapsul itu dijual secara terbuka persis ubatan tradisional pada harga sekitar RM20 sekotak terutama di pusat beli belah dan kedai ubat-ubatan tradisional.
Jenama berkenaan sudah diharamkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana didapati mengandungi bahan kimia sibutramine yang boleh menyebabkan kesan sampingan kepada kesihatan.
Ada di kalangan mangsa mengaku mereka turut mendapat kesan sampingan seperti berhalusinasi, tangan menggigil, muntah dan degupan jantung bertambah laju selepas dua atau tiga jam memakannya.
Isteri kepada seorang penyanyi terkenal yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 20-an, berkata, dia diperkenalkan dengan ubat diet itu daripada seorang rakan artis yang mendakwa mampu menguruskan badan jika diambil secara berterusan tanpa perlu bersenam.
“Sebagai wanita apabila diperkenalkan ubat untuk menguruskan badan, sudah tentu kita berminat untuk mengetahui kesannya dan saya segera mencuba berikutan menghadapi masalah berat badan sejak beberapa bulan lalu,.
“Berdasarkan maklumat diberikan, rakan saya itu memberitahu pil berkenaan akan memecahkan lemak selain menghilangkan selera makan selain mengurangkan rasa lapar kepada individu yang mengambilnya secara kerap,” katanya.
Menurutnya, pil terbabit yang diimport dari negara jiran perlu dimakan sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu sebelum mengambil makanan berat.
“Bagaimanapun selepas mengambil beberapa kapsul pelangsing itu, saya mula mengalami kesan pelik kira-kira dua jam kemudian. Agak mengejutkan apabila pil terbabit menyebabkan tubuh saya menggeletar dan tidak boleh tidur.
“Kesan pil berkenaan berterusan untuk beberapa hari menyebabkan saya berhenti mengambilnya berikutan bimbang ia boleh mendatangkan kesan lebih memudaratkan,” katanya
Ramadan tercemar
JEMPOL – Kedatangan Ramadan tahun ini dicemari dengan perbuatan maksiat enam pasangan beragama Islam di enam rumah tumpangan berasingan sekitar Bahau, dekat sini, malam kelmarin.
Lebih mengejutkan, salah seorang daripada 12 individu dicekup adalah remaja perempuan berumur 15 tahun.
Semua suspek khalwat berumur 15 hingga 25 tahun itu diberkas dalam serbuan bersepadu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Majlis Daerah Jempol dan polis.
Operasi bermula jam 11 malam kelmarin sehingga 4.30 pagi, semalam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa berkata, enam pasangan terbabit ditahan ketika berada di dalam bilik rumah tumpangan.
“Kami telah mengambil butiran diri semua suspek. Mereka diminta hadir ke Pejabat Agama Islam Jempol pada tarikh ditetapkan untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita
IPOH, 29 Julai: PAS Perak menggesa para mufti menjuarai semua isu berkaitan umat Islam di negara ini dengan merujuk sumber al-Quran dan as-Sunnah tanpa memilih dan tidak dipengaruhi mana-mana sentimen politik. Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, hanya tindakan sebegitu yang mampu mengelak sebarang label negatif oleh rakyat terhadap mufti. Menurutnya, label negatif terhadap mufti yang berlaku hari ini adalah akibat mereka dilihat hanya menjuarai isu-isu yang berkepentingan bagi pihak Umno BN dan senyap dalam isu-isu besar membabitkan pemimpin negara. "Apabila mufti bersikap pasif dan membisu dalam isu-isu yang dirasakan penting oleh rakyat, tiba-tiba sekarang mufti terlibat langsung dalam kemelut politik yang dilihat partisan tentulah sukar bagi rakyat menerimanya dengan baik sangka. "Lebih-lebih lagi apabila umum mengetahui mufti pernah memberikan ucapan-ucapan yang ditafsirkan sebagai menyebelahi Umno," katanya merujuk kepada kes menimpa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Murfti juga, menurutnya dilihat hanya bersuara dalam isu murtad sedangkan banyak lagi isu-isu lain yang juga memerlukan penjernihan semasa daripada ulama. Rakyat katanya, mahu melihat mufti lebih dari itu iaitu turut memberi pandangan berhubung salah laku elit dalam sistem kehakiman negara dan agensi-agensi penting kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). "Ini perkara yang mengecewakan rakyat yang cintakan Islam. Juga isu-isu tersebut menjadi faktor utama yang melambatkan proses dakwah dan transformasi (islah) dalam negara ini untuk menuju negara yang diredhai Allah. "Kecuali dalam isu murtad. Rakyat tertunggu-tunggu respons dan teguran mufti dalam isu-isu besar seperti pengumpulan kekayaan di kalangan pemimpin Umno, pendakwaan terpilih, kehakiman yang songsang, pelanggaran amanah oleh kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (contohnya royalti minyak Kelantan dan Terengganu 1999), kes perangkap seks dan rasuah oleh Umno dan SPRM bagi menjatuhkan Kerajaan PR Perak, kenyataan-kenyataan anti Islam oleh pemimpin-pemimpin Umno, dan penggadaian kedaulatan negara kepada Singapura dan Brunei oleh Umno BN," katanya. Tanpa menyalahkan mana-mana pihak, beliau juga melahirkan kekesalan terhadap 'sebahagian kecil' warga negara ini yang didakwanya terlibat dalam budaya menggunakan label-label yang kasar dan melampau terhadap Mufti Perak. Bagaimanapun dalam kontrovesi terbaru yang melibatkan isu perpaduan Melayu yang cuba diterokai oleh mufti tersebut, beliau menyarankan kepada Harussani menjernihkan segera suasana agar beliau tidak terus dipandang serong oleh masyarakat
ISU ZINA
Cubaan merogol, culik gagal
Oleh KAMARUDIN HAMZAH utusanterengganu@utusan.com.my
NOOR Zainy Md. Noor (dua kiri) bersama pegawainya memeriksa kereta Perodua Kenari yang digunakan dua lelaki berumur 15 dan 23 tahun untuk melarikan seorang pelajar perempuan di Kampung Limbongan, Besut, semalam.
BESUT 29 Julai – Seorang pemuda dan remaja berusia 15 tahun terpaksa berputih mata apabila cubaan mereka menculik dan merogol seorang pelajar perempuan gagal setelah kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam sebuah parit. Bukan sahaja gagal, malah kedua-duanya turut ditangkap kira-kira sejam setengah selepas itu oleh penduduk kampung dan polis yang melancarkan gerakan memburu mereka. Kejadian bermula apabila kedua-dua suspek menculik mangsa, Nur Muni Ainun Izzati Mohd. Roslan, 15, yang ketika itu baru keluar dari pintu pagar sekolahnya pada pukul 4.30 petang semalam. Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Noor Zainy Md. Noor berkata, pelajar itu dipaksa menaiki kereta jenis Perodua Kenari namun berlaku pergelutan antara mereka menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal. Katanya, kereta itu kemudian terbabas di sebuah parit di Kampung Limbongan dekat sini, kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa diculik. “Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan. “Kedua-dua suspek bertindak melarikan diri dan meninggalkan pelajar itu di dalam kereta. Suspek yang berusia 23 tahun cedera di kepala manakala rakannya tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata, suspek yang cedera kemudian membuang bajunya sebelum mencuri baju lain di ampaian sebuah rumah bagi mengelakkan dirinya dikesan. Menurut Noor Zainy, kejadian culik itu bagaimanapun disedari beberapa pelajar lain yang melihat mangsa bergelut sebelum dibawa masuk ke dalam kereta itu. Katanya, pelajar-pelajar itu juga melihat beg mangsa terputus dan tertinggal di tempat kejadian. “Mereka kemudian memaklumkan kepada guru dan penduduk kampung sebelum melaporkannya kepada polis. “Hasil operasi yang dijalankan, kedua-dua suspek berjaya ditahan di sebuah rumah di Kampung Alor Jejawi, Kuala Besut kira-kira 5 kilometer dari tempat kejadian,” katanya. Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan. Katanya, jika disabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun penjara dan denda jika sabit kesalahan. Selain itu, tambahnya, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.
ISU MUAMALAT ISLAM
Amalina seksi diburu
Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
2010/07/30
KUALA LUMPUR: Seorang gadis dikenali sebagai Amalina boleh dianggap wanita ‘paling panas’ pada masa ini kerana menjadi buruan polis berikutan disyaki mendalangi satu skim cepat kaya yang dilumpuhkan polis serentak dengan rampasan 17 kereta mewah, kelmarin
IMBAS...laporan Harian Metro, semalam.
Gadis yang gemar berpakaian seksi itu dianggap ikon di kalangan ahli skim terbabit kerana sering hadir sebagai pakar motivasi dan berkongsi pengalaman mengenai kemewahan serta kekayaan dimilikinya menerusi pelaburan tidak wujud itu.
Difahamkan, Amalina yang baru berusia 23 tahun kini memiliki aset bernilai puluhan juta ringgit dan menjalani kehidupan mewah seperti melancong ke luar negara serta menggayakan pakaian berjenama bagi meyakinkan pelabur baru.
Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata pihaknya kini memantau pergerakan suspek yang dipercayai masih giat meneruskan kegiatan itu.
“Wanita terbabit dipercayai mempunyai pengaruh kuat di kalangan ahli skim terbabit kerana bijak berlakon kononnya pelaburan berasaskan produk kesihatan itu wujud dan mempunyai lesen jualan langsung yang sah.
“Pada setiap kali perjumpaan, suspek akan berlakon dengan menceritakan kehidupannya yang susah ketika bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan, namun kerana berani membuat pinjaman untuk melabur, dia hidup mewah pada usia muda,” katanya ketika ditemui, semalam.
Rohaimi berkata, pihaknya mengumpul maklumat risikan serta memantau pergerakan suspek sebelum menahannya dalam tempoh terdekat.
“Buat masa ini, kami menahan reman 59 orang dipercayai ahli sindiket itu untuk siasatan lanjut. Jika terdapat bukti kukuh berlaku penipuan dalam pelaburan ini, polis akan mengambil tindakan membekukan aset mereka yang dipercayai mencecah lebih RM10 juta,” katanya
10 ciri skim piramid
KUALA LUMPUR 29 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menyiarkan di akhbar 10 ciri perniagaan skim piramid yang tidak mengikut peraturan, bagi mengelakkan masyarakat terus tertipu. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, masih ramai rakyat di negara ini yang terpedaya dengan skim tersebut, walaupun kerajaan menasihatkan mereka supaya sentiasa berhati-hati ketika membuat pelaburan. Antara ciri skim piramid itu ialah anggotanya perlu merekrut ahli baru, menjual produk dengan harga yang tidak bersesuaian dengan barangan dan perlu membayar sejumlah wang yang tinggi seperti ditetapkan syarikat. "Saya berharap orang ramai dan pelbagai pihak perlu melindungi diri sendiri dan tidak tertipu dengan skim ini, yang dari awalnya berniat menipu peserta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Kuala Lumpur Sentral di sini hari ini. Beliau mengulas laporan akhbar mengenai kejayaan polis membongkar kegiatan satu sindiket penipuan skim cepat kaya selepas menahan 59 orang dan merampas 18 kereta mewah dalam satu serbuan di Petaling Jaya. Ismail Sabri berkata, kerajaan memandang serius skim itu dan melakukan pemantauan berterusan, selain mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha skim tersebut. Selain berdepan tindakan digantung atau dibatalkan lesen serta didenda, mereka juga akan dihadapkan ke mahkamah jika ramai yang tertipu dengan skim itu, katanya. Beliau berkata, penguatkuasaan Akta Jualan Langsung (Pindaan 2010) akan menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan aktiviti jualan langsung beretika, selain melarang segala kegiatan berbentuk Skim Piramid dan Skim Cepat Kaya bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna. - BERNAMA
ISU ZINA DAN ROGOL LAGI
2 lagi pernah jadi mangsa
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 29 Julai – Pemandu van yang ditahan kerana merogol seorang murid berusia 10 tahun di Petaling Jaya dekat sini Isnin lalu, disyaki pernah melakukan jenayah sama terhadap dua mangsa lain. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perkara itu terbongkar hasil soal siasat terhadap suspek yang berusia 51 tahun. “Dia mengaku pernah merogol dua mangsa lain sebelum ditahan selepas merogol mangsa terakhir yang menaiki vannya di Jalan Othman, Petaling Jaya. “Perbuatan terakhir suspek pada pukul 1.40 petang itu terbongkar apabila dilihat oleh seorang guru tadika yang melalui tempat kejadian. “Guru itu cuba menyelamatkan mangsa sehingga berlaku pergelutan. Kejadian itu disedari oleh dua anggota polis yang meronda lalu menahan suspek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut Arjunaidi, suspek kemudian berjaya ditahan ketika masih berada di dalam van tersebut, hasil maklumat orang ramai. Beliau berkata, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Dalam kes berasingan pada hari sama di Kelana Jaya, seorang lagi murid perempuan tahun enam turut menjadi mangsa nafsu buas pemandu van sekolah apabila dicabul lelaki itu. Arjunaidi berkata, suspek berusia 37 tahun itu dilaporkan memegang kemaluan mangsa ketika murid itu berseorangan dalam kenderaan untuk dihantar ke sekolah pada pukul 6.40 pagi. Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan itu, menjerit meminta tolong sebelum keluar dari kenderaan tersebut dan melarikan diri. “Setakat ini, kita masih mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” kata beliau
ISU MENCURI
Sindiket curi kereta ke pasaran antarabangsa
IPOH 29 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti sindiket yang terlibat dalam kegiatan mencuri kereta di negara ini untuk dijual di pasaran antarabangsa. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, tindakan ini berikutan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menyedari wujudnya kegiatan tersebut yang kini bergerak aktif di seluruh negara. Menurutnya, PDRM juga sedang meningkatkan kerjasama dengan polis di negara-negara ASEAN dan negara lain bagi mengenal pasti sindiket terbabit. Katanya, Bahagian Risikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sedang mengumpul maklumat terkini modus operandi sindiket itu yang mempunyai rangkaian di seluruh negara sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Menurut beliau, pihaknya sedang memantau keadaan itu dan tindakan akan diambil sebaik sahaja maklumat terperinci mengenainya di perolehi dari sumber risikan polis. “Sejak enam bulan pertama tahun ini, Bukit Aman berjaya menemui semula 46 buah kenderaan curi di beberapa negara ASEAN manakala 36 lagi di beberapa negara di luar rantau Asia. “Kita ada lakukan tangkapan tetapi tidak ada bukti untuk mendakwa mereka dan oleh itu kita perlu kumpulkan bukti yang kukuh sebelum mendakwa mereka yang terlibat,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) seluruh Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini. Ismail diminta mengulas laporan yang mendakwa syarikat insurans di negara ini membayar tuntutan hampir RM400 juta akibat kegiatan curi kereta oleh sebuah sindiket antarabangsa tahun lalu. Menurut laporan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), 8,673 buah kenderaan persendirian kebanyakannya buatan Jepun dilaporkan dicuri tahun lalu oleh sindiket yang menjualnya di China, Kemboja, Sierra Leone dan Afrika Selatan. Tambah Ismail, polis negara terbabit juga sedang memantau kegiatan sindiket itu dan sedang mengkaji langkah susulan yang perlu diambil bagi membanteras kegiatan tersebut daripada berulang. “Kita mempunyai pakar risikan selain menjalinkan kerjasama dengan rakan sejawat kita di negara berkenaan dan saya yakin kita akan dapat mengesan modus operandi sindiket itu. “Polis juga kini hanya menunggu masa untuk melaksanakan tindakan susulan bagi melumpuhkan sindiket tersebut,” katanya
ISU RIBA DAN MEMINJAM
Ah long diculik, dibelasah peminjam
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR pengarang@utusan.com.my
JOHOR BAHRU 29 Julai - Kisah ceti haram atau ah long memukul dan bertindak ganas terhadap peminjam sering dilaporkan di akhbar-akhbar sebelum ini. Bagaimanapun lain pula berlaku di sini, apabila si peminjam pula menculik dan menuntut wang tebusan RM30,000 daripada keluarga dua ah long. Dalam kejadian pukul 11.15 malam, 5 Julai lalu, kedua-duanya diculik di kawasan Danga Bay di sini, sebelum menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut tebusan. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, bimbang dengan keselamatan mangsa, keluarga mereka membayar RM5,000 melalui akaun bank manakala baki RM25,000 secara tunai. "Kedua-dua mangsa kemudian dibebaskan. Ketika ditemui mereka mengalami kecederaan hampir di seluruh bahagian badan dipercayai akibat dipukul. "Kenderaan kepunyaan mangsa juga turut dilarikan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini. Mohd. Mokhtar berkata, bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan tujuh warga tempatan termasuk dua wanita berusia 16 hingga 42 tahun di Kota Tinggi, pada 15 hingga 17 Julai lalu. Beliau berkata, pihaknya turut merampas wang tunai RM6,500 dan sebuah kereta Perodua Myvi milik mangsa yang dilarikan. Sehubungan itu, pihaknya juga kini sedang memburu dua lagi individu iaitu Al Annaz Wahid, 18, yang beralamat di 32, Felda Tenggaroh 2, Jemaluang, Mersing. Katanya, seorang lagi ialah Mohd. Hadi Hamdan, 29, yang beralamat di 199F, Felda Tenggaroh 3, Jemaluang, Mersing, bagi membantu siasatan kes itu. Sementara itu, di Mahkamah Majistret Kulaijaya di sini, hari ini, lima individu daripada tujuh yang ditahan dituduh menculik Lew Wei Your, 19, dan Leow Own Keong, 30, untuk mendapatkan wang tebusan RM30,000 setiap mangsa. Tertuduh ialah Mohamad Awan A. Bakar, 23; Wan Karmizi Muhamad, 28; Ismail Jaafar, 39; Rasman Ahmad, 42, dan Aida Jamhalie Samson. Aida Jamhalie merupakan warga Filipina. Kesemua tertuduh lelaki bekerja sebagai penarik kereta serta wanita itu didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya A. Karthiyayini manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. Majistret Siti Aishah Ab. Rashid kemudian memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi tanpa menetapkan sebarang tarikh
ISU PELACURAN..BERGAUL BEBAS..BUKA AURAT...ARAK
Tidak serik walaupun telah 10 kali diserbu
Sebahagian daripada 25 wanita warga China dipercayai GRO diberkas oleh pihak polis di sebuah kafe di Lorong Madras, Jalan Macalister dibawa ke IPD Timur Laut untuk siasatan lanjut di Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG 29 Julai - Walaupun telah diserbu sebanyak 10 kali dan kali terakhir pada Isnin lalu, sebuah pusat hiburan di Lorong Madras berhampiran Jalan Macalister di sini tidak pernah serik menjalankan kegiatannya. Buktinya, apabila diserbu kali ke-11 kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, polis menahan 25 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan Indonesia sedang berpelukan dengan pelanggan masing-masing. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, kesemua wanita terbabit berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan dalam 'Ops Noda' yang dijalankan oleh anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri. Menurutnya, selain menahan kesemua GRO itu, pihaknya turut menahan pekerja premis berkenaan. "Serbuan dilakukan selepas polis membuat risikan selama tiga hari selain menerima maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti yang dijalankan di premis ini melibatkan pekerja warga asing. "Hasil pemeriksaan, kesemua mereka tidak mempunyai permit kerja dan menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan menjalankan kegiatan tidak bermoral," katanya di sini hari ini. Menurut Kong Meng, kesemua GRO yang ditahan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Juru untuk tindakan selanjutnya mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63 kerana menyalahguna visa pelancong. Katanya, pemilik premis yang mengendalikan pusat hiburan itu pula disiasat mengikut Seksyen 55b (1) Akta Imigresen 1959/63 iaitu menggaji dan melindungi pekerja asing tanpa permit. Isnin lalu, polis menahan seramai 28 GRO dan seorang pekerja yang kesemuanya berusia antara 20 hingga 30 tahun di pusat hiburan tersebut
ISU RANCANGAN TV DAN RADIO...MASALAH AURAT...BERGAULAN BEBAS...DALAM SIRI DRAMA MELAYU...ADA TAK...IA MENYUMBANG KERUNTUHAN MORAL REMAJA DAN UMAT ISLAM
Intisari Rancangan TV3
Jumaat 30 Julai 2010 6.00 999 6.30 Malaysia Hari Ini 7.00 Buletin Pagi 7.15 Sambungan Malaysia Hari Ini 9.00 Berita Terkini 9.05 Toon Disney: Donald Duck Presents 9.30 TV3 Kids News 9.32 Nickelodeon: Avatar - The Last Airbender 10.00 Berita Terkini 10.02 Haiwan Teladan 10.30 The Mummy 11.00 Bizworld 11.02 Majalah 3 12.00 Berita Terkini 12.02 Wanita Hari Ini 12.58 My TV3 Capsule 1.00 Al-Hidayah 1.30 Cerekapilihan: Dosa Semalam 3.30 Naluri: Jalan Taqwa - Gigolo 4.00 Berita Terkini 4.02 Sambungan Naluri 4.28 My TV3 Capsule 4.30 Kisah Kaisara: Rupa Atau Sikap 5.00 Al-Kuliyyah 6.00 Bizworld 6.05 Jula Juli 7.00 TV3 Kids: Naruto Shippuden 7.28 Jurnal Protege 7.30 Marchen Awaken Romance 8.00 Buletin Utama 9.00 Zehra: Janji Kekasih 10.00 Mega Movie: The Game Plan 11.58 My TV3 Capsule 12.00 Nightline 12.30 Kapten Kit 1.30 Upik, Abu & Laura 2.30 Spa Q 3.30 Apa Apa Aje 4.30 Cinta Tsunami 5.00 Chef Jo
ISU HUKUM BEKERJA SEBAGAI ARTIS..DAN MENYANYI
Dengarnya: Tak berduit, tapi hidup mewah
2010/07/30
KADANG-kadang Cik Normah hairan melihat kehidupan mewah segelintir artis kita, terutama artis wanita. Berlakon tak seberapa, tapi boleh hidup senang lenang. Bukan setakat itu, tapi mewah, ada yang kereta besar menjalar dua tiga buah depan rumah.
Kalau dikira-kira balik drama lakonan atau kerja nyanyian, tidaklah lebat sangat. Tapi kehidupan bukan main lagi. Cik Normah keliru. Mereka ini buat kerja apa sampai boleh hidup kaya raya. Bergaya dengan kereta mewah dan barang-barang berjenama. Jika diselidiki latar belakang keluarga mereka, tidaklah seberapa. Yang peliknya, keluarga mereka tak siasat atau bertanyakah dari mana mereka dapat sumber kewangan
Kalau sumber halal tak apa. Apabila menyentuh mengenai cerita ini, teringat Cik Normah mengenai kisah seorang peserta sebuah program realiti.
Dia bolehlah dianggap memiliki rupa paras yang boleh tahan juga. Cuma sayangnya kerjaya seni tak ke mana. Nak kata suara hebat, Cik Normah rasa macam haus. Berlakon pun adalah satu dua drama, lepas itu hilang.
Mengikut cerita teman Cik Normah, artis itu ada mengadu kepada rakannya yang dia kini tak ada kerja. Tetapi yang buat kawan Cik Normah pelik, kalau tak ada kerja, maknanya tak adalah duit. Tapi macam mana boleh menyewa kondominium seorang diri. Dari mana dia dapat duit untuk bayar sewa rumahnya?
Lagi satu, artis realiti itu ada beritahu yang dia memerlukan RM2,000 seminggu untuk kegunaan harian. Amboi! Kata tak ada duit? Kalau sudah tak ada duit, kenapa nak hidup dengan gaya mewah. Hiduplah macam biasa, tak payahlah nak berlagak. Dengan dengan undangan lakonan yang tak seberapa dan tawaran nyanyian yang entah ada entahkan tidak itu, orang pasti tahu bagaimana kehidupannya. Jadi tak perlulah nak berlagak.
Apa yang menimbulkan kemusykilan, dari mana artis itu dapat sumber kewangan? Tak mengapalah mungkin dia ingat boleh terlepas sekarang, tapi ingat akhirat ada. Tak takutkah dengan hukuman Allah?
DAN BANYAK ISU LAGI MELIBATKAN HUKUM...MUFTI KENA JELASKAN HUKUM2 DALAM ISLAM... JANGAN SELINDUNG DEMI KEPENTINGAN AWAM BAGAIMANA KEPENTINGAN ISLAM DAN UMAT...ADAKAH NAK BUAT BODOH AJE...
ISU RASUAH DAN PENYALAHAN GUNA KUASA
Bekas pengarah JPAM dijel
2010/07/30
ALOR SETAR: Seorang bekas Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kedah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM21,200 selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan memperakukan dokumen berhubung bekalan makanan mengandungi butiran palsu, lima tahun lalu. Hakim Mahkamah Sesyen, Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Abdullah, 50, kerana didapati melakukan kesalahan itu di Pejabat JPAM Kedah, Tingkat 6, Wisma Persekutuan di sini, pada 26 Jun dan 28 Julai 2005. Norsharidah dalam penghakimannya berkata, kesalahan dilakukan tertuduh amat serius dan berat serta memerintahkan supaya hukuman bagi kedua-dua kesalahan itu dijalankan serentak bermula semalam.
Bagi kesalahan pertama, dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM11,200 atau enam bulan penjara, manakala dua tahun penjara dan denda RM10,000 atau empat bulan penjara untuk kesalahan kedua.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Janariah Abdul Mutalib mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 199
NEGARA
Liong Sik didakwa tipu kerajaan
LIONG SIK (tengah) ketika merasmikan Sistem Pembersihan Laut Pelabuhan Barat di Pulau Indah pada 10 September 2000.
PUTRAJAYA - Bekas Menteri Pengangkutan dan mantan Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang. Liong Sik, 67, yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 17 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2003 didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 418 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan. Hakim Suzana Hussin membenarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin. Mahkamah juga menetapkan 3 September ini untuk sebutan kes. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengetuai pendakwaan dan dibantu oleh Ketua Bahagian Pendakwaan, Datuk Tun Majid Tun Hamzah, Dzulkifli Ahmad dan Manoj Kurup manakala Liong Sik diwakili peguam Datuk R.R. Sethu. Para wartawan dan jurugambar yang menanti sejak pagi selepas tersebarnya berita seorang kenamaan akan didakwa hanya mengetahui identiti tertuduh apabila Liong Sik tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 4.36 petang bersama isterinya, Toh Puan Ena Ling. Beliau yang berbaju biru belang masuk ke dalam mahkamah pada pukul 4.43 petang dan terus duduk di kandang tertuduh. Mengikut kertas pertuduhan, Liong Sik didakwa telah menipu Kerajaan Malaysia antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Beliau dituduh memperdaya Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn. Bhd. dengan Lembaga Pelabuhan Klang yang antara lainnya ialah: Luas tanah ialah 999.5 ekar (399.8 hektar) atau 43,538,200 kaki persegi (3,918,438 meter persegi). Kadar pembelian tanah adalah sebanyak RM25 satu kaki persegi menjadikan jumlah pembelian sebanyak RM1,088,456. Tempoh pembayaran balik berdasarkan kaedah bayaran tertangguh selama 15 tahun dengan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun (jumlah RM720,014,600) dan dengan curangnya menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah tersebut pada kadar RM25 satu kaki persegi bagi tempoh bayaran balik 10 tahun atau RM25.82 satu kaki persegi bagi tempoh bayaran balik 15 tahun, adalah termasuk kupon/faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh bayaran balik tersebut. Dengan demikian, beliau telah dengan sengaja mendorong Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan kepada pembelian tanah tersebut yang mana Jemaah Menteri tidak akan memberikan persetujuan sekiranya fakta itu dimaklumkan kepada Jemaah Menteri. Penipuan itu dilakukan dengan mengetahui bahawa tertuduh boleh menyebabkan kehilangan salah kepada Kerajaan Malaysia yang kepentingannya dalam urusan yang berkaitan dengan penipuan itu bahawa tertuduh terikat oleh suatu kontrak di sisi undang-undang untuk melindungi dan dengan demikian telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan. Liong Sik merupakan individu kelima berkedudukan tinggi yang didakwa berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Akhir tahun lepas, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka O.C. Phang dan tiga lagi didakwa melakukan pecah amanah dan menipu dengan membuat tuntutan palsu
ISU KEGANASAN RUMAH TANGGA/NIKAH CERAI/POLIGAMI/MUNAKAHAT
Penumbuk jawab pertanyaan isteri
Oleh Hadzlihady Hassan
2010/07/30
AMPANG: “Abang pergi dengan siapa? Lelaki ke perempuan?” Dua pertanyaan itu menyebabkan seorang wanita cedera di muka selepas ditumbuk suaminya yang bengang diajukan soalan itu. Bukan sekadar ditumbuk, mangsa berusia 20-an turut ditarik rambut dan dimaki-hamun dengan pelbagai kata-kata kesat.
Kejadian berlaku dalam kereta ketika pasangan suami isteri bersama anak mereka berusia dua tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Pandan Indah di sini, kira-kira jam 10 malam, 22 Julai lalu.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami pendarahan di hidung dan bengkak di muka selain sakit di kepalanya akibat rambut ditarik dengan kuat.
Menurut sumber, ketika berada dalam kereta berhampiran sebuah pasar raya, wanita itu bertanyakan suaminya yang bekerja sebagai kerani berhubung tugasan luar daerah yang perlu dihadiri lelaki itu di utara Semenanjung, hujung minggu ini.
“Pergaduhan tercetus hanya disebabkan mangsa bertanya dengan siapa suaminya pergi, sama ada dengan teman sekerja lelaki atau perempuan.
“Selepas puas membelasah, lelaki itu menghantar isteri dan anaknya pulang sebelum dia beredar meninggalkan rumah,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
ISU BUNUH MEMBUNUH
Bekas peninju ke tali gantung
Oleh Iskandar Shah Mohamed
2010/07/30
SEREMBAN: Seorang bekas peninju remaja Negeri Sembilan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, atas tuduhan membunuh seorang wanita hamil lapan bulan dan suaminya di sekitar Senawang, di sini, tiga tahun lalu.
BERSALAH ...Mohamad Azli dibawa keluar oleh polis dari mahkamah, semalam.
Mohamad Azli Azhari, 23, berbaju hitam dan berseluar jeans biru kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yassin.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Syed Herie Azmi Syed Kassim, 25, antara jam 8 hingga 10 pagi di sebuah rumah di Jalan Desa Anggerik, Taman Desa Anggerik, Senawang, di sini.
Bagi pertuduhan kedua, Mohamad Azli turut melakukan kesalahan sama terhadap Aniza Ayob, 24, di lokasi, waktu dan tarikh sama.
Berikutan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh memberitahu dua rakannya dia membunuh pasangan suami isteri terbabit menggunakan senjata tajam.
Pemeriksaan mendapati kesan kecederaan teruk dialami kedua-dua si mati iaitu kesan tetakan ditemui pada tubuh Syed Herie manakala isterinya yang juga kakitangan kerajaan mempunyai kesan tikaman pada leher.
Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, pendakwaan membuktikan kes prima facie berikutan semua bukti menunjukkan tertuduh membunuh pasangan yang baru lapan bulan bergelar suami isteri itu.
“Selepas kejadian, kamu (tertuduh) didapati membuat pengakuan kepada dua rakan bahawa sudah membunuh Syed Herie yang juga dikenali sebagai ‘Along Santan’ dan Aniza.
“Selain itu, fakta bahawa kamu menggunakan sebilah pisau untuk menikam sehingga menyebabkan kecederaan pada organ si mati membuktikan bahawa kamu berniat untuk membunuh.
“Mahkamah turut menolak hujah pihak pembelaan iaitu berlaku pertengkaran antara pasangan itu ketika kejadian sebelum mereka menetak sesama sendiri,” katanya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala peguam Hanif Hassan mewakili Mohd Azli.
Sementara itu, ibu Syed Herie berusia lewat 40-an yang enggan dikenali berkata, dia tidak menyangka perkara itu akan berakhir sebegitu.
ISU PERMAINAN GAME....PERTANDINGAN2 BERBENTUK JUDI DI TV2 DLL...HIBURAN YANG MELALAIKAN SERTA BERCAMPUR GAUL BEBAS...DAN BUKA AURAT
Vietnam haram permainan online
2010/07/30
HANOI: Vietnam mengharamkan sebarang iklan mengenai permainan video secara online serta mengawal capaiannya selepas beberapa remaja melakukan pembunuhan atau rompakan semata-mata untuk membiayai ketagihan kepada aktiviti itu. Keputusan Kementerian Penerangan dan Komunikasi itu dibuat selepas orang ramai mendesak kerajaan bertindak bagi mengekang pengaruh negatif daripada permainan video berkenaan. - AP
ISU JUDI
DAN BANYAK LAGI ISU AGAMA YANG PERLU DITANGANI WAHAI TUAN2 MUFTI...ALLAH AKAN TANYA DI AKHIRAT NANTI...KITA KHUATIR UMAT ISLAM JADI ROSAK DAN SESAT ATAS TINDAK TANDUK KITA...JANGAN KITA TEROPONG SALAH ORANG...TEROPONG JUGA SALAH DIRI SENDIRI....ADAKAH KITA MAKSUM DAN DIJAMIN MASUK SYURGA...BEGITU USTAZ HEBAT2...HIDUP PENUH KEMEWAHAN...YANG SELALU KELUAR DIKACA TV...ADA TAK...MEREKA NI MEPERJUANGKAN ISLAM SECARA SYUMUL...
INI YANG TERBARU..JIKA KERJA SUNGGUH2 BENTERAS MUNGKAR DI MALAYSIA TAK DAN REST@REHAT...TAPI KALAU BUAT BODOH...REHAT BANYAKLAH...TAKUT TAK REHAT DISANA SEBAB DUK BANYAK KENA TANYA......SIBUK CERAMAH DAPAT DUIT BUKAN BAGI FREE
Mabuk sakan di bulan puasa
Oleh Shamsul Munir Safini shamsulmunir@hmetro.com.my 2010/08/17
KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ada wanita Islam mabuk ketika berparti di sebuah pusat hiburan di ibu kota seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan. Perbuatan biadab wanita terbabit terbongkar dalam serbuan polis di pusat hiburan berkenaan, Sabtu lalu.
Ketika diserbu, lima wanita itu berpelukan dengan teman lelaki masing-masing sambil berjoget, malah tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Mereka yang berada di pusat hiburan terbabit sejak 10 malam dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan sering berpindah dari satu kelab ke kelab lain.
Dalam operasi kira-kira jam 1.50 pagi itu, premis tingkat bawah di kawasan perniagaan Cheras di sini, diserbu polis dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) dan diketuai Asisten Superintendan Sharil Mohd Johar.
Seramai 73 pelanggan diperiksa dalam operasi membanteras penggunaan dadah di kelab malam di sekitar ibu kota.
Daripada jumlah itu, enam pelanggan ditahan kerana positif dadah jenis ketamin dan metaphetamin.
Menurut jurucakap polis, lima remaja terbabit negatif mengambil dadah, namun hanya didapati mabuk.
“Pusat hiburan itu mempunyai lesen hiburan dan tidak beroperasi lebih waktu ditetapkan,” katanya. Semua mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pasangan muda mengaku buang bayi dalam tong sampah
2010/08/17
MELAKA: Sepasang kekasih yang ditahan beberapa jam selepas membuang seorang bayi perempuan di dalam tong sampah di hadapan kilang plastik di Ayer Keroh, awal pagi hari pertama Ramadan lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
MALU...gadis juvana terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka, semalam.
Pada prosiding bermula kira-kira jam 3 petang itu, tertuduh lelaki yang berusia 18 tahun dan pasangannya, juvana berusia 17 tahun 10 bulan, kedua-duanya berasal dari Felda Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan mengaku bersalah terhadap pertuduhan sejurus ia dibacakan dan diterangkan jurubahasa mahkamah.
Terdahulu, tertuduh lelaki yang memakai baju lokap, manakala juvana perempuan berpakaian baju kurung merah dan bertudung coklat tenang di dalam kandang pesalah serta sesekali dilihat bercakap sesuatu antara mereka.
Kedua-dua mereka yang bekerja di kilang sama tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Hazura Hamid dan kes didengar Majistret Mohd Fairuz Johari.
Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membuang seorang bayi perempuan di kawasan Kilang Daibochi, Ayer Keroh, kira-kira jam 1 pagi pada 11 Ogos lalu.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Berhubung pengakuan bersalah tertuduh, Noor Hazura memohon tarikh sebutan baru bagi mendapatkan laporan akhlak bagi kedua-dua tertuduh yang juga pesalah muda di bawah umur 21 tahun.
Beliau mencadangkan jaminan RM10,000 bagi membebaskan kedua-dua tertuduh sementara menunggu perbicaraan selesai.
Mohd Fairuz bagaimanapun membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM5,000 bagi setiap tertuduh selepas menimbangkan rayuan bahawa mereka tidak mampu kerana berasal daripada keluarga susah.
Kes ditetapkan untuk sebutan bagi fakta dan hukuman serta laporan akhlak pada 28 September depan.
Harian Metro pada Khamis lalu melaporkan seorang pengawal keselamatan kilang terkejut apabila mendengar tangisan bayi yang disangkakan nada dering telefon bimbit
Selepas memeriksa, dia menjumpai bayi perempuan masih bertali pusat di dalam beg kain dalam tong sampah di hadapan pondok pengawal sebelum kedua-dua tertuduh ditahan polis.
Pasangan jumpa bayi perempuan selepas solat Tarawikh
2010/08/17
BUKIT MERTAJAM: Seorang bayi perempuan berusia tujuh hari ditemui oleh seorang pekerja kilang di hadapan rumahnya di Bukit Minyak di sini, kelmarin.
Bayi seberat 1.4 kilogram itu ditemui dalam keadaan berbalut kain lampin pada kira-kira 11 malam oleh pekerja kilang berusia 38 tahun dan isterinya yang pulang daripada menunaikan solat Tarawih.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Azman Abd Lah, hari ini berkata bayi itu dalam keadaan sihat dan diletakkan di atas meja di hadapan rumah pekerja kilang itu.
"Pasangan suami isteri berkenaan yang tidak mempunyai anak pada mulanya berhasrat menjadikan bayi itu sebagai anak angkat. Bagaimanapun atas nasihat rakan-rakannya, lelaki terbabit menyerahkan bayi itu kepada pihak polis pagi ini," katanya.
Beliau berkata, bayi itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan lanjut dan siasatan sedang dijalankan.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bayi berkenaan supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah SPT di talian 04-5306402 atau Pegawai Penyiasat, Insp Hazween Halim di talian 012-3749616. - BERNAMA
Bekas pengetua asrama anak yatim dituduh cabul remaja perempuan
2010/08/17
KUALA LUMPUR: Bekas pengetua sebuah pusat untuk anak-anak yatim dan miskin, Abdul Rahman Ramani, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan mencabul kehormatan seorang penghuni perempuan asrama itu, tahun lalu.
Abdul Rahman, 41, didakwa mencabul kehormatan pelajar berumur 14 tahun dengan meraba kemaluan dan buah dada gadis itu di pejabat Asrama Baitul Ummah di Taman Setapak Indah, Sentul, di sini pada jam 8 malam 20 Oktober tahun lalu.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan
Bekas pengetua dituduh cabul anak yatim
Ogos 17, 10 2:54pm
Bekas pengetua sebuah pusat untuk anak-anak yatim dan miskin, Abdul Rahman Ramani, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan mencabul kehormatan seorang penghuni perempuan asrama itu, tahun lalu.
Abdul Rahman, 41, didakwa mencabul kehormatan pelajar berumur 14 tahun dengan meraba kemaluan dan buah dada gadis itu di pejabat Asrama Baitul Ummah di Taman Setapak Indah, Sentul, di Kuala Lumpur pada jam 8 malam 20 Oktober tahun lalu.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Aizatul Akmal Maharani membenarkan Abdul Rahman diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 September ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norasyikin Ahmad manakala Abdul Rahman diwakili peguam, M Govindaraju.
Seorang saudara tertuduh kemudiannya membayar wang jaminan itu.
- Bernama
Khalim Sakib's Photos - Wall Photos
Click on people's faces in the photo to tag them. Khalim will be asked to approve all tags before others can see them.
Burulah nafas baru bermulanya dalam bulan Ramadhan... digalaklkan berenti "merokok" bermula dalam bulan puasa.... salah satu kempen kerajaan Malaysia dibulan puasa ,ianya sesuatu yang baik dan digalakkan supaya berhenti merokok....
Dengan ini, saya juga menggalakkan juga dan berkempen supaya " BERWAJAH BARU BERMULA DIBULAN RAMADHAN.." perkara yang wajib dan dituntut utk melaksanakan kpd seluruh ummat Islam ( MENUTUP "AURAT"LAH KAMU).. semoga anda berwajah baru dengan munculnya eidulfitri nanti...
Mengharapkan PM setuju dengan kempen ini...!!!! Adakah anda setuju..????
KUALA LUMPUR, 18 Ogos: PAS mendesak Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan kandungan ‘perlembagaan baru’ dan melaporkan kepada pihak polis untuk disiasat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan Harussani ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.
Beliau menegaskan, PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan.
Malahan, jelasnya Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam telah bersepakat untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
Di samping itu, melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 153.
Selain itu, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan serta memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
“Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Justeru, katanya PAS berpandangan sekiranya Harussani tidak segera mendedahkan siapakah yang memberi dan isi kandungannya, maka ia akan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat di negara ini.
Beliau menambah, sebagai seorang tokoh agama, Harussani mesti bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan yang dibuat supaya masyarakat tidak memandang serong terhadap institusi mufti.
“PAS mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis,” ujarnya lagi
Anwar: 'Perang besar' M'sia, Umno tiup sentimen kaum
Hazlan Zakaria Ogos 18, 10 5:53pm
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak laporan Utusan Malaysia kononnya 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia sekiranya kerajaan gagal menangani isu perkauman yang bebas diperdebatkan secara terbuka sekarang.
Katanya, ia tidak lain daripada percubaan terakhir Umno yang kini sudah tenat untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.
"Saya tak mahu layan Utusan," katanya kepada wartawan pada sidang media di ibupejabat PKR di Tropicana Petaling Jaya hari ini.
Menurut Anwar Umno yang sekarang kehilangan pengaruh untuk memerintah negara, mula dilihat memainkan sentimen perkauman.
"Kita berhadapan dengan satu parti yang sudah tenat dan tahu kehilangan dukungan dan pengaruh orang Melayu dan rakyat.
Dalam rencananya yang bertajuk "Benar, 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia”, penolong ketua pengarang I, Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan menulis 'perang' kali ini lebih besar daripada tragedi 13 Mei 1969, kerana itu hanyalah konflik melibatkan kegelisahan kaum atau social unrest yang kecil sahaja.
Men
urut Zaini, pelbagai pihak sedang membakar semangat antara satu kaum dengan kaum yang lain, termasuk cubaan untuk menukar perlembagaan Malaysia sekarang kepada satu perlembagaan yang baru.
"Kalau benar ada orang yang mahu buat perlembagaan baru, kita minta perkara itu disiasat kerana ia bertentangan dengan pendirian rakyat negara ini.
Cara ugut
"Ini cara ugut, menakutkan orang supaya kes kezaliman, rasuah itu ditutup. Saya tidak percaya ketegangan ini parah melainkan ia sengaja dimainkan oleh orang-orang berkepentingan," tegas Anwar.
Katanya, sekiranya ada pihak tertentu cuba menghilangkan semua peruntukan orang Melayu-Islam atau hak Raja-Raja Melayu, beliau menggesa supaya pihak polis supaya menyiasat dakwaan tersebut.
"Kalau Pakatan Rakyat, kita ketiga-tiga parti sudah pun tandatangan. Saya, Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang mengesahkan peruntukan yang ada dalam perlembagaan dengan pendekatan baru untuk rakyat Malaysia lebih yakin,” kata Anwar lagi.
Utusan disaman RM50 juta
Dalam perkembangan berkaitan, ketua penerangan PKR, Latheefa Koya yang juga hadir pada sidang media itu berkata surat tuntutan sudah diserahkan kepada akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan yang dianggap berniat jahat yang mendakwa Anwar membayar agensi berita luar negara, Cable News Network (CNN) untuk liputan berita.
Latheefa berkata surat tuntutan itu diserahkan oleh Tetuan Edwin, Lim & Suren yang bertindak bagi pihak Anwar.
"Kita meminta pihak Utusan dengan segera menarik balik dan meminta maaf kepada Anwar. Permohonan maaf itu harus dipaparkan sebesar artikel yang disiarkan itu dan berjanji tidak akan mengeluarkan apa-apa artikel seperti itu lagi.
"Sekiranya pihak defendan gagal berbuat demikian dalam masa tujuh hari yang diserahkan hari ini, pihak peguam akan membawa kes ini ke mahkamah untuk saman fitnah RM50 juta," kata Latheefa.
Pada 10 Julai lalu Utusan menyiarkan artikel bertajuk "Anwar Didakwa Bayar CNN" yang menjadi asas kepada tindakan undang-undang yang diambil Anwar terhadap akhbar tersebut.
Sementara itu, ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria perlu mendedahkan kandungan 'perlembagaan baru' yang didakwanya itu dan melaporkannya kepada polis untuk disiasat.
Mufti harus buat laporan polis
Beliau yang dipetik HarakahDaily berkata PAS terkejut dengan kenyataan Harussani bahawa ada pihak tertentu cuba menggantikan perlembagaan persekutuan bagi menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam perlembagaan sekarang.
“PAS mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis,” katanya.
Menurut Idris, PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan.
Malahan, jelasnya konvensyen Pakatan Rakyat pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam telah bersepakat untuk mempertahankan perlembagaan persekutuan, Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera sejajar dengan perkara 153.
Selain itu, Pakatan juga berikrar mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan serta memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau.
“Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan