Rabu, 29 Ogos 2012

TUNGGU SAJA KEMUSNAHAN JIKA KITA MASIH BERDEGIL DARI AMARAN ALLAH SWT...PERLEKEH HUDUD SAMA PERLEKEH ALLAH SWT...KITA TIADA TUHAN LAIN MELAINKAN ALLAH YANG ESA YANG WAJIB KITA SEMBAH...TAAT SERTA PATUH...JANGAN AMBIK SEBAHAGIAN DAN TINGGALKAN SEBAHAGIAN...KITA MEMANG MENEMPAH NAHAS


Rafizi lancar pusat pendedah maklumat esok
  • Nigel Aw
  • 9:40AM Ogos 29 2012
 
Rafizi Ramli, yang sedang berdepan dengan tindakan mahkamah atas peranannya sebagai pendedah maklumat berhubung dakwaan skandal terhadap National Feedlot Corporation, akan melancarkan penubuhan pusat pendedah maklumat, esok.
Ia akan dikenali sebagai Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Negara (Now).
NONERafizi (kiri dalam gambar), yang merupakan pengarah eksekutif pusat tersebut, akan berucap di majlis pelancaran tersebut bersama dengan Bendahari Majlis Peguam, Steven Thiru dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Maszlee Malik.
Ketika dihubungi, Rafizi berkata, beliau akan menjelaskan berhubung rancangan masa depan mereka.
Membuat pendedahan, kata Rafizi, hanyalah sebahagian kecil daripada tugas pusat tersebut, manakala fokus yang lebih besar ialah terhadap pembaharuan perundangan dan pengawasan yang berkaitan dengan pendedahan maklumat.

Thiru pula dijangka bercakap mengenai aspek perundangan manakala Maszlee akan bercakap mengenai pendedahan maklumat dari perspektif Islam.
Fasa satu loji nadir bumi Lynas sudah siap
9:05AM Ogos 29 2012  
Lynas Corporation Limited telah menyiapkan pembinaan Fasa Satu Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Pahang.
  
Pengerusi Eksekutif Lynas Nicholas Curtis berkata sepertimana setiap individu di Lynas, beliau juga teruja menantikan bermulanya operasi di LAMP dan dapat membekalkan produk kepada pelanggannya akhir tahun ini.

"Saya ingin merakamkan penghargaan atas dedikasi staf kami dan kontraktor-kontraktor, kesabaran dan sikap timbang rasa pelabur-pelabur dan pelanggan kami, dan ketelitian para pengawal di Malaysia dan pakar antarabangsa," katanya dalam kenyataan semalam.
  
Lynas, katanya memberikan komitmen penuh terhadap soal keselamatan, kesihatan, alam sekitar dan nilai-nilai masyarakat dan berazam untuk mencapai matlamat 'Sifar Bahaya'.
  
"Komitmen kami terhadap keselamatan meliputi rekabentuk dan pembinaan LAMP sehingga pentauliahan, operasi dan penambahbaikan berterusan," kata Curtis.

Lynas menyatakan syarikat itu sedar telah berlaku perdebatan terbuka di kalangan rakyat Malaysia mengenai projek itu.

Di sebalik data saintifik dan pemeriksaan ketat oleh pakar antarabangsa yang menunjukkan bahawa projek itu selamat, sebilangan masyarakat masih sangsi dengannya, menurut syarikat itu.

Ia menegaskan punca utama kebimbangan masyarakat itu ada kaitan dengan penyimpanan dan pengurusan sisa hasil daripada proses penapisan.

"Untuk menangani kebimbangan masyarakat, Lynas akan memastikan semua bahan yang menimbulkan kebimbangan kepada rakyat Malaysia, dipindahkan secara ditukar menjadi produk, dan dieksport dalam bentuk yang diterima untuk pasaran antarabangsa dan mematuhi semua peraturan Malaysia dan konvensyen antarabangsa," kata syarikat itu.
  
Sementara itu, Curtis berkata Lynas akan terus membabitkan diri dengan masyarakat serta melaksanakan program pendidikan dan kesedaran di Malaysia.

"Lynas mahu membantu membangunkan pangkalan industri maju di Malaysia yang menumpukan pada pembuatan teknologi tinggi menggunakan nadir bumi," kata pengerusi eksekutif itu.
  
Curtis berkata LAMP akan menyediakan peluang tambahan kepada Malaysia untuk berkongsi peranan strategik dan penting ini dengan menggalakkan pelaburan dalam pembuatan produk hiliran berasaskan nadir bumi.

Ini termasuk komponen untuk industri automotif, IT dan peralatan komputer, elektronik pengguna/industri serta industri baharu seperti kuasa solar, bioteknologi dan nanoteknologi.
  
"Lynas telah membangunkan projek nadir buminya selama lebih 10 tahun berdasarkan deposit kami di Australia Barat. Kami berhasrat untuk memainkan peranan penting dalam pasaran kritikal ini di peringkat global," kata Curtis.

- Bernama
Suaram: Siapa beri kamu wang, Utusan?
  • Sara Ghazie
  • 4:50PM Ogos 28 2012
 
Penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong mencabar Utusan Malaysia mendedahkan sumber kewangannya sebagai balasan terhadap tindakan harian itu yang mempersoalkan dana NGO hak asasi manusia itu.

NONE"Mengapa tidak kamu beritahu saya siapa yang memberi wang kepada Utusan?

"Jika kamu tidak tahu, kenapa kamu tidak menyelidiknya sejak kamu bekerja di sana?" soal Kua (kanan) kepada wartawan akhbar itu selepas melancarkan laporan tahun NGO hak asasi itu hari ini.

Wartawan Utusan yang membangkitkan perkara ini, berkeras untuk mendapatkan jawapan daripada Kua.

"Mengapa kami perlu memberitahu kamu dari mana kami memperoleh dana? Adakah Umno perlu memberitahu dari mana mereka mendapatkan dana?

"Adakah syarikat Umno perlu untuk menerangkan dari mana mereka meraih sumber dana? Adakah kamu mahu bertanya saya dari mana datangnya sumber dana kamu itu?

"Jadi, kenapa kamu perlu bertanya kepada Suaram? Kenapa Suaram ini sungguh istimewa sehingga kami perlu memberitahu kamu dari mana sumber kami perolehi?"
Utusan mohon maaf pada Karpal Singh
  • Bernama
  • 7:09PM Ogos 28 2012
 
Seorang wartawan Utusan Melayu hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau menulis artikel mengenai Pengerusi DAP Karpal Singh, empat tahun lalu tanpa sebarang niat jahat.

joint action group utusan malaysia memo politik baru ybJ 241008 02Zulkifli Jalil, 40, yang kini memegang jawatan sebagai pengarang berita di syarikat Utusan Melayu (M) Bhd mengakui wujud ketidaktelitian dan salah faham di dalam artikel bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu'.

Pengarang berita itu, yang memberi keterangan berhubung saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Karpal Singh terhadap Utusan Melayu (M) Berhad, turut menyatakan bahawa ketika kejadian beliau tidak tahu bahawa wujud perbezaan antara perkataan menolak negara Islam dan menolak agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Zulkifli turut mengakui bahawa beliau tidak menghubungi Karpal Singh untuk mendapatkan penjelasan ketika menulis artikel tersebut dan penulisannya bergantung kepada pengalaman serta laporan berita lain mengenai Karpal Singh yang ada kalanya membidas perjuangan PAS untuk membentuk negara Islam.

utusan malaysia apologize to karpal singh notice 260808Sepanjang memberi keterangan, beliau beberapa kali memohon maaf kepada Karpal Singh dan memberitahu hanya menyedari artikel itu tidak tepat selepas Utusan Melayu menyiarkan 'ralat' pada 26 Ogos 2008 untuk menarik balik dan membuat permohonan maaf.

Sementara itu, Karpal Singh, menerusi kenyataan saksinya berkata perkataan itu (bahawa beliau menolak Islam sebagai agama rasmi negara ini) adalah tidak benar dan beliau tidak pernah berkata demikian.

Beliau berkata Islam ialah agama rasmi Malaysia seperti termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan bebas untuk mengamalkan agama-agama lain secara aman dan harmoni, dan beliau secara konsisten menyatakan pendirian itu dalam ucapan-ucapan beliau dan di Parlimen selama 26 tahun lepas.

karpal singh sue utusan for defamation 190908 02"Disebabkan oleh artikel ini, orang ramai telah mula menganggap saya sebagai antiIslam dan seseorang yang sengaja mahu mewujudkan rasa benci di kalangan pelbagai bangsa di negara ini. Ini telah memberikan impak buruk yang serius terhadap maruah saya secara peribadi dan sebagai seorang profesional dan ahli politik," katanya.

Karpal Singh, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, memfailkan saman tersebut pada 19 September 2008 kerana mendakwa penerbit akhbar Utusan Malaysia menyiarkan artikel berunsur fitnah berhubung ucapannya pada Kongres Kebangsaan DAP ke-15 pada Ogos 2008 bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu' pada 25 Ogos tahun yang sama.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan 24 September untuk sebutan kes.

Defendan diwakili peguam B. Mohana Kumar manakala Sangeet Kaur bagi pihak Karpal Singh.

-Bernama
PKR: PM perlu perjelas tindakan upah pro-Zionis
4:05PM Ogos 28 2012  
PKR mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sebab pentadbirannya mengupah perunding yang didakwa pro-Zionis untuk melonjakkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

NONESetiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan sepatutnya menghentikan khidmat bekas kolumnis The Guardian Amerika Syarikat, Joshua Trevino sejak dahulu lagi.

Ini kerana Joshua adalah seorang konsultan untuk FBC Media yang didakwa dikenali dengan pendirian pro-Zionisnya, kata Saifuddin dalam kenyataannya hari ini.

"Maka adalah ganjil apabila kerajaan mengupah konsultan ini tetapi pada masa sama menuduh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) ahli politik yang pro-Israel," kata Saifuddin.

Kerajaan Malaysia sebelum ini membayar FBC Media RM84 juta (19.6 juta Euro) untuk kontrak tiga tahun bermula 2007 untuk "memperbaiki profil Malaysia di peringkat antarabangsa".
'Laporan hak asasi buruk & terus memburuk'
  • Sara Ghazie
  • 5:35PM Ogos 28 2012
 
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjangkakan laporan hak asasi manusia tahun ini akan lebih buruk berbanding tahun lalu dengan gangguan terus menerus terhadap mereka antara faktornya.

NONEPenasihat Suaram Kua Kia Soong berkata, NGO hak asasi manusia menilai rekod hak asasi kerajaan berdasarkan penghormatan oleh terhadap masyarakat sivil dan hak-hak politik.

"Kami dapati laporan prestasi kerajaan untuk 2011 lebih buruk daripada 2010. Jadi, kerajaan akan dapat kedudukan lebih rendah berbanding 2010. Kerajaan gagal pada 2010 dan gagal lagi pada 2011.

"Nampaknya seperti kerajaan akan gagal lagi lebih teruk tahun ini ekoran gangguan terhadap Suaram, kerana ia berkaitan kebebasan berpersatuan," kata Kua di majlis pelancaran laporan Hak Asasi Manusia 2011 di ibu negara hari ini.
Polemik hudud yang tak membawa ke mana-mana
  • Maszlee Malik
  • 5:22PM Ogos 28 2012
 
ULASAN Semua parti politik di Malaysia perlu menghentikan polemik mengenai hudud.

PAS, Umno, MCA mahupun DAP perlu berhenti menjadikan isu hudud sebagai ‘punching bag' mereka menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ditakuti, perbincangan yang tiada kesudahan oleh pihak-pihak yang masih tidak jelas tentang hakikat sebenar hudud ini hanya akan membawa kepada ‘Islamofobia' di kalangan masyarakat non-Muslim seperti yang disuarakan oleh phak Angakatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

azlanHakikatnya, isu perlaksanaan hudud memerlukan perbincangan yang lebih panjang dan bukannya sekadar isu politik semata-mata. Peranan Majlis Raja-Raja yang menjadi ketua agama di negeri masing-masing perlu diambil kira.

Begitu juga dengan mekanisme yang berpotensi menjadi pelaksana undang-undang hudud seperti Mahkamah Syariah, majlis agama di negeri-negeri, peguam-peguam syariah dan pihak keselamatan juga perlu diambil kira.

Apakah mereka sendiri telah bersedia? Atau apakah mereka juga sudah mempunyai kemampuan untuk menjadi pelaksana kepada undang-undang hudud jika ia dilaksanakan nanti?

Hakikatnya sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang menang PRU13, tiada siapa yang akan mampu melaksanakan hudud serta merta, apatah lagi ahli politik veteran yang tidak lagi mempunyai kuasa seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Gabungan Umno-PAS pun tak dapat laksana

Apa yang pasti, PAS bersendirian sahaja tidak akan dapat memaksakan perlaksanaan hudud tanpa sokongan dua pertiga ahli parlimen untuk pindaan perlembagaan.

Begitu juga pihak Umno, yang hanya segelintir sahaja ahlinya bersetuju dengan hudud juga tidak akan mampu membuat pindaan perlembagaan.

azlanHatta jika digabungkan suara PAS dan segelintir ahli Umno yang pro-hudud sekalipun, mereka tidak akan dapat membentuk majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda perlembagaan untuk perlaksanaan hudud.

Realiti yang tidak boleh dinafikan, PAS telah sinonim dengan hudud dan berusaha sedaya upaya untuk mengotakan janji mereka. Kedua-dua enakmen hudud di Kelantan dan Terengganu adalah bukti komitmen mereka.

Halangan mereka ialah pihak kerajaan persekutuan yang enggan meluluskan bawah pemerintahan Mahathir dan juga halangan perlembagaan.

Dalam isu ini, PAS tidak pernah mengkhianati janji mereka dan tidak sekali-kali menggadaikan prinsip mereka berhubung isu hudud. Hal ini patut diterima akur oleh semua pihak, termasuk PAS sendiri.

Maka, jika PAS mengambil sikap berulang-ulang melaungkan isu hudud secara defensif tanpa bergerak menawarkan sesuatu yang lebih luas melalui konsep kefahaman ‘politik Islam' yang lebih syumul atau komprehensif, ia bukanlah langkah politik yang produktif.

‘Red herring' menjelang pilihan raya

Lebih molek jika PAS berusaha menerangkan konsep "Negara Berkebajikan" mereka kepada rakyat Malaysia yang lebih diterima semua pihak.

Malah konsep tersebut merupakan ijtihad politik Islam kontemporari yang amat bernilai hatta di peringkat antarabangsa sekalipun.

azlanMenjelang PRU13 eloknya parti-parti politik dari kedua-dua BN dan PR menumpukan pada isu tata kelola kerajaan, isu polisi, isu dasar, isu rasuah, isu ketirisan, isu dana awam, isu hala tuju negara, isu dasar luar negara yang tidak bermaya, isu ekonomi negara dan isu harga barang.

Begitu juga dengan isu pendidikan, termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), isu alam sekitar, isu royalti minyak di Kelantan, Sabah dan Sarawak, dan juga isu-isu yang lebih melibatkan kehidupan seharian rakyat Malaysia tanpa kira bangsa, agama dan latar belakang.

Semua parti-parti politik perlu mengelakkan isu bersifat ‘red herring' yang hanya akan melarikan rakyat dari isu sebenar yang melibatkan kepentingan bersama semua pihak.

Media juga diharapkan agar dapat menjadi medium untuk mendidik rakyat agar bersikap matang, berpolitik secara bertamadun, serta menjadi wahana politik baru yang berdasarkan hujah, fakta dan rasional.

Memanjang isu yang lebih bersikap polemik tanpa membuahkan hasil yang konkrit tidak akan membawa rakyat ke mana-mana.


NONEDR MASZLEE MALIK pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
'Bekas IGP bohong bila nafi kenal bos kongsi gelap'
  • Hafiz Yatim & Victor WS Tan
  • 1:40PM Ogos 28 2012
 
Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan berbohong apabila menafikan pernah berhubung dengan tokoh kongsi gelap Goh Cheng Poh dan BK Tan semasa masih berkhidmat, kata bekas pegawai kanan polis.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff berkata, terdapat bukti dikumpulkan pasukannya, akuan bersumpah yang tidak dicabar dan pengakuan mahkamah membuktikan sebaliknya.

NONETambahan pula, tambahnya, dalam perbicaraan dakwaan salah guna kuasa terhadapnya di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Musa diputuskan bukan saksi yang boleh dipercayai untuk memberi keterangan.

"Musa saksi terakhir untuk memberikan keterangan dalam kes salah guna kuasa yang didakwa terhadap saya.

"Hakim Supang Lian mendapati kenyataannya bertentangan dengan pengakuan tujuh pegawai polis bawahnya. Oleh itu, hakim menolak pengakuan Musa sebagai tidak boleh dipercayai," kata Ramli (kiri).

"Di sini, kita ada hakim junior yang mengeluarkan kenyataan itu terhadap IGP yang sedang berkhidmat. Ini memalukan pasukan polis," katanya ketika diwawancara Malaysiakini.

Hakim berkata demikian pada tahun 2009 apabila membebas dan melepaskan Ramli tanpa memanggilnya untuk membuat pembelaan. Ramli dibersihkan daripada lima pertuduhan yang didakwanya direka-reka.

Musa dalam wawancara dengan Malaysiakini pada Mei lalu menafikan mengenali Goh yang juga dikenali sebagai Tengku Goh dan BK Tan - yang didakwa mendapat sokongan Musa ketika menjadi ketua polis Johor.
Kadar jenayah 'palsu': Diam tanda setuju, kata DAP
2:26PM Ogos 28 2012  
Ketika kerajaan berdiam diri, desakan supaya pihak berkuasa menjelaskan dakwaan bahawa pihak polis memanipulasi indeks jenayah untuk menyembunyikan keadaan sebenar semakin memuncak.

NONESetiausaha Publisiti DAP Tony Pua mencabar Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) mengisytiharkan bahaha statistik yang dipetik kerajaan telah diaudit, diakui dan disahkan oleh firma Pricewaterhouse Coopers (PwC) sebagai tepat.

"Jika tiada tindakan wajar dilakukan oleh PEMANDU atau PwC pada data berkenaan, maka PEMANDU bersalah kerana menerbitkan (angka) tidak tepat," kata Pua.

"Ia akan jadi sungguh ironi, untuk PEMANDU melakukan jenayah memberi gambaran tidak tepat dan penipuan fakta, khususnya untuk menutup kejadian jenayah."

Umpama berniaga di pekan koboi


seorang peniaga menghulurkan barangan yang dibeli pelanggan dari celah jeriji kedainya di Taman City, Segambut semalam.


KUALA LUMPUR – Kira-kira 40 peniaga di Kawasan Perindustrian Taman City, Segambut di sini terpaksa menjalankan perniagaan menerusi celah-celah jeriji kedai demi keselamatan nyawa mereka.
Mereka yang merupakan peniaga alat ganti kenderaan di Jalan Selingsing di sini terpaksa berbuat demikian berikutan peningkatan kes jenayah samun bersenjata di kawasan itu sejak dua bulan lalu yang adakalanya sampai empat kes dalam sehari.
Tinjauan Kosmo! mendapati setiap peniaga berada dalam keadaan berwaspada dan akan melihat ke luar pintu kaca dan jeriji premis perniagaan setiap kali mereka ternampak kelibat orang yang lalu di hadapan kedai mereka.
Seorang pemilik kedai yang hanya mahu dikenali sebagai Lau, 40, berkata, dia kini terpaksa menjalankan perniagaan dengan mengunci pintu jeriji kerana masih trauma dengan kejadian disamun pada 26 Jun lalu.
“Kedai saya diserang tiga lelaki yang bersenjatakan parang kira-kira pukul 5.30 petang dua bulan lalu ketika saya hendak menutup kedai.
“Mereka langsung tidak takut walaupun kegiatan jenayah itu dilakukan pada siang hari malah mereka menyamun tiga buah lagi kedai lain selepas berjaya melarikan RM6,000 dari kedai saya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Jelasnya, keadaan jenayah di kawasan itu sangat teruk berbanding dua tahun lalu.
“Jika sebelum ini hanya jenayah ragut dilaporkan berlaku namun kini penjenayah berani menyamun premis perniagaan,” ujarnya.
Menurutnya, bukan sahaja golongan peniaga, malah pekerja di kawasan tersebut turut disamun dan diragut ketika mereka pergi dan pulang daripada bekerja.
“Perniagaan saya terjejas teruk apabila saya nekad berniaga dengan keadaan pintu kedai berkunci bagi mengelakkan disamun buat kali kedua.
“Jumlah pelanggan pula semakin kurang kerana siapa yang mahu membeli barang dari kedai yang berkunci kerana mereka perlu memilih dan melihat barangan yang diperlukan,” ujarnya.
Beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang yang terletak kira-kira 4.1 kilometer dari taman itu pada hari kejadian.
Seorang lagi peniaga alat ganti jentera berat, Ng Chee Heng, 40, berkata, dia terpaksa berniaga dengan mengunci pintu kaca kedainya demi keselamatan.

Tiada ulasan: