Ahad, 12 Ogos 2012

ADA YANG MEMANG SUKA MAIN OLOK-OLAK...JENIS TAK MENGAKU KESALAHAN...RASA DIRINYA HEBAT ...ORANG LAIN BODOH DAN TAK PANDAI...TAPI ADA YANG PANDAI TAPI HANYA PANDAI MENIPU

Gagal dapat pingat Shabery perlu letak jawatan

Mohd Sayuti Omar, 11 Ogs 2012
Timbalan Presiden Lumba Basikal Kebangsaan Naim Ahmad telah mengambil tanggungjawab atas kegagalan pelumba negara dalam mendapat sebarang pingat di Sukan Olimpik London. Dalam kenyataannya kepada media beliau berkata sedia untuk berundur dan memberi peluang kepada orang lain untuk memimpin persatuan berkenaan. Bagus.
Tindakan Naim itu dikira tepat dan bertanggungjawab. Sewajarnya selaku pemimpin beliau mengambil keputusan itu apabila anak buah yang dipimpinnya gagal membawa sebarang hasil. Tidak ada guna satu sen mana-mana pemimpin yang gagal membawa hasil kepada negara terus duduk tercokol di kerusi utama mana-mana persatuan sukan. Ia menghabiskan wang dan beras negara sahaja.

Apa yang dilakukan Naim itu patut dicontohi oleh pemimpin persatuan sukan lain seperti bola sepak, badminton dan sebagainya. Setengah pemimpin sukan negara ini bijak berdolak dalih untuk menjustifikasikan kegagalan anak buah masing-masing. Raja Gobal dan Nazmin Salleh tidak perlu lagi terus menjadi pemimpin bola sepak dan badminton kerana ia ternyata tidak memberi hasil kepada negara.

Biarlah orang lain pula mendapat peluang untuk membangunkan sukan berkenaan.

Raja Gobal setiap kali pasukan bimbingannya kalah ada-ada sahaja hujah yang diberikan dan tidak pernah menyalahkan dirinya sendiri yang pandir dalam membimbing bola sepak. Beliau seolah tidak mempunyai sedikit pun kesalahan dan kesilapan. Untuk tunggu berapa ratus kali kalah baru hendak salahkan diri sendiri. Cubalah letak maruah negara lebih tinggi daripada keperluan peribadi.

Begitu juga dengan pemimpin persatuan badminton Malaysia. Tidak ada usaha dan idea lain untuk memajukan suka berkenaan. Berapa lama lagi BAM hendak mengharapkan kepada Lee Chong Wei. Benar kata Jalani dan Razif Sidek BAM tidak boleh mengharapkan kepada Chong Wei untuk mendapat kemenangan kepada negara.

BAM harus mula mencari bakat-bakat baru dan tidak hanya melambakkan wang untuk Chong Wei sahaja.

Bercakap mengenai tanggungjawab para pemimpin dan presiden persatuan sukan, tindakan sama juga patut diambil oleh Menteri Belia dan Sukan. Ahmad Shabery Cheek perlu merasa malu muka atas kegagalan atlit negara mendapat pingat emas. Bukan itu sahaja kegagalan pasukan sukan menunjukkan prestasi perlu dipikul oleh beliau.

Shabery tidak boleh menunding jari kepada mana-mana pihak. Orang paling utama kena bertanggungjaswab atas kegagalan atlit Malaysia ialah beliau sendiri. Kemajuan sukan di negara ini tertanggung di atas batu jemalanya.

Eloklah kalau Shabery hendak berundur... lebih molek lagi sebelum pilihan raya umum ini. Khabarnya kedudukan dan prestasi Shabery sendiri di Kemaman tidak berapa memberangsangkan. Beliau khabarnya lebih banyak menumpukan kepada golf.. sehinggakan balik ke kawasan pun bawa kayu golf.

Beliau perlu sedar kalau beliau yang bukan mengambil tanggungjawab itu, lepas jawatan kerana atlit kita gagal, macam mana kita mengharapkan presiden atau pemimpin sukan hendak lepas jawatan. Mereka juga nanti akan memberi alasan macam mana mereka hendak letak jawatan, menteri juga enggan berbuat demikian. - http://msomelayu.blogspot.com

Sabah dan Sarawak juga mahukan perubahan?

Aspan Alias, 11 Ogs 2012
Sejak beberapa minggu yang lepas Sabah menjadi negeri masyarakat politik dan dengan pengisytiharan dua orang MP BN keluar daripada BN sudah menyebabkan Sabah menjadi negeri yang akan pasti menghadapi krisis bagi BN dan itu tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Dengan apa yang berlaku di Sabah itu semua pihak melihat Najib sebagai pemimpin yang sudah hilang keyakinan dari Sabah.
Krisis yang sedang dihadapi oleh Najib dan BN yang dipimpinnya itu sudah mula merebak di Sarawak pula. Sebenarnya Sarawak merupakan negeri yang paling mudah untuk mengambil keputusan meninggalkan BN kerana di Sarawak tidak ada UMNO yang menjadi tulang belakang BN itu. UMNO dan BN sudah begitu rapuh dan keadaan ini tidak memungkinkan BN Sarawak pimpinan PBB juga mempunyai keyakinan terhadap BN pusat pimpinan Najib.

Sarawak mampu untuk mengambil sikap bersendirian kerana Najib dan kepimpinan UMNO tidak mempunyai hubungan dengan UMNO. Parti-parti di Sarawak hanya menjadi anggota BN dan jika 14 ahli Parlimen PBB mengambil sikap untuk menyokong BN usaha itu amat mudah dilakukan. Jika PBB, PRS dan SPDP mengambil sikap yang ‘independent’ dan tidak bersama BN mereka tetap boleh mentadbir negeri itu tanpa ada hubungan dengan UMNO. Parti-parti BN di Semenanjung tidak wujud di Sarawak pada hakikatnya.

Yang penting bagi 3 parti yang bergabung di dalam BN Sarawak boleh berdiri sendirian tanpa BN pusat dan mengambil sikap bekerjasama dengan Pakatan Rakyat khususnya DAP yang mempunyai kekuatan di kawasan bandar di negeri itu.

Di Sarawak hanya parti-parti di dalam Pakatan Rakyat seperti DAP, PKR dan sedikit kehadiran PAS dan ini memudahkan parti-parti dalam gugusan BN Sarawak untuk mengambil sikap bekerjasama dengan Pakatan Rakyat. Kalau kepimpinan Sarawak hendak mengelakkan mereka daripada ditolak oleh rakyat maka menyertai PR adalah jalan yang selari dengan kehendak rakyat di sana. Jika parti-parti di Sarawak tidak menyertai PR maka parti-parti itu terpaksa berhadapan dengan tekanan dari rakyat sendiri dan ini akan menambah masalah untuk mengekalkan kewajarannya untuk kekal di hati rakyat Sarawak.

Perlu diingat bahawa kaum Cina di Sarawak pada hakikatnya sudah menolak SUPP parti yang dahulunya didominasi oleh kaum itu, telah mengambil sikap untuk menyokong DAP dan Pakatan Rakyat dan jika Taib serta pimpinan yang lain masih kekal dengan BN pusat maka mereka sendiri akan dihanyutkan oleh ombak perubahan yang sudah merata di negara ini termasuk di Sarawak.

Ramai dapat merasakan keadaan di Sarawak dan Sabah ini akan menyebabkan BN kehilangan kubu-kubu kuat mereka (BN) dan ia juga akan menambah keyakinan ramai bahawa pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya yang paling bersejarah kerana buat pertama kalinya BN yang sudah memerintah begitu lama akan menghadapi kekalahan di tangan rakyat. Tetapi kekalahan BN itu tidaklah menjadi satu isu yang besar kerana dalam demokrasi kemenangan dan kekalahan itu sudah menjadi perkara biasa.

Rakyat serius dalam mencari kelainan melalui perubahan kuasa kerana perubahan itu merupakan perkara penting dalam pembinaan negara. Perubahan wajib berlaku dan tidak ada bukti yang nyata setakat ini yang menunjukkan bahawa dalam sesuatu demokrasi lambat laun parti yang memerintah akan mengambil giliran untuk menjadi pembangkang.

Walaupun UMNO mempunyai formula untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat tetapi pimpinan keseluruhan parti itu tidak mahu untuk melakukannya kerana tamakkan kuasa dari ingin melihat parti itu relevan pada mata rakyat.

Semua orang tahu yang formulanya ialah dengan mengambil sikap ‘drastic’ dengan keseluruhan pimpinan tertinggi parti mengundurkan diri dan memberikan kepimpinan kepada seseorang yang berpengalaman dan diterima oleh rakyat berbilang kaum, bukannya setakat diterima oleh ahli-ahli UMNO sahaja.

Perlu kita terima kenyataan bahawa penolakan rakyat terhadap UMNO itu adalah kehendak pimpinan UMNO itu sendiri bukannya saja-saja rakyat menolaknya. Seperti mana parti-parti kerajaan yang besar-besar di dunia ini UMNO juga adalah parti yang telah menjadi sebuah parti dalam mana pemimpin-pemimpinnya telah kufur nikmat yang ketara.

Rakyat sudah hilang kesabaran setelah menahan ragam dan laku UMNO selama ini. Rakyat sudah tidak mampu untuk memujuk hati-hati mereka untuk memaafkan apa yang telah dilakukan oleh UMNO sejak tiga dekad yang lalu.

Sekarang rakyat terpaksa melakukan perubahan dan perubahan itu adalah wajib untuk menyelamatkan negara daripada terjerumus ke lembah kehancuran. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Janji Bersih bukan politikkan Merdeka - Pak Samad

Nazri Abdullah, 10 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Datuk A.Samad Said menyangkal dakwaan pihak polis kononnya program 'Janji Bersih' di Dataran Merdeka 30 Ogos ini sebagai cuba mempolitikkan sambutan Merdeka.

Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu berkata, perkara itu tidak timbul kerana program itu dibuat bersama 26 kelompok NGO yang mahu janji Bersih lalu ditunaikan.

"Memang tidak wujud (mempolitikkan sambutan merdeka), oleh kerana Bersih sendiri itu pun bukan badan politik, apa lagi dengan gabungan badan-badan yang lain.

"Untuk IGP berfikir bahawa ini satu perlawanan oleh Bersih, itu tidak betul," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan di Gombak petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar agar gabungan NGO itu tidak mempolitikkan sambutan ambang merdeka dengan berbaju kuning di Dataran Merdeka 30 Ogos ini.

Semalam 26 NGO termasuk Bersih menyatakan hasrat untuk 'menguningkan' Dataran Merdeka dalam program dinamakan "Janji Bersih" bagi menuntut janji kerajaan untuk memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil pada malam ambang merdeka itu nanti.

"Kuning bukan warna yang haram. Kehadiran dengan baju kuning itu hanya simbolik.

"Perjuangan itu untuk menuntut janji bersih (yang belum ditunaikan)," katanya.

Jawatankuasa Khas minyak satu olok-olok

Subky Latif, 09 Ogs 2012
TAK usahlah pejuang royalti minyak Kelantan dan lain negeri Pantai Timur Semenanjung ghairah dan terpesona dengan penubuhan Jawankuasa Khas mengenai manfaat minyak seperti yang dicadangkan oleh Perdana  Menteri Najib sebagai mengatasi kemelut tuntutan royalti yang dipertikai itu.
Tidak lain  ia adalah satu taktik bagi mengelakkan kerajaan pusat dari menunaikan tanggungjawab akta Petronas dan  ia juga satu modal kempen yang murah bagi BN menjelang  PRU 13.

Bukan baru ini Perdana Menteri menubukan Jawatankuasa  Khas atas beberapa perkara. Semua jawatankuasa khas itu kosong dan tipu daya semata-mata bagi menyedapat pihak yang menuntut.

Perdana Menteri Najib sudah menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen tentang pembaikan pilihanraya. Berbulan-bulan badan itu bersidang. Apa hasilnya? SPR dan peraturan pilihanraya tetap di takuk lama.

Orang bising tentang undang-undang kejam ISA dan AUKU. Tidak janji untuk buat transformasi mengenainya. Ditubuh badan membuat kajian. ISA tukar nama, kezaliman undang-undang tidak berubah. Apa yang baru denan akta universiti dan kolej? Ia seolah-olah olok-olok saja.

Orang menuntut jawatankuasa kajian kekejaman polis atas Bersih 3.0. Dia tubuhkan jawatankuasa Hanif Omar. Bekas Ketua Polis Negara itu telah dijadikan mangsa untuk diperkuda. Tetapi tiada apa yang adil dari jawatankuasa Hanif Omar itu sebalik menjadikan anggota badan itu jatuh nilai di sisi umum.

Sekarang Najib mahu memperalatkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid yang namanya dililhat tinggi  kerana penghakinannya atas kes Anwar Ibrahim. Saya kesian Tun Hamid akan jadi kuda tunggangan yang baru bagi melindungi jenayah kerajaan BN sejak zaman Mahathir hingga sekarang atas penyelewengan royalti minyak.

Saya kenal Tun Hamid rakan semasa belajar dan kami pernah duduk serumah sewa. Sebagai rakan, saya nasihatkan Tun Hamid jangan biarkan diri jadi mangsa baru Najib dan kerajaannya yang  amat rapuh sekarang.

Jika jawatankuasa khas itu untuk mengkaji janji akta Petronas supaya ia  tidak dilangsaikan kepada negeri-negeri yang berhak, ia sama seperti tindakan ulama-ulama Yahudi  mengkaji Taurat bagaimana perintah kitab suci itu tidak dilaksanakan.

Yahudi telah pinda Taurat. Jangan Tun Hamid pula digunakan bagi menggelapkan pelaksanaan  akta Petronas. Jika Tun Hamid bertindak jujur bagi memperakukan janji akta itu kepada negeri-negeri, maka percayalah laporan jawatankuasa khas itu nanti akan ditawakuf dari pengetahuan umum.

Mengapa jawatankuasa Tun Hamid itu untuk kajian ngeri-negeri  pantai timur Semenanjung saja? Mengapa tidak merangkumi negeri minyak yang lain iaitu Sabah dan Sarawak? Bagaimana kalau Sabah dan Sarawak jatuh ke  tangan Pakatan, maka pembayaran faedahnya akan jadi seperti  di Kelantan dan Terengganu?

Jawatankuasa ini adalah bagi mengelakkan Najib tidak disoal dalam kempen PRU 13 dan dia tidak perlu menjadi tuntutan Tengku Razaleigh yang mahu royalti buat  Kelantan itu diselesaikan sebelum PRU13.

Kerajaan  Kelantan dan pejuang royalti minyak tidak perlu peduli dengan penubuhan  Jawatankuasa khas itu. Boleh hantar wakil untuk dengar apa yang dibincang, tepi  tidak perlu campur perbincangan.

Memadai kerajaan Kelantan berpegang dengan janji Buku Jingga bahawa hasil minyak itu akan dipulangkan kepada negeri yang berhak. Ia tidak sekadar royalty lima peratus sebagai yang dijanjikan oleh  akta, bahkan ia  akan dinaikkan keapda 20 peratus.

Jika Pakatan Rakyat menguasaai Putrajaya, kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan menunggu laporan Jawaatankuasa Tun Hamid seslepas kerajaan baru dibentuk.

Sesudah menyaksikan banyak jawakuasa yang Najib tubuh jadi seperti  cerita sidang sang tikus untuk memasang loceng di leher kucing supaya tikus  tahu ada kucing bila bunyi loceng. Ia cerita dongeng. Jawatankuasa khas itu juga satu dongeng. Pimpinan Pakatan jangan masuk perangkap Najib lagi bagi mengelak tangan yang sama dipatuk ular  sama dari lubang yang  sama.

Himpunan Sejuta Umat sebelum PRU13

Ahmad Lutfi Othman, 10 Ogs 2012
Catatan ini sepatutnya dirakam pada 2 Ogos lalu. Sebagai aktivis kebebasan media, saya terkesan dengan tarikh berkenaan apabila laman MerdekaReview edisi bahasa Melayu ditamatkan operasinya pada Khamis yang suram itu, ekoran masalah kewangan berpanjangan bagi membiayai  kos penyelenggaran.

Di sebelah paginya, saya dan beberapa karyawan Harakah mengunjungi Tan Sri Abd Kadir Sheikh Fadzir di pejabatnya, di The Mines, Seri Kembangan. Bekas Menteri Penerangan itu melayan mesra kami, menunjukkan gambar-gambar kenangan yang bersejarah, bercerita tentang politik Malaysia yang berada di persimpangan, dan apa yang paling mengujakan saya, bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu nampak begitu serius berbicara soal media dan politik.

Kadir secara serius mencadangkan satu perhimpunan besar-besaran Pakatan Rakyat, dengan target menghimpunkan sejuta orang, di sebuah lokasi tertutup, seumpama Stadium Bukit Jalil atau Shah Alam, bagi menunjukkan kesatuan padu parti-parti pembangkang, dan menolak dakyah elit pemerintah yang sentiasa mencari jalan untuk "mengacau-bilaukan" seteru politiknya.

"Ya, kita boleh boleh namakan apa saja, misalnya Bersih 4.0, dan saya boleh menjadi tenaga pentingnya ... Bariskan serentak pemimpin utama Pakatan, dan buat pengisytiharan bagi menamatkan salah faham, khususnya antara PAS dan DAP. Memang selama ini pun, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sudah berucap berulang kali mengenai hal itu," tegasnya, sambil bertanya apakah saya juga setuju dengan cadangan tersebut.

"Selepas himpunan sejuta di Kuala Lumpur, maka kita akan berpindah ke negeri-negeri, dengan matlamat 100,000 hadirin. Kita perlu himpunan yang mendatangkan impak besar kepada pengundi sebelum PRU13," kata Kadir sambil merujuk kejayaan himpunan Hijau anjuran PAS. "Tapi kali ini ia membabitkan semua parti pembangkang," tambahnya.

Tentunya saya lebih tertarik apabila beliau mencadangkan agar himpunan itu memfokuskan kepada tuntutan akses media yang adil dan bebas. Katanya, isu media merupakan antara perkara paling pokok dalam sistem demokrasi dan proses pilihan raya. Ia sama sekali tidak boleh dipandang remeh, katanya, sambil menekankan bahawa maklumat harus sampai ke segenap pelosok tanah air dan setiap pintu rumah.

"Tidak semestinya apabila kita berada di pihak yang benar, seperti dalam isu air di Selangor, maka rakyat secara automatik akan memihak kepada kita sekiranya kempen penerangan atau penjelasan kerajaan negeri tidak disusun dengan baik," ujar Kadir.

"Meneliti propaganda yang dimuatkan khususnya dalam TV, saya harap kita jangan pandang mudah perkara ini. Saya perhatikan, ia juga boleh mempengaruhi penonton, apataha lagi jika dipersembahkan secara yang menarik perhatian awam," katanya. Saya kira beliau mungkin merujuk slot kempen secara halus BN, selain iklan Janji Ditepati, yang semuanya menjurus untuk menentukan kecenderungan mengundi dalam PRU13 nanti.

Menyedari saya juga anak Kedah, Kadir terdorong untuk membicarakan pergolakan politik di sana. Beliau seperti membayangkan sedikit kerisauan dengan percubaan Umno untuk menonjolkan anak bekas Perdana Menteri, Mukhriz Mahathir, terutama apabila menjangkakan ia boleh mempengaruhi pola mengundi masyarakat Tionghua negeri itu.

Bagaimanapun beliau yakin dengan kewibawaan gabungan pemimpin PAS Kedah, yang diterajui Ustaz Azizan Abdul Razak. "Lihat saja barisan Exco Kerajaan Negeri, kita ada dua doktor perubatan, dua jurutera profesional, dua peguam terlatih ... Sdr sendiri tahu latar belakang pemimpin Umno Kedah, termasuk pengerusinya, 'kan?" hujahnya disambut gelak-tawa kami.

Beliau kemudiannya menyebut senarai nama pemimpin PAS yang dilihat berpotensi, dengan latar pendidikan yang hebat dan gerakerja masyarakat yang berakar umbi, malah disifatkannya jauh lebih baik berbanding pemimpin Umno.

"Melayu yang terbaik ada dalam PAS sekarang, dan jika ada pihak yang masih sayangkan Umno, maka berikanlah peluang untuk membersihkan Umno dengan menjadikannya pembangkang selepas PRU13 nanti," katanya dengan nada bersungguh-sungguh.l

Walaupun MerdekaReview tidak sempat bertapak lama dalam dunia kewartawanan khususnya ketika media baru menjadi fenomena, namun ia sempat melakar sejarah penting yang tidak akan dilupakan, dan sebenarnya telah menunjuk jalan kepada pengamal media lain. Malah saya mendoakan agar laman ini dapat dihidupkan semula. Justeru, ia belum boleh dikuburkan lagi.

Usia edisi bahasa Melayunya pun masih muda, saya kira hanya sekitar tiga tahun. Saya difahamkan, petugasnya hanya seorang, iaitu editor Lim Hong Siang, yang juga kolumnis Harakah.

Gaya Lim melapor dan menganalisis ada keunikan tersendiri. Menarik dan memikat. Laporannya pasti berbeda berbanding pemberita lain. Beliau juga ada kemahiran bercerita, yang jarang dimiliki wartawan muda lain, apatah lagi dari kalanngan bukan Melayu. Daya hidunya terhadap persoalan yang patut diketengahkan dalam laporan juga istimewa.

Lim memang anak muda yang berdedikasi dan menjiwai tugasnya. Ya, bayangkan, beliaulah editor sekali gus menjadi pemberita yang terpaksa berkejar memburu bahan. Semasa saya uzur, beberapa kali Lim berkunjung ke kediaman saya,  di Bukit Ampang. Ternyata beliau seorang rakan yang menyenangkan.


Saya minta ulasannya terhadap "2 Ogos yang tragis" itu. Menyedari saya masih lemah, Lim respons melalui FB: "Mungkin ramai  menganggap pada peringkat ini, misi paling mustahak untuk tumbangkan regim BN. Maka semua sumber dicurahkan ke arah itu. Alat propaganda parti politik lebih diutamakan. Namun tanpa disedari, suara bebas dan berkecuali diabaikan. Sebab suara ini (media alternatif) tidak terkawal, boleh jadi mengkritik diri pula.

"Namun, untuk menggerakkan pendemokrasian, saya anggap suara ini penting, meskipun ada kalanya tidak begitu enak didengar atau dilayan. Namun  masyarakat perlu dilatih untuk menyesuaikan diri dengan suara berbeza.

"Suara sedemikian juga diperlukan, tatkala lidah parti akan elak untuk sentuh sesetengah isu kerana mempertimbangkan kepentingan politik. Media alternatif sediakan ruang, melatih masyarakat  untuk bersedia menerima idea-idea  baru dan progresif."

Apa pun, bagi saya, kalimah akhir ini lebih syahdu: "Seandai kehilangan MerdekaReview mampu menyedarkan sesetengah pihak akan kepentingan media alternatif, dan melayan media alternatif dengan lebih baik pada masa depan, maka memadailah "pengorbanan" ini."


Hafiz Zainuddin, Roketkini.com, mengulas: "Ia (MerdekaReview) bukanlah sebuah medium maklumat sembrono yang memuntahkan segala caci maki dan fitnah. Jauh sekali untuk melagakan antara kaum dan agama.  Sifatnya murni, menjadi sebuah medium perantara yang bebas, agar rakyat Malaysia dapat membuat penilaian dan pemerhatian yang tidak canggung terhadap Malaysia dan pemain-pemain politiknya."

Walaupun saya sendiri tiada jalan keluar untuk menyelamatkan MerdekaReview, khususnya apabila membabitkan hal kewangan, namun saya merayu agar kita sama-sama memikirkan nasib dan masa depan laman-laman seumpama ini. Pengorbanan Lim dan rakan-rakannya jangan dibiarkan sia-sia ...

1Malaysia tak menyatukan negara

Subky Abdul Latif, 10 Ogs 2012
AMAT malang bagi Malaysia di ambang persiapannya untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-55 ia bertempur dengan isu tema yang dipertikai dan tidak diterima oleh semua pihak.

Tema 55 Tahun  Merdeka ‘Janji Ditepati’ tidak dapat diterima oleh Pakatan Rakyat yang memerintah empat buah kerajaan negeri iaitu Kelantan, Kedah, PUlau Pinang dan Selangor.

Justeru kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Najib tidak sedia menukar tema itu, maka kerajaan  Pakatan Rakyat bersetuju menggunakan tema lain seperti yang setuju setakat ini iaitu Sebangsa Senegara Sejiwa.

Bukan Pakatan sekadar mahu berlainan dengan yang ditetapkan kerajaan pusat, tetapi Janji Ditepati didapat mengandungi niat politik bagi dimanfaatkan oleh BN dalam PRU yang sudah diambang itu.

Bukan kerana dekatnya  pilihan raya maka tema itu tidak disetujui, tetapi tema itu tidak membawa samagat perpaduan dan patriotik. Ia tidak lebih dari satu slogan politik pilihan raya.

Najib muncul sebagai Perdana Menteri lebih tiga tahun lalu menyedari betapa Negara yang sudah lebih 50 tahun mereka itu berpecah dalam serba serbi – berpecah antara kaum, berpecah sesama kaum dan sesama agama.

Maka dia memperkenalkan satu formula penyatuan Negara melalui transformasi 1Malaysia. Di bawah 1Malaysia itu ada berbagai-bagai transformasi.

Maka 1Malaysia itu dikira diterima oleh semua. Sesudah kerajaan di bawah lima Perdana Menteri sebelumnya, inilah satu pendekatan dan percubaan yang paling berupaya bagi meredakan perbedaan.

Jika ia tidak diterima, maka sampai bila Malaysia ini terus berada dalam alam perkauman  dan perpecahan. Ia satu percubaan yang baik. Maka peluang perlu diberi kepadanya.

Pada ketika penyatuan belum benar-benar dapat dipatri, perkauman dan kebencian belum dapat diredakan, Najib keluar dengan tema hari kemerdekaan yang tidak menyatukan semua pihak.

Bukan Pakatan sengaja hendak memalu dan menyulitkan Perdana  Menteri, tetapi Perdana Menteri sendiri menempah malang memecahkan kebulatan muafakat melalui kemerdekaan dengan mengadakan tema yang tiada falsafah penyatuan.

Sambutan kemerdekaan yang ke-55 ini bukan kali pertama yang Pakatan dan BN akan lalui bersama. Kali ini yang kelima-lima kerajaan negeri myambutnya. Ia tidak mengadakan tema yang berlainan. Ia terima apa yang kerajaan pusat sediakan untuk empat kali sambutan yang lalu.

Malah tidak pernah sejak 55 tahun lalu ada sesiapa yang mengkritik tema yang disediakan oleh kerajaan. Lagu tema yang digunakan diterima semua.

Soal dulu pembangkang lemah atau kuat tidak berbangkit. Mungkin benar pembangkang mempertikai apa jua yang kerajaan buat dari dulu hingga sekarang. Tentangan sesetengah rakyat terhadap parti yang memerintah bukan baru sekarang saja. Sejak Perikatan dulu sudah  ditentang. Tetapi tema sambutan kemerdekaan tidak pernah diusik.

Bukan kerana  Pakatan terasa ia sudah hampir  tiba ke Putrajaya, maka ia mahu adakan tema yang berlainan, tetapi Najib dan penasihatnya menempah tapak  supaya dia dipertikai.

Memang pimpinannya dikira yang terlemah dari sekalian yang sebelumnya. Dulu orang merasakan pimpinan Tun Abdullah Badawi yang teruzur, rupanya Najib lebih uzur. Dalam serba keuzurannya dia menempah tema Janji Ditepati untuk dimanfaatkan  sama bagi PRU13.

Dengan penggunaan itu, janji transformasi 1Malaysia tidak ditepati. Malaysia tidak sekadar berpecah menjelang pilihan raya dan semasa pilihan raya, tetapi kali pertama berpecah menyambut hari kemerdekaan. Yang malangnya perpecahan disebabkan oleh kelemahan penncipta 1Malaysia. Dia sendiri gagal menghayati semangat 1Malaysia. 1Malaysia tidak membawa satu penyatuan tetapi ia berakhir dengan pemecahan.

Fatwa kafir harbi umpama ajak perang

Harakahdaily, 10 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) berkata tindakan membuat 'fatwa' bahawa DAP adalah 'kafir harbi', boleh membawa kesan mendalam seolah-olah meminta orang Islam berperang.

"Kemungkinan dia tidak tahu kesan kenyataan, kesan perkataan dikeluarkan, tidak tahu bahawa ia boleh membawa kepada permusuhan, tidak baik bagi negara majmuk dan pelbagai agama seperti Malaysia," katanya dipetik Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah, dipetik Utusan Malaysia kelmarin bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi.

Katanya, mana-mana pihak perlu membuat penelitian dalam konteks politik sebenar negara ini sebelum mengeluarkan 'fatwa' sedemikian.

"Kalau kita kata haram (mengundi DAP) kerana dia tidak menyokong negara Islam, ada juga parti dalam BN seperti MCA dan MIC tidak menyokong... jadi kita mengambil pendirian sebahagian sahaja (dalam mengatakan haram dan dosa)," kata beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, mana-mana hukum yang dikeluarkan perlu bersandarkan syarak dengan dalil-dalil dan nas yang betul, bukan boleh dikeluarkan sewenangnya dengan bersandarkan perasaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan tersebut, lebih-lebih lagi kenyataan yang melabelkan DAP sebagai 'kafir harbi'.

Ini kerana, katanya kenyataan itu merupakan satu perkara yang begitu besar kerana dihalalkan darah mereka, harta mereka yang disifatkannya boleh menimbulkan suasana tidak aman di dalam negara berbilang kaum dan agama ini.

Pandangan Islam terhadap 'kafir harbi'telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Qur'an surah Al Mumtahanan ayat 9, yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".

Dari ayat ini, para mufassirin dan fuqaha menegaskan, kafir harbi adalah orang kafir yang diam dan hidup dalam wilayah pentadbiran ummat Islam atau diluarnya, mereka berkhianat kepada Negara Islam, memusuhi, tidak mahu berdamai, menjalankan usaha merosakkan ummat Muslimin dan agama Islam.

Mereka ini mesti diwaspadai dan diperangi sekiranya mereka menyerang ummat Islam atau membantu pihak lain menyerang ummat Islam. Dan Allah SWT juga memerintahkan kita ummat Muslimin supaya tidak menjadikan mereka sahabat, kawan rakan, pembela dan wali (pemimpin).

Tampal sticker Ustaz Azhar Idrus merupakan satu kesalahan

http://mediaperak.com, 10 Ogs 2012
Jangan pelik.
Ia benar2 berlaku di malaysia bahkan telah ada individu yang disaman disebabkan menampal sticker ustaz azhar idrus. Lihat larh sendiri penyata saman kat bawah neh;

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/08/10/tampal-sticker-ustaz-azhar-idrus-merupakan-satu-kesalahan/

Syarikat judi juga terlibat dalam saham FGVH?

Harakahdaily, 10 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: PAS memohon penjelasan kerajaan berhubung maklumat yang mengatakan syarikat Genting Bhd pernah menguasai 12 peratus saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) dengan pegangan sebanyak 407, 005,000 unit melalui peruntukan khas.

AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata apa yang lebih memeranjatkan laporan Bloomberg Peers menyebut bahawa, urusniaga FGVH antara 16 Julai hingga 9 Ogos, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAM) telah membeli saham Genting tersebut.

"Menjadi tandatanya, kenapa Genting jual sahamnya? Adakah ia menjadi proksi kepada tokoh tertentu? Kenapa Dana awam diguna untuk membelinya," soal Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Sebelum ini, Mazlan melalui NGO nya itu pernah mendedahkan pembabitan syarikat yahudi, Louis Dreyfus dan Bonge Limited dalam FGVH.

Mereka juga mendakwa antara syarikat lain yang memiliki saham FGVH ialah Schroder Invest Management Ltd sebanyak 3,002,700 unit, Vanguard Group (9,369,894), Fidelity Inter (3,813,140) dan Rcm Capital (2,786,285).

"Tidak dapat dipastikan adakah FGVH mempunyai Unit Syariah yang memantau pelaburannya agar selari dengan kehendak syara'.

"Sempena bulan Ramadhan, kepada peneroka dan pembeli saham FGVH, sila semak pelaburan anda. Itupun kalau sensitif pada halal haram," katanya.

Tiada ulasan: