Khamis, 16 Ogos 2012

TERSURAT JELAS...TERSIRAT TAK JELAS TAPI ADA YANG JELAS KEDUA2NYA IAITU TERSURAT DAN TERSIRAT...TENTU GELABAH BELUM TONTON DAH BANYAK KRITIKAN...PASARAN JADI LEMBAB...MEREKA TAK SEDAR KESEDARAN TELAH TINGGI...PATUT UJUDKAN HARMONI BUKAN KETEGANGAN...LEBIH2 DEKAT PRU13

Nik Aziz nafi gesa Nasha keluar PAS
9:58AM Ogos 16 2012
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan pernah menggesa bekas timbalan presiden parti itu Nasharudin Mat Isa meninggalkan PAS.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dilaporkan oleh portal-portal tertentu," tulis mursyidul am PAS itu dalam facebook ketika mengulas laporan Bernama  mengenainya semalam.

nasharuddin mat isa pas muktamar in kota bharu"Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan PAS pusat. Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti," katanya.

Laporan Bernama semalam memetik Nik Abdul Aziz memberitahu agensi berita berkenaan bahawa adalah lebih baik bagi Nasharudin (kiri) meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.

"Dalam hal kontroversi yang melibatkan pemimpin PAS yang dikatakan bersama-sama pemimpin Umno di Mekah, saya tidak mahu membuat apa-apa komen. Pada saya, sikap saya sudah jelas dan semua pihak sudah memahaminya...," tulis Nik Aziz lagi

NONELaporan Bernama semalam juga memetik Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak hairan jika Nasharudin daripada parti itu setelah dilihat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah kelmarin.
   
Laporan itu memetik Nik Abdul Aziz sebagai berkata: "Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian."
   
Semalam akhbar memaparkan gambar Nasharuddin menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.
   
Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.
   
Dalam Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.
Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar PAS

  • Bernama
  • 4:27PM Ogos 15 2012
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas timbalan presiden PAS itu dilihat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam, demikian menurut laporan Bernama.
  
NONE"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di Kota Bharu hari ini.
  
Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.
  
Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.
  
Dalam Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.
  
Nik Abdul Aziz juga dipetik Bernama sebagai berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.
  
- Bernama

1. Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar PAS
2. Mahfuz cabar Nasha berdepan Majlis Syura
3. 'Hanya musuh gembira dengan kenyataan Nasha'
'Hanya musuh gembira dengan kenyataan Nasha'
12:11PM Ogos 15 2012
Pemuda PAS hari ini menggesa bekas presidennya Nasharudin Mat Isa "insaf" daripada mengeluarkan kenyataan yang hanya menguntungkan musuh politik parti Islam itu.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, jika tidak berpuas hati, Nasharudin harus tampil berbincang dan bukan menurut jejak langkah bekas exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat daripada PAS sebelum ini.

NONE"Tiada siapa yang gembira dengan perkembangan ini kecuali musuh politik yang mahu melihat pergolakan berlaku dalam parti.

"Pastinya kesempatan ini akan diambil sepenuhnya oleh musuh politik untuk melemahkan PAS," kata Nasrudin (atas, berkaca maca) mengulas kenyataan Nasharudin yang mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud.

Tindakan anggota parlimen Bachok yang disiarkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia itu secara terbuka menolak keputusan parti yang merestui kerjasama politik PKR-DAP-PAS itu, lapor Harakahdaily.

Pemuda PAS Kelantan pula mahu Nasha undur
Sementara itu, Pemuda PAS Kelantan pula mahu tindakan lebih keras dengan menggesa Nasharuddin meletakkan jawatan sebagai anggota parlimen Bachok jika tidak berminat lagi bersama PAS.

azlan"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu," setiausahanya Mohd Nuri Mat Yaacob dipetik sebagai berkata.

Dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily, Mohd Nuri menyatakan perasaan tidak senang terhadap kenyataan Nasharudin (atas) dalam isu hudud yang antaranya mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

Selepas kekalahannya dalam pemilihan parti sebelum ini, Nasharuddin juga sering dianggap pro-Umno apabila sering dilihat bersama pemimpin parti Melayu itu, termasuk dengan presidennya Datuk Seri Najib Razak di Mekah baru-baru ini.

Pemuda PAS sedikit pun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti, kata Mohd Nuri lagi.
George Kent beri jaminan bank RM50.875j pada Prasarana
7:31AM Ogos 16 2012
George Kent (Malaysia) Bhd memberikan jaminan bank sebanyak RM50.875 juta kepada Syarikat Prasarana Negara Bhd sebagai bon prestasi untuk melaksanakan kontrak Transit Rel Aliran Ringan (LRT) Ampang.
azlanDalam satu kenyataan semalam, Pengarah Eksekutif George Kent Ir Dr Cheong Thiam Fook berkata pembayaran berkenaan jelas menolak dakwaan tidak berasas bahawa syarikat itu kekurangan kekuatan kewangan untuk melaksanakan projek infrastruktur negara itu selama 44 bulan.
   
"Kami mempunyai pembiayaan yang diperlukan untuk menyiapkan kontrak, di mana kerja-kerja awal telah pun dimulakan," katanya.
   
Kontrak LRT Ampang melibatkan kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, menguji dan melaksanakan sistem isyarat, komunikasi, kerja trek dan rel ketiga, bekalan elektrik sistem rel dan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan penyambungan 17.7 kilometer, menghubungkan stesen Sri Petaling ke Putra Heights.
- Bernama
Tanda Putera dakwa terima ugutan di Facebook

  • Ahmad Fadli KC
  • 11:22AM Ogos 16 2012
Pengarah Tanda Putera, Shuhaimi Baba menggesa agar orang ramai menghentikan ugutan ke atas pasukan produksi filem itu susulan kontroversi yang berpunca daripada salah faham berkenaan filem itu.

Menurutnya, beliau dan pasukan penerbitannya menerima kecaman dan serangan berbaur perkauman yang sangat buruk di laman Facebook filem itu.

"Kami menyeru agar segala ugutan dan serangan peribadi ke atas penerbit, pengarah dan pelakon filem ini dihentikan.

"Kami harap orang ramai tidak akan terpengaruh dengan mereka yang sengaja memberi gambaran salah tentang filem ini supaya filem ini diboikot.

"Saksikan filem ini dan buat kesimpulan sendiri," kata Shuhaimi.

Filem Tanda Putera menarik perhatian ramai apabila gambar dengan kapsyen mendakwa Lim Kit Siang kencing pada tiang bendera dalam kawasan rumah menteri besar Selangor menjelang 13 Mei 1969 dimuat naik ke laman Facebook filem itu.

Ia menyebabkan orang ramai beranggapan gambar itu merupakan sebahagian daripada babak filem berkenaan.

Perkara ini kemudiannya dijelaskan Pesona Pictures semalam yang menjelaskan watak pemimpin DAP itu tidak dilakonkan dalam filem itu.

Menurut penerbit eksekutifnya, Aida Fitri Buyong, filem itu dibikin untuk menggembirakan semua pihak dan tidak sama sekali bertujuan mencetuskan huru-hara.

"Kami bikin filem supaya semua orang rasa gembira dan kami tidak pernah sama sekali mahu mewujudkan kacau bilau dan huru-hara," katanya.

Beliau turut kedengaran kesal apabila filem itu dikritik sesetengah pihak tanpa menontonnya terlebih dahulu.

"Semua caci maki berkenaan filem ini datangnya daripada orang yang belum menonton filem ini, ini tak masuk akal bagi kami," katanya.
Pembangkang tolak bayar pratonton 'Tanda Putera'

  • Zulaikha Zulkifli
  • 11:52AM Ogos 16 2012
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan Rakyat tidak akan membayar sebarang kos bagi sesi pratonton khas filem kontroversi Tanda Putera yang dituntut mereka sebelum ini.

"Tentulah tidak. Sudahlah wang rakyat dibelanjakan untuk hasilkan filem yang dimuatkan propaganda BN," katanya ketika ditanya kesediaan mereka menanggung kos itu.
Babak kontroversi Kit Siang tiada dalam 'Tanda Putera'

  • Ahmad Fadli KC
  • 4:54PM Ogos 15 2012
Kontroversi berkaitan filem Tanda Putera terlerai hari ini apabila penerbit Pesona Pictures menjelaskan watak Penasihat DAP Lim Kit Siang tiada dalam filem itu seperti dianggap ramai pihak.

NONEPengarahnya Shuhaimi Baba menjelaskan foto dengan kapsyen yang mendakwa Lim kencing pada tiang bendera dalam laman Facebook filem berkenaan bukan berasal dari filem itu.

Menurutnya, ia datang daripada orang ramai yang menghantarnya kepada pihak penerbit dan mereka bertindak menurunkannya dari laman Facebook itu tidak lama kemudian.

"Kami terima banyak gambar untuk dikongsi di Facebook kami. Kami juga ingin jelaskan tidak semua gambar yang ada di Facebook ada dalam filem kami," kata Shuhaimi pada sidang media petang tadi.

Menurut Shuhaimi, gambar itu juga sebenarnya dari era yang berbeza daripada zaman yang digambarkan dalam filem Tanda Putera.

"Jadi kami tak gunakan gambar itu kerana ia bukan pada masa itu (yang digambarkan dalam filem)," kata Shuhaimi.

Tambahnya, isu permohonan maaf berkenaan gambar itu juga sepatutnya tidak timbul kerana ia dikeluarkan selepas dimaklumkan orang ramai berkenaan polemik di sebalik gambar itu.

"Gambar itu ada di Internet, bukan dari kami, kami kongsi apa yang orang hantar.

"Ada orang beritahu kami tentang teks (penafian Lim Kit Siang) dan kami keluarkannya," katanya.

13 Mei hanya 10 minit
Penerbit Eksekutif Aida Fitri Buyong pula menjelaskan, gambar itu pada awalnya diletakkan pada laman Facebook untuk menunjukkan pihaknya melakukan kajian sebelum membikin filem itu.

Sementara itu, Shuhaimi berkata, pihaknya meneliti pelbagai rujukan sebelum membikin filem itu, termasuk laporan Majlis Gerakan Negara (Mageran) dan buku ahli akademik Dr Kua Kia Soong.

NONE"Saya baca semua yang elok, yang manis, yang masam, semua saya baca," kata Shuhaimi (kiri).

Sementara itu, mengulas babak tragedi berdarah 13 Mei 1969, Shuhaimi berkata ia hanya memakan masa 10 minit daripada keseluruhan 115 minit filem itu.

Manakala berhubung babak tunjuk perasaan kaum Tionghua yang membawa sepanduk berunsur perkauman, Shuhaimi yakin rakyat Malaysia sudah matang menghadapinya.

"Sebab kami rasa penonton sepatutnya sudah matanglah. Kami rasa sudah sampai masanya untuk kita semua menonton sejarah kita sendiri," katanya.
Pengarah: Saya bukan nak bodek Najib

  • Ahmad Fadli KC
  • 5:29PM Ogos 15 2012
Pengarah Shuhaimi Baba menegaskan, filem terbarunya Tanda Putera tidak pernah dibuat untuk membodek Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, tegas Shuhaimi, ia hanya memaparkan sejarah persahabatan dan perjuangan perdana menteri kedua Tun Abdul Razak - yang juga bapa Najib - dan timbalannya Tun Dr Ismail.

NONE"Tun Razak dan Tun Dr Ismail adalah perdana menteri dan timbalan perdana menteri pada masa itu.

"Kita kena terima fakta itu walaupun mereka datangnya daripada Umno. Kalau pun mereka datang daripada parti lain itu juga satu fakta.

"Ini bukan soal bodek, kita ada orang lain yang kita boleh bodek kalau kita mahu," kata Shuhaimi pada sidang media di Petaling Jaya petang tadi.
Penerbit eksekutif filem itu, Aida Fitri Buyong memberitahu bahawa wakil keluarga terdekat kedua-dua tokoh itu ada dirujuk sewaktu filem itu disiapkan.

"Filem ini memang ada konsultan untuk dua pihak keluarga iaitu Tun Dr Ismail dan Tun Razak," kata Aida.

Beliau bagaimana pun menolak tanggapan bahawa ia diterbit dan ditayangkan hampir dengan pilihan raya untuk membantu kempen dan propaganda pemerintah.

Katanya, mereka telah mendekati Perbadanan Filem Nasional (Finas) selama hampir dua tahun untuk mendapatkan dana.

Jika filem itu berjaya disiapkan lebih awal dan ditayangkan pada tahun lepas pastinya tidak akan wujud tuduhan sedemikian rupa, kata Aida.

"Kami buat filem dan kami bukannya organ propaganda yang dituduh-tuduh itu," tambah pengarahnya, Shuhaimi Baba.

Kedua-dua mereka juga tidak menolak untuk menerbitkan filem sejarah jika didekati mana-mana pihak termasuk Pakatan Rakyat sekalipun.

"Kalau ceritanya bagus kenapa tidak, kita ada terima bermacam-macam cerita dan kita perlu pilihlah," kata Shuhaimi dan dipersetujui Aida.

Mengulas permintaan Pakatan Rakyat agar filem itu ditayang kepada mereka untuk penilaian semula, Aida menjelaskan majlis pra-tonton tidak dapat dilakukan untuk semua pihak kerana kosnya yang tinggi.

Namun beliau tidak keberatan untuk mengadakan tayangan peribadi jika Pakatan Rakyat, mahupun pihak-pihak lain seperti kolej, universiti atau organisasi swasta bersedia menampung kos tersebut.
Anifah patut berhenti, kata Pakatan

  • Hafiz Yatim
  • 3:38PM Ogos 15 2012
Pakatan Rakyat menggesa Menteri Luar, Datuk Anifah Aman meletakkan jawatan atas dakwaan pengabaian tugas dan gagal untuk mengendalikan hal ehwal luar negeri dengan betul.

Menurut Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong, sekretariat Pakatan bermesyuarat malam tadi dan sebulat suara bersetuju bahawa Anifah tidak mampu menjalankan tugas.

NONEKatanya, cakap-cakap dalam lingkaran diplomatik bertiup kencang bahawa Anifah lebih suka duta pertemuannya dibuat di Sabah dan bukannya di ibu negara.

"Dia bersembunyi di Kota Kinabalu dan malah meminta duta China menemuinya di sana," kata Liew dalam sidang media hari ini.

Liew juga mendakwa Malaysia, tidak seperti sebelum ini, gagal membuat pendiriannya berkaitan perkara penting antarabangsa seperti konflik Syria serta masalah Rohingya dan Palestin.

"Bandingkan ini dengan ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam Kabinet di mana kita mengambil bahagian secara aktif dalam resolusi konflik Bosnia di Balkan," katanya.

Tiada ulasan: