Sabtu, 18 Ogos 2012

KALAU KERJA BAGUS DAPATLAH JAWATAN..AHLI AKAN UNDI...JIKA BELIAU BERTANDING DILUAR KELANTAN BOLEHKAH MENANG

Karpal mulakan prosiding fitnah terhadap Nasha
  • Bernama
  • 9:49AM Ogos 18 2012
 
Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas timbalan presiden PAS itu berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

"Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," katanya dalam satu kenyataan semalam.
    
Sebuah akhbar melaporkan semalam bahawa Nasharudin mempersoal pakatan politik PAS dengan pihak yang 'menentang Islam'.

Artikel itu memetik beliau sebagai berkata "Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam".

 Dalam reaksinya, Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan PAS.
    
Nasharudin, katanya, kini hanyalah 'ikan bilis' dalam PAS dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu.
  
"Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin," katanya.

- Bernama
 1. Nasha tolak andaian akan sertai Umno

Pengguna mahu masalah MRR2 berbuai diberi perhatian segera
  • Bernama
  • 10:12AM Ogos 18 2012
 
Tahap keselamatan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kembali menjadi perhatian apabila beberapa pengguna tampil menyatakan kebimbangan dengan mendakwa laluan di dua jejambat lebuh raya sepanjang 35 kilometer itu berbuai-buai atau bergoyang ketika trafik padat.

Mereka mendakwa keadaan yang disifatkan sebagai luar biasa di lebuh raya itu dirasai dengan ketara ketika melalui jejambat di Kepong dan persimpangan Hotel Flamingo di Ampang semasa berhenti akibat terperangkap dalam kesesakan lalulintas.
  
Menurut Mohd Rizal Azman, 30, keadaan berbuai-buai di atas jejambat Kepong itu berulang kali dirasakannya terutama ketika jumlah kenderaan bertambah dan semasa hujan.

Beliau yang tinggal di Flora Damansara dan kerap menggunakan laluan itu bagi menghantar isterinya ke tempat kerja di Selayang, berkata keadaan berbuai-buai itu luar biasa berbanding gegaran yang selalu dirasainya sebelum ini.
  
"Saya melalui laluan itu boleh dikatakan setiap hari, selain hantar isteri bekerja saya juga kerap menggunakan lebuh raya itu untuk ke rumah bapa saya di Batu Caves setiap hujung minggu.

"Saya akui laluan itu akan bergegar ketika trafik padat, itu biasa, tapi keadaan berbuai yang dirasakan sejak kebelakangan ini amat berlainan seperti berlaku gegaran gempa bumi kecil yang membuatkan kedudukan kita seakan-akan terhayun," katanya kepada Bernama hari ini.

Kebimbangan itu turut dikongsi bekas pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Datuk Seri Azman Ujang yang menyifatkan insiden itu bukan sesuatu yang biasa dan memerlukan perhatian segera pihak berkuasa berkaitan.

Beliau berkata pengalaman yang dilaluinya pada malam Rabu lepas itu agak mencemaskan kerana jejambat itu dirasakan seolah-olah bergerak.

"Saya betul-betul terperanjat seolah-olah ada gempa bumi kecil di Kuala Lumpur dan keadaan itu berlaku lebih dari 10 saat. Saya perhatikan laluan di sebelah, tidak pula kelihatan sebarang kenderaan berat.

"Memang saya tahu masalah di MRR2 ini, ingat apabila sudah dibaiki masalah bergegar dah selesai tapi masih berlaku dan keadaannya lebih teruk," katanya yang ketika itu dalam perjalanan memenuhi jemputan berbuka puasa di Damansara.

Azman yang juga bekas pengurus besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berharap keadaan itu dapat dipantau segera yang mana Jabatan Kerja Raya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang bertanggungjawab ke atas lebuh raya itu perlu melihat dan mengkaji semula kekuatan pembinaan jejambat itu.

Sebelum ini, jejambat Kepong telah tiga kali ditutup bermula 2004 apabila penduduk Kepong memaklumkan terdapat lebih 7,000 rekahan di 31 daripada 33 tiang jejambat dan dua tahun kemudian laluan itu terpaksa ditutup sepenuhnya ekoran kerosakan lebih serius dikesan di jejambat itu.
  
Pada 3 Ogos 2008, jejambat Kepong ditutup buat kali ketiga kepada semua lalulintas selepas rekahan sekali lagi ditemui di tiang ke-28, memaksa kerajaan memperuntukkan lebih RM70 juta bagi membaik pulih jejambat yang boleh menampung 5,000 kenderaan pada satu masa itu.
  
Sementara itu, seorang pengguna wanita yang turut merasai situasi sama ketika berada di jejambat di persimpangan Hotel Flamingo, berkata 'hayunan atau buaian' ketika kejadian adalah luar biasa berbanding gegaran yang dirasai ketika menggunakan laluan itu sebelum ini.
  
"Sebelum ini keadaan itu tidak begitu ketara, namun apabila saya betul-betul berhenti di atas jejambat itu akibat kesesakan, saya dapat rasakan seolah-olah berbuai-buai," katanya yang enggan dikenali.

Sebanyak 130,000 kenderaan termasuk treler menggunakan laluan MRR2 yang menghubungkan kawasan Kepong serta Selayang ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya setiap hari sejak dibuka pada 2002.

- Bernama
 
 

Berita gembira atau gila sempena Hari Raya...

http://manjongmari.blogspot.com, 18 Ogs 2012
Hari ini rasanya adalah hari akhir Ramadhan, mustahil rasanya esok Ahad Umat Islam akan berpuasa lagi,, sebab banyak negara-negara terutama di sebelah negara Arab dah mula beraya hari ini..

Hairan, sesama negara Islam, nak beraya pun berasingan, ingat lagi Raya Haji (Korban 2 tahun lepas) bagaimana Malaysia terlewat raya,, yang ini lagi haru, kita terlewat sehari dengan Arab Saudi,, Apa yang dibincang di OIC, nak bincang kes perang di Syria, dah beribu rakyat yang tidak berdosa kena bunuh dengan tentera Baath, baru OIC nak bersidang, nak tunggu malam lailatul Qadar,, apa ni..

Berbalik dengan berita gembira atau gila.....



Bagi aku ini berita gila, malah lebih tepat lagi ini berita auta. Fullstop.
Blog Anwar digodam, dipapar mesej 'minta maaf' kepada PM
Wartawan Sinar Harian
18 Ogos 2012
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Blog Datuk Seri Anwar Ibrahim digodam dan dimuatkan dengan 'perutusan Aidilfitri', antara lain 'meminta maaf' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Laman itu, http://anwaribrahimblog.com, digodam kira-kira 20 minit selepas Ketua Pembangkang selesai muncul dalam sesi Borak Bersama Anwar Ibrahim malam tadi. Sesi yang bermula 10.30 malam berakhir sejam kemudian.
Dalam mesej Twitter pagi ini, Anwar menulis: "Blog: Percubaan Menggodam Blog Dato’ Seri Anwar Ibrahim."
Dalam kenyataan dikeluarkan, Pasukan Pentadbir Blog Anwar berkata, "untuk makluman pembaca, blog ini telah digodam sekitar jam 11.50 malam tadi dan sebuah posting palsu kononnya ‘perutusan khas’ oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimuat naik di blog ini."
"Pihak pentadbir blog mengesahkan bahawa ‘perutusan’ tersebut adalah palsu dan bukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, justeru telah mengeluarkan 'posting' tersebut serta-merta," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah, pihaknya difahamkan keratan skrin posting tersebut telah berjaya dirakam dan kini giat disebarkan oleh 'cybertroopers' Umno bertujuan memburuk dan memfitnah  Anwar.
Ia serangan siber kedua selepas dua minggu lalu akaun palsu Twitter diwujudkan dan siri mesej dikeluarkan seolah-olah untuk Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).
Mesej yang diposkan oleh penggodam di laman blog Anwar antara lain berbunyi, "saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya."
"Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi. Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain.
"Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak
mampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan bertubi-tubi mereka."
Anwar: Saya yakin PR tawan Putrajaya, jika tidak akan bersara
Wartawan Sinar Harian
18 Ogos 2012
Anwar Ibrahim
Paparan skrin sesi Borak Bersama Anwar
SHAH ALAM - Dengan perkembangan di Sabah, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi keyakinannya Pakatan Rakyat (PR) akan melangkah ke Putrajaya dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan pada masa yang sama, kekal dengan janji bahawa akan berundur jika keadaan sebaliknya berlaku.
"Saya ikhtiar sedaya upaya, saya yakin boleh menang (menawan Putrajaya), tetapi andai kata tidak, saya akan berundur," kata beliau menjawab soalan seorang peminat pada sesi Google Hangout -  "Borak Bersama Anwar, malam tadi.
"Kita bertawakal, (jika) saya tidak dapat mandat, maka (seperti yang) saya sudah umum, wajar kita beri ruang kepada barisan kedua dalam kepimpinan Keadilan (PKR), DAP dan Pas yang menunjukkan ada anak-anak muda yang lebih matang, lebih berwibawa... mereka boleh meneruskan," kata Anwar yang juga Ketua Umum PR.
Beliau ditanya berapa peratus keyakinan dapat membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU13.
"Saya pertamanya yakin, kita ikhtiar, ambil keputusan dan azam... itu keyakinan kita. Keyakinan ini berdasarkan pada pemerhatian kita, perubahan dan kesedaran rakyat yang menyeluruh termasuk Sabah dan Sarawak, dan perkembangan Sabah yang cukup meyakinkan mutakhir ini. Kita serah kepada rakyat," katanya.
PR dianggotai DAP, Pas dan PKR dan ditubuhkan secara formal selepas keputusan PRU12. Anwar dilantik sebagai ketua umumnya dan akan mengetuai perikatan itu, kali pertama sebagai ketuanya, menghadapi PRU13 yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Ketiga-tiga parti itu akan turun gelanggang PRU13 atas persefahaman platform PR, yang masih belum didaftarkan sebagai entiti rasmi.
Rakaman sesi itu dimuat naik di laman YouTube.
Walaupun yakin boleh membentuk Kerajaan Pusat, Anwar berkata, beliau menyerah kepada rakyat membuat keputusan.
"Kita serah kepada rakyat, rakyat akan putuskan. Saya yakin kali ini dapat tawan Putrajaya dan Datuk Seri Najib (Tun Razak) akan beralih sebagai Ketua Pembangkang Parlimen... kita akan tengok bagaimana prestasi dia sebagai Ketua Pembangkang," katanya lagi.
Ulama Pas: Tidak perlu kerjasama Umno, PR dikuat hadapi PRU
W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
18 Ogos 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
KUALA TERENGGANU – Pas tidak memerlukan kerjasama Umno, sebaliknya mengambil sikap untuk terus menguatkan kedudukan Pakatan Rakyat (PR) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah berkata, perkara itu telah pun diputuskan di peringkat kepimpinan untuk memastikan tumpuan penuh diberikan bagi memastikan kemenangan Pas dan PR.
“Pas ambil sikap untuk menguatkan kedudukan PR dan pimpinan tidak melihat ke arah itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau berkata, perpaduan dengan Umno tidak perlu memandangkan dasar perjuangan Pas sesuai untuk semua kaum selari dengan slogan ‘Pas untuk Semua’ berbanding Umno yang hanya berasaskan satu kaum sahaja.
Sehubungan itu, katanya, lebih baik Umno menyertai Pas kerana mereka tiada halangan sama sekali untuk bertindak sedemikian.
“Lebih baik begitu. Umno kena berani bertindak untuk menyertai Pas. Kita tidak menerima Umno sebelum ini kerana mereka tidak ubah dasar daripada kebangsaan kepada Islam,” katanya.
Beliau turut menjelaskan, Dewan Himpunan Penyokong Pas juga merupakan kalangan bukan Islam yang menyokong dasar perjuangan yang dibawa parti itu.
“Dewan Himpunan Penyokong Pas pun bukan orang Islam tetapi menyokong perjuangan Pas untuk mendaulatkan negara Islam,” katanya.
Menurutnya, mana-mana pihak tidak akan mengalami kerugian dengan menyokong Pas demi kebaikan bersama.
Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan Pas Pusat turut turun padang memeriahkan Ramadan dengan meraikan seramai 133 pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Dalam lawatan tersebut, beliau turut memberi sumbangan wang tunai, kurma dan air Darussyifa’.
Hadir sama, Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu yang juga Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dan dua isteri Presiden Pas iaitu Toh Puan Sri Zainab Awang Ngah dan Dr Rozita Mohd Saad.
Khalid Samad: Nasharudin kecewa tak dapat jawatan
AHMAD NORMAN ABU TALIB
16 Ogos 2012
Khalid Abdul Samad
Khalid Samad
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menyifatkan gesaan dibuat oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa supaya parti itu keluar dari Pakatan Rakyat (PR) kerana DAP menolak pelaksanaan hudud adalah kerana kekecewaan beliau tidak dapat melihat penggabungan Umno dan Pas.

Malah beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor beranggapan Nasharudin mungkin mengimpikan untuk mendapat jawatan lebih tinggi sekiranya idea penggabungan tersebut berhasil.

“Secara peribadi saya rasa dia sengaja nak timbulkan isu dan saya rasa dia (Nasharudin) memang kecewa apabila Pas tidak mahu bersama dengan Umno maka dia hilang peluang untuk pegang jawatan lebih besar kerana sekiranya ianya terjadi mungkin boleh dapat jawatan di peringkat pusat.

“Mungkin itulah dia (Nasharudin) melihat terlepas dan pada masa sama kecewa kalah dalam pertandingan merebut timbalan presiden lantas menyebabkan dia ‘tidak seperti dahulu’,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Nasharudin  sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi  ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-Pas sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketika Muktamar Agung Pas tahun lalu, Nasharudin juga gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden dan tewas kepada Mohamad Sabu.

Khalid mendakwa mungkin Nasharudin menunggu masa untuk memaksimumkan impak terhadap Pas dan Pakatan Rakyat (PR) dengan lantang bersuara bila tiba pilihan raya nanti.

Katanya, agak menghairankan kerana pendirian Pas tetap sama dari dahulu, malah ia turut dipersetujui oleh Nasharudin sebelum ini.

“Perkara yang kita lakukan sekarang ini dulu dia (Nasharudin) sendiri pun setuju dan ia bukannya benda baru.

“Yang berubah adalah jawatannya dan lain tetap sama sahaja,” katanya.

Khalid berkata, Nasharudin perlu melihat sendiri Umno terlebih dahulu sekiranya mahu Pas keluar PR kerana bukan sahaja DAP malah Umno juga tidak menerima hudud.

Khalid berkata, beliau menolak dakwaan Nasharudin kononnya ahli parti di peringkat bawahan melahirkan kebimbangan kerjasama antara Pas dan DAP terus dijalinkan.

Menurutnya, beliau mempersoalkan bagaimana Nasharudin mendakwa mewakili suara golongan bawahan sedangkan daripada muktamar lalu mereka menyokong parti itu terus bekerjasama dengan DAP.

Dalam perkembangan sama, ketika ditanya sama ada Nasharudin bakal menerima nasib seperti bekas pesuruhjayanya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dipecat kerana perjuangan tidak selari dengan parti itu, Khalid berkata, Pas bukanlah parti seperti itu dan ia merupakan hak individu.

“Kita bukan parti yang menentukan sama ada nak pecat atau sebaliknya kerana ia terpulang kepada mereka sendiri,” katanya.
Umno tak perlu faktor 'Nasha' rampas Kelantan

16 Ogos 2012
KUALA LUMPUR - Umno Kelantan tidak perlu kepada faktor 'Nasha' untuk menguasai negeri itu pada pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata Umno tidak memerlukan situasi sebegitu untuk memenangi hati rakyat sebaliknya yakin untuk menang dengan kekuatan sedia ada pada Umno dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).

"Umno tak perlu peristiwa sebegitu tapi perlukan pemimpin yang bekerja untuk rakyat," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Khazanah di sini, malam ini.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengulas mengenai saranan Pemuda PAS Kelantan dan beberapa pemimpin tertinggi parti itu yang mahu bekas timbalan presiden Pas, Nasarudin Mat Isa supaya keluar parti ekoran kenyataannya yang mengesa parti itu keluar daripada gabungan pakatan pembangkang sekiranya DAP terus menentang hudud.

Ditanya sama ada Umno sedia menerima atau memberi tempat kepada Nasarudin yang juga Anggota Parlimen Bachok, beliau berkata mengikut dasar parti, Umno terbuka kepada sesiapa sahaja.

Mustapa berkata saranan supaya Nasarudin keluar daripada Pas bukan perkara baru, malah telah pun berlaku sebelum ini, namun sehingga kini beliau masihkekal sebagai anggota Pas.

"Nasarudin seorang yang berfikiran terbuka dan ada pandangan berbeza daripada orang lain, dan atas dasarnya Umno juga sedia membuka pintu... dan ini tidak merujuk hanya pada Nasarudin," katanya.- Bernama
Nasha: 'Saya tidak ada niat masuk Umno'
Wartawan Sinar Harian
16 Ogos 2012
Nasharudin Mat Isa
Anggota Parlimen Bachok Nasharudin Mat Isa melambai tangan kepada jurugambar sebelum meninggalkan perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah tiba dari
Nasharudin Mat Isa
Anggota Parlimen Bachok Nasharudin Mat Isa kelihatan ceria sejurus tiba dari Jeddah di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
SHAH ALAM – Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan, beliau tidak ada niat untuk masuk Umno, sekali gus menafikan tanggapan banyak pihak bahawa kemunculannya di Makkah pada majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin sebagai isyarat akan melangkah ke parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
“Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk Umno.Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuk lah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.
“Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah,” kata beliau dalam satu kenyataan petang ini.
Mengenai pertemuan dengan Najib di Makkah, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, “kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah,  ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khasnya pada hari hari terakhir ramadan ini.”
Katanya, beliau kesian melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal.
“Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini,doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir,menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam.
“Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya ALLAH satukanlah suara umat Islam,” katanya.
Nasharudin menjelaskan beliau telah mengaturkan pertemuan di Makkah antara beberapa orang ulama di tanah suci bersama denganPerdana Menteri bersempena dengan persidangan khas OIC.
“Saya dijemput ke Makkah dengan visa khas selepas Perdana Menteri bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut.
“Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidilharam. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya.
“Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada Perdana Menteri seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam,” katanya.
Katanya, pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno.
“Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.

“Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?” katanya.

Berikut kenyataan penuh Nasharudin Mat Isa:
Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012, dan beberapa ulasan dari pelbagai pihak sehubungan dengan kenyaataan saya di Makkah Al Mukaramah adalah dirujuk.

Hudud

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf 'beyond any shadow of doubt' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost' untuk mempertahankan agama saya. Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan Syariah ALLAH SWT, namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh. Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.

Isu Pertemuan Di Makkah

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya ALLAH satukanlah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Makkah antara beberapa orang ulama di Makkah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Makkah dengan visa khas selepas YAB Perdana Menteri bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidilharam. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada Perdana Menteri seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.
Hudud-DAP: Pas pantau pendirian Nasha
RUZY ADILA IDRIS
15 Ogos 2012
 Nasharudin Mat Isa
Nasharudin Mat Isa
SHAH ALAM - Pas sedang mengikuti "perkembangan" pendirian bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa yang dilaporkan menggesa parti itu keluar Pakatan Rakyat (PR) ekoran pendekatan DAP terus menentang hukum hudud.

"Bagaimanapun di pihak kepimpinan pusat, kami sedang mengikuti perkembangan mengenai isu ini," kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut isu berkenaan.

Semalam, Nasharudin dikatakan telah mencadangkan agar Pas keluar PR jika DAP menentang hudud seperti yang disiarkan oleh TV3.

Pemuda Pas Negeri Kelantan turut menyarankan Nasharudin melepaskan jawatannya sebagai ahli Parlimen daripada berterusan mengkhianati amanah pengundinya pada pilihan raya lalu.

Setiausaha Pemuda Pas Negeri Kelantan, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam satu kenyataan turut meminta Ahli Parlimen Bachok itu menjelaskan sama ada masih ingin bersama parti atau membawa haluan bertentangan dengan kehendak parti.

"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini.

"Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro-Umno sejak kebelakangan ini, Pemuda Pas Negeri Kelantan melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama Pas atau sebaliknya," katanya.

Ketika ditanya sama ada pimpinan Pas Pusat akan memanggil Nasharudin untuk memberikan penjelasan mengenai perkara itu, Mustafa enggan mengulas lanjut.

Mengulas pandangan Pemuda Pas Kelantan, Mustafa berkata, sayap muda negeri itu tentu mempunyai sebab tersendiri dengan membuat kenyataan seperti itu.

"Itu hak mereka untuk menyatakan pendirian.

"Kemungkinan kenyataan sebegitu dibuat disebabkan beliau (Nasharudin) merupakan seorang wakil rakyat di Kelantan," katanya lagi.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.

Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?

Tiba-tiba dikaitan dengan saya akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.

Tiada ulasan: