Selasa, 14 Ogos 2012

ELOK TU..ADA UNDANG2 HAIWAN...LEMBU..KATAK..PANDA...BUAYA..MUSANG..AYAM...ITIK....SUMPAH2..KETAM..BERUK DLL SEMUANYA DALAM GULONGAN HAIWAN...

Bos Utusan akui laporan 'memihak aspirasi parti'
  • Hafiz Yatim
  • 7:03PM Ogos 13 2012
 
Ketua pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak mengakui bahawa akhbar milik Umno itu tidak menyiarkan laporan seimbang tetapi memihak kepada aspirasi parti pemerintah.
Abdul Aziz, 48 berkata sebagai akhbar nasional, Utusan akan melaporkan mengenai isu nasional.

Bagaimanapun, dalam melaporkan mengenai pembangkang, beliau tidak menyifatkannya sebagai laporan seimbang, tetapi memihak kepada aspirasi parti.

Abdul Aziz berkata demikian ketika ditanya peguam, N Surendran dalam perbicaraan kes saman ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Surendran: Dalam memberi liputan isu politik, adakah anda setuju Utusan Malaysia tidak memberi liputan seimbang?

Abdul Aziz: Saya setuju, (laporan) memihak pada aspirasi pada parti pemerintah.

Terdahulu, Abdul Aziz mengakui bahawa Utusan sebahagian besarnya dimiliki Umno tetapi mendakwa parti itu tidak masuk campur dalam proses editorial.

Surendran bertanya sekiranya terdapat seorang wakil Umno dalam lembaga pengarah Utusanyang juga merupakan wakil perdana menteri.

Abdul Aziz mengakui dan berkata, individu dari Umno itu merupakan Tan Sri Hashim Ahmad Makaruddin.
Hasan Ali: Interbiu Anwar bermaksud halal homoseks
  • Bernama
  • 9:00PM Ogos 13 2012
 
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa temu bual Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan badan penyiaran British, BBC, mengenai undang-undang berkaitan homoseksual yang disiarkan pada 12 Jan lepas, membawa maksud supaya menghalalkan kegiatan itu.

Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata temu bual itu juga membawa maksud ia menyokong kegiatan homoseksual.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam N.Surendran yang mewakili Anwar, beliau tidak bersetuju bahawa temu bual itu bermaksud tidak menyokong kegiatan homoseksual tetapi menyokong institusi perkahwinan antara lelaki dengan wanita.

Surendran: Cuba lihat ayat pertama dalam temu bual itu "We will have to review archaic laws and we, Muslims and non Muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia", adakah ayat itu meminta supaya kegiatan homoseksual dihalalkan?

Hasan: Ya.

Ketika ditanya peguam itu sama ada jawapan Anwar dalam temu bual itu "We do no promote homosexuality in public sphere and domain" bermakna ia menyokong kegiatan homoseksual, Hasan menjawab "Ya".

Hasan, saksi defendan pertama,  berkata demikian pada perbicaraan kes saman Anwar terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak berhubung artikel mengenai komen Anwar bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan homoseksual.

Pada 20 Jan lalu, Anwar memfailkan saman fitnah itu bagi menuntut ganti rugi RM50 juta, atas dakwaan telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan muka surat 10 akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Jan tahun ini berhubung temu bualnya bersama BBC.

Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Utusan Malaysia, bahawa perkataan 'review archaic laws, punitive, punishment not relevant dan public spehere and domain' membawa maksud kegiatan homoseksual boleh dihalalkan, Hasan berkata pada bacaannya ia bermaksud menghalalkan kegiatan homoseksual.

Selepas Hasan selesai diperiksa semula oleh Firoz, Hakim Datuk V.T.Singham yang mendengar perbicaraan itu mengemukakan satu soalan kepada Hasan sama ada beliau ada membuat sebarang penjelasan dengan Anwar apakah maksud temu bual itu sebelum membuat kenyataan itu kepada media dan Hasan menjawab "Tidak"

Singham: Kenyataan itu dibuat atas tafsiran anda?

Hasan: Betul.

Firoz kemudianya meminta Hasan menjelaskan mengapa beliau tidak meminta penjelasan Anwar mengenai maksud temu bual itu.

Hasan menjawab beliau tidak berbuat demikian kerana ketika sidang akhbar bersama media itu ianya berlaku secara  "impromptu" (tanpa persediaan) dan beliau tidak menyangka mengenai soalan itu.

Beliau juga berkata sekiranya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media, beliau perlu membuat penjelasan daripada mereka yang membuat kenyataan, maka beliau perlu menghubung ramai orang.

Ketua Pengarang Utusan, Abdul Aziz dalam keterangannya menafikan bahawa wujudnya campur tangan pihak lain terutama parti pemerintah dalam penerbitan artikel itu dalam akhbar Utusan Malaysia.

"Tidak pernah ada sebarang campur tangan dalam urusan operasi atau arahan kepada jabatan pengarang dalam penyiaran artikel. Jabatan pengarang menyiarkan artikel berdasarkan pertimbangan editor yang bertugas," katanya semasa pemeriksaan semula oleh Firoz.

Abdul Aziz, saksi defendan ketiga, juga berkata akhbar itu bertanggungjawab untuk menyiarkan perkara yang benar dan bukan lahir untuk menyiarkan perkara yang tidak benar.

Menjawab soalan Surendran ketika diperiksa balas, Abdul Aziz menafikan bahawa ada wakil Umno yang menjadi ahli dalam lembaga pengarah Utusan Melayu campur tangan dalam urusan operasi harian jabatan pengarang.

Abdul Aziz juga tidak bersetuju dangan cadangan Surendran bahawa Utusan Malaysia hanya menyiarkan berita positif mengenai parti pemerintah tetapi menyiarkan berita negatif bagi parti pembangkang.

Beliau juga menafikan akhbar itu dari tahun 1998 iaitu sejak Anwar meninggalkan parti pemerintah, tidak pernah menyiarkan berita positif mengenainya.

Bagaimanapun kepada satu soalan lain Surendran, Abdul Aziz berkata beliau bersetuju bahawa Utusan Malaysia tidak memberikan liputan yang seimbang mengenai parti pemerintah dan pembangkang.

Perbicaraan bersambung 23 Okt ini.

- Bernama   
Laman ternama sokong protes pindaan Akta Keterangan
8:24PM Ogos 13 2012  
Beberapa pengendali laman web terkemuka menyatakan sokongan mereka ke atas kempen "Stop 114A" dalam usaha untuk membatalkan pindaan ke atas Akta Keterangan.

Salah satu diantaranya ialah portal perkhidmatan bayaran dalam talian MOL yang digunakan di lebih 80 negara di seluruh dunia.

Pengunjung ke laman berkenaan akan menemui imej berwarna hitam dengan maklumat kempen oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mengenai seksyen 114A Akta Keterangan.

Imej ini akan mula dipaparkan bermula tengah malam ini.

Pengarah eksekutif CIJ Masjaliza Hamza berkata kempen Hari Tegah Siar Internet itu kini disokong oleh laman web terkemuka, ahli politik dan juga warga maya.

Malah, kempen itu juga mendapat perhatian global apabila disebarkan melalui tulisan di Twitter oleh laman antarabangsa seperti WikiLeaks, katanya.

Turut menyertai kempen itu ialah laman beli belah dalam talian lelong.com.my serta mudahalih.my dan laman komersial entrepreneurs.my dan nexusmediaworks.

Selain itu, ia turut disokong laman sosial seperti cari.com.my, jbtalks, serta laman komuniti seperti anixekai.com, LoyarBurok, mobile88 dan edu.joshuatly.com.

Kempen itu juga didukung laman berita Free Malaysia Today, Malaysiakini, Digital News Asia, The Nut Graph, Merdeka Review, selain lidah parti Harakah Daily, Keadilan Daily dan Roketkini.

Masjaliza berkata, ia turut disokong di Twitter oleh @sultanmuzaffar – yang mempunyai 248,119 pengikut @klubkiddkl yang dilanggan 223,105 pengikut.

Turut menyokong ialah Majlis Peguam, Suaram, Pertubuhan Pertolongan Wanita, Aliran, Kajian Politik untuk Perubahan, Research for Social Advancement, Relevant Facts, Sparkling Analysis (Refsa), Sinar Project, SEACeM, Tindak Malaysia, Islamic Renaissance Front (IRF), Lawyers for Liberty, Perak Women for Women, Empower, Women's Centre for Change, All Women's Action Society (Awam) dan Sisters in Islam.
Undang-undang baru akan penjara penyeksa haiwan
  • Zulaikha Zulkiflli
  • 2:41PM Ogos 13 2012
 
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan melaksanakan Rang Undang-undang (RUU) Kebajikan Haiwan bagi melindungi serta menjaga kebajikan haiwan.

Bagaimanapun, Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan ini masih di peringkat draf dan akan dibawa kepada Peguam Negera setelah selesai menerima cadangan dan komen orang ramai.

Antara cadangan yang diterima ialah peruntukan denda bagi individu yang menyeksa binatang sebanyak RM20 hingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, RUU Kebajikan Haiwan itu akan ditapis dan akan dibawa ke Majlis Penasihat Haiwan Kebangsaan sebelum dibawa kepada Peguam Negara dan Parlimen.

NONE"Hari ini bermula paparan peringkat kedua Seranta Awam atas Talian mengenai draf undang-undang kebajikan haiwan.

"Sebelum ini draf telah dipaparkan pada 19 Jun lalu dan telah lalu dan dibuka selama 14 hari untuk orang awam komen dan bagi cadangan.

"Dalam tempoh itu, sebanyak 1,108 perkara baru yang dicadang dan tiga diterima dan dipinda dalam rang undang-undang.

"Antaranya mengenai lesen, penggunaan haiwan untuk tujuan penyelidikan dan had umur bagi pembelian haiwan," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Pengarah bahagian pembangunan sumber teknologi ternakan, Datuk Dr Quaza Nizamuddin.

Penubuhan RUU itu dibuat setelah kerajaan menerima banyak reaksi tentang denda yang dikenakan terhadap pemilik pusat jagaan kucing sementara Petknode sebanyak RM200 kerana mengabaikan kebajikan 30 ekor kucing.

Sehubungan itu, Noh meminta agar orang ramai dapat memberi cadangan dan komen berhubung rang undang-undang ini dengan melayari laman web www.dvs.gov.my atau research.dvs.gov.my/survey.

Setiap cadangan dan komen akan dipertimbangkan bagi dimasukkan dalam peraturan dan kod amalan kebajikan haiwan.
Noh serah pada TPM tarikh tender semula NFC
  • Zulaikha Zulkifli
  • 2:06PM Ogos 13 2012
 
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengumumkan bila pemanggilan semula bagi tender projek Pusat Fidlot Nasional akan dibuat.

NONE"Saya akan umum kemudian. Bila dah siap nanti akan diumumkan balik oleh Tan Sri Muhyiddin. Sebab benda ini di bawah Tan Sri Muhyiddin.

"Biarlah dia yang umumkan. Saya tak berani nak komen. Kalau benda yang bawah saya, saya boleh komen," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Mac lalu, di Dewan Rakyat, Noh memberitahu bahawa kerajaan akan memanggil tender bagi mengambil alih projek NFC tersebut.

Beliau berkata, kerajaan serius untuk memastikan agar projek itu tetap diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini.

Katanya lagi, proposal bagi menjemput syarikat untuk menguruskan projek tersebut telah dinyatakan oleh Perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan timbalannya.

Isu NFC melibatkan suami kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Seri Mohamed Salleh apabila beliau didakwa menyeleweng wang dana awam berjumlah RM250 juta.

Bagaimanapun pada 19 Januari lalu, Shahrizat memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung pelbagai komen yang didakwa mengaitkannya dalam kemelut NFC.

Ketika memberi keterangan dalam kes saman fitnah berjumlah RM100 juta itu, Shahrizat bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu yang suaminya membida untuk projek Pusat Fidlot Nasional.
'MB, selesaikan air sebelum Sept atau undur'
  • Zulaikha Zulkifli
  • 1:33PM Ogos 13 2012
 
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberi masa sehingga September kepada Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menyelesaikan masalah air di Selangor.

NONEMenurut Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor, ia sejajar dengan kenyataan Khalid sebelum ini yang berjanji akan melakukan penstrukturan semula air negeri itu selewat-lewatnya pada September.

"Menteri besar kononnya seorang tokoh korporat dan dia pakar dalam hal korporat ini. Dia mesti tahu tentang proses sesuatu syarikat.

"Dia kata akan selesaikan pada September. Jadi kita beri tempoh sampai September untuk selesaikan. Kalau tak boleh selesaikan, saya desak dia letak jawatan," kata Noh pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Khalid sebelum ini dilaporkan berkata, untuk mempercepatkan proses penstrukturan semula perkhidmatan air, kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk memuktamadkan pengambilalihan itu selewat-lewatnya pada September.

Selain itu, Noh turut berkata, walaupun penstrukturan akan di lakukan, beliau meminta agar projek Loji Rawatan Air Langat 2 tetap diteruskan.

Noh berkata, projek loji itu penting bagi memastikan bekalan air akan terus ada walaupun kerajaan negeri melakukan penstrukturan bagi menyelesaikan masalah air negeri.

"Tak perlu nak halang projek Langat 2. Air mesti ada. Apa guna kalau struktur semula tapi air tiada.

"Menteri besar jangan kelirukan rakyat. Loji dan penstrukturan semula perlu bersama-sama. Bila penstrukturan dah berjaya, loji dah pun siap. Air akan ada.

"Tak adalah penstrukturan semula lepas itu loji tak ada. Dah struktur semula tetapi air tak ada," katanya lagi.

Pemuda PAS sifatkan gopoh & tamak
NONESementara itu, Pemuda PAS dalam reaksi segeranya berkata, Noh sepatutnya jujur menyelesaikan masalah air dan tidak wajar "mengugut" Khalid kerana kenyataan sebegitu dilihat  "gopoh dan tamakkan kuasa".

"Sepatutnya beliau membantu MB Selangor dalam memastikan kemelut air diselesaikan dengan segera.

"Dengan kuasa sebagai menteri kabinet, beliau mempunyai banyak ruang melalui kerajaan pusat untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut," kata ketua penerangan Riduan Mohd Nor (atas).
Umno miliki 50 peratus pegangan dalam Utusan
  • Hafiz Yatim
  • 3:09PM Ogos 13 2012
 
Umno atau syarikat penamanya memiliki pegangan sebanyak 49.77 peratus dalam Utusan Melayu (M) Bhd, menurut laporan tahunannya.

Setiauasaha akhbar kepada perdana menteri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad juga antara pengarah Utusan Melayu, dedah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam samannya terhadap harian itu.

NONE"Saya tahu perkara ini kerana Tengku Sharifuddin mewakili kerajaan menandatangani perjanjian dengan firma Apco di Washington. Beliau bukan ketua pengarah jabatan tetapi menandatanganinya bagi pihak kerajaan kerana menjadi setiausaha akhbar kepada PM.

"Pengerusi Utusan Hashim Ahmad Makinuddin dan pengarah Professor Firdaus Abdullah juga dikenali sebagai anggota Umno

"Oleh itu, mengapa melantik mereka jika Umno tidak mengawal Utusan? Tambahan pula kamu ada setiausaha akhbar PM juga sebagai pengarah," kata Anwar.

Anwar berkata, tidak perlu untuk sebuah entiti yang memiliki 51 peratus pegangan untuk mengawal syarikat kerana kepentingan 33 peratus sudah cukup untuk tujuan itu.

Dalam kes ini, katanya, Umno memiliki 49.77 peratus saham dalam Utusan Melayu.
Protes Akta Keterangan: Laman DAP bergelap
4:58PM Ogos 13 2012  
DAP hari ini mengumumkan parti itu akan menggantung kegiatan dalam taliannya untuk menyokong Hari Tegah Siar Internet bagi membantah pindaan terbaru ke atas Akta Keterangan yang didakwa mengekang kebebasan di Internet.

"Ibu pejabat nasional DAP akan menggantung semua kegiatan dalam talian selama 24 jam selepas tengah malam 14 Ogos bagi menyokong kempen oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

“Untuk tempoh 24 jam, dari tengah malam 14 Ogos hingga 15 Ogos, akaun Twitter dan Facebook DAP Malaysia tidak akan menyiarkan apa-apa kemaskini, berita atau aktiviti," kata parti itu dalam satu kenyataan hari ini.

Laman lidah parti itu, Roketkini, juga akan digelapkan selaras dengan kempen tersebut.

Tiada ulasan: