Ahad, 12 Ogos 2012

SEKARANG SEDAR...MAHU TERIMA...HAKIKATNYA BANYAK KATAK2 DALAM POLITIK...BIASA ADA KEPENTINGAN PERIBADI UNTUK JADI KATAK...SETAKAT BERJUANG BUKAN KERANA ALLAH JANGAN SEMBANG TENTANG ISLAM SERTA IKHLAS...RASA DIRI BETUL SERTA TEPAT...YANG TEPAT JADI KATAK

Bapa katak: Nazri kena terima hakikat BN ditolak

Anis Nazri, 12 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diingatkan agar menyemak semula sejarah pada 1998 membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada tahun tersebut, negara mencatat sejarah apabila Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dipecat dari Umno oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Justeru, tegas Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin, tidak timbul isu Anwar melompat parti sepertimana yang dikatakan Nazri.

"Jangan kerana sikap terlalu ingin mempertahankan BN dan Umno, sehinggakan beliau mengeluarkan kenyataan tanpa meneliti semula sejarah, dan hanya memperlihatkan kebodohan sendiri," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nazri yang mengatakan Anwar sebagai 'bapa katak' ekoran tindakan beberapa pemimpin BN di Sabah bertindak keluar parti dan menyokong Pakatan Rakyat.

Shamsul berkata, soal lompat parti itu bukan satu perkara penting, sebaliknya punca mengapa seseorang itu lompat parti lebih penting.

"Saya sendiri tidak berapa minat menggunakan istilah lompat ini kerana ia mendatangkan impak negatif, sedangkan sebenarnya tidak ada masalah pun istilah lompat itu.  Bagi saya yang penting, mengapa seseorang itu berpindah atau bertukar parti," tegas beliau lagi.

Shamsul juga menegaskan kebanyakan pemimpin BN yang bertindak keluar parti adalah atas kehendak mereka sendiri, dan tidak seperti pemimpin Pakatan Rakyat yang keluar parti menyokong BN.

Tidak seperti BN, dakwa beliau kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat yang menyertai BN dikatakan mendapat laba bagi seperti beberapa bukti yang sebelum ini didedahkan PKR.

"Berbanding di pihak Pakatan Rakyat, ramai yang berminat menyertainya atas kesedaran sendiri. Jika tidak (ada unsur rasuah), sudah tentu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera membuka kertas siasatan," tegas beliau.

Dalam pada itu, Shamsul berharap Nazri berpijak di bumi nyata dengan fenomena penyertaan pemimpin dan tokoh Umno ke Pakatan Rakyat, sama ada PAS atau PKR.

"Terimalah hakikat, semakin ramai yang tidak berminat dengan BN.  Berpijaklah ke bumi nyata," kata beliau lagi.

Pengalaman saya mengenali Datuk Tamrin

Mazlan Aliman, 12 Ogs 2012
Alhamdulillah, malam tadi di KUIZM Taman Melewar, Dato' Tamrin serah borang menyertai PAS kepada YB Datouk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS.

Saya mula rapat dengan beliau setahun yang lalu dalam majlis makan tengahari bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau kerap menghubungi saya kerana berminat dengan perjuangan membela warga Felda. Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang adalah rutin kami bila bertemu di KL.

Beliau juga memperkenalkan kepada saya ramai bekas pemimpin Umno dan tokoh-tokoh VIP yang ingin tahu mengenai isu Felda. Saya seronok bersahabat dengan beliau. Apapun persepsi orang mengenai beliau, saya punya keyakinan dan sangka baik yg mendalam kesedaran beliau memilih PAS sebagai wadah perjuangan.

Banyak yang beliau ceritakan mengenai sejarah perjuangan ayahndanya, Tun Ghafar Baba. Bahkan kisah silamnya pun dia bagi tau. Dia tak mahu hipokrit; seolah-olah masuk PAS ada agenda tertentu.

Saya mula cadangkan beliau sertai PAS sebulan setengah yang lalu. Walaupun dia dapat tawaran yg sama dari kekawan lain, dia setuju dengan pandangan saya.

Saya bertemu dengan beliau di Masjid Negara pada 11 Julai lalu dan menziarahi Maqam Pahlawan khususnya kubur Allayarham Tun Ghafar. Selepas itu ke rumahnya kerana beliau mengisi borang PAS di situ. Saya pencadang kepada borang keahlian beliau.

Saya cuma maklumkan hal ini kepada Dr Samsuri, Setpol Presiden PAS, Nasaie Ismail, SU Akhbar Presiden dan Sdr Adly Zahri Pesuruhjaya PAS Melaka agar dpt dibincangkan tarikh sesuai beliau sertai PAS. Borang beliau saya serah kepada Ust Md Khairul SU Kerja PAS Pusat.

Beliau maklumkan ujian nak sertai PAS. Ada pihak nak ugut beliau jika teruskan hasrat sertai PAS. Semlm lepas majlis buka puasa ANAK di Gombak, kami masih bincang lagi. Saya kata pada dia, PAS adalah parti yang memperjuangkan kebenaran dan Gerakan Islam. Sisa hidup kita;sumbang tenaga, idea dan wang ringgit utk ISLAM.

Tentulah saya gembira bila Dato' Tamrin masuk PAS. Masa dia isi borang PAS, menitis airmata saya terharu atas kesediaannya. Kalau ada orang nak perlekeh dan kutuk dia, terpulanglah. Kita bukan maksum, sempurna dari sebarang kesilapan...

Meskipun detik bersejarah malam ini, saya tidak dapat bersamanya, namun jauh di sudut hati saya timbul rasa bangga anak Bekas Timbalan Perdana Menteri bersama PAS. Alhamdulillah, syukur pada Allah!
Kafir harbi: Majlis Fatwa Kebangsaan perlu tegur
Dr Maszlee Malik
12 Ogos 2012
SAYA ingin merujuk kepada kenyataan Abdullah Samaah yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar perdana berkaitan haram menyokong DAP kerana mereka merupakan kafir harbi. Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam di zaman dahulu dengan negara musuh.

Kafir harbi adalah merujuk kepada negara musuh yang berperang dengan Muslim di mana darah mereka adalah halal ditumpahkan kerana ia dalam suasana perang, di mana kafir harbi itu sendiri berusaha membunuh umat Islam. Kafir harbi adalah wajib diperangi di peringkat negara di atas dasar peperangan.

Di zaman ini, warga atau rakyat non-Muslim yang tinggal bersama umat Islam tidak dikira sebagai kafir harbi. Malah pengklafikasian harbi atau dimmi yang digunakan oleh ulama klasik telah diperbaiki oleh ulama moden memandangkan negara-negara moden mempunyai konsep kewargenegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan non-Muslim.

Pengklafikasian Abdullah Samaah bahawa DAP adalah kafir harbi adalah tidak tepat sama sekali, malah membahayakan. Beliau seolah-olah memberikan lampu hijau untuk umat Islam memerangi parti DAP. Bahkan dalam DAP terdapat juga di kalangan pemimpin dan juga ahli mereka yang Muslim.

'Fatwa' Abdullah yang juga memberikan konotasi bahawa umat Islam di Malaysia sekarang hidup dalam suasana peperangan dan permusuhan dengan rakyat bukan Islam.

'Fatwa' tidak tepat lagi membahayakan seperti ini perlu dibendung. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu berani menegur beliau dan juga akhbar tersebut kerana mencetuskan provokasi yang berkemungkinan akan membuka jalan bagi para ekstrimis bangsa dan golongan subversif.

Saya menggesa agar pihak keselamatan segera mengambil tindakan terhadap kenyataannya yang berbau ekstrimisme dan boleh menyemarakkan api perkauman.



Dr Maszlee Malik, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Penjenayah letupkan mesin ATM di Masjid Tanah

12 Ogos 2012
ATM Bank Rakyat Masjid Tanah
Anggota polis menjalankan siasatan di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah berikutan kejadian letupan untuk melarikan ATM.
ATM Bank Rakyat Masjid Tanah
Cawangan Bank Rakyat di Masjid Tanah rosak teruk ekoran kejadian letupan untuk melarikan mesin ATM.
MELAKA - Sungguhpun dengan menggunakan bahan letupan, namun sekumpulan perompak gagal dalam cubaan mereka melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah di sini, awal pagi ini.
  
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, dalam kejadian 3.20 pagi itu, sejenis bahan letupan dipasang pada salah sebuah mesin ATM di bank tersebut yang menempatkan dua mesin ATM dan satu mesin deposit wang (CDM).

Dipetik Bernama, beliau berkata, letupan itu bukan saja mengakibatkan kerosakan teruk pada mesin ATM itu malah menyebabkan cermin bahagian hadapan bank tersebut pecah selain keretakan pada dinding dan siling bangunan itu.
  
"Polis menerima panggilan jam 3.40 pagi. Menurut saksi perbuatan itu dilakukan empat lelaki yang menaiki dua motosikal, namun mereka gagal melarikan wang daripada mesin ATM tersebut," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
  
Beliau berkata jenis bahan letupan yang digunakan masih dalam siasatan.
IGP: Himpunan Janji Bersih boleh jika ikut akta
ROSALWANI CHE SOH
12 Ogos 2012
A.Samad Said dalam sidang bersih
Penganjur Himpunan Janji Bersih bersama kain rentang pada sidang media di Kuala Lumpur.
KOTA BHARU - Himpunan Janji Bersih pada 30 Ogos ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan akan dibenarkan jika mengikut syarat ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Awam 2012.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, perhimpunan itu jika diadakan bagi meraikan sambutan kemerdekaan tanpa agenda lain, tidak akan dihalang.

Namun kata beliau, jika sebaliknya ia tidak akan dibenarkan.

"Kita tidak akan sekat perhimpunan itu jika ia dijalankan secara aman, namun ia perlulah mematuhi undang-undang yang ditetapkan," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.
Norman ajak Abby sambut Aidilfitri di Kuantan
Wartawan Sinar Harian
12 Ogos 2012
Abby Abadi
Abby Abadi
WALAUPUN sudah tidak lagi mempunyai ikatan perhubungan suami isteri, Norman Hakim mengajak Abby Abadi untuk menyambut Aidilfitri bersama dia dan Memey serta anak-anak di Kuantan, Pahang.

Ajakan itu disahkan sendiri oleh Abby menerusi laman Twitternya.

Dia antara lain menulis, “En Norman Hakim tahun ini ambil anak-anak balik Kuantan dari 16 (Ogos) sampai (Hari) Raya pertama. Saya diajak, tapi memang... tidak apa kan? Buat ganggu sahaja, huhu sekarang dah sedih.”

Sebelum ini, umum mengetahui mengenai hubungan kurang baik dan mesra antara Abby dan Memey sejak tiga tahun lalu.

Kedatangan Ramadan telah menjernihkan hubungan selebriti itu.

Memetik kenyataan Norman sebelum ini, “sekarang hubungan kedua Abby dan Memey sudah baik dan menjadi semakin mesra sejak 7 Ramadan lalu.”

“Seperti ramai sedia maklum sebelum ini, hubungan kami tidak begitu baik dan jikalau bertemu pun hanya untuk tujuan mengambil dan menghantar anak dan komunikasi terbatas di antara kami bertiga,” katanya.

“Tetapi mungkin disebabkan berkat bulan Ramadan serta doa yang selama ini tidak putus-putus saya dan masyarakat sekeliling mendoakan, akhirnya tercapai juga impian itu," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 2008.

Sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan Norman dan Abby bakal merujuk tetapi perkara itu sekali gus disangkal oleh Abby, yang membuat penafian itu menerusi Twitter minggu lalu.

Tiada ulasan: