Khamis, 30 Ogos 2012

TAK PERNAH DIBUAT...NAMPAKNYA KEMPEN TERDESAK...BODEK TERDESAK...AMPU TERDESAK...MUNGKIN APA CARA PUN...JALAN TELAH SUKAR...SEDARLAH ALLAH MAHA KUASA...MUNGKIN ALLAH SEDANG MENGHUKUM

Mat Sabu: Saya tak tarik balik selepas tekanan
  • Wong Teck Chi
  • 5:49PM Ogos 29 2012
 
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan menarik balik kenyataan berhubung isu pembentangan usul perlaksanaan hudud di Parlimen selepas didakwa mendapat tekanan.

Beliau bagaimanapun menegaskan isu membentangkan usul itu sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya tidak timbul dalam wawancaranya yang disiarkan semalam.

NONEHarian berbahasa Cina Sin Chew Daily hari ini mempertahankan tulisannya dengan mendakwa pemimpin PAS itu menukar kenyataan selepas mendapat tekanan daripada rakan-rakan dalam Pakatan.

"Tidak. Tak ada tekanan apa. Lebih 1,000 laporan (polis) hal Bukit Kepong pun saya tak tarik (kenyataan).

"PERKASA, Majlis Profesor suruh tarik pun saya tak tarik," katanya merujuk kepada tekanan yang pernah dihadapinya sebelum ini.

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Mohamad (atas) menegaskan, beliau yakin bahawa hudud sebahagian daripada hukum syariat Islam.

Bagaimanapun, katanya, perlaksanaannya hendaklah melalui proses demokrasi berparlimen dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perjanjian dalam Pakatan Rakyat.

NONE"Dalam perbualan telefon tersebut saya tidak pun menyebut bahawa Pas akan membawa usul rang undang-undang hudud ke Parlimen apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Malaysia pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.

Walaupun Mohamad telah menafikannya semalam, Sin Chew hari ini menyiarkan artikel dalam empat halaman, termasuk muka depan bagi mempertahankan laporannya.

Tajuk utama muka depannya berjudul "Pindaan Perlembagaan perlu untuk laksana hudud; Mustafa: Sama ada Parlimen lulus atau tidak perkara lain".

Tulisan itu memetik Setiausaha Agung Mustafa Ali sebagai berkata, orang Islam tidak boleh menolak hudud, tetapi pindaan perlembagaan diperlukan secara demokratik. Sama ada diterima atau tidak ia isu yang lain.
Aktivis didakwa ekoran buku 'haram' Manji
  • Abdul Rahim Sabri
  • 1:37PM Ogos 29 2012
 
Aktivis Faisal Mustaffa didakwa di Mahkamah Syariah Shah Alam atas dakwaan enggan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam siasatan berkaitan buku kontroversi Irshad Manji yang diharamkan.

Beliau didakwa bawah Seksyen 215 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 kerana enggan menjawab soalan ketika disoal siasat.

NONEMenurut seksyen itu, enggan menjawab soalan semasa ditanya merupakan kesalahan dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Kes itu ditetapkan didengar pada 25 Januari depan.

Terdahulu, Faisal diminta hadir ke pejabat JAIS di Shah Alam sebelum ditahan kerana didakwa enggan menjawab soalan yang dikemukakan, kata peguamnya Afiq Noor.

"JAIS tanya soalan mengenai buku Irshad Manji. Tetapi Faisal menjawab, 'saya akan menjawabnya di mahkamah'," jelas Afiq ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurut Afiq, Faisal disoal selama 2 jam setengah bermula 10.30 pagi tadi.

28 buku dirampas
Pengamal undang-undang itu juga berkata, JAIS sebelum ini merampas buku kontroversi itu di rumahnya di Petaling Jaya pada 14 Julai lalu dan disoal siasat pada hari yang sama.

Kementerian Dalam Negeri pada 24 Mei lalu mengumumkan pengharaman Allah, Kebebasan dan Cinta dan versi Inggeris Allah, Liberty and Love atas alasan mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah.

azlanDifahamkan JAIS merampas 28 buah buku yang terdiri enam tajuk daripada rumah Faisal.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Faisal menyuarakan perasaan tidak berpuas hatinya apabila pegawai penyiasat kes itu didakwa tidak membenarkannya ditemani peguam ketika sesi itu.

"Sebenarnya saya bertengkar dengan mereka untuk membenarkan peguam bersama saya. Kemudian, empat pegawai JAIS mengelilingi saya.

"Ini adalah sebahagian daripada proses menakut-nakutkan," dakwanya.

Faisal turut mendakwa wakil JAIS mengganggunya apabila hadir ke rumahnya selepas tengah malam untuk menyerahkan notis hadir memberi keterangan.
Utusan: Pemimpin PAS negeri pertahan kedudukan Nasha
1:17PM Ogos 29 2012  
Beberapa pemimpin PAS negeri mempertahankan kedudukan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang dijangka akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Syura parti itu, 9 September depan.
NONEAkhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan tiga pemimpin PAS negeri - Johor, Terengganu dan Selangor - berhubung tindakan ke atas anggota Majlis Syura itu atas cadangannya supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat jika DAP menentang hukum hudud.

Laporan itu timbul susulan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib dalam akhbar itu semalam yang menyifatkan Nasharuddin "masih relevan dan mampu menyumbang" kepada perjuangan parti.
Dalam laporan Utusan hari ini, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Mahfodz Mohamed pula berkata Nasharuddin menunjukkan kewibawaan sebagai pemimpin kerana pernah memegang jawatan setiausaha agung dan timbalan presiden PAS.

NONEMenurut Mahfodz lagi, berdasarkan rekod, kepimpinan dan pengalaman Nasharuddin (kiri) masih diperlukan dalam parti dan berharap ahli Majlis Syura "tidak terikut-ikut dengan pihak yang mahu mengetepikan" Nasharuddin dalam mesyuarat berkenaan.

"Dengan kata lain, tiada keputusan drastik yang akan dibuat. Insya-Allah keputusan yang bakal diambil pada mesyuarat berkenaan lebih memberi manfaat kepada kedudukan Nasharuddin dalam PAS," katanya seperti dipetik dalam laporan Utusan.

Mahfodz yang juga ahli Majlis Syura tidak menafikan pandangan bahawa "tindakan drastik" ke atas Nasha berkemungkinan besar akan memberi kesan negatif kepada parti lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum.

Ketua Pemuda PAS Terengganu Mohd Nor Hamzah pula dipetik sebagai berkata, Nasharuddin "sangat relevan" kepada perjuangan parti kerana MP tersebut merupakan anak didik bekas presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor dan pemimpin muda yang menjadi harapan PAS.

NONE"Harapan saya, dia sepatutnya boleh diberi ruang lagi kerana kelebihan yang dia ada.

"Masing-masing ada jasa dan setiap insan ada kelemahannya, begitu juga dengan Ustaz Nasharuddin, setiap orang ada kelebihannya dan perjuangan PAS terbukan untuk sesiapa sahaja," kata Mohd Nor seperti dipetik.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Selangor Muhamad Zin Abdul Rahman pula dalam laporan sama berkata, pemimpin parti tidak seharusnya menghukum Nasharuddin tanpa memberi peluang kepadanya memberi penjelasan kepada Majlis Syura.

Katanya, tidak adil untuk menghukum Nasharuddin berdasarkan laporan media, sebaliknya beliau berhak mempertahankan diri dengan memberi penjelasan kepada Majlis Syura.

"Hanya selepas memberi penjelasan dan mempertahankan tindakannya itu, barulah Majlis Syura Ulama boleh menilai sama ada beliau bersalah atau sebaliknya," katanya seperti dipetik.
Berundur secara baik
   
Nasharuddin sebelumm ini turut disarankan supaya berundur secara sukarela bagi mengelakkan isu berkenaan dieksploitasi.
Saranan itu disuarakan oleh bekas naib preside PAS Ahmad Awang yang melihat perkara itu sebagai jalan terbaik bagi tujuan itu, walau jawatankuasa tersebut berkuasa menggugurkan keahlian Nasharuddin.
Rais alu-alukan 'kumpulan kuning' ke Dataran
2:58PM Ogos 29 2012  
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengalu-alukan tindakan penyokong acara "Janji Demokrasi" yang merancang memenuhi Dataran Merdeka pada malam kemerdekaan dengan berbaju kuning.

NONEKatanya, semua rakyat boleh hadir ke tempat itu pada malam ambang merdeka tetapi mereka diingatkan tidak "buat jahat".

"Kuning ke, merah ke, pada hari itu kita tak kisah, semua rakyat boleh hadir, siapa sampai dulu dia dapat," katanya dalam wawancara dengan Utusan Malaysia ketika ditanya berhubung program anjuran 47 NGO itu.

"Kita tidak tetapkan tempat ini untuk orang BN, yang itu atau yang ini. Kalau orang PKR hendak datang sekalipun, kecil tapak tangan nyiru kita tadahkan tapi jangan buat jahat.

"Jangan buat tiupan trompet, jangan guna bahasa kesat, datang ke situ sebagai warga yang cintakan perpaduan, apa parti pun."

Beliau bagaimanapun menegaskan, warna kuning bukan milik parti pembangkang kerana sesiapa pun boleh memakainya pada bila-bila masa.
Merdeka: Kit Siang ditawar duduk sebelah PM
2:30PM Ogos 29 2012  
Datuk Seri Rais Yatim menafikan sambutan hari kemerdekaan cuba mengetepikan pemimpin pembangkang dengan tidak menyediakan tempat duduk untuk mereka.

Sebaliknya, kata menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, semua pihak yang hadir akan diberikan tempat kerana ia bukan acara untuk orang BN sahaja.

NONE"Kalau Kit Siang datang awal, boleh duduk di depan dengan perdana menteri sekalipun," katanya ketika diwawancara Utusan Malaysia.

Malah, katanya, kalau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim datang tempat duduk khas di stadium boleh disediakan.

Menurutnya, undangan rasmi telah dihantar kepada ketiga-tiga pemimpin utama pembangkang itu.

"Memang terbaik jika mereka bertiga datang malam itu, kita bukan nak burukkan atau tengking sesiapa, ini demi masa depan negara kita.

"Sebelah pagi juga kita sudah jemput mereka bertiga secara rasminya ke Dataran Merdeka, jangan kata kita tidak jemput pula. Kita alu-alukan semua," katanya lagi.
IGP: Manipulasi angka jenayah 'satu dosa besar'
  • Hafiz Yatim
  • 2:01PM Ogos 29 2012
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mempertahankan perangkaan indeks jenayah dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara dengan menjelaskan tiada manipulasi dilakukan ke atas statistik tersebut.Katanya beliau melakukan "satu dosa besar" sekiranya dilihat memanipulasi data berkenaan bagi menunjukkan kadar jenayah berada dalam kawalan.

Beliau seterusnya meminta supaya dakwaan tersebut dibuktikan untuk membolehkan beliau mengambil tindakan ke atas pihak bertanggungjawab.

Katanya lagi, beliau juga maklum dengan insiden jenayah yang banyak dilaporkan dan polis sedang menangani atau menyiasat perkara itu.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai dakwaan bahawa kadar jenayah itu dimanipulasi, melibatkan jenayah indeks dan jenayah bukan indeks.

Pemuda PAS gesa tindakan pada 'perang bikini'
6:19PM Ogos 29 2012  
Pemuda PAS mendesak pihak berkuasa agama supaya mengambil tindakan tegas terhadap penganjur acara 'perang bikini' yang akan diadakan di sebuah tempat bersantai di Ampang hari ini.

Timbalan ketuanya Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan itu perlu diambil kerana program "mungkar" dibimbangi mengundang bala Allah.

NONE"Pihak penganjur tanpa segan silu turut menggalakkan wanita berpakaian seksi dengan kod berpakaian seksi, mengghairahkan, serta pakaian renang," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Pesta dinamakan "Wet and Mad Wednesday Pool Party: Bikini Wars" (Parti kolam renang Rabu yang basah dan gila: Perang bikini) itu akan diadakan bermula pukul 7 malam sehingga 2 pagi.

Selain itu, Nik Abduh berkata, beliau menganggap acara tersebut sebagai pesta seks yang wajib ditentang oleh semua umat Islam.

Beliau berkata lagi, apa yang lebih menyedihkan apabila pesta tersebut dianjurkan di negara ini.

"Pemuda PAS menganggap penganjur telah menghina agama Islam serta mencarik adab serta norma kehidupan manusia. Manusia sudah dianggap seperti haiwan yang bertelanjang di mana sahaja serta melakukan apa sahaja yang mereka inginkan.

"Manusia sudah kembali ke alam jahiliah di mana wanita dianggap sebagai barang dagangan dan pemuas nafsu lelaki semata-mata," katanya.

Sehubungan itu, Nik Abduh mempersoalkan bagaimana program tersebut mendapat kelulusan serta publisiti yang meluas.

Beliau juga berkata, sebagai sebuah negara Islam, aktiviti seperti itu sepatutnya tidak dibenarkan untuk dianjur sewenang-wenangnya.

"Apakah kerajaan mahu membina masyarakat yang bertamadun hasil daripada program songsang seperti ini? Berapa ramai anak gadis dan remaja beragama Islam akan musnah dengan aktiviti seperti ini.

"Tidak apa yang boleh diharapkan dari masyarakat selain dari gejala seks bebas, penzinaan, pelacuran yang membawa kepada berlakunya kelahiran anak luar nikah, pengguguran, pembuangan bayi dan sebagainya.

"Kami merasa kesal kerana sehingga hari ini tiada tindakan diambil oleh kerajaan serta suara para ulama yang bangkit menentang program seumpama ini.

"Lebih dikesali apabila pusat-pusat hiburan, kelab malam, disko, rumah-rumah urut dibiarkan beroperasi selama ini di pusat bandar raya di negara ini tanpa usaha untuk menutupnya," kata Nik Abduh.
Felda ambil alih hutang peneroka beli saham
5:37PM Ogos 29 2012  
Peneroka yang berhutang dengan bank untuk membeli 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) tidak perlu
lagi membayar kepada bank mulai bulan depan apabila hutang mereka itu diambil alih Felda.
  
NONETimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan (kiri) berkata peruntukan RM360 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membiayai pembelian unit saham itu semalam akan digunakan untuk membayar balik  pinjaman yang dibuat oleh peneroka, kepada 10 konsortium bank.
  
"Jadi, daripada bayar kepada bank yang ada faedah lima peratus setahun, peneroka akan bayar kepada Felda tanpa faedah dalam tempoh lima tahun iaitu kira-kira RM50 sebulan," katanya kepada pemberita selepas menutup Kem Anak Muda Generasi Felda (Kemuda) dan Kursus Induksi Permuafakatan Siswa/Siswi Felda (Persada) 2012 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang hari  ini.
  
Najib semalam mengumumkan Felda memperuntuk RM360.7 juta untuk membiayai sepenuhnya 800 unit saham yang diberi kepada setiap peneroka bagi meringankan beban mereka dalam pemilikan saham itu.
  
Ahmad berkata peralihan itu akan dilakukan secara automatik dan pembayaran balik kepada Felda boleh dilakukan dengan potongan pendapatan, di mana ia bakal memberi keuntungan lebih kepada peneroka apabila mereka tidak dikenakan sebarang faedah ke atas pinjaman itu.
  
Beliau berkata dengan itu, pihak peneroka juga dapat melakukan urusniaga saham mereka pada bila-bila masa tanpa sebarang syarat, dan ia juga dapat mengelakkan 'jualan paksa' di mana jika mereka berhutang dan masih belum melunaskan bayaran penuh kepada bank selepas enam bulan, mereka perlu menjual saham itu, sekaligus merugikan sekiranya harga saham  pada masa itu rendah.
  
Kita tak bagi (pinjaman ini) sebelum ini sebab kita tak jangka berapa keuntungan yang kita dapat. Tapi akhirnya kita dapat RM10 bilion, RM6 bilion untuk Felda dan RM4 bilion untuk FGV, jadi kita ada dana lebihan untuk kita bantu lagi peneroka,"  katanya.
  
Sementara itu Ahmad turut menafikan tuduhan pihak pembangkang bahawa pemilikan peneroka terhadap saham FGV terlalu sedikit, malah Felda dan peneroka adalah pemegang utama saham itu 39.5 peratus.
  
Beliau berkata 17 peratus saham itu adalah milik Felda, dan 22.5 peratus lagi milik peneroka iaitu 2.5 peratus daripada pemilikan 800 unit saham dan 20 peratus tabung amanah.
  
Saham itu juga turut dimiliki syarikat atau organisasi tempatan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 7 peratus, Tabung Haji 7 peratus dan kerajaan Sabah serta Pahang masing-masing 5 peratus, sekaligus menafikan dakwaan bahawa  saham itu banyak dimiliki oleh syarikat asing, katanya.

- Bernama
Pengarah besar Felda didakwa 'disingkir' ke Rom
1:26PM Ogos 29 2012  
Datuk Dzulkifli Abd Wahab kini "disingkirkan" sebagai pengarah besar Felda dan akan dipindahkan ke Kementerian Asas Tani serta ditugaskan ke Rom, Itali, dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

Presiden NGO antipenyenaraian Felda itu Mazlan Aliman berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas Lembaga Pengarah Felda pagi semalam, lapor Harakahdaily.

NONEPerkara itu akan dimaklumkan kepada Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebelum dibawa kepada perhatian perdana menteri, dakwa Mazlan (kanan) lagi.

November tahun lalu Dzulkifli (kanan) dilapor diarah bercuti dan mengikuti kursus pengurusan lanjutan bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda.

ANAK bagaimanapun beranggapan tindakan itu ekoran beliau tidak disenangi kerana didakwa menentang usaha menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun ketika diminta mengesahkan dakwaan itu enggan mengulasnya dan minta ia dirujuk kepada Isa sendiri.

"Tak payah komenlah. Awak tanyalah Isa Samad hari ini," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang hari ini.

Usaha mendapatkan komen Isa setakat ini masih belum berhasil.


Laporan tambahan oleh Zulaikha Zulkifli.
NGO Islam buat laporan polis terhadap Karpal, Donald Lim
  • Abdul Rahim Sabri
  • 4:04PM Ogos 29 2012
 
Sebuah gabungan NGO Islam hari ini membuat laporan terhadap dua pemimpin politik kerana didakwa membuat kenyataan yang bersifat menghasut dan menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat awam tentang kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam laporan polis itu dibuat Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) - gabungan 40 NGO Islam - terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim.

Dalam laporannya,  Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahya mendakwa kenyataan Karpal itu dilaporkan oleh The Malaysian Insider dan The Star Online.

NONEMenurutnya, kenyataan tersebut disiarkan dengan tajuk "Hudud can't be implemented in secular Malaysia" (Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia yang sekular) dan "PAS defying constitution by declaring Islamic State" (PAS tentang perlembagaan kerana isytihar Negara Islam).

Manakala kenyataan Donald  pula dilaporkan dalam portal Malaysiakini.com, bertajuk "MCA Selangor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam".
Dalam kedua-dua laporan itu Karpal dilapor mendakwa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia yang dianggapnya sebagai sebuah negara sekular.

Manakala Donald pula dilapor berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.
Dalam laporan polis itu, Aminuddin mendakwa ketiga-tiga artikel berkenaan "berniat jahat serta mengelirukan masyarakat awam".

Sehubungan itu, Aminuddin berkata laporan polis itu dibuat bagi membolehkan polis menyiasat kenyataan kedua-dua pemimpin itu mengikut Akta Hasutan atau undang-undang yang bersesuaian demi menjaga ketenteraman awam.

Laporan itu dibuat di ibupejabat polis Dang Wangi kira-kira jam 2.05 petang tadi di mana Aminuddin mengetuai kira-kira 20 anggota NGO gabungan itu yang turut hadir untuk memberi sokongan.

Dalam sidang media selepas itu, Aminuddin menempelak kedua-dua pemimpin politik itu termasuk mana-mana pihak yang sealiran dengan mereka yang didakwanya membiarkan kenyataan "tidak berwibawa dan berprasangka jahat" terhadap Islam dibuat.
Seksyen 114A: 3 pemimpin BN berdepan amaran
  • Kuek Ser Kuang Keng
  • 3:01PM Ogos 29 2012
 
EKSKLUSIF Kabinet telah menerima cadangan supaya tiga pemimpin BN diberi amaran kerana menyuarakan bantahan terbuka terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan 1950.

NONEMereka adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk
Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu (kiri) dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Sumber-sumber kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa kabinet membuat keputusan itu dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Ogos.

Satu sumber mendedahkan, dicadangkan perdana menteri atau timbalannya memanggil dua timbalan menteri berkenaan dan memberi amaran kerana tindakan mereka bertentangan dengan pendirian kerajaan.

saifuddin abdullah taylors 050812Katanya, terdapat juga cadangan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz supaya bertemu dengan dua timbalan menteri dan Khairy untuk mendengar pandangan mereka, dan menyediakan kepada mereka penjelasan kerajaan.

Sehari sebelum mesyuarat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu berada di luar negara mengarahkan kabinet membincangkan kontroversi itu ekoran bantahan besar dalam talian yang digelar "Hari Cegah Siar Internet".

Bagaimanapun, mesyuarat memutuskan tidak menyemak semula pindaannya. Keputusan itu kemudiannya dijelas dan ditegaskan kembali oleh Nazri.

Menurut sumber lagi, kabinet berpandangan jika tiada tindakan diambil, ia akan menjejaskan kewibawaan kerajaan dan melemahkan pentadbiran.

"Kabinet juga berpendangan ketiga-tiga pemimpin itu secara terbuka mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan dasar kerajaan," tambah sumber itu.





 
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan: