Isnin, 26 September 2011

NAK KOMEN SUSAH...ULAMAK MEMBISU TENTANG ARTIS....HIDUP KITA MENEMPUH SAKIT DAN MATI..TU HAKIKAT...HIDUPLAH DENGAN TAKWA...

Sukar bernafas: Ahmad Jais dipindahkan ke ICU
Sep 25, 11 7:55pm

Penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau dikenali sebagai Ahmad Jais, 75, yang dimasukkan ke Unit Separa Rapi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) di Shah Alam semalam, dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat sukar bernafas awal pagi ini.

Anak keempatnya, Maimun, 31, berkata bapanya kini dalam keadaan stabil.

veteran singer, ahmad jais"Ayah sekarang bernafas melalui mesin bantuan pernafasan bagi membolehkan oksigen masuk terus ke paru-parunya, dan doktor sedang melihat progress ayah.

"Ayah memang ada asma dan bila beliau diserang batuk, itu menyukarkan pernafasannya. Doktor beritahu masih terlalu awal untuk tentukan sampai bila ayah akan berada dalam keadaan ini," katanya ketika ditemui di Shah Alam hari ini.

Maimun turut meminta agar saudara mara, rakan-rakan dan peminat mendoakan kesihatan bapanya.

Ahmad Jais dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu semalam selepas mengalami masalah sesak nafas.

Menurut anaknya, beliau mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 Sept lalu, tetapi sakitnya mula serius pada malam Khamis lalu sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20 di Shah Alam.

Beliau kemudian dipindahkan ke DEMC awal pagi semalam kerana mempunyai rekod perubatan di situ.

- Bernama





Hadis Ke Tiga Puluh Lima : -


LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA


H.R. TERMIZI



Daripada Ali bin Abi Thalib ra ... Rasulullah SAW Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".





Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Memey-Norman Sah Bergelar Suami Isteri

Memey dan Norman kini sah bergelar suami isteri.

PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim, 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, pada Sabtu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah mukim Kambau, Kota Tinggi, Zulkifli Tarmizi berwalikan bapa Memey, Suhaimi Sawarni, 49.

Pada majlis tersebut, Memey turut menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran.

Sementara Norman menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.

Keseluruhan hantaran kedua-dua belah pihak dianggarkan berjumlah RM40,000 yang digubah oleh Iezla Bridal merangkap perunding perkahwinan.

Memey dan Norman kelihatan sama cantik sama padan mengenakan baju pengantin berwarna mengikut kulit rekaan Ezuwan Ismail.

Memey menerima hadiah hantaran daripada Norman. - Foto RAHMAN EMBONG

Selain keluarga kedua-dua belah pihak, majlis ini turut dihadiri dan disaksikan oleh 1,000 tetamu.

Menurut Norman, dia akan membawa Memey berbulan madu di Paris dalam masa yang akan ditetapkan kemudian dan seterusnya dijangka ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada tahun depan.

Pada malam Sabtu, pasangan ini melangsungkan majlis malam berinai di rumah pihak perempuan di mana Memey mengenakan baju busana berkonsepkan kontemporari berwarna peach manakala Norman dengan baju tradisional berwarna hitam yang disediakan oleh Iezla Bridal.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan dilangsungkan di rumah pihak perempuan pada Ahad dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman. Pakaian persandingan direka oleh Hatta Dolmat manakala untuk upacara memotong kek direka oleh Rizman Ruzaini.

Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.

Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.

Menariknya Memey akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya pada 28 September itu.

Menurut perancang perkahwinan mereka, Billbora, gaun yang menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong.

Memey akan mengenakan dua gaun pengantin pada majlis tersebut dan salah satunya daripada rekaan Vera Wang yang berkonsepkan Bohemian. Bagaimanapun ia bukanlah ditempah khas sebaliknya dibeli oleh pihak Rafflesia yang inginkan kelainan pada majlis tersebut.

Sepasang lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.

Bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord's Taylor bernilai RM10,000 setiap satu.

Menarik lagi, keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.

Selain Rafflesia, Lord's Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey manakala yang kedua bagi Norman.

Norman pernah berkahwin dengan pelakon Abby Abadi pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.


Riuh Raya ERAthon Catat Rekod

Penyampai Era FM ketika di majlis rumah terbuka Era dan majlis penerimaan sijil rasmi ’Rombongan Jelajah Paling Jauh Oleh Sebuah Stesen Radio’ daripada Malaysia Book Of Records. - Foto AZLINA ABDULLAH

PETALING JAYA: Program Riuh Raya ERAthon yang dianjurkan oleh stesen radio Era FM telah mencatat rekod 'Rombongan Jelajah Paling Jauh Oleh Sebuah Stesen Radio Dalam Masa 48 Jam' menerusi Malaysia Book Of Records.

Menurut deejay Syaiful Reza Mohamed (Reza), rekod tersebut diberikan mengikut penjelajahan 11 buah negeri dan dua wilayah sejauh 1,800 kilometer ke rumah pendengar bertuah sepanjang musim perayaan Aidilfitri bermula 3 hingga 4 September lalu.

“Dalam masa sehari, kami yang terdiri daripada 19 orang deejay dan krew berjaya berkunjung ke 20 buah rumah di beberapa buah negeri dengan menaiki lima buah kenderaan Honda diiringi pasukan bermotosikal Enduro Malaysian Chapter (EMC).

“Antara lokasi yang dikunjungi adalah Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Perak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Reza: “Program ini lebih menarik dan meriah apabila pendengar yang menerima kunjungan kami turut mengumpul 16 adik-beradik dan ada juga yang menyambut ketibaan kami dengan paluan kompang."

Reza yang telah berkhidmat sebagai deejay Era sejak lima tahun lalu akui stesen radio tersebut semakin mendapat sokongan dan perhatian pendengar.

“Saya dapat rasakan pendengar program yang dikendalikan saya iaitu Petang Era pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 4 hingga 8 malam semakin bertambah kerana kebanyakannya menggemari konsep program tersebut yang lebih santai.

“Malah kami mendapat respons menerusi kajian AC Nielsen bahawa program ini diiktiraf sebagai program nombor satu di kalangan pendengar berusia 24 hingga 37 tahun,” katanya yang mengendalikan program tersebut dengan deejay Adifashla.


SILA LIHAT CARA PENUTUPAN AURAT MEREKA...ADAKAH MEREKA MENGIKUT SYARIAT...PERGAULAN MEREKA MACAM MANA...

Tiada ulasan: