Rabu, 21 September 2011

BOLEH PERCAYA...LAH NI BERSAKSI KE LUTUT...AKHIRAT SEMUA ANGGOTA BADAN@TUBUH MENJADI SAKSI...AGAK2 PENIPU2 NI BOLEH MENANG KE..LA NI BOLEHLAH BERLAGAK

Pemohon PR diingatkan mengundi 'parti pemerintah'
Aidila Razak
Sep 20, 11
2:52pm

Seorang pemastautin tetap yang memohon mendapatkan kewarganegaraan negara ini mendakwa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkannya bahawa tugas utamanya, jika diberi kerakyatan, mengundi “parti pemerintah ".

Dalam temu bual e-mel, pemohon yang lahir dan dibesarkan di Malaysia itu berkata, pegawai berkenaan berkata demikian ketika dia diwawancara dalam proses mendapatkan kerakyatan.

azlan"(Mereka bertanya kepada saya) Apa yang anda akan lakukan dengan kewarganegaraan Malaysia? Apakah tugas utama anda?

"Saya jawab bahawa saya akan sokong perjuangan anak-anak muda kerana ia minat saya," katanya, sambil meminta identitinya tidak didedahkan kerana bimbang menjejaskan permohonan itu.

"(Mereka menjawab) Salah! Jawapan yang betul ialah mengundi parti pemerintah kerana mereka memberi anda taraf penduduk tetap."

Pemohon yang menghubungi Malaysiakini Sabtu lalu berkata, ibu bapanya juga dimaklumkan perkara yang sama. Mereka berhijrah ke Malaysia dari Asia Selatan pada tahun 1970-an apabila ditawarkan jawatan profesional di negara ini.

"Saya tidak ingat apa yang saya katakan selepas itu, mungkin sesuatu tentang 'bagaimana jika parti pemerintah berubah pada masa depan, semasa saya layak mengundi,' yang mereka kata tidak mungkin,” katanya.

"Taraf penduduk tetap bukan 'hadiah'. Saya dilahirkan dan dibesarkan (di sini), tetapi kerana kekurangan jus soli, saya dilabel rakyat asing."

(Jus soli merujuk kepada prinsip bahawa kewarganegaraan seseorang ketika lahir ditentukan oleh tempat kelahiran.)


Pemuda Gerakan kesal dakwaan Benz kelas-S
Sep 20, 11 7:31pm

Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin telah menafikan bahawa beliau membuat kenyataan mendakwa naib presiden PKR Tian Chua memiliki Mercedes Benz kelas-S.

Sebaliknya, dalam satu kenyataan akhbar beliau menjelaskan bahawa dia menggunakan perkataan "menggunakan" dan bukannya "memiliki".

gerakan ndc 311009 lim si pin"Dalam ucapan saya kepada persidangan perwakilan pemuda Gerakan Pulau Pinang tahunan pada 17 Sept, saya ada rujuk bahawa Tian Chua 'menggunakan' Mercedes Benz tetapi saya tidak mengatakan bahawa dia 'memiliki' Mercedes Benz," katanya.

Lim (kiri), bagaimanapun, mengakui bahawa beliau mungkin telah dikelirukan kereta Chua jenis kelas-F dengan Mercedes kelas-S.

"Saya kesal kerana saya mungkin telah membuat kesilapan dalam mengenal pasti Mercedes Benz kelas-E yang dimiliki oleh Tian Chua dengan Mercedes Benz kelas-S. Kesilapan amat dikesali dan tidak akan berulang lagi."

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Tian Chua mengeluarkan kata-dua semalam untuk Lim memohon maaf atau berdepan dengan saman fitnah.

Dakwaan Lim bahawa ahli parlimen Batu itu memandu kenderaan RM800, 000 dengan gaji RM8, 000, menurut Tian Chua, cuba menyindir kononnya beliau mengamalkan rasuah.

Namun Lim menafikan bahawa beliau menaruh sebarang niat berkenaan.


Hanya 37 rakyat Bangladesh diberi kewarganegaraan
Sep 20, 11 12:24pm

Hanya 37 rakyat Bangladesh yang diberikan kerakyatan Malaysia sejak 1998 sehingga Ogos tahun lalu.

“Daripada jumlah tersebut, hanya 14 layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 akan datang sekiranya berdaftar sebagai pemilih,” kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said dalam satu kenyataan media.

NONEMenurut Jariah, daripada 37 orang itu, 18 diberikan kewarganegaraan pada 2010, lima pada 2009, satu pada 2006, dan dua orang bagi tahun-tahun 2008, 2003 dan 1998.

Tambahnya, sehingga bulan Ogos lalu, hanya empat orang yang diberikan kewarganegaraan.

Daripada pecahan peruntukan itu, lima individu diberikan sijil kewarganegaraan kerana adalah merupakan isteri kepada warganegara Malaysia, manakala empat lagi adalah permohonan kewarganegaraan bagi anak kepada warganegara Malaysia

Sembilan diberikan kewarganegaraan selepas menjadi penduduk tetap lebih 12 tahun, seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 19, perlembagaan persekutuan.

19 lagi lagi diberikan kewarganegaraan mengikut Perkara 15A untuk permohonan dalam keadaan khas bagi kanak-kanak berusia bawah 21 tahun.

bangladesh prime minister office ngo affairs bureau 180911 01Kenyataan ini dikeluarkan berikutan laporan sebuah agensi kerajaan Bangladesh di laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Sheikh Hasina yang mendakwa bahawa pekerja negara itu di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Bagaimanapun, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur menyifatkan laporan itu sebagai tidak berasas dan bermotif jahat dengan sesetengah pihak mahu menghancurkan hubungan baik antara Bangladesh dan Malaysia,"


Zaki: Mahkamah adil, k'jaan kalah banyak kes
Andrew Ong, Hafiz Yatim & Salhan K Ahmad
Sep 20, 11
1:49pm

Bekas ketua hakim negara Tun Zaki Azmi menepis pandangan bahawa bahawa mahkamah di negara ini tidak bebas memandangkan kerajaan juga kalah dalam banyak kes yang dibawa ke mahkamah.

Zaki mengakui bahawa persepsi itu sukar untuk diubah namun keputusan mahkamah seperti yang dijalankan ke atas Felda supaya membayar sejumlah RM11 juta kepada sekumpulan peneroka di Kelantan menunjukkan perkara sebaliknya.

zaki azmi interview 140911"Bagaimanapun, persepsi masyarakat umum bukan perkara yang benar. Saya cadangkan, anda semak semua kes itu. Gali semula, berapa kes yang kerajaan telah tewas. Contoh paling baik ialah kes Felda (Kemahang 3)... Saya beri RM11 juta kepada peneroka.

"(Persepsi) itu tidak penting, saya telah buat keputusan. Saya terima maklum balas (yang bertanya) 'kenapa anda buat keputusan (seperti itu)?'. Tapi saya jawab itu adalah undang-undang kerana peguam Felda tiada di situ (gagal hadiri prosiding).

"Jadi, samanlah peguam," katanya lagi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, sehari selepas beliau menamatkan tempoh perkhidmatannya pada Selasa lalu.

Pada 19 Januari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan menafikan permohonan Felda untuk mengenepikan rayuan ke atas keputusan supaya lembaga berkenaan membayar RM11 juta kerana menipu 354 orang peneroka.

Ketika membacakan keputusan itu, Zaki berkata mahkamah berpuas hati bahawa tiada apa-apa bahagian dalam undang-undang itu yang perlu diteliti oleh Mahkamah Persekutuan dan seterusnya mengekalkan keputusan oleh Mahkamah Tinggi dan juga Mahkamah Rayuan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Zaki turut menyatakan bahawa ramai tahanan yang membuat permohonan habeas corpus telah dilepaskan dan kerajaan tewas dalam kes berkenaan.

“Tengok sahaja berapa ramai yang kita telah lepaskan... Saya katakan dalam ucapan saya – lebih susah untuk tukar persepsi daripada mengatakan bahawa mahkamah berat sebelah atau tidak, jika satu keputusan itu pro-kerajaan atau sebaliknya," katanya lagi.

Menurutnya lagi, beliau berpandangan bahawa lebih banyak keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan sejak beberapa tahun lalu.

Zaki juga berkata, satu pekeliling telah dikeluarkan sebelum untuk mengarahkan hakim Mahkamah Tinggi untuk mendengar kes habeas corpus dalam tempoh sebulan manakala di Mahkamah Persekutuan pula dalam tempoh sebulan selepas itu.

“Paling lama, ia akan (ambil masa) enam bulan dan berbeza dengan sebelum ini kes habeas corpus akan didengar atau diselesaikan dalam tempoh dua tahun. Keputusan seperti itu akan dikira akademik (apabila dibuat). Di United Kingdom, mahkamah akan bersidang pada hujung minggu dan selepas waktu kerja apabila berkaitan habeas corpus.

Kes tertangguh berkurangan

Zaki berkata beliau dibawa masuk sebagai Ketua Hakim Negara untuk menyelesaikan longgokan kes tersebut – ada di antaranya terpaksa menunggu antara 10 hingga 15 tahun untuk diputuskan.

“Jika begini keadaannya, tiada keadilan. Jika seseorang diletakkan di dalam tahan dan kes habeas corpus mengambil masa dua tahun, adakah ini keadilan?" katanya lagi yang mengakui bahawa terdapat kes yang berlarutan sehingga tiga bulan atas sebab tertentu.

zaki azmi interview 140911"Paling lama ia (ambil masa) enam bulan. Tetapi sebelum saya bersara, saya beri arahan kepada Mahkamah Persekutuan untuk dengar kes habeas corpus dalam tempoh dua bulan," katanya lagi.

Katanya lagi, bukan peguam kerajaan yang selalu memohon untuk menangguhkan kes habeas corpus. Sebaliknya, berdasarkan nota rayuan, peguam plaintif yang memohon untuk penangguhan atas alasan untuk membuat rundingan dengan kerajaan.

“Saya tidak ada rekod tapi anda boleh tanya pengganti saya (Tan Sri Arifin Zakaria), siapa yang melengah-lengahkan? Bukan kerajaan (yang melengahkan kes).

"Jika anda kata anak guam anda ditahan secara salah, anda mahu supaya kes itu bergerak secepat yang boleh supaya dia boleh dibebaskan sekiranya dia tidak bersalah.

"Ada satu kes yang saya (hakimi) di Mahkamah Persektuan, terdapat 15 penangguhan dan kesemua ini dibuat oleh peguam kepada tahanan," katanya lagi.

Dalam ucapan terakhirnya di satu persidangan hakim awal bulan ini, Zaki berkata sebanyak 95,523 kes sivil dan 4,544 kes jenayah yang tertunggak di Mahkamah Tinggi.

“Untuk kes sivil, kes berkenaan didaftarkan seawal 1987 lagi manakala kes jenayah pula didaftarkan sejak tahun 2,000.

“Sekarang, kes sivil tertunggak telah dikurangkan kepada 27,723 kes, pengurangan sebanyak 71 peratus dan untuk kes jenayah pula dikurangkan sebanyak 16 peratus kepada 3,803 kes," katanya.
  • Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International
    Adil atau tidak Mahkamah bukannya bergantung kapada banyaknya jumlah kerajaan kalah kes....Inilah bahananya bila dilantik bekas Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO jadi Ketua Hakim Negara....Keadilan bukan saja mesti dilaksanakan tetapi yang lebih penting mesti kelihatan dilaksanakan...Beliau kelihatan amat kuat mempertahankan kerajaan semasa sebagai contoh dengan ungkapan ini....Saya tidak ada rekod tapi anda boleh tanya pengganti saya (Tan Sri Arifin Zakaria), siapa yang melengah-lengahkan? Bukan kerajaan (yang melengahkan kes).....ADILKAH DAN LAYAKKAH SEBAGAI SEORANG BEKAS KETUA HAKIM NEGARA MENGELUARKAN KATA-KATA SEDEMIKIAN? KALAU INI BUKAN MENGAMBARKAN YANG BELIAU AMAT PRO KERAJAAN SEMASA....... NAK KATA APA?
  • Nunalifwaualiflam Haalifdalya · Pengulas Tertinggi · Tasikmalaya
    kerajaan byk kalah jadi secara teknikalnya kerajaan byk buat salah..
    • Uwais Al Qarni · Pengulas Tertinggi
      orang tua tu hanya layak jd hakim bila pemilihan umno diadakan. tentukan siapa yg buat rasuah tp x bersalah mcm kes KJ dgn Ali Rustam.
    • Sahar Sahat · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      kerajaan BN sebenarnye yg banyak buat salah.
      suka langgar undang2 dan suka buat sesuka hati diorang je.

      yg kalah tu kes kecik2 je. yg melibatkan menteri BN dan kroninye tetap diorang menang. kalau melibatkan pemimpin pembangkang sah kerajaan BN menang jugak.
    • Zainal Lazim · Pengulas Tertinggi · Open University
      betul NH tiada yg tak betul melainkan betul belaka
  • Zainal Hashim · Pengulas Tertinggi · ITTAR
    kerajaan ego.. hanya mahu kalah pada kes-kes orang kecil/bawahan saja.. kes berskala besar terutama melibatkan ahli politik parti BN/parti kerajaan ke mahkamah pun tak singgah.. tersimpan dalam kocek SPRM.. Mahkamah apa macam ini... budak bodoh pun boleh jawab...
    • Husien Ramlee · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Contractor
      ni menunjukan demokrasi di Malaysia subur,,sistem kehakiman adalah bebas dan tidak dipengaruh oleh mana-mana pihak..tahniah DS Najib dan UMNO kerana menjadikan negara ini aman like penyataan ini untuk memberi sokongan
    • Pejuang Keadilan · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      Husien Ramlee x ada pn nak like ko pnya komen dogol
    • Ka Zri · Pengulas Tertinggi · Johor Bahru
      Pejuang Keadilan mcm bdk2...nak like or tak like....hehehhe...kita wat sesuatu tak semestinya org suka or tak....yg penting kita buat apa yg kita suka buat....pedulikan apa org kata....
  • Wan Hafizam · Pengulas Tertinggi
    Adil puki kau lah orang tua.....sampai mati lah kau akan di sumpah seranah kerana bersekongkol dengan petualang2 dalam Bn.Muka kau pun tak macam orang baik2...Jalanggg
  • Saaid Ramdzan · Pengulas Tertinggi · Royal Military College, Sg Besi
    ."To be old and wise you need to young and stupid"tapi ni dah pencen pun tak habis lagi kurang pandainya.1.sebenarnya kerajaan banyak kalah kerana kes2 yg tak betul bawak kemahkamah, kes2 yg betul simpan bawah meja.2. Mungkin Pegawai Pendakwa ramai yg takut nak tekan minyak kerana takutkan Bos dari takutkan allah.3.Ada yg main tarik tali..kadang2 hulur, kadang2 tarik, ikut arahan yg diatas.cakap lebih pindah ke hulu, tak naik pangkat, yg ikut macam lembu cucuk hidung bolih la sampai pencen..tapi dah pencen tu sedor2 lah ye, kerana lebih ramai org pencen yg akan mati berbanding dgn yang masih bekerja, dah semakin tua la kan, kubur pun dah kata mari.
  • LM Lee · Top Commenter · Ngee Ann Polytechnic
    Mengapa kerajaan kalah? Ini adalah kerana Peguam Negara yang tidak mempunyai bukti kukuh dan meluluh untuk saman rakyat. Semalam sahaja, Datuk Kamaludin Mohd Said memberitahu hakim dalam case Bersih 2.0 yang beliau "confused from the beginning" sebelum pun dibicarakan. Inilah standard DPP kita yang sangat memalukan. Umumnya, peguam2 yang cerdik kesemuanya berada di Bar Council dan yang kurang cerdik semuanya berada di Peguam Negara....
  • Man Sai · Top Commenter
    Itu bagi kes yang tidak menggugat kedudukan UMNO BN. Bagaimana pula jika melibatkan kes yang boleh menggugat UMNO BN? Sebagai contohnya kes fitnah keatas Anwar Ibrahim? Kerana DSAI adalah individu yang boleh mengancam kedudukan UMNO BN. Harap-harap mahkamah benar-benar bertindak adil. Ramai pakar undang-undang berpendapat bahawa sepatutnya kes DSAI ini telah ditutup kerana banyak fakta dan bukti pertuduhan yang boleh dipertikaikan. Tetapi kes ini masih juga diteruskan. Kita mengharapkan keadilan untuk DSAI.
  • Diplomatik Bebas · Top Commenter · Friends with Azhar Arsad III
    Manual Umat Islam ialah AlQuran. Kalau KITA nie sebagai HAMBA kepada ALLAH, kenapa pula kita nak kena buat MANUAL antara Manusia.

    Buang masa jer nak siasat sampai 15 tahun.

    Pokok pangkalnya HATI. Bila HATI dah buat salah, mesti ada perasaan INSAF. Tapi kalau buat salah, tiba2 orang kata perkara kecil, sampai PERWAJA bankrap, isu PKFZ, isu Royalti minyak Terengganu pun mcm isu kecil, maka HATI kita akan jadi GELAP.
    ...See More
    • Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
      betul3senang je dia org nak kebas duit rakyat ya,kita siang malam kerja hanya utk makan anak isteri je,padahal malaysia tersangat kaya,cakap je mlsia warga asing dah tau mlsia sebuah negara yg kayaraya,tapi sayang seribu kali sayang rakyat nya miskin
    • Diplomatik Bebas · Top Commenter · Friends with Azhar Arsad III
      Bayangkan NEGARA jiran kita SINGAPORE tu lansung tak der sumber ASLI boleh menjadi PEMAIN DUNIA PERNIAGAAN GLOBAL. Padahal Singapore tu air pun beli ngan kita.

      Kita nie yg ada mcm2 semua KENA KEBAS ngan KRONI2 BN.

      Memang sampai bila2 la KENA KERJA KERAS. Belajar la tinggi mana pun, kalau dah Sistem Zionis serta Piramid di amalkan.. letak 1000 Mahkamah pun tak guna...
    • Zanirun Baba · Top Commenter · 57 years old
      Kamu tu UMNO TOTOK..takan nak ckp mahkamah tak adil..bukan kamu yg boleh buat penilaian..tapi RAKYAT..bukan pada satu kes tapi banyak...RAKYAT bukan bodoh AZMI..Skrg kau dah pencen..dan MATI akan menyusul.. ALLAH yg akn mengadili kamu..INGAT TU!
  • Sarina Muhamad · UKM Bangi
    kalau k'jaan menang banyak kes pun, blum tentu adil pada rakyat, hanya dimata awam je...hakikatnya...pikir la bila kita berkuasa, e'thing possible.
    • Jehan Bakar
      U are right Sa! Sometimes ada political intervention in deciding the case, and the judges cannot be truly impartial bcoz of their periuk nasi. It happens a lot, actually.
  • Man Kadir · Top Commenter · Friends with Sal Mohamad
    Cukuplah makan pencen jangan nak jadi pencacai najib pulak .... APA MACAM?
  • Mohd Rejab Ahmad · Top Commenter · Works at Own business
    apa kata khir toyo bila dia didapati ada kes untuk di jawab.katanya, ada tangan tangan dari putrajaya dan 3 menteri di syaki terlibat.kalau orang umno pun depa sanggup lakukan kawan makan kawan, apatah lagi pembangkang...kalau adil tentu kes razak baginda , pendakwa raya akan buat rayuan tapi sehingga kini tidak.
  • Hasrul Malek · University of Melbourne
    Aku pelik cm mana org mcm ni boleh jd ketua hakim? Nk kuarkan statement kononnya nk bgtau krajaan ni adil tp mendedahkan silap sendiri...ish ish...kaki bodek y tak bertempat@bodoh...mybe kot...
  • Cerita Kedaikopii · Top Commenter · Friends with Wafer Comei
    alah..kasi yang ssaman kecik2 je..cuba kasi yang saman 510 juta ni pulak..tgk cammn?
    lgpon kalah saman tuh mmg sbb kesalahan dr pihak kerajaan..
  • Cahaya Jati · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    kerajaan DACING.....tentulah kena timbang timbang, agak agak....kalau tak orang kata berat sebelah plak.....
  • kelab PENYOKONG TOKGURU
    MAHKAMAH ADIL KERAJAAN KALAH MACAM FILEM 50 AN JE
    INILAH MALAYSIA IKUT UNDANG JENAYAH BRITAIN
  • Fizrin Roksul · Top Commenter · Director at Own business
    gaji zaki ni kjaan bayar..so kena le ampu pd kjaan masa bkhidmat..saper2 pun gitu.dlm ofis ikut ckp bos je le, klu lawan kena buang.
  • Aminuddin Jusoh · Top Commenter · Friends with Fazidah Ahmad
    memang adil.. sebab tu.. ada kes sampai mati... kah kah kah.
  • James Valentino Js · Top Commenter · SEGi College Malaysia
    DAH PENCEN BARU NK JADI HERO.......SETAN BETUL.
  • Bicara Che Wan · Top Commenter · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG at Masjid Kayu
    MEMANG KERAJAAN BANYAK KALAH KES.. TETAPI BUKAN KES YANG MELLIBATKAN KES POLITIK.. PERBICARAAN KES FELDA TIDAK BOLEH DIJADIKAN SANDARAN UNTUK MENYATAKAN SISTEM MAHKAMAH DAN KEADILAN DI MALAYSIA TELUS..AKAN TETAPI.. APABILA SAJA BERLAKU ISU2 POLITIK DAN SEMAKAN KEHAKIMAN BERKAITAN PERTEMBUNGAN POLITIK ANTARA KERAJAAN DENGAN PEMBANGKANG.. MAKA RAKYAT AKAN DAPAT MELIHAT ARAH KECENDERUNGAN YANG BERLAKU..

    LIHAT SAJA KEPUTUSANKES2 POLITIK.. BERLAKU PERBEZAAN KETARA BAGAIMANA PEMAHAMAN TENTANG UNDANG2 ANTARRA HAKIM ITU SENDIRI BERBEZA... DI PERINGKAT MAHKAMAH TINGGI UMPAMANYA..BANYAKK KES MAHKAMAH TINGGI YANG MENYEBELAHI PEMBANGKANG.. TETAPI APABILA DIRAYU DAN DIBICARAKAN DI MAHKAMAH YANG LEBIH TINGGI.. MAKA KEPUTUSAN PASTI AKAN BERUBAH DAN KEMBALI AKAN BERPIHAK KEPADA KERAJAAN.

    SATU CONTOH KLASIK ADALAH DIMANA DALAM MASA BEBERAPA JAM SAHAJA HAKIM MAHKAMAH RAYUAN MEMBENARKAN PERMOHONAN MENTERI BESAR PERAK UNTUK MENANGGUHKAN KEPUTUSAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI YANG MENGISYTIHARKAN MENTERI BESAR YANG SAH ADALAH NIZAR JAMALUDIN.. KEPUTUSAN HAKIM MAHKAMAH RAYUAN ITU TELAH MENYEBABKAN NIZAR JAMALUDDIN GAGAL UNTUK KEMBALI KE KERUSI DAN JAWATANNYA... DAN AKHIRNYA RAKYAT DAPAT MELIHAT BAGAIMANA KEPUTUSAN SELANJUTNYA DIBUAT OLEH PARA HAKIM YANG ARIF LAGI BIJAKSANA
  • Letung Lilih · Top Commenter · UiTM Shah Alam
    Dia kata mahkamah adil, tetapi bila sampai ke kes berprofail tinggi dan yang dikenal membantutkan kes penipuan BN amnya umno, memang nampak tidak adil. Contohnya kes pebunuhan dan kes fitnah. Budak yang berumur sepuluh tahun pun sekarang tahu mahkamah dan menteri BN berkerjasama.
  • Adam Sejodoh · Top Commenter
    Kes yang kecil2 memang le, tapi kalau kes DUN Perak, kes DSAI dan ada lagi yang kita tak mahu sebut, mahkamah sebagai bunga2 jer, keputusan ada di tangan PAK DALANG. Tiada guna kita cakap pasal keadilan kalau hakim tidak boleh membuat keputusan. Para hakim tahu semua itu..
  • Apai Lambung · Top Commenter
    Kes FELDA tu dah terang2 membohong..
    OER 24% , UMNO FELDA temberang kata 16%...
    Peneroka Melayu kena bohong dgn UMNO..
    Lps tukar gomen.. Zaki ni kira dalam first line up masuk mahkamah..
  • Abu Taqi · Businessman at Taqi Holdings Sdn Bhd
    Setuju dan betul, tetapi tidak dalam kes2 yang boleh mengugat kedudukan Pemimpin dan kroninya sepertimana yang berlaku sekarang.
  • Zakri Long
    Di akhirat nanti, hakim-hakim yang penipu dan tidak berlaku adil......terimalah balasan dari Allah....
  • Mannszar Czar · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    Hari ini kerajaan byk kalah di mahkamah PRU13 kerajaan byk kalah di setiap negeri.
  • Ahmad Shah · Top Commenter · CEO at Self employed
    kalah = salah = KEREjaan.
  • Saidin Jusoh · Top Commenter
    Bila kerajaan kalah banyak kes sebab dah tak boleh tipu lagi. Dah terang lagi bersuluh. Kalau mahkamah menangkan jugak, tu dah tahap Zimbabwe.
  • Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengai
    kes rahim tamby chik, kes dun perak, kes kasitah gadam, kes altantuya semuanya jadi tanda tanya pada raayat.
  • Hawks Lone · Top Commenter · Sekolah Menengah Damansara Utama
    kes kecik, kerajaan kalah. tapi kes besar, rakyat kalah...
  • Fasya Zainal · Top Commenter
    Zaki terang2 mengatakan bahawa kerajaan BN byk buat tindakan dan keputusan yg bertentangan dgn undang2... camner ni? Kalau tak slh takkan kalah.
  • Hasnan Hussin · Top Commenter
    dakwan kurang bukti memang kalah le.
  • Pejuang Keadilan · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    bkas ketua hakim kayu.
  • Jafry Jaff · Top Commenter
    KERANA SETIAP APA YANG KERAJAAN BUAT SALAH DIANGGAPNYA BETUL..SEBALIKNYA SALAH ITU SBB KALAH..BILA RAKYAT CAKAP KERAJAAN PENIPU ADA SAJA YANG TEGAKKAN UNTUK HENDAK PERBETULKAN. KENYATAAN YG KELUAR DLM AKHBAR PUN TAK BETUL. BILA TERSANDAR SEDIKIT PADA KERAJAAN, MULALAH NAK SAMAN ORANG ITU DAN ORG INI. PADA HAL APA YANG RAKYAT CAKAP TU BENAR DAN BETUL.BERAPA BANYAK KES PIHAK KERAJAAN SALAH GUNA KUASA.FIKIR2LAH SENDIRI.
  • Othman Johor · Top Commenter · Pensyarah Kanan at Universiti Putra Malaysia
    Bagaimana kes rayuan pembunuh Al-Tantuyah, kenapa senyap sehingga ke hari ini?
  • Chulia Street Times · Top Commenter
    ITU BUKAN 'ADIL' ITU NAMANYA PENDAKWAAN 'LEMBIK' / LEMAH - Dan mahkamah akan dilihat ADIL atau berlaku ADIL sekiranya kesemua ahli2 lembaga pengarah Felda yang terlibat pada waktu itu turut diheret/dan kemuka pengadilan dan didakwa kerana menipu peneroka2 berkenaan (rujuk kes diatas). Bukankah menipu itu satu JENAYAH!Itu barulah berlaku ADIL namanya. "Sekian...Mahhhhkhamah!...Berhenti Rehat!" - dipetik daripada 'hansard' Hakim Tompel dalam filem Keluarga 69
  • Shamsudin Md Tahir · AGSES 1979
    Dia budak baru...buat lawak bodoh....agak kelakar kan....yang tergelak hanya Amno dan konco2 nyeeerrrr.Rakyak sekarang nak kan Lawak bertaraf Antarabangsa...dan bukan Antarabangsatttt.
  • Yan Designerspace · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    tapi kalau kes anwar ibrahim... apa cara skali pun kerajaan mesti menang... betul tak zaki.... kahkahkah
  • Pejuang Kebenaran · Top Commenter
    Anwar je yang suka tangguh2x kes..
  • Pangeran Laki · Top Commenter
    DIAMLAH !!! DUDUK DIAM2.....
  • Rajan Raj · Top Commenter · University of pluto
    kalah banyak kes bukan bererti kerajaan adil. sampai skg kes liwat masih lanjut lagi, kes rasuah masih adi tanda tanya. etc.. jgn bagi gambaran yang tak logik. rakyat masih boleh menilai sistem kerajaan, kehakiman M'sia. jgn jadikan M'sia tempat permainan politik...
  • Mohamad Shukri · Top Commenter
    Dalam ucapan terakhirnya di satu persidangan hakim awal bulan ini, Zaki berkata sebanyak 95,523 kes sivil dan 4,544 kes jenayah yang tertunggak di Mahkamah Tinggi.

    Tertonggak kes kerana banyak kes yang kerajaan akan kalah....tak gitu..
  • Ah Cong · Top Commenter · University of Texas Medical Branch
    dah bersara pun masih bodoh...
  • Land Cruiser
    udah udah la wat lawak.....duk umah diam2...ingat tuhan.rajin sikit g masjid..bertaubat dengan keterlanjuran yang lampau....
  • Ladin Osama
    Naik nak termuntah dengar kenyataan Hakim Umno ni ?.....
  • Sheikh Zamzuri MJ · Top Commenter · SMDARY
    Sebenarnya bukan Hakim berlaku adil.... kerana ada hakim bukan semua kebanyakan dicucuk hidung untuk kepentingan UMNO/BN lagi pun pihak kerajaan banyak langgar undang undang bagi pihak kerajaan yang kalah itu hanya untuk tutup ketidakadilan hakim. Banyak kes rakyat tahu.... rasuah para pemimpin UMNO hanya dibakul sampahkan saja cuma kes kes terpilih saja itu pun yang menentang pucuk pimpinan UMNO.
  • Price Patrick Sumithiran · Top Commenter · UTAR Setapak
    ini antara hakim yg paling bodoh di dunia...kalau kerajaan kalah banyak kes bukan bermaksud sistem mahkamah kita adil...nak perbodohkan siapa ni?
  • Hirzan Hj Cha · Top Commenter · Crown Diamond Manager at Akademi taipan 181
    Mmg mahkamah itu adil, Jgn jadikan kekalahan kerajaan dalam banyak kes sebagai alasan telah berlaku adil. Kebanyakan kes2 yang kalah sebab peguam2 kerajaan BN/UMNO tidak berdaya untuk menewaskan peguam2 pembangkang.
  • Muhammad Hafidz Abdullah · Top Commenter · Owner/ President at Kelab MHA
    Kita tak tahu mahkamah itu adil atau tidak yang Maha Mengetahui Allah sahaja jadi jawablah anda para hakim dgn Allah nanti.
  • Belatok Jambul Mas · Top Commenter
    nak pancig ikan kena lah ada umpan.
  • Mat Salleh
    Kerajaan kalah itu, yang tiada kaitan dengan pembesar kerajaan. Sebenarnya Hakim yang baik adalah yang tidak memihak kepada siapa-siapa, apakah Raja, Pembesar, pegawai, penghulu, pemimpin agama, rakyat, hamba dll. salah tetap salah, tapi masalanya hakim yang lurus kemungkinan dipecat, menyebabkan di negara m'sia ketelusan masih di pertikaikan.
  • Fine Steven · Top Commenter · Petaling Jaya, Malaysia
    DH PENCEN DIAM2 JEK LAAA.
    DH TUA DH TGGU UMAH KATA PERGI.KUBUR KATA MARI.
  • Satu Dua
    HARAP PIHAK HAKIM JANGAN BERKECIL HATI KERANA KITA SEBAGAI MANUSIA ADA SALAH DAN BENAR YANG PENTING KITA SEMUA MOHON PADA ALLAH.
    16 Al- Baqarah 2 286 Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.
  • Satu Dua
    HAKIM ITU BIJAKSANA MAKA WALAUPUN BIJAK PASTIKAN KEADILAN , KERANA NANTI IA DIADILAN JUGA.
  • Che Intan Haque · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
    dekat2 mengundi ni mengaku la. cuba lepas mengundi mampus menganiaya rakyat.
  • Anuar Safian · Top Commenter · Institut Teknologi Tun Abdul Razak Alor Setar
    kes yang banyak kalah adalah kes jenis tak mengancam pemerintah BN, diorang pun cerdik juga nak coverline.. kalau semua kes memihak kerajaan sudah pasti akan ada argue dan juga isu dibangkitkan oleh masyarakat antarabangsa.. so diaorang lihat kes mana yang betul-betul mengugat kerajaan so diaorang akan interrupt hakim dan mahkamah. Contoh kes anwar ibrahim, banyak tak releven dalam perbicaraan tapi nampak jelas hakim kata saksi ada kredibiliti.. Jika anwar menang pasti akan membuat BN tak lena tidur.. so kes macam ini diaorang ambil port.. ada paham.
  • Hurairahospd Satu · Texas holdem poker university
    undang2 ini aku yg punya.........kata tarzan kepada monyet.......undang2 untuk aku, aku yg tentukan.......undang2 untuk kau, aku yg tentukan......adakah ini adil.......tanya tarzan kepada monyet......lalu monyet pun jawab.........betul la bos...............
  • DzulcarNine Kamaruddin · Top Commenter · Friends with Umngok Apco
    Hey dey...cerita apa ni.....sakit perut banyak sangat ketawa....
  • Saupi Ibrahim · Top Commenter · Works at Telekom Malaysia Berhad
    bila kerajaan kalah xbermakna itu adalah "keadilan ..sebenarnya kecuaian dalam Pendakwaan"...................
  • Mazlan Md Saad Maz · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
    Woi,, Tun Zaki,, hang baru ja pencen,, dok diam-diam la,, melalak buat pa lg,, byk minta ampun kat Tuhan diatas dosa-dosa lalu,, jgn dok ikut Tun M.
  • MrRas D'GreatKunun
    betulkah?! agaknyalah..dlm kes saman, kerajaan yg banyak kalah...jd, duit kerajaan banyak keluarla..bukan duit menteri atau YB pun. lepas tu bagi2, yg menang kes dapat..yg kalah kes pun dapat..ala duit kerajaan jugakan. betulka ni yg blaku?
  • Jamaludin ARahman · Top Commenter
    Kes Memali sampai sekaran tidak dibicarakan.. kalau dirasakan mereka boleh menang, sekecil liwat dan Mat Sabu pun mereka bawa ke mahkamah.
  • Bob Manolan Mohamad · Top Commenter
    Kes curi ayam memang boleh menang. Tapi kalau melibatkan kedudukan UMNO tumbang. Tak ada pun , boleh diadakan. Tak ada kes boleh reka bukti. Podah la...
  • Man Omar · Top Commenter · Klang
    saya tak berani ulas bab-bab undang2 ni takut dikata hina mahkamah pula...cuma setahu saya zaki ni ahli umno...kalau salah mohon maaf ya...
  • Zoe Jaafar · Top Commenter · SGGS, Penang
    masaalahnye anda ingat rakyat malaysia bodoh........mcm diri?
  • Tibas Losou · Top Commenter · Director at Menciptakan Lapangan Kerja Sendiri
    oii felda? kerajaan kalah kes,... yalah pasal tak betul kamu buat TETAPI kalo kes berkaitan dengan POLITIK ada tak sejarah kerajaan KALAH? terutamanya yang MUSUH2 orang dlm pemerintah NEgara Tamakdir cakap dulu? siapa musuh2 negara tersebut huhuhu.
  • Salleba Osman · Top Commenter · Pekerjaan sendiri Kounselor agama at Pekerjaan swasta
    Keadilan oleh hakim perlu dilihat dari perspektif hakim itu sendiri, adakah hakim sebenar-benarnya bebas dari pengaruh pihak pendakwa , kes Linggam amat menyentuh perasaan pemerhati undang-undang.
  • Satu Dua
    20 A-li 'Imraan 3 110 Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.
  • Satu Dua
    19 A-li 'Imraan 3 104 Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
  • Hati Malaya · Friends with Norasiah Mahat
    Adil nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
  • Ahmad Kamil Harun · Top Commenter
    Selepas kes DS Anwar, nilai FDI yg masuk ke Malaysia merudum begitu teruk. Dan sesetengah penganalisis ekonomi menyifatkannya sebagai MALAPETAKA kepada Malaysia. Malaysia memiliki facilities dan infratruktur yg baik namun KEHAKIMAN menjadikan pelabur menjauhkan diri dari Malaysia. Malaysia lebih terkebawah berbanding Thailand, Indonesia, Vietnam...
  • Nur Suzana Khamaruddin · Top Commenter
    ada satu kes....masa piliharaya...satu syarikat pembekal peralatan kempen tuntut hutang berjuta2 dr umno...umno tak bayar....last sekali....memang kesian le syarikat yg taja umno masa PRU dulu kantoi....cari makan dgn umno mampuih akhirnya....
  • Natalie Chu · University of Georgetown
    Kerajaan kalah kepada alih UNMO saja. Bila kerajaan kalah kepada alih UNMO, kerajaan bayar papasan. Duit papasan itu duit rakyat. So senang untuk alih politic UNMO makan duit rakyat. Terang terang makan duit rakyat pun kita tak boleh buat apa apa.
  • Nazriaziz Alsheikh · Top Commenter · Pemulung Hati dan Jiwa Rakyat Marhaen at Bangsaku
    Wahai mantan hakim yang arif lagi bijaksana. Keadilan yang dijunjung oleh institusi mahkamah bukanlah terletak kepada banyak atau sedikitnya kes yang dimenangi oleh masyarakat/rakyat atau kerajaan. Keadilan yang hakiki ialah terletak kepada bagaimana seseorang hakim membuat keputusan berdasarkan kepada hujah-hujah pihak pendakwa atau pembela tanpa ada sedikit pun unsur-unsur berat sebelah, berpihak, meragukan atau kelihatan seperti dipengaruhi oleh pihak ketiga. Apa yang kita lihat pada hari ini, kes-kes yang melibat 'political value' selalunya pihak mahkamah mahu pun hakim menunjukkan sikap goyah dan sanggup menggadaikan prinsip2 keadilan. Masyarakat melihat bahawa institusi mahkamah di Malaysia telah hilang kewibawaan dan kebolehpercayaan.
  • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
    Kerajaan kalah byk kes hanya semasa kerajaan lawan dgn pemimpin UMNO. Dalam kes tu kerajaan sengaja buat2 kalah kerana tak cukup bukti dan pemimpin UMNO yg berjaya menewaskan kerajaan kerana bijak memanipulasi bukti dan kes.
  • Aleem Anderson · Top Commenter · Friends with Ezzy Freeman
    sikit2 bole la bagi gomen menang. kalo banyak nanti x makan pulak hehehe..
  • Satu Dua
    10 Al- Baqarah 2 188 Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
  • Pokyeh Yeh
    DH JADI BEKAS TU TINGALJE LA ORANG LAIN BETULKAN BEKAS KO TU. BANYAK BUNYI PULAK BEKAS NI.
  • Satu Dua
    1 Al- Baqarah 2 42 Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
  • Putera Sanaa · Top Commenter · OUM
    contohnya....pulariu batu puteh...malaysia kalah atau menterri kantoi....mcm kes video linggam....hakim2 boleh dipengaruhi...
  • Mohd Kamal · Top Commenter · Ikbn
    dah salah, tak kan nak dimenangkan jugak. so, ini bukan hujah mengatakan mahkamah telah bersih dari anasir UMNOrisme. mungkin secara taknikal, dorg dah baham duit felda 11 bilion. kena bayar saman 11 juta, sekadar jadi cekam celah kuku jari kaki je la.
  • Hijrah Ahmad · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    MAHKAMAH MALAYSIA TIDAK BEBAS..
  • Satu Dua
    17 A-li 'Imraan 3 4 Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).
  • Abd Rahim · Top Commenter
    kerajaan byk kalah? berapa kali menteri pernah masuk mahkamah/dakwa? kahkahkah! kalau ckp kat org kampung boleh lah.....
  • Mazrab Kanan · Top Commenter
    mahkamah dunia mana ada yang adil, hukum ikut kepala otak manusia je
  • Pak Faisal Ks · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    Haaah, apalah punya CJ. Kerajaan kalah sebab dia tak ada barang kes yang kuat atau penghujahan lemah atau memang pembawa kes ada LS - Locus standi yang kukuh.

    Aduhai. Saya layman, rakyat jalananpun boleh faham.
  • Mohd Noor Ismail · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
    Kerajaan kalah dlm kes-kes kecil dan akan ada di kambing hitamkan untuk menutup keaiban kerajaan. Kalah yang dibuat-buat untuk mengaburi mata rakyat.


Tiada ulasan: