Sabtu, 17 September 2011

KATA BEKAS MUBALIGH KRISTIAN...SEKARANG DAH MASUK ISLAM...PELIK ISLAM NAK KEMBANGKAN ISLAM BERSYARAT@TAULIAH..TIDAK PADA KRISTIAN..BAGI KEMUDAHAN LAGI

Hasan Ali nafi spekulasi masuk Umno
Abdul Rahim Sabri
Sep 17, 11
5:30pm
"Saya bersama dengan PAS dan yakin dengan perjuangan PAS kerana slogannya kepimpinan ulamanya yang memanggil Hasan Ali menyertai PAS," kata ahli exco kerajaan negeri Selangor itu.

Hasan Ali nafi spekulasi masuk Umno


Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan dakwaan dalam blog bahawa beliau akan keluar PAS dan menyertai Umno.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat, menyifatkan dakwaan tersebut, bersifat "spekulasi".

"Saya bersama dengan PAS dan yakin dengan perjuangan PAS kerana slogannya kepimpinan ulamanya yang memanggil Hasan Ali menyertai PAS.

"Kedua, bukan sahaja kerana kepimpinan Ulama, (tapi PAS) nak menegakkan negara Islam yang berpaksikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi dengan tegas, menafikan akan menyertai Umno.

Katanya lagi, sehingga semalam beliau mendapat tidak kurang 15 panggilkan telefon dan 25 SMS bertanyakan berhubung perkara tersebut.

Hasan turut menafikan dakwaan bahawa berjumpa dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbuat demikian.

"Tidak ada perjumpaan. Saya tidak pernah berjumpa dan tidak ada rancangan untuk berjumpa.

"Mungkin ada orang lain yang berjumpa, mungkin Hasan lain, Hassan putu mayung ka...(Tapi) bukan Hasan Ali," katanya berseloroh.

Hasan yang juga ADUN Gombak Setia menolak dakwaan dalam media dan blog bahawa sebelum ini pernah menganggotai atau berkecimpung dengan Umno.

"Saya tidak pernah sebarang masa, sebarang ketika berkecimpung dalam Umno dan tidak pernah berniat untuk berkecimpung dalam Umno.

"Semoga penjelasan ini, dapat diberitahu kepada mereka yang ingin mengetahuinya, saya rasa dapat meredakan spekulasi-spekulasi yang sedemikian.

"Saya tidak berkata spekulasi ini berniat jahat, saya tidak kata spekulasi ini mahu menimbulkan ketegangan mana-mana pihak, tetapi saya rasa, redakanlah.

"Kalau kamu tidak dapat daripada 'horse mouth' (dari mulut saya tentang perkara itu), janganlah mereka mewakili kuda-kuda itu untuk bercakap," katanya.

Ditanya mengapa desas-desus untuk menyertai Umno selalu dikaitkan dengannya, Hasan berkata macam-macam orang boleh mendakwa sedemikian terhadapnya.

"Saya public figure, macam-macam orang dakwa...Ia kena keluar dari mulut saya. Selagi tidak keluar dari mulut saya, kenapa perlu diwakil-wakilkan," katanya.


Tauliah pada ahli politik, Hasan Ali bincang dengan MAIS
Abdul Rahim Sabri
Sep 17, 11
6:18pm

Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung pemberian tauliah kepada ahli politik.

Katanya, ini kerana bukan semua ahli politik berceramah atau memberi kuliah di masjid atau surau "bersyarah tentang parti politik".

"Saya tahu, Datuk Dr Harun Din, Datuk Ismail Kamus sudah berpuluh-puluh tahun berdakwah, tidak sedikitpun menyentuh mana-mana parti politik, atau mempolitikkan majlis yang dikhususkan kepada mereka," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Malah, katanya, ada sesetengah daripada mereka yang memberi ceramah mengenai tafsir al-Quran, mengenai tajwid atau akidah Islam yang mempunyai "akar umbinya" tersendiri.

"Kadang-kadang mereka bersyarah dengan bertalaqqi, ertinya berguru dan berkitab, dengan guru yang ditetapkan, yang diadakan setiap minggu, setiap bulan.

"Kalau kita potong ini atas dasar dia ahli politik, maka sudah tentulah akan menimbulkan kegusaran masyarakat.

"Sebagaimana yang kita tahu, Islam semakin dipinggirkan. Dengan kita meniadakan orang-orang yang jujur, ikhlas bekerja dengan Allah SWT, kita rasa gersanglah Islam di Selangor ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan bertemu dengan Pengarah MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa untuk membincangkan cadangan beliau itu sebelum ia dimajukan kepada pihak Istana untuk mempertimbangkan.

Beberapa hari lalu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Marzuki Hussein berkata pihaknya tidak akan dilanjutkan tempoh pemberian tauliah mengajar Islam di masjid atau surau kepada ahli politik.

Bahkan sebelum itu, MAIS juga mengeluarkan arahan tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberi kuliah selaras dengan perkenan Tuanku Sultan Selangor yang tidak mahu mana-mana ahli politik berceramah di masjid dan surau di negeri itu.

Mengulas lanjut, Hasan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, pada dasarnya beliau bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu.

"Pada umumnya, saya menyokong tindakan untuk tidak mempolitikkan institusi masjid dan surau.

"Mempolitikkan ertinya mempolitikkan parti... Itu saya tidak setuju kerana akan menimbulkan masalah.

"Jika dibiarkan akan pecah belahkan masyarakat," katanya.

Mengulas mengenai penyiasatan JAIS terhadap gereja Mothodist Damansara Utama (DUMC), Hasan berkata beliau diberitahu "kemungkinan" laporan siasatan penuh telah dihantar kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang baru pulang daripada Jerman.

Katanya lagi, menteri besar akan meneliti laporan tersebut dan mungkin akan dibawa dalam mesyuarat exco sebelum dimajukan kepada Istana untuk pertimbangan.

"Apapun, saya masih bertegas dalam hal-hal (mengenai) kristianisasi atau (penyebaran) dakyah Kristian terhadap orang Islam.

"Saya akan berada di barisan hadapan untuk pertahankan kesucian Islam dan akidah umatnya," katanya.

Sehingga kini larangan menutup mulut bagi mengulas pemeriksaan JAIS itu masih lagi berkuatkuasa dan beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.

  • Muhammad Rafael · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
    teringin nak tgk SULTAN SELANGOR sendiri bg ceramah, kuliah atau mengajar agama sbb sultan adalah ketua agama islam.pemimpin islam..betul tak?
    apa slhnya org politik bg ceramah? kbyknya org2 politik dr PAS ramai yg berkelulusan agama..mcm ni..minta paderi atau rusmah jelah yg bg ceramah kalau org politik berpendidikan agama dihalang..tindakan ini sgt mengecewakan..
    • Muhammad Rafael · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
      dr asri yg pernah jd mufti perlis pun tak dpt tauliah..dr asri ini mengajar ajaran sesat ke? halang org politk bg ceramah..tp ketua agama islam pun tak mampu nak beri ceramah..mls nak komen pnjg2..nanti kena tgkp pulak..hehehe
  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
    Buat Ape Nak Tauliah tauliah... Janji Bukan Ajaran sesat Cukup! Org tu memang Ade kelulusan.. Nak Berucap Dalam Masjid pun Payah.. Sultan Selangor ni banyak sgt dengar cakap UMNO! Ni ikut jejak British la dulu... Nak sekat Islam berkembang.. bunuh habih Ulama'! Nak tanya Sikit.. Melayu yg Nyanyi Kat HardRock Cafe tu Ade Kena Tauliah Tak... Kavita Kaur dah dapat tauliah? kah kah kah kah......
  • Suhairy Nor · Pengulas Tertinggi · UPSI
    Di dalam agama ada politik. di dalam politik ada agama... agama dan politik tidak boleh dipisahkan... pergilah belajar kat negara mana pun di muka bumi Allah ini, agama dan politik tidak boleh dipisahkan... fikir2kan lah semua penganut agama islam...
  • Ahmad Baei · Pengulas Tertinggi · Editor di Telaga Biru, Karangkraf
    Apa yang hendak digusarkan Datuk, orang politik luas gelanggangnya. Kalau tidak boleh di masjid kenapa nak pergi ke masjid. Negeri ini negeri Pakatan, bercakaplah di selangor di gelanggang selain masjid dan surau. Buatlah program di situ, tentu pendengar lebih ramai daripada di masjid. Biar masjid digunakan orang yang kecil ruangnya dan terbatas tempatnya.
  • Basir Parto · Pengulas Tertinggi · Un. Putra Malaysia
    KLU AHLI POLITIK MAHU BERCAKAP DIMASJID, DGN SYARAT MENJADI AHLI UMNO N MENGIKUT TELUNJUK UMNO ...BAGIRU LA IA DATO EXCO SELANGOR????KLU AGAMA TAK BOLH MENEGUR AHLI POLITIK, AGAKNYA SAMPAI BILA AHLI POLITIK MAHU KEMBALI BERPOLITIK SECARA YG DIREDHAI OLH ALLAH WAHAI MAIS???
  • Fahmi Ibrahim · Top Commenter · Friends with ربيعة عدوية عزمي
    terbukit dakwaan mengatakan dr hasan ali masuk umno amat meleset sekali.. syabas dr hasan ali..salute.
    • Mangchik Mangchuk
      Semoga tindak tanduk beliau adalah berdasarkan Islam. Wallahu 'aklam.
    • R Ismail Abdullah · Top Commenter
      mana-mana pemimpin PAS atau PR yang tidak dapat bertahan dengan ujian perjuangan yang mulia ini tidak dihalang untuk berpindah dari CAHAYA kepada GELAP yang rugi bukan rakyat atau umat tetapi adalah diri sendiri bila beralih perjuangan.
  • Lukas Fahmi Gerard · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    Nabi Muhammad SAW seorang Rasul terakhir pun turun padang untuk berdakwah dan memberi tazkirah dan ceramah agama kepada umat islam.....dan lebih molek lah..sekiranya sultan selangor pun menuruti atau sekurang2nya mencontohi Nabi untuk berdakwah kepada seluruh umat islam di negeri selangor yg diberkati Allah ini..semoga tuanku dilimpahi kurnia....pahala dan rezeki melimpah ruah dari ALLAH SWT...amin.
  • Basirun Sirun · Top Commenter · Universiti Terbuka Masyarakat
    kerja kerja jahat UMNOBN..jangan dilayani..
  • R Ismail Abdullah · Top Commenter
    Saf Exco Kerajaan yg beragama Islam wajib pada masa sekarang meminda enakmen pelantikan dan pentadbiran MAIS dan JAIS bagi mengembalikan kuasa rakyat melalui DUN dan sekaligus boleh menutup peluang saki baki Umno yang berakar umbi dalam agensi kerajaan Pakatan Rakyat. Jika Hasan Ali tidak mampu dan segan utk bertindak maka beliau harus dan wajar mengundur diri dari jawatan dan jangan tunggu arahan atau tekanan parti. Berilah peluang kepada pemimpin lain memberikan khidmat kepada kerajaan PR.
    • Hasnan Hasan · Top Commenter · 39 years old
      rasa2nya DATUK HASAN ALI yang paling layak untuk jawatan EXCO AGAMA buat masa sekarang ni !
  • Seri Mersing · Top Commenter · Sekolah pondok
    umco takut walaupun ahli politik memberi tazkirah di masjid tanpa menyebut mana-mana parti tetapi mereka hampir dan dekat dengan rakyat.. ketika ramadan yang lepas kenapa pemimpin umco tak mabik kesempatan menjadi imam solat tarawih dan memberi tazkirah di masjid-masjid? ke mana mereka pergi sepanjang ramadan? kalau tak pun sepanjang tahun menjadi imam solat-solat 5 waktu di samping memberi syarahan ugama pun kira ok jugak..
  • Pelangi Malam · Top Commenter
    Apabila agama suku poliktik suku, begini lah jd nya.. Kalu boleh kita nk ramaikan mubalirg dlm menyampaikan ilmu kebenaran tidak kira dr segi bab bersuci sehiggalah bab siasah & daulah. Tindakan MAIS x ubah seperti mengecilkan skop kefahaman masyarakat berkenaan agama islam itu sendiri.
  • Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM Bangi
    Besarnya dosa kalau seseorg itu menghalang ulama' pewaris nabi yg nk menyebarkan Islam... Dalam kubur kena bantai tak cukup tanah nak lari...
  • Dzunain Mohd Hanafiah
    Mrk2 tu tak mahu ramai rakyat berjiwa Islam sebab nanti ramai yg akan sokong PAS / PR.
  • Mazrab Kanan · Top Commenter
    macam suara umno bn je bunyi hasan ali ni

Tiada ulasan: