Isnin, 19 September 2011

BILA BELAJAR ILMU LAKONAN...ILMU ISLAM DIABAIKAN..KERJA LAWAK ADAKAH DIBENARKAN SYARAK...

Babak Zizan hina Rasul dalam Filem Hantu Bonceng



SEPERTI sudah menjadi trend untuk mempromosikan filem terbaru di pawagam oleh penerbit-penerbit filem tanah air.

Bila keluar filem baru, pasti ada saja perkara sensasi yang muncul atau cuba ditimbulkan agar filem tersebut mendapat perhatian atau melariskannya.

Sifirnya mudah, bila ada isu yang menjadi kontroversi, maka orang ramai akan berpusu-pusu ke pawagam menyaksikan filem tersebut kerana ingin tahu apa yang kontroversi sangat tu?

Tapi dalam filem Hantu Bonceng lakonan pelawak terkenal, Zizan atau lebih dikenali dengan nama Zizan Raja Lawak, salah satu babak yang menjadi kontroversi di dalam filem terbaru lakonannya ini bukanlah taktik promosi, tapi ReJaM© rasa memang betul-betul menghina Islam.




(sng je...kalau betul pengarah Ahmad Idham tidak bertujuan utk menghina Islam dan peka trhadap Islam:

1) Kenapa dia tidak menyediakan skrip yg mengucapkan kalimah syahadah scr penuh shingga ''Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah." Kenapa berhenti di Muhammadar lalu disebutkan syaitan??

2) Kalau ye pun, Zizan tersilap ckp atau tersasul, atau tak perasan dan babak tersebut telah siap dirakam, kenapa tidak pihak penggambaran tidak mmperbetulkan babak tersebut semula?)






Salah satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan"

Sama ada terlepas pandang, tidak faham, atau sengaja cetuskan kontroversi untuk melariskan filem tidak dapat dipastikan. Apa yang jelas, kita bimbang jika ia menjadi ikutan anak-anak muda.

Berhati-hati, perbuatan, niat, dan lafaz boleh menyebabkan gugur shahadah dan terkeluar daripada Islam.


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/babak-zizan-hina-rasul-dalam-filem.html#ixzz1YLWKbvSr

Tiada ulasan: