Ahmad Tajdid |
SALAH satu daripada lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah penggunaan dakwat kekal kepada mereka yang telah membuang undi. Tuntutan penggunaan dakwat kekal ini telah disuarakan oleh Bersih bagi tujuan menghalang pengundian dua kali. Amalan ini telah dipraktikkan oleh beberapa negara termasuk India, negara pengamal demokrasi terbesar dunia. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada awalnya bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal ini. Malah kerajaan BN yang menang selesa pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 turut mempersetujuinya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Abdul Raman Suliman dalam jawapannya di Dewan Rakyat pada 5 September 2007 berkata, keputusan untuk menggunakan tanda dakwat di kuku atau jari tangan pada PRU ke-12 (8 Mac 2008) bertujuan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya. "Kita mahu rakyat percaya 100 peratus bahawa proses demokrasi sememangnya dilaksanakan di negara ini. Atas sebab itu, SPR menggunakan dakwat supaya tidak ada tuduhan di buat ke atas suruhanjaya itu walaupun memang tiada sebarang (asas) pun," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ronald Kiandee (BN-Beluran) pada sesi soal jawab Dewan Rakyat. Menjawab soalan asal Dato' Dr. Tan Kee Kwong (BN-Segambut), beliau berkata, SPR akan melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada PRU ke-12. "Ini bermakna setiap pemilih akan dicalitkan dengan dakwat kekal di atas jari telunjuk tangan sebelah kiri sebelum diberikan kertas undi setelah namanya disahkan terdapat dalam daftar pemilih SPR yang digunakan untuk pilihan raya umum akan datang," katanya. Bagaimanapun janji SPR dan kerajaan BN itu tidak kesampaian kerana hanya 4 hari sebelum PRU ke-12 yang berlangsung pada 8 Mac 2008, negara dikejutkan dengan sidang akhbar bersama Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail. Pada sidang media itu, Abdul Rashid mengumumkan keputusan SPR membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal itu kerana kononnya terdapat pihak tertentu dari Malaysia telah membeli dakwat itu dari luar negara dan merancang untuk mencalitkannya pada kuku pengundi di luar bandar bagi menimbulkan syak wasangka mengenai status mereka. Malah menurutnya lagi, beberapa individu telah ditahan kerana disyaki membawa masuk dakwat kekal tersebut bagi mensabotaj perjalanan pilihan raya. Bagaimanapun tindakan SPR itu tidak disenangi anggota komponen BN khususnya Gerakan. Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon pada 5 Mac 2008 berkata, tindakan SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal sedikit sebanyak menjejaskan tanggapan baik pengundi terhadap kerajaan. Menurutnya, walaupun SPR sebuah badan bebas, namun segala yang diputuskan oleh suruhanjaya itu sering disalah anggap sebagai keputusan kerajaan BN. "Justeru tindakan (terbaru) ini juga akan dilihat sebagai kelemahan kerajaan sedangkan keputusan itu dilakukan oleh SPR," katanya kepada pemberita. MCA turut menyatakan rasa kesal dan mempersoalkan keputusan SPR membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal pada saat-saat akhir sebelum hari pengundian. Pengerusi Bilik Gerakan Pilihan Raya MCA Pusat, Wong See Wah berkata, SPR seharusnya mengkaji penggunaan dakwat berkenaan sebelum melaksanakannya dan bukan membatalkan cadangan pada saat-saat akhir. "Kami juga marah dengan tindakan sesetengah pihak yang terlibat dalam penyeludupan dakwat kekal dengan niat untuk menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi,” katanya kepada pemberita. Bagaimanapun sehari kemudiannya, komen-komen menyokong tindakan SPR itu mula dilaporkan media pro-BN guna mempengaruhi pendapat umum. Rencana Pengarang Utusan Malaysia pada 6 Mac walaupun menyifatkan tindakan itu sebagai 'satu kejutan' tetap memberikan sokongan kepada SPR yang disifatkan "telah mengambil keputusan yang betul" dan "berani mengambil tindakan tidak popular demi menegakkan keadilan". Akhbar milik Umno itu yakin dengan penjelasan SPR dan polis kononnya ada rancangan pihak terbabit hendak mencalit dakwat kekal pada kuku pengundi di kawasan luar bandar. "Bayangkan jika SPR memandang ringan perkara ini. Bagaimana jika pihak tertentu itu berjaya memperdaya dan mencalit dakwat pada kuku pengundi berdaftar di kawasan luar bandar itu adalah pengundi yang berhasrat mengundi BN. "Bagaimana dia hendak dibenarkan masuk ke pusat mengundi jika kukunya sudah dicalit dakwat. Sudah tentu dia tidak dibenarkan mengundi. "Kekecohan tentu berlaku dan keselamatan pengundi dan penyokong parti-parti politik tidak terjamin. Perkara yang sama juga tentu tidak digemari oleh parti pembangkang jika perbuatan sabotaj ini terkena kepada pengundi yang mahu menyokong mereka," akhbar itu berhujah. Sentimen sama dikongsi Najib Razak yang ketika itu menjawat Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. Sambil menyifatkan tindakan SPR itu sebagai tepat, Najib menegaskan dakwaan kononnya mungkin berlaku unsur sabotaj untuk menimbulkan kekecohan pada hari mengundi. Menurutnya, ada pihak boleh mempengaruhi sesetengah pengundi untuk menggunakan dakwat yang sama pada kuku jari sehingga menyebabkan mereka tidak layak mengundi. "Kalau tidak layak mengundi, kita telah menafikan hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan dan akan timbul banyak kekecohan dan ketegangan pada hari mengundi. "Jadi tindakan SPR ini merupakan satu langkah yang amat tepat,” kata Najib selepas menghadiri majlis peneroka bersama pemimpin dan pelancaran Hotel Felda Residence di Kuala Terengganu pada 5 Mac 2008. Setiausaha Agung Umno, Radzi Sheikh Ahmad pula menyifatkan penggunaan dakwat kekal akan mewujudkan banyak masalah apabila para pengundi menolak peraturan baru tersebut pada hari pembuangan undi. "Mengikut peraturan yang dicadangkan oleh SPR, seseorang pengundi diberi pilihan sama ada mencalit dakwat di kuku dan jika tidak mahu, mereka perlu menandatangani borang yang ditetapkan. "Bagaimanapun, pengundi juga berhak menolak untuk tidak menandatangani borang itu dan akhirnya kertas undi diberi juga. Inilah yang mengelirukan orang," katanya. Ketua Pemuda Umno, Hishammuddin Hussein turut melihat keputusan SPR itu sebagai munasabah. "SPR merupakan satu badan bebas. Sekiranya tindakan ini dapat menghalang kemunculan dakwat yang mencurigakan dan boleh menggugat ketelusan pilihan raya, maka kami Pemuda tidak ada masalah dengan keputusan itu," katanya dipetik Utusan Malaysia. Ketua Penerangan Umno, Muhammad Muhd. Taib pula percaya SPR bertindak demikian selepas menyedari terdapat cubaan untuk menggagalkan pelaksanaannya semasa proses pengundian. "Apa yang membimbangkan, sekiranya dilaksanakan juga sedangkan semua dakwat yang telah dibeli dari luar negara itu sudah diedarkan serta digunakan, ia boleh mencetuskan kekacauan pada hari pengundian kelak," ujarnya. Manakala Ketua Puteri Umno, Noraini Ahmad turut menyambut baik keputusan SPR itu kerana bimbang berlaku penipuan sekiranya cadangan itu diteruskan. Setiausaha Kerja Umno, Husainay Hashim pula dilaporkan berkata, pembatalan cadangan penggunaan dakwat kuku tidak perlu dipertikaikan kerana dibuat demi menjamin kelancaran proses pengundian. Ketua Biro Undang-Undang Wanita Umno, Kamelia Ibrahim berkata, dakwat itu digunakan sebagai ‘senjata’ oleh pihak tertentu untuk menghalang pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka. Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo berpendapat, proses pembuangan undi sebelum ini lebih sesuai digunakan daripada menggunakan tanda dakwat kekal di kuku. "Lebih baik kita mengadakan pilihan raya seperti biasa jika penggunaan dakwat ini bakal menimbulkan masalah dan 'mengancam keselamatan negara'," katanya mengulangi kata-kata hikmat pemimpin Umno dan BN. Akhirnya Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi meminta semua pihak akur dengan keputusan SPR yang membatalkan penggunaan dakwat kekal kerana ia dibuat bagi melancarkan proses pilihan raya umum. Menurutnya, langkah SPR itu bukanlah satu penipuan seperti yang didakwa oleh pembangkang. "Ini bukan kali kedua atau ketiga kita terlibat dalam pilihan raya tetapi dah masuk 12 kali. Kemenangan kita dalam pilihan raya adalah berdasarkan kepada kerja kuat, kepercayaan rakyat dan bukan kerana kita menipu," katanya penuh yakin. Begitulah bersemangatnya para pemimpin Umno mempertahankan langkah SPR dan sekali lagi faktor 'keselamatan negara' dijadikan hujah untuk menyokong sikap 'flip-flop' SPR itu. Bagaimanapun cerita sebenar pembatalan penggunaan dakwat kekal itu didedahkan sendiri Ab. Rashid ketika merasmikan "Seminar Kebangsaan Pilihan Raya 2008: Demokrasi Berjalan" anjuran Unit Kajian Penyelidikan Pilihan Raya, Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pada 17 Mei 2008, kira-kira dua bulan selepas PRU12 berlangsung. Ketika menjawab soalan Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan, Pengerusi SPR itu mengakui bahawa keputusan membatalkan penggunaan dakwat kekal di kuku jari pengundi itu dibuat atas ARAHAN KABINET. "Kabinet menolak cadangan (penggunaan dakwat kekal) itu. Cadangan peraturan itu ditolak kabinet," kata Ab Rashid selamba. Bagaimanapun Ab. Rashid mendakwa kononnya anggota PAS membeli dakwat tersebut daripada Thailand dan merancang mencalitkannya pada kuku jari pengundi-pengundi tua di kampung-kampung. "Umno juga beli dakwat tersebut," dakwanya. Beliau turut menyatakan pandangan bahawa penggunaan dakwat kekal itu bertentangan dengan artikel 119 Perlembagaan. Pengakuan Ab. Rashid ini tentunya mengejutkan. Jelas SPR yang sepatutnya bertindak sebagai badan bebas telah tidak bersikap bebas kerana menerima bantahan kabinet. 'Keberanian' beliau untuk mendedahkan perkara sebenar bukan suatu yang mengejutkan kerana Ab. Rashid sebenarnya bersara daripada jawatannya pada hujung tahun 2008. Pengakuan terbuka Ab. Rashid yang disiarkan Malaysiakini dan Harakahdaily tentunya menarik minat para pemimpin Pakatan Rakyat. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sesi soal jawab di Parlimen pada 24 Jun 2008 mendakwa Ab. Rashid bersama-sama Peguam Negara dan Ketua Polis Negara telah menipu rakyat dengan menyatakan keselamatan sebagai sebab penggunaan dakwat kekal dibatalkan sedangkan ia adalah arahan kabinet. Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz yang memang terkenal dengan tabiat 'bersilat lidah'nya menafikan dakwaan Ab. Rashid itu dengan berkata Jemaah Menteri tidak pernah mengarahkan Ab. Rashid untuk membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam PRU ke-12. Kata Nazri, walaupun Jemaah Menteri tidak menyokong cadangan penggunaan dakwat kekal itu namun mereka hanya meminta Ab. Rashid menimbangkan perkara tersebut dengan mengambil kira pelaksanaannya mungkin bercanggah dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan. "Perkara ini berbangkit di mesyuarat Jemaah Menteri dua minggu sebelum pembubaran Parlimen," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Guan Eng (DAP-Bagan). Namun Nazri mendakwa keputusan sama ada untuk meneruskan penggunaan dakwat kekal atau tidak masih terletak pada SPR sebagai autoriti yang kompeten dan bebas, kononnya. Tambah Nazri, kerajaan juga belum bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap Pengerusi SPR atas kenyataannya bahawa beliau telah diarah oleh Jemaah Menteri untuk membatalkan penggunaan dakwat kekal. Nampaknya masing-masing pihak mengelak untuk bertanggungjawab dalam isu ini. Ab Rashid menyalahkan kabinet dan kabinet pula melalui parlimen mendakwa Pengerusi SPR berbohong. Berbohong sudah menjadi lumrah pemimpin BN dan sedikit demi sedikit sudah mula ditiru golongan birokrat. "Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong LAMA-LAMA JADI MENTERI," bait puisi Sasterawan Negara, Allahyarham Dato' Usman Awang mengukuhkan lagi tanggapan ini. Oleh kerana tidak sanggup untuk dibohongilah Bersih 2.0 muncul dengan lapan tuntutan baru termasuk penggunaan dakwat kekal ini. Pengerusi SPR yang baru, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam satu kenyataan bertarikh 17 Januari 2009 mendakwa SPR tidak menolak kemungkinan menggunakan dakwat kekal dalam PRU akan datang selepas penggunaannya dibatalkan semasa PRU ke-12. SPR sedang mengkaji kelemahan penggunaan dakwat kekal itu untuk proses penambahbaikan supaya rancangan penggunaannya dapat diteruskan, katanya. Katanya, jika penggunaan dakwat kekal pada kuku itu didapati mampu menawarkan proses pengundian lebih telus dan adil kepada pengundi, ia mungkin digunakan pada masa depan, katanya ketika meninjau proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Bariah, Pasir Panjang. Kata Abdul Aziz, kajian tersebut boleh siap dalam tempoh empat tahun sebelum pilihan raya umum akan datang berlangsung. Bagaimanapun jelasnya, jika hasil kajian diperoleh lebih awal, SPR akan menggunakannya dalam mana-mana pilihan raya kecil jika ada. "Lagi cepat lagi baik. Jika cepat, kita akan mulakan dengan pilihan raya kecil jika ada sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13," ujarnya. Itulah janji Abdul Aziz. Tapi hingga kini tiada tanda-tanda dakwat kekal akan digunakan. Beliaupun sebenarnya mempunyai kecenderungan untuk berbohong seperti Pengerusi SPR terdahulu. Ini menjadi alasan paling kukuh mengapa kita perlukan Bersih 2.0. Ia bukan sahaja untuk menuntut pilihan raya yang telus dan adil. Ia juga perlu untuk membersihkan negara daripada para pembohong dan pendusta. MP Kapar ditahan miliki baju-T BERSIH "Saya dan Jayachandran ditahan polis dan saya kini berada di balai polis Sungai Kapar. "Kereta saya juga ditahan kerana terdapat sembilan baju-T BERSIH di dalamnya," kata Manikavasagam (kanan) dalam Twitter sejurus selepas jam 2 petang. Akhbar PKR - Keadilan Daily - melaporkan beliau berkata polis telah menahannya di pasar itu ketika beliau meninjau kawasan tersebut dan bertemu dengan para peniaga. Beliau juga menafikan mengedarkan risalah atau baju-T BERSIH. Katanya, baju-T BERSIH itu hanya berada di dalam keretanya dan beliau ke sana untuk menemui persatuan peniaga kecil Melayu apabila sekumpulan anggota menahannya. "Kereta saya dipandu setiausaha saya. Beliau juga ditahan. Polis sedang mengambil kenyataan kami," katanya kepada Keadilan Daily. IGP: Tiada ruang pada penganjur perhimpunan 9 Julai Polis akan bertindak mengikut lunas undang-undang dan tidak akan memberi ruang kepada mana-mana pihak yang bercadang menganjurkan perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan tindakan akan diambil tanpa mengambil kira sebarang kenyataan atau andaian pihak lain terhadap tindakan polis. Beliau berkata jika diadakan, perhimpunan itu akan mengundang kepada gangguan ketenteraman negara dan menyebabkan huru-hara. "Janganlah mencabar kedaulatan undang-undang yang termaktub di dalam perlembagaan negara. Pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya dengan menggunakan peruntukan undang-undang yang ada kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang yang ditetapkan," katanya kepada pemberita hari ini. Sebelum itu beliau melancarkan program "Jom Cegah Jenayah" di Pantai Bersih berhampiran dengan tempat rehat di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth. 40 nasihat Tok Ayah
Kata‐kata ini dipetik daripada syarahan dan nasihat beliau kepada murid‐muridnya. Kata‐kata sufi yang diungkap oleh Syeikh Mahmud mempunyai mutiara kata makna yang mendalam, dimana ada sebahagian daripada kata‐kata beliau tidak boleh difahami atau dibuat bandingan secara langsung mengikut fahaman orang awam. Mutiara kata yang indah dan bermakna ini juga diharap dengan rahmat dan kasih sayang 1. Perkara kerohanian tidak boleh difahami dengan akal, nafsu dan ilmu. Jika boleh dengan ilmu, 2. Belajar kereta perlu ada guru, nak kenal Allah tak perlu guru. Ini awal‐awal lagi syaitan tipu. 3. Duka dan suka di dalamnya makrifah lebih manis daripada madu, lebih putih daripada susu. 4. Kalau nak berjalan (di dalam perjalanan Ahlullah). Mengaku kita tak terpakai (tak berguna dan 5. Bila ibadat kita palsu, kita ikut hawa nafsu. Seperti kapal terbang palsu yang banyak jual di 6. Selagi mana kita boleh ikut hawa nafsu menunjukkan kita masih palsu. 7. Cari jalan mengendalikan ummah asalkan mempraktikkan Sunnah. 8. Orang yang diberi mudah (untuk menjalani jalan kesufian) apabila ada darah (keturunan) 9. Selagi mana terasa kita banyak ibadat, itu tanda kurang ikhlas tidak menuju “Rodhiah” tetapi 10. Perkara kerohanian tidak boleh difahami melainkan rahmat Allah s.w.t semata‐mata, melalui 11. Kalau tak senang dengan sesuatu, DIAM! Cakap salah tak cakap salah, cakaplah kerana Allah 12. Kerja dunia boleh tangguh‐tangguh, kerja akhirat tak boleh tangguh‐tangguh. 13. Watak Auliya’: Kena maki tak mudarat, kena puji tak manfaat. 14. Kenal Allah s.w.t. lebih mudah daripada kenal para wali, kerana mereka Allah s.w.t. pakaikan 15. Hendak kenal wali tanyalah Allah s.w.t., jangan tanya orang. 16. Para wali tidak boleh dikenal dengan hawa nafsu. 17. Saya berdoa kepada Allah s.w.t. nak jadi hamba Allah s.w.t., bukan nak jadi wali. 18. Buat ibadat nak jadi wali, SYIRIK! 19. Allah s.w.t. tak pilih orang malas jadi wali. 20. Kalau kita kasih orang yang Tuhan benci, itu satu penyelewengan. 21. Orang yang sebenar cinta Allah s.w.t. tidak takut menghadapi cabaran hidup dunia. 22. Saya nak bawa kamu jadi hamba Allah s.w.t. 23. Saya tak ajar kamu melampau (berani dan semangat yang tak ketahuan). Saya tak ajar kamu 24. Saya hamba Allah s.w.t. macam kamu juga. Saya tidak tahu melainkan apa yang ALLAH s.w.t 25. Dia Tuhan! kita hamba. Jangan campur urusan Tuhan. Manusia jenis apa ini? Dia nak atur 26. Taslim (penyerahan). Nak pun tidak, tak nak pun tidak. Cepat pun tidak, lambat pun tidak. 27. Hidup atas dunia tak mahu ikut nabi, auliya’ atau orang soleh. Bila mati nak duduk sekali 28. Waktu hidup ikut Firaun, Qarun dan Haman. Bila mati nak masuk syurga, dengan nabi Musa 29. Tak guna hidup kalau mementingkan diri sendiri sahaja. 30. Uwais Al‐Qarni, jasadnya mengembala unta, rohnya mengembala manusia beriman kepada 31. Manusia, banyak tak dapat taufik hidayah sebab ikut nafsu ammarah kemudian (dalam masa 32. Cara cuci hati, banyakkan baca Al‐Quran, ingat mati dan hadir majlis zikir. Bila hati suci, 33. Ilmu (kesufian) ini bukan boleh diwarisi. Kalau boleh tentulah saya bagi anak isteri saya dulu,tetapi ia adalah anugerah Tuhan. 34. Saya mengaji (ilmu perjalanan Ahlullah) dengan air mata (banyak menangis). 35. Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan 36. Tuhan tidak bagi taufik hidayah pada orang yang zalim. Sebesar‐besar kezaliman ialah 37. Berjayanya seseorang itu sebanyak mana tumpuan yang dibuat. Banyak tumpuannya, 38. Matlamat saya bukannya batu, kayu ( bangunan ) dan ramai orang, tetapi saya nak orang yang 39. Saya mengajar ilmu para wali bukannya ilmu tok sami! 40. Saya hanya boleh nasihat, saya tak boleh memberi manfaat dan mudharat. Buat ibadat nak Sambungan nasihat Tok Ayah 41. Saya kagum dengan ketahanan yang ada pada Hallaj, orang korek mata, kerat tangan dia, dia 42. Nasihat hanya boleh diberi sebelum nyawa di halqum (garghorah). Selepas garghorah tidak ada gunanya lagi. 43. Kesufian bukan boleh didapati dengan seminar dan pena. Kesufian boleh didapati dengan 44. Kekufuran tidak boleh menghilangkan kekufuran. Hanya kerasulan, kenabian dan kewalian 45. Hanya ketaqwaan yang tinggi sahaja yang boleh menundukkan kesombongan, kekufuran dan 46. Jangan buat ibadat pura‐pura, nanti jadi kura‐kura. 47. Kamu jangan biadab dengan Allah s.w.t.! 48. Kamu jangan jadi seperti kerengga, dia duduk di pokok buah‐buahan tetapi tak makan buah, 49. Saya berjalan tidak kisahkan orang. Jangan kacau orang. Orang kacau kita, tidak mengapa. 50. Firman Allah Ta’ala: 51. Selagi belum mutmainnah, selama itu punah ranah. 52. “Ada yang lain lagikah? Tak ada lagi dah. Mari kita pakat duduk di atas (La ilaha 53. Nabi Yunus a.s., duduk dalam perut ikan tapi, tak jadi tahi, sebab baginda membaca 54. Ulama’ terhijab dengan ilmunya, ‘abid terhijab dengan ibadahnya, zahid terhijab dengan 55. Bila mata kita muafakat dengan syariat, telinga kita muafakat dengan syariat, fikiran kita 56. Sekiranya apa yang saya anjurkan, sampaikan atau yang saya lakukan ini tidak muafakat 57. Matlamat kita ialah keimanan dan ketaqwaan dan menentang kekufuran dan kesyirikan di 58. Kita tidak menentang sains dan teknologi kerana ia adalah rahmat Allah s.w.t. tetapi kita 59. Saya berdoa kepada Allah s.w.t. “Ya Allah, hamba mu ini tak pandai nak memanggil (menyeru) 60. “Buat kerana Allah, Mahmud!” Nasihat Tuan Guru Haji Husin Dol r.a. kepada saya. 61. Perjalanan saya muafakat dengan perjalanan Maulana Ilyas r.a. ( Pengasas Jemaah Tabligh, 62. Kamu boleh paksa anak kamu untuk dunia, tak cukup dengan sekolah pergi tuisyen lagi. Tapi 63. Sebenarnya kita kena asuh perkara ini (jalan orang‐orang muqarrabin) daripada awal lagi 64. Punca‐punca kehancuran umat Islam hari ini tidak ada lain iaitu ananiah ikut nafsu. 65. Bukan orang lain dan unsur‐unsur lain merosakkan kamu tetapi nafsu kamulah yang 66. Air mata takut Allah s.w.t. tak sama dengan air mata lembu. Macamana air mata lembu? Bila 67. Menurut hadis, setitik air mata orang yang takut Allah s.w.t. boleh memadamkan api neraka. 68. Allah s.w.t. menceritakan di dalam Al‐Quran: 45).Maknanya zikrullah itu lebih hebat daripada bom atom. Pasal inilah Yahudi dan koncokonconya 69. Kalau beramal nak dunia, nak hebat, nak kebal dan bermacam‐macam lagi samalah dengan 70. Serban putih dan jubah putih senang dibeli, yang tiada dijual perut (jiwa) yang bersih 71. Hari ini ramai orang membicarakan karomah para aulia, karomah Sultan Auliya’ Syeikh Abdul 72. Saya menceritakan perjalanan muqarrabin. Oleh itu janganlah kamu menghukum (membuat 73. Manusia di hari ini hanya menceritakan para aulia yang dah mati seperti Ibnu Arabi, Al Ghazali, Hallaj dan ramai lagi. Tetapi kenapa mereka tak mahu mencari para aulia yang hidup di zaman kita ini ? Seolah‐olahnya mereka mahu auliya’ yang dah mati itu hidup semula, lebih baik 74. Kamu, kereta boleh beli tetapi jam loceng untuk mengejut waktu tahajjud tak boleh beli! 75. Berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan Sunnah Rasullullah s.a.w. 76. Orang kafir yang makan ular, bisa ular tidak menjejaskan mereka kerana dalam badan mereka 77. Bila (iman) kita lemah, maka orang‐orang yang lebih lemah daripada kita akan mengambil 78. Allah s.w.t. tak terima doa orang yang mengikut nafsu ammarah. 79. Maafkan segala kesalahan orang‐orang yang membuat kesalahan dengan kita walaupun 80. Orang yang tak berani menghadapi ujian, itu orang bodoh. Kalau tak ada ombak yang besar 81. Kalaulah binatang buas boleh dilatih sebagaimana harimau, gajah dan beruk sarkas dilatih 82. Jadilah hamba Allah, buatlah kerana Allah, MasyaAllah! 83. Jikalau kulit saya kamu salin ke tubuh kamu, darah saya kamu tukar ke dalam jasad kamu, 84. Bukan nak ( zikir dengan suara ) kuat, bukan perlahan. Matlamat kita hancur hati dengan Allah 85. Saya tak bimbang anak‐anak saya tak makan kerana rezeki, (sebab) Allah sudah jamin. Yang 86. Saya tak setuju dengan orang‐orang yang hanya bercerita tentang datuk nenek mereka orang 87. Fahaman Wahabi ialah fahaman yang berpegang kuat dengan zahir syariat. Mereka tidak 88. Kalaulah anjing yang mengikut pemuda Ashabul Kahfi, Allah masukkan ke dalam syurga. 89. Kamu tentang makan, kamu pandai. Untuk menyedapkan sesuatu makanan berbagai ramuan 90. Duduklah ”tang” manapun, di parit longkang, di dalam istana, di atas, di bawah, di tepi, di 91. Pohonlah kepada Allah untuk berjumpa dengan guru yang boleh membimbing kamu ke jalan 92. Di dalam perjalanan Ahlullah, baka keturunan adalah salah satu perkara yang sangat penting. 93. Untuk menyucikan darah‐darah keturunan yang tak terpakai, darah kejinan, darah kekufuran 94. Kalau kita tak larat nak berjalan, jadilah tangga untuk orang‐orang yang nak berjalan. 95. Setengah orang seronok membaca dan mendengar karomah Syeikh Abdul Qadir Al‐Jilani. Nasihat Syeikh Abdul Qadir Al‐Jilani dia tak baca! Bacalah nasihat Syeikh Abdul Qadir al ‐Jilani, di dalam kitab Fathul Ghaib dan Fathur Rabbani. 96. Ada dua jalan manusia menuju Allah s.w.t: 97. Saya kalungkan mutiara di leher anjing, mudah‐mudahan ia menjadi kambing. 98. Sembahyang 5 waktu di wajibkan pada tahun ke 10 daripada kenabian dan kerasulan. 99. Bilal bin Rabbah r.a seorang hamba abdi. Orang yang dipandang hina oleh masyarakat tetapi 100. Kamu jangan sangka, kamu ikut saya, duduk majlis saya, sembahyang belakang saya, kamu Assalamualaikum wbt… Sambungan nasihat Tok Ayah…. 101. (zero, zero, one) ini nombor kod Ahlullah. Kosong dunia, kosong akhirat, hanya Allah yang 102. Bergaul dengan jutawan berasa nak manfaat dari mereka. Syirik! Tengok benda seronok, 103. Kalau kereta rosak ada tukang yang akan baikinya. Kalau orang rosak siapa yang nak baiki? 104. Jadilah hamba Allah sehamba‐hambanya. Kalau orang bertanya siapa yang paling banyak 105. Berdoalah kepada Allah supaya buta mata daripada melihat perkara yang dilarang. Pekak 106. Orang munafiq di zaman ini tak senang dengan pakaian sunnah. 107. (La hau la wala quwwata illa billah) cakap senang, nak duduk di atas 108. Kemerdekaan yang sebenar ialah apabila bebas daripada belenggu hawa nafsu. 109. Orang Melayu terhijab dengan bahasa Melayunya, orang India terhijab dengan bahasa 110. Perkara yang kita tak tahu tidak semestinya perkara tersebut tak betul. 111. Orang yang loyar buruk dengan Allah s.w.t ialah orang yang loyar buruk dengan auliya’ Allah. 112. Bala yang Allah kenakan kepada kita adalah setimpal dengan amal perbuatan kita. Bila kita 113. Guru saya pesan. “Mahmud! Janganlah ajar adab nanti mereka biadab. Ajarlah mereka 114. Apabila tidak senang dengan aturcara “perjalanan Ahlullah” itu tandanya ada darah kejinan 115. Para auliya’ (wali‐wali Allah) tidak menyembunyikan “Ilmu”. Orang dunialah yang 116. Bila buat sesuatu ikut hawa nafsu maka akan timbullah penyesalan yang berpanjangan. 117. Benda dan perkara yang dah berlaku, jangan kata “Silap!” Tuhan buat “Tak silap”. Yang 118. “Buat apa nak zikir ( suara ) kuat‐kuat? Allah s.w.t. bukan pekak! Zikir perlahan pun Allah s.w.t. 119. Selaku umat Rasulullah s.a.w. di abad 15 Hijrah ini. Saya akan bersungguh‐sungguh 120. Bacalah diri sendiri (tengok keburukan sendiri). Jangan baca (tengok) keburukan orang lain. 121. Bereskan kekufuran dan kesyirikan di dalam diri kita dulu. Janganlah bersibuk dengan 122. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyatakan “bahawa para sahabat umpama bintang‐bintang di 123. Gagahnya satu‐satu zaman itu di sebabkan gagahnya para auliya’ (wali‐wali Allah) di zaman 124. Air hujan yang turun dari langit “jernih”. Tapi bila sampai di bumi jadi keruh, kotor dan 125. Sembahyang ada waktu. Zikrullah tidak ada waktu tertentu. Zikrullah kena dilakukan 126. Selagi mana kita terasa reti. Selama itulah kita tak reti! 127. Terasa adanya “kita”. Itulah kesalahan yang besar. 128. Selagi terasa adanya kita. Selama itulah kita menderita. 129. Kita tak soal UMNO ka, PAS ka, ADIL ka. Kita akan berganding bahu dengan orang‐orang yang 130. Abad 15 Hijrah ialah abad kebangkitan Islam. 131. Semua para auliya’ di dalam dunia sepakat mengharamkan rokok. 132. Satu batang rokok yang dihisap menjadi hijab dengan Allah selama 40 hari. 133. Serban, jubah dan janggut lambang orang soleh. 134. Pakai baju, dulukan tangan kanan, buka baju dulukan tangan kiri. Pakai kain dulukan kaki 135. Buang atau cukur janggut, simpan misai, macam Hindu! Ikut Hindu! Rasulullah s.a.w. suruh 136. Semua nabi‐nabi dan rasul‐rasul a`laihimussalatu wassalam dibangkitkan oleh Allah s.w.t. 137. Kenapa orang Islam yang dulu‐dulu hebat dan kuat. Sebab mereka kuat berpegang dengan 138. Kita jangan di perbudak‐budakkan oleh budak‐budak dunia. 139. Orang yang baik merasa 140. Bala ada 4 jenis: 141. Punca bohsia dihari ini (keruntuhan moral) ialah disebabkan suntikan yang diberi kepada bayi 142. Wajib taat kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. dan orang‐orang yang “mengajak” kita 143. Cara perubatan yang tak menggunakan dadah seperti akar kayu dan homeopati ini adalah 144. Saya buat kerja saya. Saya tak kisah orang nak marah ke atau suka! 145. Di jalan Allah s.w.t. tidak ada mujadalah, mubahasah, munaza’ah dan munakasyah 146. Penyelewangan hadis. Betullah! Rasulullah s.a.w suruh tuntut ilmu sampai ke negeri China, 147. Kalau perut dah kenyang macam mana nak meratib? 148. Satu orang Tuan Guru (Sg. Pau Kedah) komen apa yang saya anjurkan. Saya bagi tahu dia, “Pak 149. Di dalam tubuh badan manusia ada 56 ribu titik darah. Untuk menyuci satu titik darah tidak 150. Dalam perjalanan Ahlullah, selagi belum mutmainnah dikira orang baru.Walau dah 30 tahun 151. Cara‐cara memohon guru mursyid. 151. Dari mana hendak kemana, 152. Fahaman agama ini luas. Ada fahaman syariat, ada fahaman toriqat, ada fahaman hakikat dan 153. Segala amalan khurafat yang menghalang kita didalam perjalanan dihapuskan dengan 154. Hanyalah dengan memperbanyakkan mengingati Allah sahaja akan membuka laluan kepada 155. Yang dikatakan memperbaiki diri ialah kita perlulah bersifat zuhud dan yaqin kepada Allah 156. Apabila tidak zuhud akan timbullah penyakit tamak. Dari penyakit tamak akan timbul pula syak 157. Tidak ada jalan lain untuk keluar daripada penyakit tamak dan syak wasangka terhadap Allah 158. Punca kita jauh dari Allah tidak dapat merasai kemanisan iman kerana kita tamak. Kalau tamak 159. Pupuklah dangan zuhud dan yakin kepda Allah supaya timbul dalam perasaan kita: ”Dia 160. Setiap amalan yang tidak sampai makrifah akan jadi sampah. 161. Untuk mendapat yakin kenalah tinggalkan nafsu amarah terlebih dahulu. Dengan nafsu Lagi nasihat Tok Ayah………. 1. Jangan tinggal dengan nafsu. Jangan duduk dengan nafsu. Taslim (berserah) 2. Tutuplah pintu pancaindera yang di bangsakan (ikut) nafsu. Tutuplah pintu hati 3. Tolak hajat (kemahuan) sehingga Allah s.w.t. beri faham. 4. Perkara yang kita kurang puas hati jangan kritik Allah s.w.t. 5. Kedatangan sombong jadi nafsu. Perasaan sudah lama mengikuti (perjalanan) 6. Buatlah istighfar, selawat, dan zikir. Lambat atau cepat (diri terbentuk) mengikut 7. Terasa penat! Susah! Itu disebabkan nafsu tidak berupaya. Ibarat (seolah-olah) 8. Ikhlas adalah rahsia. Selagi ada rungutan. Selagi terasa sudah lama dan sebagainya. 9. Rahsia anak kunci kejayaan guru adalah ikhlas dengan Allah s.w.t. 10. Cara pembersihan (jiwa) dengan cara bersedikit-sedikit (ikut kemampuan) iaitu 11. Orang buta kena gila penuh (yakin sepenuhnya) dengan orang celik. Barulah boleh 12. Wali Allah bukan maksum, jadi jangan tertipu kerana melihat syariatnya. 13. Melihat kesalahan dan kelemahan guru adalah hijab bagi murid. 14. Pelajaran ilmu tauhid (mengenai sifat dua puluh – usuluddin) hanya untuk 15. Macam mana Allah hendak beri rahmat kepada kamu? Kerana kamu “BIADAP 16. Kerohanian, tidak dicari dengan akal tetapi dengan bertaqwa. Bila datang alamat 17. Apa yang kita dakwa dari kerohanian kita, mesti ada bukti selepas itu. Tujuan 18. Rahmat Allah datang dengan menendang atau meninggalkan nafsu. 19. Bila timbul krisis (persilihan pendapat), perkara ini kena rujuk kepada Allah. Kalau 20. Krisis mesti berlaku dikalangan Sahabat Radiallahu anhum kerana tidak sama darjah 21. Roh adalah urusan tuhan (maksud Alquran –Al-Isra’ ayat 85) ikut suka Tuhanlah 22. Kamu pun boleh dapat! (kekuatan iman dan taqwa yang tinggi)! Dengan syarat 23. Taksub pada diri sendiri adalah hijab yang paling besar sekali. 24. Kalau ada taksub atau mengambil kesempatan. Maka terhijablah kepada abid dan 25. Kadang-kadang manusia itu, kena dibiarkan dahulu sampai mereka terhantuk. 26. Jatuh bangun dalam perjalanan (sufiyah-ahlullah) adalah perkara biasa. 27. Berlaku pergeseran sesama jemaah adalah perkara biasa. Tetapi janganlah jadi 28. Rahsia perjalanan ialah tawaduk. Merendah diri dengan kebenaran. 29. Orang yang kaya ilmu hendaklah tawaduk dengan kekayaan ilmunya atau 30. Sekarang ramai orang seperti kacang yang lupakan kulit. Hanya memandang 31. Orang yang buta mata hati. Hal-hal dunia dia boleh buat bermacam-macam. 32. Taslim (penyerahan). Menunggu lakonan-susunan Allah. Tidak kempen, tidak 33. Nafsu sentiasa menarik kepada ammarah untuk duduk setakat lawwamah pun tidak 34. Buatlah sesuatu bukan berasa kerana hendak untung dan bukan takut mengalami 35. Mutmainnah itu ialah nafsu yang duduk atas garisan syariat. Sentiasa memikirkan 36. Apabila mendapat mutmainnah. Penyakit penat akan hilang. 37. Kalau raja (pemerintah) lupa Allah dan rakyat lupa Allah maka kedua-duanya 39. Iblis pun berzikir. Dalilnya dalam surah Sod (ayat 82) iblis menyebut fabi izzatika 40. Pada tiap-tiap lapisan langit ada penjaganya. 41. Dalam merebut takwa, hendaklah kita pentingkan diri kita dahulu. 42. Saya tidak boleh tarik sesiapa. Kalau boleh, saya tarik anak dan isteri saya 43. Saya hendak bersahabat dengan orang yang ikhlas dan orang yang berani. 44. Saya yang diberi amanah oleh Allah di muka bumi ini pun saya berasa masih 45. Tidak ada sebab kamu tidak mati, pasal malaikat maut pun akan mati. 46. Ada orang mengadu kepada Hadrat Tok ayah. “Ayah! saya kadang-kadang berasa 47. Di dalam perjalanan Ahlullah, orang yang masih terbelengu dengan hawa nafsu di 48. Budak-budak hendak buat baik, takkan saya hendak halang. Tetapi fahamilah 49. Kita jangan di perbudak-budakkan oleh budak-budak penjajah. Budak-budak 50. Kalau berzikir sahaja tetapi tidak selawat, tidak akan meningkat. Beristighfarlah |
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Ahad, 3 Julai 2011
MEMANG SUKAR JADI BAIK DAN BERAMAL...KADANG CAKAP PANDAI...BERILMU ...MACAM MAHIR SESUATU....TAPI AMAL TAK DE PUN....
Misteri dakwat kekal: Siapa bohong... SPR atau kabinet?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan