Selasa, 28 Disember 2010

SANTAI..RELAX2 MASALAH POLITIK TANAH AIR....BERPOLITIKLAH IKUT SYARAK...LARI LANDASAN SYARAK BINASA KITA DI AKHIRAT....

Penduduk menolak premis hiburan

KUALA NERUS – Geram kerana pihak penguat kuasa lambat bertindak sekumpu-lan penduduk yang terdiri daripada pelbagai jawatankuasa peringkat kampung mengambil tindakan sendiri menyerbu sebuah pusat karaoke dipercayai beroperasi tanpa lesen yang terletak di Taman Desa Soleha, Padang Air, di sini, malam kelmarin.

Operasi gerak gempur yang disertai 50 penduduk melibatkan Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jawatankuasa Surau, dan beberapa jawatankuasa lain bertujuan menunjukkan protes mereka terhadap premis hiburan itu yang jelas tidak bersesuaian dibuka di kawasan penempatan penduduk.

Operasi itu bertujuan menghalang pusat hiburan tersebut meneruskan perniagaan mereka kerana bimbang gejala sosial menular dalam kalangan belia.

Selain itu, tindakan penduduk juga menunjukkan mereka menolak keras bentuk perniagaan itu beroperasi di kawasan berkenaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Air, Abu Bakar Mamat, Pada Mei lalu pihaknya telah memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) menerusi e-Aduan berhubung kewujudan premis perniagaan berkenaan, namun setelah menunggu sejak sekian lama masih belum ada sebarang tindakan diambil.

“Setelah bermesyuarat beberapa kali, penduduk yang terdiri daripada pelbagai jawatankuasa mengambil tindakan untuk membuat serbuan bertujuan memberi amaran kepada pemilik agar tidak meneruskan perniagaan sebegini.

“Kami memandang serius perkara sebegini kerana kebanyakan pelanggan di pusat hiburan itu adalah golo-ngan belia yang terdiri daripada pelajar, tetapi apa yang lebih membimbangkan lagi dikhuatiri menjadi tempat untuk melakukan perbuatan tidak bermoral,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Abu Bakar, premis yang dipercayai beroperasi hampir setahun lalu itu sememangnya tidak disenangi penduduk setempat kerana ia bukan sahaja terletak berdekatan dengan sekolah, tetapi juga begitu hampir dengan penempatan penduduk.

Sementara itu, dalam serbuan yang turut disertai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mendapati premis berkenaan turut melanggar syarat di mana kesemua lapan bilik karaoke yang disediakan itu diletakkan cermin gelap, di mana sepatutnya cermin perlu telus pemandangan.

Menurut Setiausahanya, Samiun Salleh, premis yang masih dalam proses permohonan lesen itu turut dikenakan kompaun berjumlah RM50,000 berikutan pelbagai kesalahan yang dikenal pasti pada malam serbuan.

“Kami memberi tempoh selama 14 hari kepada pemilik premis untuk menjelaskan kompaun berkenaan dan sekiranya gagal berbuat demikian, pihak kami tidak akan teragak-agak untuk menyita premis tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Samiun berkata, sebelum ini pihaknya tidak pernah sesekali menerima aduan berkaitan operasi perniagaan di premis ini sama ada daripada orang awam mahupun penduduk setempat.




Lelaki maut ditetak empat lelaki

KLANG - Beberapa orang saksi hanya mampu melihat seorang lelaki maut ditikam berhampiran sebuah Restoran Mamak di Persiaran Raja Muda Musa, Pandamaran, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi, mangsa, Wan Zakaria Wan Hamat, 36, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, tangan, belakang badan dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam.

Sebelum kejadian. beberapa saksi yang sedang menjamu selera di restoran berkenaan melihat mangsa yang menunggang motosikal dikejar sebuah kereta dinaiki empat lelaki sebelum motosikal mangsa dihimpit dan terkena kiri sebuah bas yang sedang berhenti di situ.

Mangsa yang ketika itu tidak cedera kemudian cuba melarikan diri ke arah restoran itu, bagaimanapun dikejar salah seorang suspek.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asis-ten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata, mangsa gagal melarikan diri sebelum ditikam dan maut di tempat kejadian.

“Suspek kemudian melarikan diri menggunakan kereta Proton Wira bewarna merah dan motosikal mangsa ditemui tidak jauh dari tempat kejadian.

“Senjata yang digunakan dalam kejadian ini tidak ditemui dan usaha mengesan kesemua suspek terbabit sedang giat dilakukan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohamad berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Difahamkam mangsa yang tinggal di Pelabuhan Klang itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.



Mat rempit berputih mata

SEREMBAN – Tindakan agresif sekumpulan mat rempit yang cuba meragut beg pinggang seorang peniaga di Jalan Rahang :berhampi�ran Stesen Komuter Seremban tidak kesampaian, dalam kejadian jam 4 pagi, awal pagi kelmarin.

Bagaimanapun malang bagi mangsa, Ho Ken Jee, 54, yang patah tulang rusuk, selain mengalami kecederaan di kaki dan kepala selepas terjatuh daripada motosikalnya.

Ken Jee ketika ditemui di Hospital Pakar Seremban berkata, ketika kejadian dia menunggang motosikal seorang diri dari rumahnya di Rahang menuju ke gerainya di Pasar Besar Seremban, di sini.

“Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal saya dihampiri sekumpulan lelaki yang menaiki kira-kira 10 motosikal.

Menurutnya, salah sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki, secara tiba-tiba menghimpit motosikalnya sebelum pembonceng di bahagian belakang cuba meragut beg dipakai di pinggangnya.

“Saya kemudiannya menepis tangan lelaki terbabit beberapa kali menyebabkan suspek hanya dapat menarik jaket yang saya pakai.

“Disebabkan berang, lelaki terbabit kemudiannya bertindak menendang motosikal saya menyebabkan saya terjatuh di atas jalan,” katanya.

Ken Jee berkata, selepas sekumpulan lelaki bermotosikal itu melihat dirinya terbaring di atas jalan raya, mereka kemudiannya segera melarikan diri.
“Mujurlah seorang penunggang motosikal yang lain berhenti menghulurkan bantuan sebelum membawa saya ke hospital.

“Pemeriksaan x-ray mendapati, tujuh tulang rusuk saya patah, selain beberapa kecederaan di kepala dan kaki,” katanya.

Menurutnya, dia tidak dapat mengecam rupa suspek kerana mereka memakai topi keledar dan keadaan pada waktu itu masih gelap.

“Ini kali pertama saya diragut sejak berniaga di pasar berkenaan kira-kira 30 tahun lalu.

"Saya masih belum membuat laporan polis mengenai kejadian ini kerana trauma dan akan berbuat demikian dalam masa terdekat," katanya




Wanita menyamar jadi suami


ORISSA - Seorang wanita di India melancarkan siasatan berhubung dengan kes penipuan selepas mendapati 'suami' yang dikahwininya selama enam bulan sebenarnya adalah seorang perempuan.

Minati Khatua, 27, didapati ditipu suaminya bahawa dia adalah seorang lelaki yang dihormati apabila dia memberitahu mangsa dia tidak boleh menyempurnakan tuntutan perkahwinan mereka kerana dia sedang mengamalkan upacara keagamaan.:

Akhbar Daily Telegraph melaporkan rahsia suaminya terbongkar tidak lama selepas itu.

Laporan akhbar itu menyatakan Minati turut melaporkan perkara itu kepada polis selepas mendapati suaminya adalah seorang perempuan tulen.

Polis percaya "pengantin lelaki" yang menyamar itu berniat untuk mengambil kesempatan terhadap hantaran perkahwinan yang diberikan oleh pihak perempuan iaitu sebuah kereta dan barang kemas yang dianggarkan bernilai AS$411 (RM1300).

Tiada ulasan: