Isnin, 27 Disember 2010

JIKA KITA BAIK DAN JUJUR DALAM POLITIK TIADA APA NAK DITAKUTKAN...AKHIRNYA KITA BERSARA BERPOLITIK DAN JUGA BERSARA DALAM HIDUP DIDUNIA INI....

Gaji Guru: Pelik TPM cabar ketua pembangkang

Dis 27, 10 12:51pm


Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata, tindakan seorang timbalan perdana menteri mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menaikkan gaji guru di negeri Pakatan Rakyat sesuatu yang pelik.

Sehubungan itu, Idris berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak melatah tidak tentu fasal berkenaan janji RM500 sebulan kepada golongan itu sekiranya Pakatan Rakyat menawan kerajaan pusat.

"Jangan terlalu gelabah sehingga terlalu emosi dalam membuat kenyataan.

"Selaku timbalan perdana menteri beliau tentu lebih arif dalam hal kewangan negara dan bidang kuasa kuasa pendapatan negeri yang terlalu kecil, jangan beliau bercakap macam ketua cawangan Umno sahaja," katanya.

Dalam kenyataan semalam, Idris menegaskan iltizam yang disuarakan dalam konvensyen mereka sebelum ini bukannya untuk dilaksanakan sekarang.

"PAS mengharapkan Tan Seri Muhyiddin tolong perhatikan ayat-ayat yang terkandung dalam buku jingga yang telah diedar di Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember," katanya.




Tambahan RM500: Kenapa Muhyiddin takut sangat?

Dis 26, 10 11:34am


PAS hari ini mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar jangan mudah melatah jika tidak mahu sikap takut dan gelabah beliau terhadap janji Pakatan Rakyat terbongkar, lapor Harkahdaily.

idris ahmad information chief pas muktamar in kota bharuKetua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, parti Islam itu berasa pelik dengan sikap Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno yang sangat emosi terhadap komitmen Pakatan Rakyat untuk menaikkan RM500 sebulan kepada guru jika Pakatan Rakyat menerajui negara seperti diumum Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"PAS merasa pelik seorang Timbalan Perdana Menteri mencabar Datuk Seri Anuar Ibrahim menaikkan gaji guru-guru di negeri Pakatan Rakyat.

"Iltizam Pakatan Rakyat kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat, bukannya sekarang.

"Kenapa perlu takut dengan janji Pakatan Rakyat? Janganlah buat tuduhan yang tidak menentu," katanya.

azlanBeliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang mendakwa tawaran Pakatan Rakyat untuk pendidik itu hanya janji politik dan sukar dilaksana untuk guru sahaja dan memberi alasan dengan mempersoal imbuhan kepada kakitangan awam lain.

Menurut Idris, untuk peringkat awal janji berkenaan hanya diberikan kepada guru namun semua kakitangan awam akan diambil perhatian juga selepas itu.

"Pakatan Rakyat mengambil tindakan awal untuk guru-guru sebagai satu penghargaan dan pengorbanan mereka mendidik rakyat di negara ini.

NONE"PAS menasihatkan Tan Sri Muhyiddin dapat turun ke bawah, memerhatikan bagaimana beban guru-guru yang berat, jangan hanya mendesak guru-guru melakukan macam-macam tugas," katanya.

Idris, sehubungan itu, menasihatkan Muhyiddin supaya sabar dan tidak emosi. Beliau juga mahu timbalan perdana menteri itu meneliti ayat-ayat yang terkandung dalam buku jingga yang merupakan manifesto Pakatan yang telah diedar di Konvensyen Pakatan Rakyat 19 Disember lalu.

Selaku Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin juga katanya, Muhyiddin tentu lebih arif dalam hal kewangan negara berbanding pendapatan kerajaan negeri yang terlalu kecil.

azlan"Jangan beliau bercakap macam ketua cawangan Umno sahaja.

"Pakatan Rakyat hanya berjanji untuk menaikkan taraf hidup rakyat dan meletakkan rakyat di tempat yang sepatutnya setelah 53 tahun rakyat dipinggirkan.

"Sekarang ini pun dengan kekangan kewangan negeri, Pakatan Rakyat telah membuat yang terbaik untuk rakyat, seperti skim kifalah, air percuma, bantuan pendidikan," katanya



Syiah serah memo, tuntut maaf terbuka
Fadzly Esa
Dis 27, 10
3:32pm


Sekumpulan pengikut Syiah hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), mendakwa berlaku pencabulan hak asasi manusia terhadap mereka.

Kumpulan 30 orang itu mendakwa serbuan terhadap pusat mereka di Gombak pada 15 Disember lalu bercanggah dengan pelbagai peruntukan, antaranya Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Perlembagaan Persekutuan.

NONE"Kami Komuniti Pencinta Ahlul Bait (Syiah) di Malaysia memohon perlindungan hak daripada Suhakam berpaksikan Perlembagaan Malaysia agar hak minoriti kami sebagai rakyat Malaysia dilindungi pihak-pihak berwajib," kata jurucakapnya Kamil Zuhairi Ab Aziz.

"Sekiranya hak kebebasan beragama dan kepercayaan telah diberikan kepada minoriti yang beragama Hindu, Buddha, Kristian, Sikhisme atau lain-lain agama, mengapa kami dicaci, dihina, difitnah dan kini diugut semata-mata kerana mengamalkan kepercayaan kami turun-temurun sejak nenek moyang kami, iaitu Mazhab Ahlul Bait atau Syiah Imamiah yang dianuti lebih 200 hingga 500 juta umat Islam seluruh dunia."

Sebahagian daripada kumpulan itu antara 128 orang yang ditahan dua mingg lalu di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves.

Dua daripada mereka telah didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kuang bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti.

NONEKali pertama tampil mengadakan sidang media di ibu pejabat baru Suhakam di Kuala Lumpur, Kamil menjelaskan, ketika serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), tiada usaha penyebaran fahaman, sebaliknya hanya majlis tahlil untuk arwah cucu Nabi Muhammad.

Mengakui mempunya jati diri yang khusus, Kamil menolak generalisasi yang menyamakan fahaman mereka - Syiah Imamiah - di negara ini dengan kumpulan yang sama di negara lain.

"(Kami) tidak akan menumpahkan darah, tidak akan bersubahat, tidak akan terlibat dalam sebarang kegiatan militan, keganasan dan persenjataan yang dapat meletakkan negara tercinta dalam kedudukan bahaya," katanya sambil menegaskan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membendung elemen itu.

Sehubungan itu, mereka menuntut pihak yang terlibat dalam tangkapan mereka, terutamanya JAIS, pengarahnya Datuk Khusrin Munawi dan penguatkuasa jabatan itu membuat permohonan maaf secara terbuka kerana "mengakibatkan fitnah dan kekeliruan terhadap mereka".

Tuntutan itu turut dibuat kepada pihak media dan penceramah popular Datuk Dr Hassan Din yang dilaporkan berkata, perkahwinan dengan pengikut Syiah boleh mengakibatkan perkahwinan tidak sah dan anak yang lahir boleh dikategorikan sebagai anak zina atau anak tidak sah taraf.

Mengulas 'kekeliruan' terhadap fahaman mereka, Kamil menjelaskan perkara itu berlaku ekoran tiada dialog dan kajian yang tersusun daripada sarjana berhubung fahaman itu.





Chegubard tolak jawatan timbalan SUA

Dis 27, 10 12:53pm


Calon ketua angkatan muda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin yang tewas dalam pemilihan lalu berkata beliau enggan menerima tawaran untuk dilantik ke jawatan timbalan setiausaha agung yang ditawarkan parti.

Tambahnya, beliau kini masih menunggu tindakan parti itu berhubung aduan yang dibuat berkaitan pemilihan parti yang berakhir bulan lalu.

chegubard badrul hisham shaharin 271110Badrul Hisham yang popular dengan jolokan Chegubard itu turut mengucapkan terima kasih kepada presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail kerana mengumumkan pelantikan beliau ke jawatan itu pada 18 Disember lalu.

Bagaimanapun, Badrul Hisham (atas, berjaket hitam) berkata beliau memutuskan untuk tidak menerima jawatan tersebut atas dasar prinsip.

"Saya sayangkan parti ini, dan kerana sayanglah saya akan terus menegur.

"Saya sayangkan negara ini, saya ingin pastikan keadilan menjadi sesempurna mungkin sebelum kita sampai ke Putrajaya," katanya dalam sidang media di Bukit Mertajam.

Katanya, beliau membuat keputusan itu setelah mendengar pandangan daripada rakan dan ahli keluarganya.

azlanBeliau terus menuntut tindakan lanjut selepas beliau mendengar nasihat daripada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang memintanya bersabar dan tidak mengambil tindakan melulu.

"Saya juga ingin ingatkan tentang janjinya bahawa keputusan siasatan (aduan pemilihan) akan diketahui dalam dua minggu... Janji ini dibuat dalam kongres parti (pada November)," katanya.

Tambahnya, beliau akan terus berkhidmat walaupun tanpa apa-apa jawatan dan turut menegaskan supaya tindakan diambil terhadap aduan yang timbul berhubung pemilihan tersebut.

Beliau sebelum ini pernah mengadu terdapat campurtangan serius Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pemilihan langsung yang kali pertama dijalankan itu.




PKR mahu Gobalakrishnan tutup mulut

Dis 27, 10 12:16pm


Naib presiden baru PKR N Surendran mengeluarkan amaran keras terhadap ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan supaya berhenti mengkritik pemimpin parti tersebut.

Surendran juga berkata PKR tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan seperti yang dilakukan Gobalakrishnan yang mengeluarkan kenyataan "tidak wajar, tidak produktif dan tidak berasas" terhadap pemimpin parti.

n surendran"Saya menyeru kepada YB Gobalakrishnan untuk menghentikan segala serangan tidak berasas kepada parti pada kadar segera.

"Jika tidak, kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat mengandaikan tindakan beliau itu adalah semata-mata untuk memprovokasi parti agar tindakan disiplin diambil ke atas beliau.

"Matlamat beliau (adalah) untuk mendatangkan bahana kepada parti sebelum meninggalkannya.

"Di saat PKR mengalu-alukan sebarang diskusi yang konkrit dan menguntungkan, kita juga tidak bertoleransi ke atas serangan tidak berasas kepada kepimpinan parti," kata Surendran dalam satu kenyataan.

NONEGobalakrishnan merupakan salah seorang calon naib presiden yang tewas dalam pemilihan itu manakala Surendran pula merupakan antara tiga orang dilantik secara rasmi ke jawatan berkenaan pada 18 Disember lalu.

Berikutan itu, Gobalakrishnan bertindak menyerang pemimpin parti itu termasuk ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui tulisan di laman Twitter.

Dilaporkan, Gobalakrishnan antara lainnya menulis bahawa beliau tidak terkejut dengan keputusan parti itu dalam menentukan kedudukan untuk salah seorang calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub yang turut kecundang dalam pemilihan lalu.

Gobalakrishnan dalam tulisannya berkata Anwar mahu "menamatkan" Mustaffa dengan melantik bekas pengerusi PKR Perak itu ke jawatan ahli biro politik dan juga ke jawatan ketua biro latihan.




Tiada ulasan: