Rabu, 29 Disember 2010

BETUL...KITA CAKAP SERUPA BIKIN.....BAB AGAMA ISLAM BIAR ORANG YANG MAHIR DAN ARIF ISLAM...JIKA TIDAK IA MUNGKIN BERCELARU...

Mahfuz letak jawatan pengerusi GLC Kedah
Fadzly Esa
Dis 29, 10
6:02pm


Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi syarikat kaitan kerajaan negeri (GLC), Kedah Sato Sdn Bhd, berkuatkuasa serta merta.

mahfuz omar utusan malaysia lawsuit 231208 01Sumber-sumber yang rapat dengan ahli parlimen Pokok Sena itu mengesahkan surat peletakan jawatan beliau telahpun dihantar kepada pihak pengurusan syarikat tersebut.

Sumber-sumber itu bagaimanapun enggan menjelas sebab Mahfuz (kiri) meletak jawatan, tetapi sejak semalam lagi, tersebar berita di internet bahawa ia berkaitan dengan pemberian tender oleh syarikat itu yang didakwa tidak mengikut peraturan.

Apabila didesak untuk menyatakan sebabkan peletakan jawatan Mahfuz, sumber-sumber berkata: "Pihak pengurusan dan lembaga pengarah Sato perlu beri penjelasan mengenai perkara itu."

Malaysiakini difahamkan, Mahfuz meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender.


MAIS pertahan tindakan Khusrin

Dis 29, 10 7:06pm


Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mempertahankan tindakan setiausahanya Datuk Mohd Khusrin Munawi dalam beberapa isu kontroversi, antaranya pengendalian isu pentauliahan dan larangan berpolitik dalam masjid di negeri itu.

NONETimbalan setiausahanya Abdul Halem Hapiz Salihin berkata, setiausaha majlis yang juga pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hanya menjalankan dasar dan ketetapan majlis, sejajar degan peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Dalam masa yang sama, tambahnya, segala dasar dan ketetapan yang dibuat adalah melalui mesyuarat majlis yang keanggotaannya diperkenan oleh Sultan Selangor atau jawatankuasa tetap yang dilantik.

"Selaku setiausaha MAIS, beliau (Mohd Khusrin) bertanggungjawab menjalankan segala dasar dan ketetapan yang telah diputuskan," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul Halem Hapiz menjelaskan, isu berkaitan penarikan balik tauliah kepada ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad diputuskan oleh jawatankuasa tauliah negeri Selangor.

Manakala dalam isu larangan berpolitik di masjid-masjid pula dibuat dan disahkan dalam Mesyuarat MAIS pada 4 Mei lalu ekoran titah Sultan Selangor yang melarang berpolitik di masjid-masjid seluruh negeri.

Agensi pelaksanan

"Bagi kedua-dua isu ini, setiausaha MAIS selaku ketua pegawai eksekutif majlis bertanggungjawab memaklumkan kepada masyarakat umum melalui media mengenai keputusan yang telah diambil.

NONE"Setiausaha MAIS selaku pengarah JAIS juga memastikan dasar dan ketetapan ini dipatuhi oleh masyarakat umum melalui penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh JAIS selaku agensi pelaksana," katanya lagi.

Nama Mohd Khusrin menjadi terkenal selepas JAIS menahan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 1 November 2009 atas alasan mengajar tanpa tauliah.

Mohd Khusrin juga terus menerima kritikan daripada pelbagai sudut dalam isu'upacara telan air ludah ustaz' dan isu ahli parlimen DAP Teo Nie Ching memasuki sebuah surau di Kajang.

Terbaru, JAIS sedang menguruskan kes kontroversi melibatkan tangkapan besar-besaran pengamal Syiah pada 15 Disember lalulalu.

Antara peristiwa itu dijadikan alasan untuk mempertikaikan kelayakan beliau menyandang jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri yang mencetuskan kontroversi baru.


ISU MB: Tiada had tempoh pelantikan SUK

Dis 29, 10 6:41pm


Kerajaan Selangor menyangkal dakwaan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Munir Bani bahawa mereka lewat menghantar senarai calon setiausaha kerajaan (SUK) negeri, menyebabkan Sultan Sharafuddin Idris Shah memilih calonnya terlebih dahulu.

NONESebaliknya, menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin (kanan), tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan SUK perlu dibuat dalam tempoh atau masa tertentu.

“Tambahan pula, jawatan Datuk Ramli Mahmud selaku setiausaha kerajaan negeri sepatutnya hanya tamat pada 20 Mac 2011,” katanya.

Berita Harian hari ini melaporkan Mohamad Munir mengulangi bahawa pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK negeri adalah muktamad.

Mohamad Munir juga dilaporkan berkata, kerajaan negeri lewat menghantar senarai nama untuk jawatan tertinggi penjawat awam itu (7 Disember) sedangkan Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan pelantikan Mohd Khusrin pada 10 Disember, dipercayai sebelum surat berkenaan sampai ke istana.

Dalam kenyataan hari ini, Faekah menjelaskan, dalam proses pemilihan yang dibuat pada 27 November lalu melalui Panel Pemilihan, menemuramah enam calon dari lapan nama yang dicadangkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri dan Pejabat Sumber Manusia.

Solat hajat beri kekuatan pada Sultan

Panel itu diketuai oleh Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan dianggotai oleh dua exco negeri iaitu Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Dr Xavier Jayakumar.

Nama yang disenaraipendek telah dipersembahkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan pada 17 Disember lalu, kata Faekah.

azlan“Meskipun penubuhan panel ini bukanlan satu kemestian, kerajaan negeri Pakatan Rakyat mahu menyemai satu tata cara yang baik, yang mana pelantikan jawatan tinggi perlu melalui proses telus, bebas dan bertanggungjawab.

“Menteri besar tidak mahu menggunakan kuasa penentu untuk memilih pegawai tinggi kerajaan,” katanya Faekah lagi.

Sehubungan itu, menurut Faekah, Pakatan Selangor kesal dengan perkembangan mutakhir dalam pelantikan jawatan itu dan merasakan ia “tindakan yang didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik”.

Justeru, tambahnya, selain memohon rakyat negeri itu bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan provokasi, kerajaan negeri menyeru orang ramai mengadakan solat hajat “bagi memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada DYMM Sultan Selangor dan pemimpin negeri dalam menangani salah faham ini”.

“Begitu juga kepada masyarakat bukan Islam digalakkan menjalankan upacara keagamaan menurut kepercayaan masing-masing,” katanya.



Kempen 'katakan tidak pada Isa Samad'
Dis 29, 10 1:59pm


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) akan menggerakkan kempen pungutan tandatangan seluruh warga Felda sebagai membantah pelantika Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi baru Felda.

NONEPresiden ANAK, Mazlan Aliman (kiri) berkata, gerakan mengutip tandatangan itu akan bermulai 1 Januari depan.

Tandatangan tersebut akan diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh sebulan.

Mazlan memberitahu demikian dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas pelantikan Isa sebagai pengerusi baru Felda.

"Jika ianya gagal melembutkan pendirian perdana menteri, satu memorandum akan diserah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campurtangan seri paduka," tambahnya.

Di samping itu, katanya, pelbagai bentuk kempen akan dilakukan bagi mempastikan Isa (kanan) tidak akan dinobatkan sebagai pengerusi baru Felda.

"Perdana menteri telah melakukan kesilapan besar atas perlantikan ini. Katakan tidak kepada Isa Samad!" tambahnya.

Menurut Mazlan, beliau telah menerima puluhan SMS dan panggilan telefon membantah perlantikan Isa dan mendesak supaya sesuatu dilakukan.

"Justeru menjaga kepentingan warga Felda, saya mewakili warga Felda mendesak perdana menteri menarik balik perlantikan Tan Sri Isa sebagai pengerusi Felda.

mca karaoke competition 071009 isa samad speechKatanya, ANAK sangat dukacita dengan pengumuman perlantikan Isa (kanan) kerana beliau mempunyai rekod yang buruk, untuk menerajui Felda yang merupakan sebuah GLC terpenting milik Orang Melayu.

Mazlan berkata, Isa pernah disabitkan dengan tuduhan politik wang ketika bertanding jawatan naib presiden Umno pada 2004 yang mendapat liputan meluas mengenainya.

Berikutan itu, katanya, Isa digantung keahliannya dalam Umno selama enam tahun.

"Kenapa tidak dilantik di kalangan mereka, yang sekurang-kurangnya boleh menandingi pencapaian Tan Sri Raja Alias, bekas pengerusi Felda dulu," tambahnya.





Shahidan terkejut Md Isa kekal


KANGAR - Pelantikan semula Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis mengecewakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendakwa ia dibuat tidak mengikut Indeks Pencapaian Prestasi (KPI).

Shahidan berkata, beliau terkejut mendengar pengumuman Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kelmarin mengenai pelantikannya hanya sebagai Timbalan Pengerusi UMNO negeri manakala Dr Md Isa masih dikekalkan dengan jawatan itu.

Beliau mendakwa, pelantikan Dr Md Isa tidak menepati KPI kerana tiada sebarang perubahan yang dilakukannya sejak dilantik Menteri Besar pada 2008.

“Sebelum ini, pucuk pimpinan parti menguar-uarkan kepada rakyat bahawa pencapaian pemimpin akan dinilai berdasarkan KPI dan tiada unsur berat sebelah akan diamalkan demi memastikan rakyat mendapat pemimpin yang benar-benar berkualiti.

“Bagaimanapun, dalam isu pengekalan Md Isa sebagai pengerusi, apakah KPI yang diguna pakai parti untuk mengukur prestasi beliau dan adakah beliau benar-benar membawa pembaharuan kepada parti sehingga dikekalkan menerajui UMNO negeri?

“Saya benar-benar terkejut dengan pengumuman itu dan kecewa kerana penilaian prestasi tidak dijalankan secara adil,”katanya sewaktu menghubungi Sinar Harian.

Kelmarin, Tengku Adnan mengumumkan pelantikan tiga pengerusi UMNO negeri yang baru melibatkan UMNO Kedah yang kini diketuai Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Terengganu (Datuk Seri Ahmad Said) dan Pulau Pinang (Datuk Zainal Abidin Osman).

Tengku Adnan turut mengumumkan perlantikan empat timbalan pengerusi baru bagi tiga negeri berkenaan termasuk Shahidan, Datuk Mukhriz Mahathir (Kedah), Yahya Khatib Mohamad (Terengganu) dan Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir (Pulau Pinang).

Tiada ulasan: