Untuk suku ketiga berakhir 30 Sept, 2010, Utusan mencatatkan keuntungan pra-cukai yang rendah iaitu RM1.736 juta daripada RM10.128 juta dalam suku yang sama tahun lalu.
Bagaimanapun, pendapatan mengukuh kepada RM89.540 juta dalam tempoh bawah kajian daripada RM89.530 juta sebelumnya.
Faktor itu akan kekal sebagai cabaran kepada kumpulan untuk baki tempoh 2010, kata syarikat itu.
"Bagaimananpun, pertumbuhan positif yang dijangkakan untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini dan tahun depan diunjurkan dapat merangsangkan perbelanjaan pengiklanan dan menyediakan peluang untuk kumpulan meningkatkan pendapatan pengiklanannya," kata Utusan.
- Bernama
Siasatan adalah berhubung isu perbelanjaan majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor yang dikatakan melebihi RM300,000.
"Saya sedang memberikan keterangan kepada SPRM dalam siasatan mereka terhadap kes Yayasan Selangor," kata Abdul Khalid dalam laman twitternya.
Sambutan ulang tahun yayasan berkenaan mendapat perhatian apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat baginda berangkat ke majlis itu kerana dukacita dengan kosnya yang dikatakan amat tinggi.
Bagaimanapun Abdul Khalid mencabar Noh membuktikan kos yang didakwanya itu. Namun sehingga hari ini, timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor itu gagal menyahut cabaran itu ataupun membuktikan dakwaan yang dibuatnya.
Abdul Khalid juga sebelum itu mengarahkan agar majlis itu dibatalkan dan mengalu-alukan siasatan oleh SPRM.
Yayasan Selangor semasa pemerintahan kerajaan BN tidak pernah diaudit selama lima tahun bermula dari tahun 2005.
"Kementerian Kerja Raya akan membuat cadangan mengenai pengubahsuaian itu kepada Kabinet dalam tempoh dua minggu lagi," katanya
Shaziman (BN-Tampin) menghabiskan kira-kira 45 minit di bawah bahang matahari untuk meninjau sendiri kebocoran di bumbung ini.
Menurutnya, kebocoran yang berlaku di kafeteria ahli parlimen bersebelahan Dewan Rakyat semalam adalah akibat rekahan di bahagian sambungan bumbung yang sebelum ini melalui beberapa pengubahsuaian.
Beliau juga memberi jaminan bangunan parlimen selamat digunakan, tetapi bagaimanapun memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian secara menyeluruh.
"Setiap kali Parlimen bersidang, Jabatan Kerja Raya akan sentiasa memantau dan melakukan tinjauan terhadap keadaan bangunan Parlimen terutamanya selepas hujan untuk memeriksa sama ada berlakunya sebarang kebocoran," katanya.
Shaziman berkata beliau meletakkan keutamaan tinggi terhadap bangunan Parlimen dengan memastikan keadaan keseluruhan sentiasa dijaga.
Beliau juga mengarahkan JKR supaya melakukan pemeriksaan ke atas bumbung-bumbung Parlimen terutama selepas hujan lebat untuk memastikan tiada kebocoran.
Jurugambar dihalang rakam
Pada sebelah pagi, kakitangan penyelengaraan JKR memeriksa bumbung bangunan parlimen bagi mengesan sumber kebocoran ketika hujan lebat semalam.Sekumpulan jurugambar media kemudian bergegas mengikuti petugas berkenaan tetapi kehadiran mereka tidak disenangi oleh pekerja tersebut.
Jurugambar dan wartawan diberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan berada di bahagian bumbung parlimen dan tempat mereka dikhususkan di lobi parlimen dan tempat wartawan di Dewan Rakyat.
Mereka yang telah merakamkan gambar diminta memadamkannya di kamera DSLR serta meninggalkan kawasan larangan itu serta-merta.
Bagaimanapun, jurugambar berjaya memulihkan gambar-gambar berkenaan.
Semalam, Dewan Rakyat terus dilanda masalah kebocoran dan kali ini air menitis pula di kafeteria ahli parlimen.
Ini berikutan hujan lebat petang semalam sehingga menyebabkan sebahagian daripada kafetaria itu terpaksa ditutup sementara untuk kerja-kerja menyedut keluar air.
Selain lantai yang basah, kebocoran tidak menjejaskan perjalanan Dewan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan