Selasa, 23 November 2010

NI MUNGKIN ADA SERUPA TAK ADA...LEMAH...BANYAK DAH BERPALING TADAH...NI KESAN BILA BANYAK BERTINDAK ZALIM DAN TIDAK ADIL

Umno makin angkuh, ketepi komponen BN
http://mp-bakri.blogspot.com/

Keputusan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini yang memperkenalkan pendaftaran ahli BN secara terus, ahli-ahli parti, Rakan BN dan Kelab Sahabat BN telah menunjukkan kuasa Umno semakin berleluasa dalam BN.

Selain itu, Umno semakin mengetepikan parti komponen dalam Barisan Nasional. Saya mencadangkan BN supaya membubarkan kesemua parti komponen dalam BN yang berasaskan kaum untuk menghapuskan sentimen perkauman yang semakin berleluasa di negara ini.

Parti politik yang berasaskan kaum harus dijadikan sejarah

Saya masih memberikan penghormatan kepada Parti Perikatan (kini digelar sebagai Barisan Nasional) dalam usaha untuk memerdekakan negara kita seperti yang dicatatkan dalam buku sejarah yang dirangka oleh kerajaan walaupun dikatakan Parti Perikatan ditubuhkan untuk menjaga kepentingan British selepas kemerdekaan.

Namun, Parti Perikatan yang dikatakan diwakili oleh semua kaum dan menjaga hak semua kaum masih mengamalkan polisi berasaskan warna kulit walaupun negara telah mencapai 50 tahun kemerdekaan. Perkara ini telah menyebabkan rakyat sering kali memandang sesuatu isu dari perspeksi perkauman.

Tindakan BN ini juga melanggar prinsip kesaksamaan manusia sejagat serta merampas hak asasi manusia. Ketidakadilan yang wujud dalam polisi kerajaan seperti sistem pendidikan bahasa ibunda, kebebasan beragama dan peluang ekonomi telah menjadi penghalang utama kepada perpaduan negara.

Barisan Nasional yang tidak menerima pandangan orang lain

Negara Jerman yang kesal dengan pemerintahan Nazi pada satu ketika dahulu mengganggap perkauman merupakan syaitan. Mereka juga menggubal undang-undang untuk mengharamkan penubuhan parti politik yang berasaskan sesuatu kaum sahaja. Walaupun negara kita pernah mengharungi insiden 13 Mei yang menyedihkan, namun, perkauman masih berleluasa di negara ini.

Laungan perkauman sering kali kedengaran di Mesyuarat Agung Tahunan Umno. Umno yang merupakan parti memerintah tidak banyak beza dengan Perkasa yang dilihat mengamalkan perkauman. Kekuasaan mutlak Umno dalam BN telah meminggirkan peranan parti komponen lain dalam Barisan Nasional.

Parti komponen yang berasaskan sokongan orang Cina seperti MCA dan Gerakan telah dianggap sebagai penakut dan pengecut oleh pengundi kerana gagal untuk melawan keangkuhan Umno.

Oleh kerana sumber yang semakin terhad dan penyakit 50 tahun memerintah Malaysia, ketidakupayaan Umno dalam meluaskan lagi kekuasaan politik di negara ini telah memandang rendah terhadap parti komponen BN kerana gagal untuk mencari balik populariti BN.

Parti komponen BN yang menuju ke arah keruntuhan

BN harus menghapuskan polisi yang berasaskan kaum dan parti politik kaum sekiranya mereka benar-benar memikirkan kebaikan untuk rakyat Malaysia. Namum, Umno yang berselindung di bawah payung perkauman untuk mencari kepentingan mereka menjadikan Umno tidak mungkin untuk menghindari perkauman.

Mereka masih perlu menggunakan isu perkauman untuk mencari populariti murahan. Kekuasaan mutlak Umno dalam BN semakin mengikis dan merampas peranan parti komponen berasaskan orang Cina dalam BN. Organisasi bukan kerajaan (NGO) 1 Malaysia yang dilancarkan di Pilihan raya kecil Galas sekali lagi membuktikan Umno tidak memerlukan parti komponen berasaskan orang Cina untuk mencapai kejayaan.

Hal ini akan membawa kepada situasi di mana Umno akan merampas kerusi dari parti komponen mereka kerana pencapaian parti komponen yang kurang memuaskan.

Walaupun parti komponen menentang tindakan BN untuk membuka keahlian BN, namum hal ini telah berjaya dilaksanakan dan sesiapa pun tidak akan menjamin apa yang bakal berlaku pada masa depan kelak.

Perkara yang menghairankan ialah pemimpin yang sepatutnya menentang polisi ini demi kepetingan parti mereka kini menyambut baik tindakan BN ini. Mangsa tsunami politik dan juga mangsa perkauman Umno seperti Koh Tsu Koon telah menggadaikan kepentingan ahli parti kerana menyambut baik usaha BN ini. Tetapi beliau masih tidak sedar kerana ia bakal membawa mereka menuju ke arah keruntuhan.


Bubar semua parti komponen BN
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa mencadangkan supaya kesemua parti komponen dalam BN yang berasaskan kaum dibubarkan untuk menghapuskan sentimen perkauman yang semakin berleluasa di negara ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas keputusan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini yang memperkenalkan pendaftaran ahli BN secara terus, ahli-ahli parti, Rakan BN dan Kelab Sahabat BN.

Tambahnya, keputusan itu telah menunjukkan kuasa Umno semakin berleluasa dalam BN dan parti perkauman Melayu itu semakin mengetepikan parti komponen yang lain.

Menurutnya, laungan perkauman sering kali kedengaran di perhimpunan agung Umno.

Baginya, Umno yang merupakan parti memerintah tidak banyak beza dengan Perkasa yang dilihat mengamalkan perkauman.

“Kekuasaan mutlak Umno dalam BN telah meminggirkan peranan parti komponen lain dalam Barisan Nasional,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, parti komponen yang berasaskan sokongan orang Cina seperti MCA dan Gerakan telah dianggap sebagai penakut dan pengecut oleh pengundi kerana gagal untuk melawan keangkuhan Umno.

Ujarnya lagi, oleh kerana sumber yang semakin terhad dan penyakit 50 tahun memerintah Malaysia, ketidakupayaan Umno dalam meluaskan lagi kekuasaan politik di negara ini telah memandang rendah terhadap parti komponen BN kerana gagal untuk mencari balik populariti BN.

Justeru, katanya BN harus menghapuskan polisi yang berasaskan kaum dan parti politik kaum sekiranya mereka benar-benar memikirkan kebaikan untuk rakyat Malaysia.

Namun, tambahnya lagi Umno yang berselindung di bawah payung perkauman untuk mencari kepentingan mereka menjadikan Umno tidak mungkin untuk menghindari perkauman.

“Mereka masih perlu menggunakan isu perkauman untuk mencari populariti murahan. Kekuasaan mutlak Umno dalam BN semakin mengikis dan merampas peranan parti komponen berasaskan orang Cina dalam BN,” ujarnya.

Menurutnya, organisasi bukan kerajaan (NGO) 1Malaysia yang dilancarkan pada Pilihan raya kecil Dun Galas, baru-baru ini sekali lagi membuktikan Umno tidak memerlukan parti komponen berasaskan orang Cina untuk mencapai kejayaan.

“Hal ini akan membawa kepada situasi di mana Umno akan merampas kerusi dari parti komponen mereka kerana pencapaian parti komponen yang kurang memuaskan.

“Walaupun parti komponen menentang tindakan BN untuk membuka keahlian BN, namum hal ini telah berjaya dilaksanakan dan sesiapa pun tidak akan menjamin apa yang bakal berlaku pada masa depan,” ujarnya.

Tiada ulasan: