Selasa, 16 November 2010

KAYA MANA PUN MESTI MATI...HARTA BUKAN BOLEH BAWA MATI...HANYA ILMU YANG MANFAAT,AMAL JARIAH SERTA ANAK SOLEH...

S'wak Report: Kakitangan Taib kasari jurugambar
Nov 15, 10 5:12pm

Seorang jurugambar laman Sarawak Report didakwa telah dikasari ketika merakam gambar individu yang keluar masuk daripada sebuah apartmen mewah di London.

Individu yang melakukan perbuatan itu didakwa merupakan kakitangan kepada keluarga ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, lapor laman berkenaan.

Laporan laman itu juga mendakwa, salah seorang pemandu Taib telah mencengkam leher jurugambar wanita itu dan memaksanya memadamkan rakaman yang dibuat.

Insiden itu berlaku apabila anak ketua menteri itu, Sulaiman Abdul Rahman yang juga MP Kota Samarahan meminta kakitangannya supaya keluar daripada apartmen mewah di Hyde Park itu untuk mengenalpasti wanita berkenaan, lapor laman tersebut.

Seorang pemandu kepada timbalan menteri pelancongan itu kemudiannya keluar dan "menyerang" jurugambar berkenaan sehingga beliau diselamatkan oleh seorang saksi di tempat kejadian, menurut laporan itu lagi.

Sarawak Report seterusnya menyebut, tindakan itu antara lainnya menunjukkan bahawa keluarga Taib tidak menghargai tindakan laman tersebut dalam memberikan publisiti mengenai harta yang dimiliki mereka.

Menurut laporan itu lagi, insiden berkenaan kini berada dalam siasatan polis UK


Sabah pertikai label 'negeri termiskin'
Joe Fernandez
Nov 15, 10
6:14pm


Unit Perancang Ekonomi (EPU) Negeri Sabah di Jabatan Ketua Menteri di Kota Kinabalu mempunyai pandangan yang berbeza dengan Bank Dunia berhubung kemiskinan tegar di negeri itu.

Dalam laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) yang dikeluarkan Rabu lalu, Bank Dunia mendedahkan Sabah yang mewakili 10 peratus daripada penduk Malaysia mempunyai 40 peratus daripada rakyat yang dikategorikan sebagai miskin.

Menyanggah kenyataan itu, EPU mendakwa Sabah bukan negara paling miskin di Malaysia, meskipun ia tidak menamakan negeri tersebut.

Sarawak juga telah lama dikenal-pasti sebagai negara termiskin di Malaysia selepas Sabah dan ini diikuti oleh Kelantan dan Terengganu.

Menurut EPU “beberapa sektor di media tempatan dan kumpulan yang mempunyai kepentingan tertentu mensensasi (kemiskinan di Sabah) tanpa mengambil kira fakta dan kebenaran”.

“Ia adalah salah tafsiran laporan MEM. Laporan itu tidak menyebut pengurangan signifikan kemiskinan di Sabah dari 1976-2004,” kata pengarah EPU sabah, Ismail Abdullah.

Memetik data Bank Dunia dalam MEM, katanya kadar kemiskinan di Sabah telah berkurangan lebih 50 peratus pada 1976 kepada 24.2 peratus pada 2004.

“Bank Dunia menganggap kejayaan ini sesuatu yang membanggakan walaupun terdapat beberapa tempat masih ada rakyat yang miskin di Sabah dan juga di Sarawak serta di beberapa kawasan lagi di malaysia,” katanya







Ini adalah siaran Radio Free Sarawak...
Aidila Razak
Nov 15, 10
4:50pm


Rakyat Sarawak di bahagian pedalaman akan kini mempunyai alternatif untuk mendapatkan maklumat daripada Radio Free Sarawak yang memulakan siaran hari ini.

Siaran berkenaan dipancarkan dari kota London dan hanya mempunyai rancangan sejam bermula jam 6.30 hingga 7.30 pagi waktu Sarawak di gelombang pendek pada frekuensi 7590 kHz.

Rancangan berita, ehwal semasa dan komentar akan diulang pada hari yang sama pada jam 6-7 petang waktu tempatan pada frenkuensi 15869 kHz.

Menurut seorang daripada penganjurnya, Ong Boon Keong, kandungan program itu akan diterbitkan oleh NGO tempatan dan pemimpin masyarakat setempat di sarawak dan dihantar ke London untuk dipancarkan.

“Kami mulakan projek ini beberapa bulan lalu. Kami uji siran pertama hari ini dan mendapati masih ada pembaharuan perlu dilakukan bagi memastikan kejelasan siaran,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, ramai lagi penduduk di pedalaman Sarawak yang mendapatkan berita melalui gelombang pendek, yang kini tidak lagi digunakan di negara-negara maju.

“Kami dapati ramai yang masih guna gelombang pendek radio untuk mendengar siaran RTM,” katanya sambil menambah Radio Free Sarawak bercadang mengisi kekosongan akibat kandungan berat sebelah daripada kerajaan itu.

Adalah dipercayai ini bukan usaha pertama membawa kandungan tempatan ke Sarawak melalui siaran luar negara. Namun semua usaha berkenaan berakhir dengan kegagalan


Husam: PAS terbuka terima sesiapa, termasuk Zaid
Nov 15, 10 7:53pm

Ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa berkata parti itu sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana bekas ahli parti lain, termasuk Datuk Zaid Ibrahim yang mengesahkan akan keluar daripada PKR.

Husam yang juga ADUN Salor berkata, PAS pernah menawarkan tempat kepada Zaid dalam parti itu namun ditolak kerana Zaid lebih cenderung menyertai PKR.

"Dia (Zaid) sudah dewasa kalau dia nak masuk mana-mana parti...dulupun kita tawarkan dia masuk PAS, dia menolak namun terpulanglah kepada dia mana-mana parti dia nak masuk," katanya selepas ditemuramah Bernama menerusi rancangan Hello Malaysia di Wisma Bernama, di Kuala Lumpur.

Zaid yang juga bekas ketua PKR Wilayah Persekutuan, hari ini secara rasmi melahirkan hasratnya untuk berundur dari parti itu.

"Memang benar saya akan meninggalkan parti itu tetapi saya belum menyerahkan borang rasmi lagi,” tulis Zaid di blognya petang ini.

Katanya, “semuanya akan dijelaskan” apabila beliau mengeluarkan kenyataannya pada Jumaat ini.

Mengulas mengenai kekalahan PAS di tangan Umno pada pilihan raya kecil DUN Galas 4 November lalu, Husam yang memegang exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan berkata parti itu menerima kekalahan itu dengan hati terbuka namun PAS memberi perhatian khusus kepada BN selepas ini.

"BN nampak gembira dengan kejayaan ini, namun yang lebih penting cara BN menyusun strategi menghadapi pilihan raya umum akan datang, itu yang lebih kita (PAS) bimbangkan," katanya.

Pada pilihan raya kecil itu, calon Pas Dr Zulkefli Mohamad tewas kepada calon BN, Abdul Aziz Yusoff dengan majoriti 1,190 undi.

- Bernama

Tiada ulasan: