Isnin, 15 November 2010

KALAU SALAH ..SABITKAN...JANGAN BERSAKSI KE LUTUT

Kula pertimbang tawaran berdamai DAP Perak
Nov 15, 10 2:32pm

Bekas timbalan pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran melahirkan rasa terkejut dengan kekalahannya dan beberapa pemimpin lain yang kaitkan dengan kumpulannya pada pemilihan parti peringkat negeri semalam.

“Ia adalah hari yang paling menyakitkan hati,” kata ahli parlimen Ipoh Barat di blognya pagi ini.

Menurut Kulasegaran, "penyembelihan beberapa sekutu yang berkemampuan, komited dan berdedikasi” yang bertanding menentang calon-calon yang “tidak mempunyai latar rekod, tidak dikenali di dalam dan juga luar parti” adalah sesuatu yang amat perit.

“Terdapat persoalan mengenai kelayakan kira-kira 50 bahagian yang menghantar 350 perwakilan ke konvensyen parti negeri dan ini pasti menimbulkan keraguan sama ada pemenang mempunyai hak menuntut kemenangan moral,” katanya.

“Keputusan itu amat mengejutkan kerana beberapa pemumpin berkebolehan dan berdedikasi seperti saudara Thomas Su, saudara Seah Long Peng dan saudara Frankie Wong dikalahkan dengan teruk,” katanya.

Meskipun Kulasegaran berkata beliau menerima kekalahan itu tetapi ia sesuatu yang perit dan sukar dilupakan.

Kenyataannya itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada beliau dan pemimpin lain dalam kumpulannya akan menerima tawaran oleh pasukan yang menang yang diketuai oleh Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming untuk membawa mereka bersama ke pimpinan DAP Perak.

Kulasegaran dan bekas naib pengerusi DAP Perak, A Sivanesan, yang kalah pada pemilihan semalam telah ditawarkan jawatan naib pengerusi.

“Saya telah memainkan peranan saya dan tawarkan diri untuk berdamai tetapi sedih untuk mengatakan bahawa usaha pempin atasan parti telah gagal kerana kejayaan mereka memerlukan kesanggupan kedua-dua pihak untuk bekerjasama untuk kepentingan bersama,” katanya.

Namun kata Kulasegaran, maklum balas dan pandangan daripada pemimpin lain dan juga penyokong akar umbi dan penyokong akan diambil sebelum memutusakan untuk menerima atau menolak tawaran yang dibuat oleh Ngeh dan Nga.

“Antara faktor yang saya akan ambil kira adalah untuk menentukan bagaimana cara terbaik untuk saya berperanan dengan efektif dalam politik negeri.”


Barisan kepimpinan baru DAP Perak:


Pengerusi
- Ngeh Khoo Ham

Timbalan pengerusi
- V Sivakumar

Naib pengerusi - M Kulasegaran and A Sivanesan

Setiausaha
- Nga Kor Ming

Penolong setiausaha - Ong Boon Piow

Bendahari - Lim Pek Har

Setiausaha kerja - Teh Hock Kee

Penolong setiausaha kerja - A Sivasubramaniam

Ketua publisiti - Wong Kah Woh

Penolong ketua publisiti - Yong Choo Kiong

Ketua pendidikan politik - Teh Kok Lim


Zaid Ibrahim keluar PKR, akhirnya...
Nov 15, 10 9:58am

Bekas ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim hari ini secara rasmi melahirkan hasratnya untuk berundur dari parti itu.

"Memang benar saya akan meninggalkan parti itu tetapi saya belum menyerahkan borang rasmi lagi,” tulis Zaid di blognya petang ini.

Katanya, “semuanya akan dijelaskan” apabila beliau mengeluarkan kenyataannya pada Jumaat ini.

Sebelum ini, desas desus dan khabar angin bahawa Zaid akan meninggalkan PKR sudahpun bertiup kencang.

Zaid dalam portal berita miliknya - Free Malaysia Today berkata beliau telah bersedia meninggalkan parti itu kerana sudah meluat dengan pemimpinnya.

“Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan perkara buruk atau yang tidak betul dalam parti supaya orang yang tertpilih itu akan dilantik mengisi jawatan tertinggi.

“Saya benci untuk mengalah kerana akan dilabel sebagai orang yang mudah berputus asa. Saya lebih rela (ketua umum PKR) Anwar (Ibrahim) pecat saya.

“Tetapi jika mereka tidak pecat saya, sudah tentu saya akan meninggalkan parti tidak lama lagi,” katanya.

Menurut Zaid, pengumuman rasmi akan dibuatnya sebelum kongres kebangsaan PKR yang dijadualkan pada hujung bulan ini.

Beliau dijangka akan berehat seketika bagi mengelakkan segala tumpuan sekarang. Bekas menteri di jabatan perdana itu juga tidak menolak kemungkinan membentuk parti baru.

Adalah dipercayai bidasan terbaru, naib presiden PKR, Azmin Ali pada Jumaat lalu ada berkaitan dengan keputusan Zaid untuk meninggalkan parti itu.

Rosakkan reformasi

Berucap pada penyokongnya di sebuah ceramah di Shah Alam, Azmin berkata zaid tidak boleh dibiarkan “merosakkan perjuangan reformasi”.

“Jangan benarkan calon yang baru menyertai parti setahun lalu cuba merosakkan perjuangan 12 tahun kita,” Azmin dilaporkan berkata.

Tanpa menamakan Zaid dalam bidasannya, Azmin berkata pemimpin berkenaan tidak pernah menyertai protes jalanan dan belum pernah ditangkap dan justeru, tidak akan memahami apa erti reformasi sebenar.

Dalam perkembangan berkaitan, The Star dalam laporannya hari ini mendakwa Zaid telah mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR.

"Saya sedari hari-hari saya semakin singkat kerana pemimpin parti tidak berhenti-henti membuat serangan peribadi ke atas saya.

"Saya berundur kerana mahu menjauhkan diri saya daripada penipu dan pembohong. Saya tidak lagi mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan yang menaburkan fitnah dan sanggup menipu semata-mata untuk tujuan peribadi mereka,” katanya kepada akhbar itu.

Zaid, yang menyertai PKR pada Jun 2009 selepas meninggalkan Umno berkata beliau akan bercuti seketika untuk menjauhkan diri daripada semua tumpuan ketika ini.

"Saya bukan membenci parti tetapi saya meluat dengan pemimpin yang bermasalah di dalam parti,” katanya.

Bekas menteri kabinet itu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden PKR minggu dengan alasan kepimpinan parti gagal menangani dakwaan manipulasi dan penyelewengan dalam sistem pemilihan berkenaan.

Tak lama lagi

Beliau juga pada sidang akhbarnya itu membidas pemimpin PKR, termasuk ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, beliau juga mencadangkan Anwar supaya berundur kerana berpendapat dia sebagai punca masalah di PKR.

Dalam wawancaranya, dengan beberapa akhbar pro-Umno, semalam adalah hampir pasti bahawa Zaid akan meninggalkan PKR dan menubuhkan partinya sendiri.

Malah, Zaid pernah mengumumkan pada dialognya di Kedah bahawa beliau akan menubuhkan “Keadilan baru” jika dipecat dari PKR.

Bagimanapun, menurut sumber yang rapat dengan Zaid, kemungkinan besar ahli politik yang 'maverick' itu disalah petik bahawa beliau telah meninggalkan parti itu.

Ketika dihubungi pagi ini, sumber itu berkata Zaid akan membuat penjelasan hari ini di blognya.

Zaid kini dilaporkan berada di luar negara dan tidak dapat dihubungi untuk sebarang ulasan.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Zaid tidak menolak kemungkinan akan keluar daripada parti itu dalam masa terdekat.

Beliau berkata bagaimanapun, keputusan itu masih dalam pertimbangan.

"Belum (keluar parti), mungkin tidak lama lagi," katanya menerusi SMS


Noh Omar diingatkan tak jaga tepi kain
Hazlan Zakaria
Nov 15, 10
3:29pm


Kelab penyokong Pakatan Rakyat Selangor membidas pengerusi Umno bahagian Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar berhubung serangannya ke ats pentadbiran negeri itu yang dikaitkan dengan penyelewengan membabitkan majlis jamuan makan tengahari RM300,000 oleh Yayasan Selangor.

"Kenyataan Noh adalah palsu dan berbentuk provokatif yang bertujuan memburuk-burukkan imej kerajaan negeri,” kata ADUN Seri Muda, Suhaimi Shafie pada sidang media di dewan undangan negeri hari ini.

Baginya, Noh yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor cuba berlagak seperti wira bagi menaikkan imejnya di mata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan harapan dapat dinaikkan pangkat.

"Jika dia mahu tumpuan PM supaya dilantik sebagai pengerusi perhubungan Umno Selangor, banyak cara lain untuk berbuat demikian,” kata Suhaimi.

“Tak perlu ambil kesempatan seperti ini. Nasihat saya jangan menangguk di air keruh.

Suhaimi dan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim, yang juga hadir sebaliknya, meminta Noh untuk menjaga hal ehwal Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang beliau adalah menterinya.

"Beliau masih belum jawap berhubung masalah pengagihan baja kepada petani di selutuh negara,” kata Suhaimi.

Ng pula berkata masalah berkenaan serius kerana kebanyakan petani kini mengalami kemerosotan sehingga 30 peratus produktiviti mereka. Justeru, Noh diingatkan supaya menumpukan perhatian menyelesaikan masalah itu daripada menjaga tepi kain orang.

Beberapa hari lalu, Sultan Selangor membatalkan keberangkatan ke majlis jamuan tengahari anjuran yayasan itu kerana dukacita dengan kosnya yang terlalu tinggi.

Sehubungan dengan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Mohd Sharifuldin Sulaiman bercuti selama sebulan.

Tindakan itu bagi memastikan siasatan terhadap perbelanjaan mewah bagi majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu dilakukan dengan cepat dan bebas


PKFZ: Mahkamah akan dengar kes Ling dulu
Aidila Razak
Nov 15, 10
10:42am


Perbicaraan ke atas bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, OC Phang akan ditunda sehingga kes yang membabitkan bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik selesai dibicarakan.

Kedua-dua pihak pendakwaan dan juga pembelaan berhujah perbicaraan kes pecah amanah (CBT) ke atas OC Phang jika diteruskan akan menjadis prejudis terhadap kes Ling.

Timbalan pendakwa raya, Dzulkifli Ahmad dan peguambela Francis Ng juga bersetuju bahawa adalah wajar bagi menunda kes Phang kerana kesalahan yang didakwa dilakukannya berlaku sebelum dakwaan salah laku Ling.

Dzulkifli turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa jika mengikut kronologi, kes yang dihadapi oleh Ling yang membabitkan kelulusan pembelian tanah berlaku dahulu manakala kes Phang berlaku selepas kelulusan iaitu semasa pelaksanaan pembangunan hartanah.

"Justeru itu, sekiranya kes perbicaraan melibatkan Phang berjalan dahulu, kemungkinan kes itu akan memprejudiskan kes Ling," katanya.

Sehubungan itu, hakim Mahkamah sesyen, Asmadi Hussain mengambil keputusan untuk menunda perbicaraan bagi memberi laluan kepada kes Ling berakhir, tetapi tidak mengambil kira proses rayuan. Beliau yang membenarkan permohonan penangguhan oleh pihak pembelaan akan mendengar kes itu tanpa menunggu proses rayuan Liong Sik selesai.

Pada 26 Okt lalu, pihak pembelaan mengemukakan permohonan agar prosiding perbicaraan ke atas Phang digantung sehingga kes membabitkan Ling selesai.

Phang, yang nama penuhnya Phang Oi Choo @ Phang Ai Tu, 63, didakwa sebagai pengurus besar yang diamanahkan bagi dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad, melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang antara 1 Okt 2004 dan 5 Sept 2005.

Dia menghadapi dua lagi tuduhan serupa masing-masing membabitkan RM21,600,000 dan RM134,550,000, yang didakwa dilakukan di tempat yang sama antara 30 Sept 2005 dan 9 Mei 2006 dan antara 1 Jun 2005 dan 13 Jan 2006.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Ling, 67, pula pada 29 Julai lalu, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan alternatif menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta dalam pembelian tanah itu, di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya di antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002.

Mengikut pertuduhan utama, Ling dituduh memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah itu mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dan Lembaga Pelabuhan Klang



PAS curiga ramai pengundi pos baru di P. Pinang
Salhan K Ahmad
Nov 15, 10
2:51pm


PAS Pulau Pinang mencurigai penambahan jumlah pengundi pos di beberapa kawasan negeri itu melalui beberapa kes yang penukaran status pengundi yang dikesan.

Setiausahanya Mohd Fadzil Kemi berkata, keadaan itu dikhuatiri akan digunakan oleh BN untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka berlangsung tahun depan.

Katanya, keadaan itu dikesan berdasarkan penambahan sebanyak 630 orang pengundi pos di dalam kawasan parlimen Tasek Gelugor.

Pengundi di kawasan tersebut dipecahkan kepada tiga kawasan DUN -- Sungai Dua, Permatang Berangan dan Teluk Ayer Tawar.

Apa yang mencurigakan, pengundi pos berkenaan sebelum ini telahpun mengundi sebagai pengundi awam, namun kini didakwa telah hilang kelayakan tersebut, katanya.

Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Fadzil juga berkata PAS Pulau Pinang telah mengenalpasti sekurang-kurangnya seramai empat orang pengundi yang mengalami nasib seperti itu.

Pengundi awam jadi pengundi pos

"Kita ada buat siasatan ke atas empat sampel. Sebelum ini mereka pernah mengundi sebagai pengundi awam, tapi sekarang hilang kelayakan tersebut sedangkan mereka tidak pernah memohon untuk menjadi pengundi pos.

"Bagaimana mereka boleh jadi pengundi pos secara automatik sedangkan mereka perlu isi Borang 1 terlebih dahulu.

"Mereka kena mohon dulu, kemudian barulah disahkan oleh SPR," katanya yang menjelaskan, sekalipun pengundi itu layak sebagai pengundi pos, individu berkenaan masih belum hilang kelayakan sebagai pengundi awam.

Katanya, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memindahkan pengundi berkenaan daripada Daftar Pengundi Induk ke dalam senarai pengundi baru merupakan satu kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Pendaftaran Pemilih).

"Pengundi ini kita memang kenal. Mereka adalah anak kepada kawan-kawan kita juga, secara umumnya mereka ini adalah isteri kepada anggota tentera di sini.

"Yang kita lagi hairan, kenapa tentera itu mengundi di tempat lain, tapi isteri dia mengundi di tempat lain," katanya yang juga timbalan pengarah jabatan pilihan raya PAS negeri.

Katanya lagi, "pengundi baru" itu didaftarkan di satu lokaliti mengundi yang "tidak wujud sebelum ini."

"Memang ada satu kem tentera di kawasan ini, tapi yang duduk di situ tak sampai 1,000 orang pun.

"Tapi ada seramai 2,300 orang pengundi pos, kemudian ditambah lagi 630 orang, jadi dekat 3,000 orang. Ini yang tak masuk akal," katanya lagi


Motif kenyataan Zaid dipersoal

SHAH ALAM - Pas mempersoalkan motif sebenar kenyataan bekas calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim bahawa pemimpin Pas perlu mengetuai Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kenyataan yang menyebut nama beliau sebagai antara calon pemimpin yang berkebolehan memimpin PR, tidak seharusnya dikeluarkan Zaid.

Menurutnya, berdasarkan masalah terkini Zaid dalam PKR, kenyataan seperti itu boleh menimbulkan tanda tanya apakah hasrat sebenar bekas Menteri di :Jabatan Perdana Menteri itu.

”Kenyataan ini tidak perlu dikeluarkan sekarang kerana ia boleh dianggap sebagai usaha untuk melaga-lagakan parti komponen PR.

”Dalam PR, tidak kira siapa pun, kami bersama DAP dan PKR akan memimpin secara kolektif bukannya secara individu ataupun satu parti sahaja. Itu yang diterapkan pimpinan PR,” katanya ketika dihubungi S:inar Harian,: di sini, semalam.

Beliau mengulas temu ramah Zaid bersama sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memaparkan tajuk ‘pemimpin Pas perlu terajui Pakatan’, kelmarin.

Khalid berkata, sesiapa pun mengetuai PR perlulah ada majoriti kerusi yang banyak dan Pas bukanlah parti yang menepati ciri tersebut.

Menurutnya, pandangan rakyat juga perlu diambil kira dalam konteks siapa perlu memimpin PR, dan Pas berharap sokongan rakyat tetap meningkat tanpa mengira siapa yang memimpin PR pada masa hadapan.

”Kita berharap rakyat masih menerima Pas dan memberi undi yang banyak dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Dalam temu bual itu, Zaid turut menyebut nama-nama seperti Bendahari Pas, Dr Hatta Ramli; Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahit Yusuf Rawa dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkefly Ahmad sebagai calon yang sesuai untuk memimpin PR.

Zaid memberi pendapat bahawa Pas perlu menerajui PR kerana mempunyai keupayaan membina keyakinan rakyat dan keluar daripada aura PKR dan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim


Dua pemuda maut digilis kereta api

SENAI - Dua pemuda dari Kampung Sri Maju, di sini, m:aut digilis kereta api dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam kelmarin, di di Kilometer 733.5 landasan kereta api berhampiran Kampung Sri Maju, di sini.

Sinar Harian difahamkan, salah seorang daripada mangsa terseret sehingga ke landasan kereta api berhampiran plaza lama tol Senai iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian menyebabkan badan mangsa putus di bahagian kepala dan pinggang.

Manakala seorang lagi mangsa dikatakan cedera teruk di bahagian belakang kepala serta putus tangan kiri dan pergelangan kaki kanannya.

Gerakan mencari dan mengumpul cebisan mayat mangsa dijalankan sehingga awal pagi semalam oleh polis bersama penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya dalam satu kenyataan berkata, ketika kejadian, kereta api berkenaan sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur sebelum menggilis kedua-dua mangsa di lokasi berhampiran Taman Senai Utama, di sini.

Zulkefly berkata, punca sebenar kejadian masih belum dikenal pasti tetapi tempat kejadian dipercayai sering menjadi lokasi melepak oleh kumpulan remaja.

“Kedua-dua mangsa tinggal bersama saudara-mara di Kampung Sri Maju yang terletak berhampiran lokasi kejadian,” katanya.

Mayat Johari Jumbrey, 31, dan Mohamad Syahril Basseri, 18, yang meninggal dunia di tempat kejadian dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), Kulaijaya untuk bedah siasat

Tiada ulasan: