Isnin, 22 November 2010

BUKAN SEMUA ORANG BUTA KAYU...JANGAN MENYESATKAN ORANG...TANGGUNG DOSA...AKHIRAT MASUK NERAKA KERANA MENIPU....

Laporan pemilihan: Ada 'campurtangan serius' Anwar
Nov 22, 10 7:09pm


Satu laporan 'kepincangan' pemilihan PKR, antaranya mendakwa terdapat "campurtangan serius" Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tersebar di internet.

Menurut laporan yang disediakan oleh calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin bertarikh 18 November itu, Ketua PKR cabang Kota Marudu - disebut sebagai "Dr Jurin" - melaporkan bahawa Anwar 'mengarahkannya' memberikan sokongan dan menolak calon tertentu.

NONEMenurut laporan kepada Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail itu, Anwar menghubungi sendiri Dr Jurin bagi tujuan itu.

"Di cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan JPP (Jawatankuaswa Pemilihan Pusat) dari AJK (ahli jawatankuasa) cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung," laporan sepuluh perkara itu dipetik.

Dalam laporan itu, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard juga mendakwa, terdapat "usaha jahat" menggunakan laman sosial dan SMS untuk memfitnahnya dan "teman-teman".

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu mendakwa, bekas ketua AMK Pulau Pinang Amizuddin Ahmat sendiri mendapat mendapat panggilan telefon dari "seorang yang dikenali orang Shamsul" yang menuduhnya membeli undi dengan harga RM30 satu undi di Sabah dan Sarawak.

NONEBadrul Hisham ketika dihubungi mengakui ia salinan surat sebenar yang ditulisnya tetapi ia bukan aduan pertama.

Bagaimanapun, katanya, surat itu seharusnya tidak didedah pada umum.

Difahamkan, Badrul Hisham tewas kepada penyandang kerusi ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin dalam pemilihan sayap itu yang berakhir semalam.

Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan dalam kongresnya hujung minggu ini.

Sementara itu, perkara lain yang diadukan kepada Wan Azizah antaranya:

  • Berlaku penolakan anggota JPP yang dicadangkan secara tidak munasabah, sebaliknya menerima anggota jawatankuasa itu yang "tua dan terketar-ketar" serta "buta IT".
  • Berlaku pertukaran pencalonan seperti di Tampin apabila pengkalan data parti meletakkan nama Shamsul Iskandar sedangkan menurutnya cabang itu sahih mencalonkannya (Badrul Hisham).
  • Jumlah undi melebihi daripada jumlah keluar mengundi yang dicatat pada buku daftar mengundi. Perkara itu didakwa berlaku di beberapa tempat, antaranya Kubang Pasu yang mana kehadiran anggota didakwa sekitar 70 orang tetapi kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.
  • Jumlah kehadiran pengundi meragukan di beberapa tempat. Laporan itu mendakwa, berdasarkan makluman anggota setempat, di Sandakan dan Libaran, paling tinggi kehadiran hanya sekitar 200 orang tetapi jumlah pengundi sehingga 900 orang.
  • Terdapat keputusan undi "yang pelik" dalam laman web parti yang tidak konsisten. Laporan itu mendakwa ada jumlah undi yang "berubah ditengah-tengah minggu".
  • Di cabang Beluran, ketua AMK cabang itu melaporkan pusat pengundian ditutup awal setengah jam, menyebabkan terdapat anggota AMK gagal mengundi.

NONE Sementara itu, Badrul Hisham yang juga ketua PKR Rembau turut meminta pemilihan di tempatnya sendiri dibatalkan dan dibuat semula kerana dakwaan wujudnya pengundi hanti.

"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat mukasurat itu.

"Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan."


Pakar: Air mani boleh kekal 72 jam dalam rektum
Hafiz Yatim
Nov 22, 10
11:29am


Saksi kedua pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, air mani boleh berada di dalam dubur seseorang selama tiga hari.

Dr Razali Ismail, saksi kedua pendakwaan berkata demikian ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin petang ini.

Pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur itu ditanya berhubung pemeriksaan yang dilakukannya ke atas dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar.

NONEDr Razali berkata, berdasarkan bacaannya, air mani boleh berada di dalam rongga itu selama 72 jam.

Disoal lanjut, Dr Razali (foto, kanan) berkata beliau tidak tahu siapakah yang melakukan perbuatan itu (meliwat) tetapi beliau hanya mengetahui bahawa individu tersebut adalah seorang tokoh ternama.

Terdahulu ketika ditanya oleh peguam Anwar, Sankara Nair, Dr Razali berkata beliau membuat pemeriksaan ke atas dubur Mohd Saiful pada jam 10 malam, 28 Jun 2008 – 56 jam selepas saksi utama itu didakwa diliwat.

Ketika disoal oleh seorang lagi peguam Anwar, Karpal Singh, pakar bedah itu mempertahankan bahawa rektum Mohd Saiful kosong dan tidak mengandungi najis walaupun saksi utama itu mendakwa tidak membuang air besar selama tiga hari.

Mahkamah pada petang ini turut mendengar pemeriksaan balas ke atas pakar patologi HKL Dr Siew Sheue Feng, saksi ketiga pendakwaan sebelum perbicaraan ditangguhkan pada kira-kira jam 4 petang ini.

Anwar dihalang dapatkan laporan perubatan

Sementara itu, dalam perbicaraan sesi pagi tadi, satu keputusan dibuat oleh hakim untuk tidak memberikan nota klinikal oleh tiga doktor yang memeriksa Mohd Saiful kepada pembelaan.

NONEMohamad Zabidin (kiri) berkata beliau memutuskan demikian memandangkan pembelaan gagal memenuhi keperluan perundangan untuk mendapatkan nota berkenaan.

Permohonan yang dikemukakan pembelaan itu hanya berdasarkan gerak hati untuk menonjolkan kontradiksi dalam keterangan Mohd Saiful, katanya.

Mohamad Zabidin juga memutuskan bahawa laporan perubatan daripada doktor HKL itu diterima sebagai bahan bukti walaupun menerima bantahan daripada Karpal Singh.

Karpal berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan berkenaan.



Usul bincang tarikh raya 'sangat pelik' ditolak
Nov 22, 10 4:16pm


Usul tergempar yang dikemukakan ahli parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub agar Parlimen membincangkan isu tarikh Aidiladha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi ditolak dalam kamar.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dibuat bawah perkara 18(1) itu atas alasan ia sudah dibincangkan sebelum ini, lapor Harakahdaily.

NONESehubungan itu, Salahuddin yang juga naib presiden PAS dalam dewan hari ini bangkit memohon Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberikan penerangan mengenai isu yang didakwa menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini.

Timbalan speaker Datuk Ronald kiandi bagaimanapun tidak menerima permohonan itu kerana usul berkenaan telah ditolak dalam kamar.

Sementara itu, Salahuddin dalam sidang media di lobi Parlimen selepas itu memberitahu, beliau akan menghantar satu notis kepada Jabatan Perdana Menteri meminta menteri atau timbalan menterinya hadir ke parlimen esok memberikan penjelasan.

"Saya tak ada peluang lagi untuk membahaskan isu ini kerana perbincangan di peringkat jawatankuasa kementerian-kementerian, JPM telah selesai," katanya seperti dilaporkan akhbar web PAS itu.

Pada 18 November lalu, Salahuddin mengemukakan usul kepada speaker, mendakwa sambutan Aidiladha pada Rabu lalu "sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".




Pembersihan 'pengkhianat' dalam PKR bermula
Hazlan Zakaria
Nov 22, 10
2:56pm


Pemenang kerusi timbalan presiden PKR Azmin Ali berikrar untuk membersihkan parti itu daripada "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.

NONEBercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin (kanan) - kini masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR Ahad ini.

Beliau mendesak anggota parti pimpinan Datuk Seri Anwar dan isterinya itu membangunkan "prinsip kesetiaan" demi memastikan semangat reformasi tidak diketepikan dalam parti itu.

"Apabila pemimpin bersifat khianat, bukan sahaja parti akan tercalar malah tamadun sendiri boleh tumbang.

"Cuba lihat di Perak. Apabila ada dua pengkhianat, bukan sahaja parti retak, malah negeri juga tumbang (kepada BN)," kata Azmin.

Katanya, parti mesti menginstitusikan latihan bagi menghasilkan kesetiaan dan menyerapkan ideologi parti kepada akar umbi





ANGKASA nafi gelapkan RM6.4 juta
Nov 22, 10 6:06pm



Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum hari ini menafikan dakwaan kononnya berlaku penyelewengan wang sebanyak RM6.4 juta oleh lapan anggota jawatankuasa kerja tertinggi koperasi itu.

Beliau menyifatkan dakwaan oleh pengerusi Rangkaian Sahabat Dungun (KERABAT) Datuk Seri Noor Zainan Zainul itu sebagai tidak berasas dan dilakukan tanpa usul periksa serta bertujuan mencemar nama baik ANGKASA.

"Kenyataan yang dibuat ini mempunyai motif jahat, tohmahan palsu tanpa usul periksa dan merosakkan imej orang tertentu demi mereka yang berkepentingan," katanya kepada pemberita di Wisma Ungku Aziz di Petaling Jaya.

Menurut laporan media, Noor Zainan dan pengerusi Koperasi Ukhwah Mustapa Kamal Maulut telah membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan itu.

NONEMohd Ali (foto) berkata bahawa antara 27 pertuduhan yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan pada 17 Nov lepas ialah kononnya jawatankuasa kerja tertinggi ANGKASA menggunakan wang atau elaun tanpa mendapat kelulusan mesyuarat agung tahunan dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

"Mustahil kita akan mendapat wang atau elaun tanpa kelulusan SKM dan mesyuarat, dan semua bukti yang melibatkan pengeluaran masuk wang disimpan sebaiknya sekiranya kes seumpama ini berlaku," katanya.

Mohd Ali berkata dakwaan lain yang telah dibuat adalah mengenai elaun tahunan tetap sebanyak RM300,000 pada setiap anggota jawatankuasa itu selain menambah peruntukan sebanyak RM500,000 bagi persidangan kebangsaan tahunan yang sepatutnya hanya RM1.5 juta.

Beliau menjelaskan bahawa setiap elaun yang diterima oleh anggota jawatankuasa itu adalah mengikut kerja dan peranan yang dimainkan dalam ANGKASA.

"Tidak ada elaun tetap seperti yang didakwa," katanya.

Mohd Ali berkata peruntukan sebanyak RM2 juta yang digunakan pada persidangan itu telah mendapat kelulusan SKM dan tidak wajar perkara itu dipersoalkan.

Ditanya mengenai tindakan yang dikenakan kepada Noor Zainan dan Mustapa, beliau berkata mereka telah dilucutkan hak untuk menyertai mana-mana persidangan kebangsaan, negeri atau mesyuarat ANGKASA masing-masing selama tempoh tiga dan lima tahun bermula dari 25 Ogos.

- Bernama





Tiada ulasan: