Isnin, 29 November 2010

AKHIRZAMAN...MEREKA TIDAK MENGIRA SUMBER PENDAPATAN....SEGI SYARAK HARAM ATAU HALAL...MAIN BELASAH AJER

TERKINI

Kirim cek guna khidmat pos berdaftar

29/11/2010 5:17pm

KUALA LUMPUR: Masyarakat khususnya di sekitar Lembah Klang, dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pos berdaftar bagi mengirim cek berikutan wujud sindiket mencuri dan menunaikan cek tersebut di atas nama pihak lain.

Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Datuk Michael Chong berkata pihaknya menerima lima aduan kes sedemikian bagi tempoh empat bulan sejak Ogos lepas, membabitkan kerugian RM50,300.

"Mereka akan menukar nama pada cek tersebut kepada satu syarikat lain serta amaun pada cek itu.

"Mereka sangat licik kerana berjaya menukarkan segala maklumat di atas cek tersebut tanpa meninggalkan sebarang kesan sehingga diluluskan tanpa curiga oleh bank,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata tiga daripada lima aduan itu melibatkan cek yang dihantar menggunakan perkhidmatan pos biasa, manakala dua lagi dicuri daripada pejabat mangsa.

Chong berkata sindiket itu juga dipercayai menyemak jumlah simpanan dalam akaun mangsa sebelum menukar amaun yang tertera pada cek tersebut.

Terbaru katanya melibatkan seorang pengurus syarikat yang menulis cek untuk jumlah sekitar RM300, namun kerugian RM7,216 apabila cek yang sepatutnya dibayar kepada sebuah resort dicuri oleh sindiket berkenaan. - Bernama

Tiada ulasan: