Jumaat, 19 November 2010

IKUT ILMU BODOH...SATU GARISAN BUMI@MUTLAK...MAKA SEMUA NEGERI ITU RAYA LAH...SEDANGKAN BRUNAI DAN INDONESIA DAH RAYA...SEDANGKAN SATU GARISAN...

Usul tergempar bincang kekeliruan tarikh Aidiladha

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) akan mengemukakan usul tergempar agar isu tarikh Aidiladha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi dibincang di Dewan Rakyat, Isnin ini.

Usul tersebut dikemukakan beliau kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, semalam.

Dalam usul tersebut, beliau yang juga Naib Presiden PAS mendakwa sambutan Aidil Adha pada Rabu lalu "sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".

Beliau mengemukakan usul berkenaan bagi menangguhkan mesyuarat di bawah peraturan perkara 18(1).

Berikut ialah usul penuh beliau.

Adalah saya Haji Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) dengan ini memohon supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk merundingkan perkara yang pada hemat dan pandangan saya adalah tertentu, perlu disegerakan dan berkepentingan ramai iaitu isu yang berkaitan dengan tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha yang berbeza dua hari daripada tarikh dan masa wukuf yang diisytiharkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini yang diisytiharkan jatuh pada hari Rabu, 17 November 2010 adalah sangat pelik dan menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam khususnya di negara ini. Perbezaan dua hari sambutan Aidil Adha di negara ini yang diambil kira daripada tarikh dan masa wukuf di Arafah yang jatuh pada hari Isnin, 15 November 2010 adalah jelas tidak munasabah walaupun dapat kita fahami perbezaan waktu peredaran matahari yang hanya berbeza lebih kurang lima jam di antara Malaysia dan Arab Saudi. Juga adalah dimaklumkan kesan kekeliruan tarikh ini juga mengakibatkan juga bilakah pula berakhirnya hari Tasyrik yang melibatkan masa yang diizinkan menyembelih ibadah qurban.

Isunya di sini ialah bagaimanakah pihak pengurusan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri menggarap dan mengurus tadbir isu ini? Apakah hujah dan alasan yang diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum pengisytiharan tentang tarikh hari Raya Aidil Adha dibuat? Adakah tidak ada pengurusan, penyelarasan dan perbincangan dibuat untuk menyelesaikan perkara yang sekecil dan semudah ini?

Saya berpandangan dalam era kecanggihan peralatan komunikasi dewasa ini tidak ada alasan untuk kita menyelesaikan isu yang sangat mengelirukan, meresahkan dan membingungkan seperti ini. Memandangkan perkara ini adalah satu isu yang serius, saya mengambil tanggungjawab untuk Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu dan meminta pihak Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapan dan penjelasan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang


Soi Lek vs Nor Deris
Keropok Lekor

Sekali lagi nampaknya Presiden MCA cuba menyalakan api perkauman dan keagamaan yang sempit. Mula-mula main api, tidak mustahil suatu hari nanti jika dibiarkan mungkin akan cuba membakar pula.

Apa yang sibuk sangat dengan kedai tutup di Kelantan. Banyak lagi negeri-negeri lain kedai-kedai orang Islam dan bukan Islam tutup pada perayaan Aidil Adha. Apa yang pelik? Nampak seolah-olah persoalan yang ditimbulkan seperti ada agenda tertentu sahaja.

Mungkin bagi pemimpin Umno dan penyokong kuatnya seperti Nor Deris, kenyataan Presiden MCA itu tidak pelik tetapi betul. Mereka berpendapat berkawan dengan MCA lebih baik daripada berkawan dengan DAP dan PKR.

Tian Chua awal-awal lagi menyelar persoalan biadap dan tidak peka Presiden MCA berkenaan. Kalau difikirkan dengan akal waras, lebih baik berkawan dengan Tian Chua daripada berkawan dengan Soi Lek. Besar kemungkinan DAP juga tidak bersetuju dengan kenyataan Presiden MCA berkenaan.

Pada pilihan raya kecil Galas baru-baru ini seorang ustaz Umno cukup keras mengkritik PAS kerana berkawan dengan DAP. Tiada masalah mengkritik tetapi kenapa perlu biadap? Begitu juga dengan Presiden MCA, tidak mengapa jika beliau benar-benar tidak tahu tetapi kenyataannya sebelum ini menunjukkan bahawa beliau ada agenda tertentu. Kesimpulannya, kedua-duanya biadap.

Apa yang tidak kena dengan perayaan umat Islam, kedai tutup dan majlis tempatan? Kemungkinan Soi Lek mempersoal dari sudut pandangan ‘kasyaf’nya. Semua yang berlaku adalah menunjukkan Umno gagal membimbing pemimpin bukan Islam dalam gabungannya untuk memahami dan menghormati Islam. Dengan bahasa lebih mudah kerjasama MCA dan Umno sebenarnya sesuatu yang tidak jelas dan penuh kepura-puraan sehinggakan salah satunya sanggup mempersoalkan sensitiviti yang satu lagi secara terbuka.

Lebih baik Soi Lek kerap memandang cermin dan perbaiki diri sendiri daripada mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. Jika Ustaz Nor Deris sayangkan MCA, cepat-cepatlah tegur Presiden ini kerana ia mampu menjadi duri dalam daging bagi Umno.

Keropok Lekor,

Terengganu.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan


Kenapa ahli Umno berkerumun pada Perkasa
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din optimis parti itu mempunyai peluang yang lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Menurutnya, pendekatan yang diambil oleh PAS melalui tahaluf siyasi bersama dengan parti-parti pembangkang telah membuahkan hasil di dalam PRU 12 lalu.

Beliau menambah, Allah telah memberi jalan kepada PAS untuk mencapai kejayaan melalui persefahaman politik itu.

Katanya, rakyat kini telah memberikan sokongan yang terbuka kepada PAS dalam suasana Umno sedang meniti hari-hari tua.

Bahkan, ujarnya ahli-ahli Umno kini sudah hilang keyakinan kepada parti perkauman itu untuk membela orang Melayu.

Buktinya, tambah beliau orang-orang Umno sekarang berkerumum pada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk membela orang Melayu.

“Kenapa ahli-ahli Umno tak guna wadah Umno untuk bela Melayu, tapi guna NGO Melayu,” soalnya ketika ditemui pada majlis penyerahan penghargaan Majlis Syura Ulama PAS kepada Almarhum Ustaz Hassan Shukri di Taman Melewar, hari ini.

Beliau yang mewakili Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anggota majlis itu menyampaikan penghargaan berupa sijil dan plak itu kepada isteri Almarhum Ustaz Hassan, Ustazah Hamidah Abdul Mutalib.

Tambahnya, melalui tindakan itu menampakkan pemimpin tertinggi Umno terlibat secara khusus dengan Perkasa.

Justeru, beliau mempersoalkan adakah pemimpin dan ahli Umno kini menggunakan platform lain untuk berteduh


Majlis Syura hargai pengorbanan Ustaz Hassan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Majlis Syura Ulama PAS menghargai pengorbanan dan jasa Almarhum Ustaz Hassan Shukri yang menggangotai majlis itu selama 20 tahun.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang mewakili Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh jawatankuasa menyampaikan surat penghargaan dan plak kepada isteri Almarhum Ustaz Hassan, Ustazah Hamidah Abdul Mutalib di rumahnya di Taman Melewar, pagi ini.

Menurut Dr Haron, Jawatankuasa Majlis Syura pada mesyuaratnya telah memutuskan untuk memberi penghargaan kepada Almarhum Ustaz Hassan dalam bentuk sesuatu yang dapat dilihat untuk dijadikan kenangan kepada anak-anak dan cucu beliau.

“Kami datang untuk berziarah dan menyampaikan penghargaan secara rasmi Majlis Syura sebagai menghargai bakti Almarhum Ustaz Hassan yang menjadi Ahli Majlis Syura sejak sesi 1990 hingga 2010,” ujar beliau yang turut disertai isterinya, Datin Khadijah Mohd Salleh.

Beliau juga menyatakan kesyukuran kerana Almarhum Ustaz Hassan telah dipanggil oleh Allah dalam keadaan yang cukup baik (husnul khatimah) yang telah menyumbang bakti kepada perjuangan Islam.

Menurutnya, Almarhum telah memberikan pandangan yang bernas berhubung dengan tahaluf siasi dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama.

“Almarhum telah memberikan fikiran yang berguna dan sentiasa konsisten hadir pada mesyuarat Majlis Syura Ulama,” ujarnya.

Beliau yang menyimpan banyak kenangan pahit manis bersama Ustaz Hassan menyifatkan Almarhum sebagai pakar perlembagaan PAS.

Katanya, jika tiada buku peraturan PAS dibawa pada sesuatu mesyuarat, maka Almarhum Ustaz Hassan dijadikan sebagai rujuk mengenai perlembagaan PAS.

Selain pakar perlembagaan, ujarnya Almarhum Ustaz Hassan juga amat mengambil berat tentang organisasi PAS di semua peringkat.

Sementara itu, Ustazah Hamidah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Majlis Syura Ulama PAS yang telah menyampaikan penghargaan tersebut.

Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia pada 14 Jun bersamaan 1 Rejab lepas di Hospital Selayang

Tiada ulasan: