Rabu, 24 November 2010

KITA LARI DARI HAKIMAN DUNIA TAPI TIDAK HAKIMAN ALLAH...SATU LAGI JANGAN NAFI KUASA ALLAH..

Gugat kuasa Raja, Umno dicabar buktikan petualang
Nov 24, 10 5:08pm


PAS hari ini melahirkan rasa kesal parti itu dengan isu gangguan perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu seperti yang sering dibangkitkan, kata ketua penerangannya, Idris Ahmad.

idris ahmad information chief pas muktamar in kota bharuMenurut beliau usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah perlembagaan negara supaya tidak bersikap seperti 'tikus membaiki labu' sebenarnya cuba menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu supaya tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

"Sejak mutakhir isu Melayu dan kedaulatan Raja-Raja dibangkitkan sebagai usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Umno, kononnya Melayu dan Raja Berperlembagaan hanya selamat di bawah Umno, setelah isu pembangunan sudah lapok, kerana dunia semakin maju," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Harussani ZakariaIdris berkata satu ketika dahulu kononnya ada perlembagaaan baru seperti yang ditimbulkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tetapi sehingga hari ini perkara itu gagal dibuktikan.

“PAS mencabar mana-mana pihak yang ada bukti jika ada mana pihak yang hendak menggugat perkara yang telah dipersetujui bersama seperti kedudukan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa Raja-Raja Melayu silalah bawa ke pengadilan.

Isu derhaka

"Isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu dibangkitkan dengan hebat ketika pilihanraya kecil Bukit Gantang, kononnya Datuk Seri Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak. Mereka eksploit perkatan yang diucapkan oleh Nizar "Patik Mohon Sembah Derhaka", pada hal ini adalah istilah yang diajar oleh protokol istana ketika berbahasa dengan Raja apabila kita tidak sependapat dalam satu pandangan," kata Idris.

idris jusoh terengganu natang binatang animal banner 260308 02Menurut beliau, dalam sejarah politik Malaysia - “yang biadab dengan Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.” Malahan, dakwa Idris, Umno juga cuba mengambil alih kuasa mengistihar darurat daripada Yang Di-Pertuan Agong.

Katanya, rakyat negara ini juga tidak lupa bagaimana Umno “membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang Di-Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.

conference of rulers majlis raja raja"Begitu juga penyokong Umno pula mengatakan Sultan Terengganu binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang berdemonstrasi dan menghina sultan Terengganu kerana tidak melantik Datuk Seri Idris Jusuh sebagai Menteri Besar Terengganu?” soalnya.

Idris berkata sebenarnya, banyak lagi yang boleh dibongkarkan bagi membuktikan siapa yang sebenarnya menghina Raja-raja Melayu.




Lagi mangsa dakwa polis tembak sesuka hati
Hazlan Zakaria
Nov 24, 10
12:53pm


Keluarga Ho Chei Hang, 32 mendakwa wujudnya perbuatan khianat ketika lelaki itu ditembak polis pada 16 November lalu.

“Ini salah guna kuasa dan menembak sesuka hati,” kata peguam Keppy Wong, yang bercakap bagi pihak keluarga mangsa di pejabatnya di Pandan Indah hari ini.

NONEWong percaya tindakan polis berkenaan adalah tidak wajar kerana tiada senjata api mahupun sebarang jenis dadah yang dijumpai di kereta mangsa dan lagipun Ho juga dikatakan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Tiada senjata di kereta, mereka hanya jumpa 42-45 pil tidur di kereta. Pil tidur bukan barangan dalam Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Peguam itu juga mendakwa Ho tidak diberikan sebarang amaran ketika anggota polis yang tidak berseragam dan mengenalkan diri mereka melepaskan tembakan. Mereka juga dikatakan tidak melepaskan tembakan amaran mahupun cuba menghalang kereta yang dipandu oleh mangsa.

Ho kini terlantar di Hospital Kuala Lumpur di mana beliau sedang di unit rawatan rapi, Hospital Kuala Lumpur selepas ditembak dengan empat butir peluru.

"Doktor telah berjaya keluarkan tiga peluru, masih ada satu lagi dalam badannya," kata Wong yang melawat mangsa itu.

NONEHadir sama pada sidang media hari ini adalah isteri dan ibu bapa Ho.

Isteri Ho, Tan Chiew Yong, 29 pula berkata doktor tidak dapat mengeluarkan sebutir lagi peluru kerana komplikasi.

“Dia terlalu lemah, peluru tembusi sehingga tulang,” kata isterinya melalui peguam mereka.

Mendengar penjelasan itu, ayah mangsa, Ho Ah Beng, menitiskan air matanya.

Ibu Ho, Teoh Yak Kiow, berkata anaknya itu dalam perjalanan pulang dari farmasi selepas mendapatkan bekalan ubat-ubatan untuknya.

Menurut Wong, Ho disiasat bagi 'percubaan membunuh' anggota polis yang menembaknya.



Parlimen bocor, jurugambar tak dibenar buat rakaman
S Pathmawathy
Nov 24, 10
2:56pm


Kakitangan penyelengaraan Jabatan Kerja Raya hari ini memeriksa bumbung bangunan parlimen bagi mengesan sumber kebocoran ketika hujan lebat semalam.

NONESekumpulan jurugambar media kemudian bergegas mengikuti petugas berkenaan tetapi kehadiran mereka tidak disenangi oleh pekerja tersebut.

Jurugambar dan wartawan diberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan berada di bahagian bumbung parlimen dan tempat mereka dikhususkan di lobi parlimen dan tempat wartawan di Dewan Rakyat.

Mereka yang telah merakamkan gambar diminta memadamkannya di kamera DSLr serta meninggalkan kawasan larangan itu serta-merta.

Bagaimanapun, jurugambar berjaya memulihkan gambar-gambar berkenaan.NONESemalam, Dewan Rakyat terus dilanda masalah kebocoran dan kali ini air menitis pula di kafeteria ahli parlimen.

Ini berikutan hujan lebat petang semalam sehingga menyebabkan sebahagian daripada kafetaria itu terpaksa ditutup sementara untuk kerja-kerja menyedut keluar air.

Selain lantai yang basah, kebocoran tidak menjejaskan perjalanan Dewan Rakyat.




Penghakiman Inggeris sah, rayuan Anwar ditolak
Salhan K Ahmad
Nov 24, 10
10:27am


Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan penghakiman yang ditulis dalam bahasa Inggeris adalah sah dan memutuskan hakim mempunyai budi bicara yang luas untuk menulis penghakiman mereka sama ada dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris.

Dalam keputusannya, mahkamah juga menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung saman fitnah yang difailkannya ke atas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Namun penghakiman mahkamah rayuan juga dibuat dalam bahasa Inggeris.

arifin zakaria 01Dalam menolak permohonan itu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata alasan penghakiman tidak terdiri daripada bahagian penghakiman itu sendiri.

Beliau berkata penghakiman membentuk sebahagian daripada prosiding tetapi menambah bahawa Akta Mahkamah Kehakiman, Perintah Mahkamah Persekutuan, Perintah Mahkamah Rayuan dan Perintah Mahkamah Tinggi dan perintah Mahkamah Rendah memberikan kelainan antara penghakiman dan alasan penghakiman, di mana alasan hakim menyokong penghakiman atau perintah.

"Kita berpegang bahawa ia tidak bertentangan dengan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8 NLA untuk alasan penghakiman sama ada dalam bahasa Inggeris, seperti dalam kes ini," kata Arifin.

Beliau bagaiamanpun berkata pihaknya memandang serius penggunaan bahasa Melayu di mahkamah.

Hakim Arifin merujuk pekeliling yang dikeluarkan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hashim Yeop Sani, pada 1990 yang mana beliau berkata sekurang-kurangnya satu penghakiman mesti ditulis dalam bahasa kebangsaan.

Arifin berkata Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan (NLA) 1963/1967 memberikan peruntukan budibicara yang luas kepada mahkamah mengenai penggunaan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris dalam mana-mana proseding demi keadilan.

lingam tape hearing 300108 vk lingam 02Seksyen 8 menyatakan bahawa semua prosiding mahkamah di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan mana-mana Mahkamah Rendah, hendaklah dalam Bahasa Malaysia, kecuali di mana mahkamah boleh memerintahkan prosiding didengar sebahagiannya dalam bahasa kebangsaan dan sebahagiannya dalam bahasa Ingegris, menerusi usulnya sendiri atau permohonan mana-mana prosiding selepas memberikan pertimbangan terhadap kepentingan keadilan dalam prosiding berkenaan.

Sehubungan dengan penghakiman hari ini, Anwar juga diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM70,000, meskipun peguam Mahathir - VK Lingam memohon RM100,000.

Lingam berkata pengujian tanda aras mesti dibuat bagi permohonan kes-kes Mahkamah Persekutuan sambil merujuk kepada satu penghakiman di mana mahkamah rayuan bersetuju kos RM100,000 diberikan.

Anwar kelihatan agak geram dengan penghakiman hari ini.

"Dia (Lingam) adalah seorang jutawan. Saya kalah kes ini. Ini adalah peguam Mahathir, jadi macam mana boleh kita menang?” katanya di luar mahkamah.

Peguamnya, Karpal Singh berkata mereka sedang mempertimbangkan untuk membuat rayuan.

azlanKeputuan ini dengan sendirinya membatalkan rayuan Anwar dalam kes saman malu RM100 juta yang dikemukakan ke atas mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dua lagi anggota panel hakim yang bersidang hari ini ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar.

Pada 20 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar atas sebab teknikal kerana tidak menyediakan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Malaysia.

Peguam Anwar juga dikatakan tidak menandatangani memorandum tersebut dan oleh itu, ia menjadi cacat.

Anwar telah menyaman fitnah matan perdana menteri itu berhubung kenyataan yang dibuatnya di satu sidang akhbar Suhakam.


Tiada ulasan: