Khamis, 25 November 2010

POLITIKLAH DENGAN JUJUR...SEDARLAH SEGALA KEPIMPINAN KITA AKAN DITANYA DAN HISAB.....

Ekspo Cheng Ho rapatkan Muslim sedunia
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 25 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersyukur Ekspo Cheng Ho 2010, telah berjaya menyatukan dua bangsa muslim dari dunia berbeza, iaitu Malaysia, China, serta beberapa buah negara lain.

Katanya, kejayaan itu juga telah berjaya memecahkan fahaman golongan tertentu selama ini yang berpandangan negatif terhadap bangsa terbabit, khususnya dari benua lain.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat pameran ekspo serta mengikuti persembahan istimewa dari Khairat Aziz, Adili dan persembahan kebudayaan dari Khazastan termasuk Shao Lin.

Menurutnya, program yang bermula 21 November lepas di Kota Bharu telah berjaya merapatkan hubungan bangsa China muslim dan Melayu muslim khususnya, kerana Islam adalah agama suci sedunia.

“Saya sentiasa terfikir bagaimana cara untuk menyatukan semua bangsa di dunia ini khususnya sesame Islam biarpun dari negara serta benua yang lain agar ianya dapat berkenalan di antara satu sama lain,”ujarnya.

(Gambar: Antara persembahan yang dibuat oleh Muslim dari China di Kota Bharu)

Menurutnya lagi, lebih 50 tahun kerajaan secular negara ini telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk membangunkan negara, bagaimanapun rasa curiga di antara satu sama lain masih wujud.

“Kita hanya diperangkap oleh orang Eropah yang tidak mahu melihat Islam bersatu, terutama yang Yahudi agar manusia di dunia ini hanya memandang mereka dan bukannya Islam.

“Konsep hiburan juga telah disalah ertikan sehingga mereka memahami berhibur mesti ada perempuan, namun kita telah ketengahkan sesuatu yang lebih baik,”ujarnya lagi.

Katanya, kerajaan Kelantan telah mengenengahkan hiburan tanpa menggunakan perempuan, sebaliknya hanya kecerdeikan dan kepakaran manusia bagi menggambarkan masyarakat berkenaan yang hebat.

Pada masa yang sama beliau mengakui begitu terhibur dengan persembahan berkenaan begitu mengagumkan.

“Seronok sungguh saya, terhibur inilah antara hiburan yang tidak bercanggah dengan Islam apa lagi tidak membabitkan golongan wanita,”ujarnya gembira



RM5 bilion mampu kurangkan kemalangan jalan raya
Harakahdaily

PARIT BUNTAR, 25 Nov: Sekiranya sebanyak RM5 bilion diperuntukkan untuk membina menara 100 tingkat, kenapa kerajaan tidak mahu melakukan sesuatu yang seumpamanya bagi mengurangkan jumlah kemalangan dan menyelamatkan nyawa rakyat.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim menyatakan demikian sebagai mengulas jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Rakyat bahawa sebanyak 81,733 kes kemalangan jalan raya melibatkan 1,174 kematian direkodkan semasa Ops Sikap sempena sambutan perayaan Aidilfitri dari tahun 2006 hingga September tahun ini.

Terdapat lima negeri yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu Selangor sebanyak 189 kematian, Johor (158 kematian), Perak (120 kematian), Pahang (108 kematian) dan Kedah (102 kematian).

Sehubungan, Khalil Idham berpendapat jumlah kemalangan tersebut adalah dalam jumlah yang membimbangkan dan serius serta perlu diambil tindakan segera untuk mengatasinya.

Katanya, satu kajian secara terperinci dan menyeluruh hendaklah dilakukan untuk mengenal pasti punca-punca permasalahan sebenar sehingga mengundang jumlah kemalangan yang besar itu.

Beliau yang juga Adun Titi Serong berpandangan sesungguhnya pendidikan tentang pemanduan berhemah mestilah ditingkatkan dari masa ke semasa dengan program yang dilakukan secara bersepadu dan terancang termasuk dalam kaedah pemberian lesen memandu.

“Selain itu, saya cadangkan supaya sistem merit kepada pemegang lesen memandu disegerakan untuk memastikan mereka lebih bermoral dan berdisiplin semasa memandu,” ujarnya.

Tambahnya, peningkatan akhlak Islam dan moral yang tinggi secara umum tidak dinafikan boleh menyebabkan lahirnya pemandu yang berhemah serta mampu mengurangkan kadar kemalangan.

Menurutnya lagi, dengan mengambil faktor-faktor seperti keadaan jalan raya yang tidak kondusif, jumlah kenderaan yang semakin bertambah dan kecuaian pemandu sendiri, pihak kerajaan mestilah melakukan tidakan yang bersifat segera untuk menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia dari terlibat dalam kemalangan maut di masa akan datang.

Pihak kerajaan juga, ujarnya mesti memastikan keadaan kenderaan dan keperluan jalan raya yang lebih selamat supaya dipertingkatkan di masa akan datang sesuai dengan kemampuan kewangan kerajaan


Selangor anjurkan Seminar Antarabangsa Pendidikan Islam
Harakahdaily

SHAH ALAM, 26 Nov: Kerajaan negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan Tinggi di bawah Dr Halimah Ali akan menganjurkan Seminar Antarabangsa Pendidikan Islam pada 29 November hingga 1 Disember ini.

Seminar itu akan dianjurkan dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dan Ikatan Ilmuwan Nasional.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan merasmikannya pada 29 November ini di Classic Ballroom, hotel Hiliday Villa.

"Untuk makluman Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan dana endowment kepada KUIS sebanyak RM500,000 pada tahun lepas dan hasil kajian dari dana tersebut akan dibentangkan semasa seminar ini berlangsung," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Dr Halimah Ali hari ini.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai conference ini boleh hubungi sekretariat yang terlibat iaitu email: info@icied2010 atau tel atau terus laman web http//www.icied2010.com.



Siasat syarikat tiada loji dapat benih padi
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan berhubung tindakan kerajaan membekalkan benih padi kepada syarikat individu yang didakwanya tidak mempunyai loji benih.

Siasatan juga harus dibuat terhadap pemberian kontrak membekalkan baja organik di bawah skim subsidi padi Malaysia kepada syarikat yang tidak berpengalaman dalam menghasilkan baja organik.

"Satu siasatan harus dibuat di peringkat dalaman dan juga oleh SPRM untuk melihat kenapa proses pemberian tender ini tidak dibuat secara telus iaitu diberi kepada syarikat yang sebahagiannya tidak mempunyai loji benih. Sebaliknya mereka ini menyewa loji benih di bawah Kementerian Pertanian.

"Kontrak membekal baja organik skim subsidi padi Malaysia 2010 juga diberi kepada syarikat yang tak ada pengalaman dalam membuat baja organik," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, mengikut syarat yang ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, hanya syarikat yang mempunyai loji benih sahaja layak menerima bekalan benih.

"Kenapa diberikan kepada satu syarikat yang tidak punya loji benih? Syaratnya ia mesti diberikan kepada syarikat yang ada loji benih untuk proses benih padi," katanya.

Beliau berkata, kementerian seharusnya mengutamakan Syarikat Perniagaan Peladang (Mada Sdn Bhd) untuk diberikan bekalan benih kerana ia memberikan pulangan yang lebih banyak kepada petani.

"Sepatutnya syarikat daripada Mada yang akan bagi pulangan kepada petani, ia harus diberi lebih banyak bekalan benih," katanya lagi.

Selasa lalu, Mahfuz membangkitkan perkara itu sewaktu berbahas di peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menterinya, Datuk Noh Omar dalam jawapannya mengakui salah satu syarikat individu iaitu syarikat Haji Mohd Nor Abdul Rahman yang mendapat 16,320 tan matrik benih ada kaitan dengan Tanjung Karang.

Justeru, tegas Mahfuz, SPRM harus melakukan siasatan segera berhubung perkara itu


SPRM didesak siasat firma padi mencurigakan
S Pathmawathy
Nov 25, 10
6:04pm


Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (bawah, kanan) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tindakan kerajaan membekalkan benih padi kepada syarikat yang didakwa tidak mempunyai loji benih.

NONEKatanya, siasatan juga wajar dijalankan berhubung pemberian kontrak membekalkan baja organik di bawah skim subsidi padi kepada syarikat yang tidak berpengalaman dalam menghasilkan baja organik.

"Satu siasatan harus dibuat di peringkat dalaman dan juga oleh SPRM untuk melihat kenapa proses pemberian tender ini tidak dibuat secara telus iaitu diberi kepada syarikat yang sebahagiannya tidak mempunyai loji benih. Sebaliknya mereka ini menyewa loji benih di bawah Kementerian Pertanian.

"Kontrak membekal baja organik skim subsidi padi Malaysia 2010 juga diberi kepada syarikat yang tak ada pengalaman dalam membuat baja organik," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

NONEMenurutnya, mengikut syarat yang ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, hanya syarikat yang mempunyai loji benih sahaja layak menerima bekalan benih.

"Kenapa diberikan kepada satu syarikat yang tidak punya loji benih? Syaratnya ia mesti diberikan kepada syarikat yang ada loji benih untuk proses benih padi," katanya.

Beliau berkata, kementerian seharusnya mengutamakan syarikat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) untuk diberikan bekalan benih kerana ia memberikan pulangan yang lebih banyak kepada petani.

NONEMenurut Mahfuz, Selasa lalu, beliau telah membangkitkan perkara itu sewaktu berbahas di peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Dalam jawapannya dia (Noh) mengakui salah satu syarikat individu itu ada kaitan dengan petani di kawasan parlimennya di Tanjung Karang tetapi dia elak menjawap soalan saya sama ada dia mempunyai kepentingan dalam syarikat itu,” kata Mahfuz.

Menurut Mahfuz menteri itu gagal menjelaskan mengapa pertubuhan besar seperti MADA hanya diarahkan mengeluarkan 5,000 tan padi sedangkan ia berkemampuan mengeluarkan sekurang-kurangnya 15,000 tan.


Gelaran Datuk: Rahmat atau bencana untuk Teng?
Kuek Ser Kuang Keng
Nov 25, 10
4:55pm

Khabar angin bertiup kencang di kalangan pemimpin DAP bahawa anggota jawatankuasa pusat parti itu yang juga dianggap 'budak nakal' - Teng Chang Khim - akan dikurniakan pingat kebesaran negeri yang membawa gelaran Datuk.

NONEBagaimanapun terdapat peraturan tidak bertulis parti itu bahawa pemimpin DAP tidak sepatutnya menerima kurniaan berkenaan bagi menjamin imej marhaen mereka.

Dalam kes Teng adalah dipercayai kurniaan itu datangnya daripada pihak istana sendiri yang mempunyai prerogatif mencadangkan pilihan mereka.

Namun pengurniaan itu yang dijadualkan pada 11 Disember ini sempena hari keputeraan Sultan Sharafuddin Idris Shah menyaksikan pelbagai reaksi daripada ahli-ahli DAP Selangor yang akan mengundi pada pemilihan parti itu Ahad ini bagi memilih kepimpinan baru.

'Seteru' Teng yang dilabelkan sebagai Kumpulan Perpaduan mendakwa pemimpin kebangsaan dan negeri tidak dirujuk berhubung perkara itu dan penerimaan kurnian berkenaan memecahkan tradisi parti.

sultan selangor and selangor state excoMenurut sumber dari kumpulan itu, pada awalnya mereka berpendapat Teng melobi bagi mendapatkan anugerah itu yang besar kemungkinan akan menjejaskan kredibilitinya sebagai pemimpin akar umbi.

Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng, yang merupakan sekutu Kumpulan Perpaduan juga mendedahkan perkara itu di laman Facebook malam semalam.

"Adakah awak akan sokong jika ada ahli DAP dikurniakan gelaran Datuk oleh Sultan?” soal Lim di Facebook dan tinjauan mendapati ramai yang menyokong pengurniaan itu.

NONEBagiamanpun risikan oleh Kumpulan Perpaduan mendapati nama Teng sebenarnya dicadangkan oleh pihak istana atas kedudukannya sebagai speaker dewan undangan negeri Selangor. Sebarang usaha mendesak Teng menolak kurniaan itu adalah satu penghinaan kepada istana.

Tambahan lagi, jika perkara itu dijadikan isu, ia akan memperkukuhkan lagi reputsai Teng kononnya perjuangan beliau mendapat pengiktirafan pihak istana.

"Justeru, lebih baik jangan bercakap langsung,” kata sumber itu.

ngeh koo ham pas ceramah in kelantan 190508 01Kumpulan Perpaduan sekarang cuba menangkis cabaran sengit oleh Teng yang mengetuai kumpulan lain yang dilabel oleh media Cina sebagai Kumpulan Reform Keadilan bagi menguasai kepimpinan negeri.

Ketua DAP Perak, Ngeh Koo Ham (kiri, berbaju batik) dikurniakan gelaran datuk oleh Sultan Perak Azlan Shah berdasarkan kedudukannya sebagai exco kanan kerajaan negeri.

Kurniaan itu tidak ditolak kerana ia dicadangkan oleh istana dan bukannya oleh kerajaan negeri. Namun Ngeh dikatakan telah memaklumkan perkara berkenaan kepada pemimpin pusat dan negeri sebelum majlis berlangsung.

Dalam kes Teng, dipercayai parti itu tidak mempunyai sebarang maklumat.

Tiada ulasan: