Ahad, 20 Februari 2011

SEMUA NAK JADI KERAJAAN @ NAK MENANG...TAK KIRA SAPE MENANG...YANG PENTING YG MENANG LAKSANA ISLAM SECARA TOTAL..JIKA TAK..BAIK TAK PAYAH MENANG...

Umno Kedah rombak struktur pentadbiran
Feb 20, 11 11:26am


Badan Perhubungan Umno Kedah membuat rombakan kecil terhadap struktur pentadbirannya yang menyaksikan dua timbalan ketua bahagian dilantik masing-masing sebagai setiausaha dan bendahari.

Dalam satu mesyuarat malam tadi yang berakhir awal pagi ini, timbalan ketua Umno bahagian Jerlun, Datuk Othman Aziz, yang sebelum ini setiauaha kerja Umno negeri, dilantik sebagai setiausaha perhubungan yang baru menggantikan Datuk Nawawi Ahmad.

Timbalan ketua Umno bahagian padang Terap, Datuk Ghazali Ibrahim pula dilantik sebagai bendahari, menggantikan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang telah dilantik sebagai timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri, sejak awal tahun ini.

Jawatan ketua penerangan kekal dipegang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pelantikan dua timbalan ketua bahagian mengisi jawatan

setiausaha dan bendahari berbanding tradisi melantik daripada kalangan ketua bahagian sebelum ini adalah kerana beliau mahu ketua bahagian menumpukan kepada bahagian masing-masing bagi menghadapi pilihan raya.

"Saya dah bincang dengan ibu pejabat dan presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak), dan saya ambil pandangan mereka, maka saya buat keputusan ini. Saya nak ketua-ketua bahagian beri 100 peratus perhatian kepada bahagian masing-masing.

"Semua 14 bahagian (ada 15 bahagian di Kedah dengan Ahmad Bashah ketua bahagian Alor Setar) akan beri tumpuan kepada jentera masing-masing. Datuk Nawawi sendiri merasakan sukar untuk beliau bergerak dan menumpukan kepada tugas Umno negeri dan bahagian Langkawi. Ini menyebabkan kurang tumpuan kepada Langkawi," katanyakepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Beliau berkata bagi setiausaha kerja yang baru, pelantikan akan diisi secepat mungkin yang mana jawatan itu akan diisi oleh individu yang bekerja secara sepenuh masa.

Ahmad Bashah berkata Umno negeri juga telah mewujudkan sebuah jawatankuasa pilihan raya yang dipengerusikan beliau sendiri dan ketua-ketua bahagian serta ketua-ketua sayap akan mengetuai jawatankuasa tertentu.

Senarai pengerusi jawatankuasa pilihan raya Umno Kedah:


IT: Norasimah Md Nowar (Ketua Puteri Umno Kedah)

Jalinan Rakyat: Datuk Maznah Abdul Hamid (Ketua Wanita Umno Kedah)

Poster/Gerak Kempen: Badrolhisham Hashim (Ketua Pemuda Umno Kedah)

Daftar Pemilih: Tajuddin Abdullah (Ketua Bahagian Sik)

Pengundi Luar: Datuk Ahmad Lebai Sudin (Ketua Bahagian Pokok Sena)

Agensi dan NGO: Datuk Seri Mahdzir Khalid (Ketua Bahagian Padang Terap)

Sistem Blog: Datuk Nawawi Ahmad (Ketua Bahagian Langkawi)

Kursus dan Latihan: Ali Yahaya (Ketua Bahagian Sungai Petani)

Pembangunan: Datuk Johari Baharum (Ketua Bahagian Kubang Pasu)

Kebajikan: Datuk Abdul Azeez Rahim (Ketua Bahagian Baling)

Keselamatan: Datuk Mohd Shuhaimi Abdullah (Ketua Bahagian Jerai)

Polling/Counting Agent: Datuk Mohd Rozai Shafian (Ketua Bahagian Pendang)

Pengangkutan: Datuk Tajul Urus Mat Zain (Ketua Bahagian Merbok)

Makanan: Abd Rahman Mahammud (Ketua Bahagian Padang Serai)

Barong/Pondok Panas: Datuk Abu Hasan Sarif (Ketua Bahagian Jerlun)

Isu/Risikan: Datuk Latt Shariman Abdullah (Ketua Bahagian Kuala Kedah)

Tugas-tugas Khas: Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Ketua Bahagian Kulim/Bandar Baharu)

- Bernama


RM4b tidak dituntut pemilik dan pewaris
Feb 20, 11 5:05pm


Sejumlah RM4 bilion hasil keuntungan yang diperoleh daripada simpanan di institusi-institusi kewangan dan dana persaraan di negara ini masih tidak dituntut pemilik dan waris, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Beliau percaya sebilangan besar daripada mereka tidak mengetahui adanya wang tersebut, yang antaranya diperoleh daripada keuntungan wang simpanan individu di bank-bank konvensional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya wang yang tidak dituntut itu kini disimpan Akauntan Bank Negara Malaysia (BNM) dan beliau berharap pihak terbabit membuat semakan di cawangan-cawangan BNM berdekatan untuk mendapatkan kembali wang itu.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah kepada 83 penduduk di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) kelolaan Risda di Kampung Lati, di Bachok hari ini, beliau berkata pemilik atau pewaris perlu mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan untuk dipertimbangkan bagi membuat tuntutan wang tersebut.

"Jika didapati wang itu masih lagi tidak dituntut dalam tempoh tertentu kerajaan mungkin akan meminjamnya bagi tujuan pembangunan bagi faedah rakyat," katanya.

Mengenai PBR, Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata Umno Kelantan berharap kerajaan pusat sekurang-kurangnya dapat mengekalkan peruntukan RM18 juta sebagaimana yang diluluskan kepada Risda Kelantan sepanjang tahun lepas.

Katanya peruntukan itu penting untuk membantu hampir 1,000 penduduk miskin supaya mereka dapat memiliki rumah sendiri dan membaik pulih rumah yang hampir roboh.

Awang Adek berkata rakyat Kelantan perlu berterima kasih kepada kerajaan pusat yang tidak pernah meminggirkan mereka malah memberi layanan yang istimewa walaupun Kelantan diperintah oleh parti pembangkang.

Ini, katanya kerana sebilangan mereka yang mendapat bantuan PBR diberi peluang memiliki rumah baru sendiri bernilai RM33,000 sebuah secara percuma.

- Bernama

Najib cabar Pakatan kemuka kabinet bayangan
Feb 20, 11 9:46am


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencabar Pakatan Rakyat yang begitu berhasrat untuk memerintah negara supaya memperlihatkan bayangan kabinet mereka kepada rakyat.

najib razak meets umno division leadersNamun beliau berkata kalau di negara luar, penubuhan kabinet bayangan di kalangan parti pembangkang merupakan satu perkara biasa.

"Di Malaysia kita cuma ada kabinet kerajaan sahaja. Pembangkang tidak mampu dan tidak tahu untuk memberikan portfolio kepada tokoh yang sesuai di kalangan mereka," katanya semasa berucap di majlis jamuan rakyat dan sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Politeknik di Merlimau malam ini yang dihadiri kira-kira 10,000 orang rakyat.

Perdana Menteri berkata Pakatan Rakyat merupakan parti yang belum diuji dan buat masa sekarang, mereka hanya pandai membuat gambaran untuk menunjukkan yang mereka padu.

'Parti Keluar Ramai-Ramai'

"Tetapi macam mana mereka hendak tubuh kerajaan, kalau mereka masih gagal membuat perkara yang mudah (bentuk kabinet bayangan) macam ini pun tidak mampu," katanya.


NONENajib juga mengajak rakyat supaya memerhatikan keadaan PKR yang kini semakin nazak akibat perpecahan yang sedang berlaku dari dalam parti itu.

Beliau mahu rakyat melihat keadaan di mana seorang demi seorang pemimpin penting di dalam PKR meninggalkan parti itu seperti ketua pemuda, ketua wanita, ahli-ahli dewan undangan negeri dan parlimennya.

Secara berjenaka, beliau berkata beliau mahu menggelarkan parti PKR sebagai "Parti Keluar Ramai-Ramai".

Mengenai PAS pula, beliau mahu rakyat melihat secara mendalam tentang janji-janji yang telah dibuat oleh parti itu kerana sehingga sekarang belum terdapat perkara yang benar-benar berkesan yang telah dilakukan parti itu kecuali melaungkan slogan semata-mata.

Perdana Menteri melahirkan rasa syukur kerana gagasan 1Malaysia yang beliau ilhamkan diterima baik oleh rakyat ke arah mengerakkan negara dan rakyat ke tahap yang lebih maju.

- Bernama


BN yakin menang 31 daripada 36 kerusi di Kedah
Feb 20, 11 10:14am


BN Kedah berkemampuan untuk memperoleh kemenangan lebih dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, sekaligus merampas semula pentadbiran kerajaan negeri yang kini diterajui PAS.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata sasaran itu tidak mustahil pada PRU ke-13 kali ini memandangkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

azlan"Kita yakin boleh mencapai sasaran lebih 31 daripada 36 kerusi DUN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Motivasi dan Kecemerlangan Kepimpinan Wanita UMNO Kedah, di Alor Setar, semalam.

Lebih 500 ketua wanita peringkat cawangan di negeri itu menyertai kursus tersebut.

Ketika ini, PAS menguasai 16 kerusi DUN Kedah diikuti BN dengan 14, PKR 3 dan DAP (1) dan dua wakil rakyat Bebas, yang sebelum ini merupakan anggota DUN PKR.

Ahmad Bashah, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, berkata persiapan jentera pilihan raya negeri telah digerakkan sejak bulan lepas dan bilik gerakan bagi peti-peti undi akan dibuka bulan depan.

Beliau turut mensasarkan untuk menarik lebih 100,000 pengundi baru menyertai Umno dan sekarang ini lebih 30,000 pengundi baru telah mendaftar sebagai ahli parti.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno Kedah, Datuk Maznah Abdul Hamid, berkata sayap itu telah melaksanakan strategi dari rumah ke rumah bagi menarik lebih ramai pengundi menyokong BN.

"Jadi kami lebih rapat dengan pengundi dan sasaran kami ialah setiap ketua cawangan perlu mendapatkan seorang pengundi baru setiap minggu," katanya.

Beliau berkata strategi mereka itu akan memberi kesan yang lebih untuk PRU-13 berbanding PRU yang lepas pada 2008.

- Bernama

Tiada ulasan: