Ahad, 27 Februari 2011

JIKA BENAR MAKA HAQ..JIKA TAK BENAR BATILLAH


Calon BN terus bergelut dengan isu sijil akademik
Jimadie Shah Othman
Feb 26, 11
1:20pm


Calon BN bagi pilihan raya kecil Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad terus bergelut dengan isu berhubung sijil akademiknya. Selepas selesai proses penamaan calon tadi, soalan mengenainya masih dilontarkan oleh pihak media kepadanya.

Beliau didakwa tidak lulus semasa belajar di Universiti Al-Azhar dan dituduh membeli ijazah dari universiti berkenaan.

Menurut laporan, Syed Ibrahim yang juga naib ketua Umno bahagian Kuala Krau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Krau dan di Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Temerloh sebelum menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar pada 1989 hingga 1996.

NONEBeliau menangkis isu tersebut dengan menunjukkan ijazah Bahasa Arab (kiri) yang diperolehinya dari Universiti Al-Azhar, Mesir kepada pemberita. "Seminggu saya bertahan...saya tidak suka menunjukkan sijil (ijazah), tapi terpaksa, bukan untuk takbur," katanya kepada pemberita di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh. Syed Ibrahim berkata beliau terpaksa berbuat demikian selepas didesak banyak pihak bagi mengemukakan bukti latar belakang pendidikannya itu. "Saya diajar supaya tidak menuntut ilmu untuk berbangga, untuk jatuhkan orang tetapi saya dididik untuk berkhidmat dan memberi ilmu kepada masyarakat," katanya. Syed Ibrahim, 44, menerima ijazah tersebut pada 1997. Katanya beliau tidak pernah berasa kesal dan terkilan dengan tuduhan yang mengatakan beliau menipu berhubung kelulusan akademiknya itu. "Saya berdoa supaya tabiat mereka yang suka melemparkan tuduhan agar dibersihkan jiwa mereka," katanya sambil menyifatkannya sebagai satu 'serangan peribadi'.

NONESementara itu, calon PAS pula, Hassanuddin Salim berkata, beliau hari ini bangun pada jam 5 pagi dengan perasaan optimis. Bagaimanapun, beliau masih mahu merahsiakan pendekatan dan strateginya. '2Malaysia' "(Strategi saya) menawan hati semua orang," katanya ringkas sambil senyum lebar. Ketika SPR mengumumkan mereka berdua sah bertanding, suasana di Dewan Tun Razak dan sekitarnya di Temerloh bingit dengan sorakan penyokong dan pemimpin kedua-dua parti. BN melaungkan 1Malaysia manakala PAS pula rancak bertakbir. Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir sempat menyindir BN dengan mengangkat isyarat jari nombor dua, sebagai parodi kepada slogan 1Malaysia. Antara pemimpin Pakatan yang hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh. Di pihak BN pula, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. Di luar dewan, kedua-dua penyokong yang dipisahkan kawat berduri kira-kira 40 meter. Hasanudin diringi kira-kira 2,000 penyokong manakala Syed Ibrahim pula berarak bersama 1,000 orang. Bagaimanapun, kelihatan di kawasan BN lebih berwarna-warni apabila penyokongnya membawa pelbagai kain rentang dan poster berbanding PAS yang rata-rata hanya membawa benderanya. Tiada insiden tidak diingi berlaku.


KM Melaka: 'Bantuan datang hanya jika BN menang'
Aidila Razak
Feb 26, 11
7:35pm


Sepertimana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'lu tolong gua, gua tolong lu', kali ini Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula memberitahu kumpulan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika BN memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau. NONEBeliau memberitahu demikian kepada wakil Persatuan Pendidikan Cina Progresif Melaka, Yang Ying Chong, sebelum beredar dari pusat penamaan calon bersama calon BN, Roslan Ahmad pagi tadi. Sebelum itu, selepas penamaan calon pagi ini, Yang menyerahkan kepada ketua menteri tuntutan antaranya, sekolah vernakular, sekolah Cina bebas dan sekolah agama rakyat diberi faedah yang sama seperti sekolah kebangsaan, iaitu menerima subsidi, bantuan untuk pelajar dan sijil untuk melanjut pengajian di universiti awam dan perkhidmatan awam. Mereka juga menuntut kerajaan mengembalikan kewarganegaraan aktivis mendiang Lim Lian Geok dan menerimanya sebagai sebagai patriotik negara. NONESeorang guru di Confucian Chinese School dari 1935 hingga 1961, kewarganegaraan Lim dan lesen mengajarnya dibatalkan pada 1961 kerana menentang Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961 yang mewajibkan semua sekolah menengah mengajar dalam Bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Sementara itu, Mohd Ali menafikan yang beliau telah mengatakan bahawa kerajaan Melaka hanya akan membantu pelajar Melaka untuk pulang semula ke Mesir, jika calon BN menang.

Kerdau: Pekena patin masak tempoyak
Feb 26, 11 3:12pm


Mereka yang berada di bandar Temerloh sempena hari penamaan calon pilihan raya kecil DUN Kerdau hari ini tidak melepas peluang untuk menikmati ikan patin masak tempoyak yang terkenal di situ. NONEPekan Kerdau terletak kira-kira 23 kilometer dari bandar Temerloh. "Masam, pedas, sedap dan segar," kata pengunjung di sebuah gerai di tapak Pekan Sehari. "Di sini, mereka bela ikan dalam sangkar. Itu yang sedap. Kalau dalam kolam rasanya berbeza dan agak hanyir. Cara memasak di Temerloh juga berbeza dari tempat lain sebab itu orang lain kena cuba," kata Baharuddin Isa, 42, dari Kuantan. "Ikan patin masak tempoyak di sini yang masam dan pedas memikat hati saya untuk menikmatinya dan saya ketagih untuk terus menikmatinya lagi," kata Insp Johari Ahmad dari Shah Alam, Selangor yang merancang untuk menikmati ikan patin tersebut sebelum beliau sampai ke Temerloh lagi. Oleh kerana sambutan yang luar biasa, ada gerai yang terpaksa menambah masakan mereka yang habis dalam sekejap masa. NONE"Saya juga terpaksa menambah dua lagi pekerja kerana tak menang tangan. Pengunjung datang dari satu Malaysia nak makan masak tempoyak ikan patin," kata Shamsuddin Joned, pemilik gerai Singgah Sokmo. Amron Ambut berkata beliau juga terpaksa menambah tempahan ikan patin untuk dimasak, dari penternak ikan patin di Sungai Pahang kerana masakan ikan patinnya sudah kehabisan. "Saya terpaksa masak kuahnya dahulu dan tunggu ikan datang kerana stok yang ada habis dengan cepat kerana ramai yang datang sempena penamaan calon hari ini," katanya yang sedang menunggu ikan patin segar yang ditempahnya. Penternak patin Shaari Othman berkata harga sekilogram patin "liar" yang terdapat di dalam sungai boleh mencecah RM80 sekilogram tetapi sukar didapati kerana ia perlu dipancing. NONE"Kalau ikan yang diternak di sangkar di Sungai Pahang, ia dijual antara RM12 hingga RM14 sekilogram sahaja," katanya. Patin turut dijual di pasar minggu di Temerloh setiap Ahad. Mungkin semasa hari mengundi di Kerdau 6 Mac ini iaitu pada hari Ahad, pengunjung boleh membeli ikan patin dan pekena patin masak tempoyak Temerloh sekali lagi. - Bernama




MB Pahang nafi bazir pinjaman RM1.4b dari pusat
Feb 26, 11 3:17pm


Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini kesal dengan dakwaan pihak pembangkang yang menuduh kerajaan negeri meminjam RM1.4 bilion daripada kerajaan pusat untuk projek yang membazir. Adnan berkata sebahagian besar daripada peruntukan itu dibelanja untuk meningkatkan keupayaan bekalan air di negeri tersebut demi kesejahteraan rakyat. "Kita tidak pernah membazir peruntukan kerajaan negeri atau pusat malah ia dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat di negeri ini," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon pilihan raya kecil DUN Kerdau di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh. Beliau berkata pinjaman itu dibelanjakan untuk menaik taraf dan mengendalikan 52 loji bekalan air di Pahang selain melaksanakan projek perumahan untuk rakyat termiskin dan projek prasarana. Adnan yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) berkata PAS sengaja membangkitkan perkara tersebut kerana parti itu ketandusan isu bagi meraih sokongan pengundi. Beliau juga meminta wakil rakyat dari parti pembangkang menyemak bajet kerajaan negeri yang dibentangkan sebelum ini, bagi membuktikan dakwaan mereka itu sebenarnya tidak berasas. "Kerajaan BN Pahang tidak sewenang-wenangnya membazirkan duit rakyat, kita gunakan secara baik," katanya. Mengenai isu-isu setempat yang membabitkan permasalahan penduduk, pembangunan dan meningkatkan prasarana di kawasan berkenaan, Adnan berkata kesemua isu terbabit akan diselesaikan secepat mungkin. "Mana-mana projek yang tidak membabitkan peruntukan besar akan diselesaikan, manakala projek-projek lain yang membabitkan dasar kita akan selesaikan kemudian," katanya. Pilihan raya kecil DUN Kerdau bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS. BN diwakili Naib Ketua Umno bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, manakala PAS diwakili Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, 43. Pengundian ditetapkan pada 6 Mac ini. - Bernama

Hairuman mahu belajar agama


HAIRUMAN yang kini semakin sihat ketika ditemui di HKL kelmarin berazam mahu mendalami limu-ilmu agama selepas keluar hospital.


KUALA LUMPUR - Mangsa renjatan kabel elektrik bervoltan tinggi, Muhammad Hairuman Miskon melahirkan hasrat untuk mendalami ilmu keagamaan di sebuah sekolah tahfiz apabila keluar daripada hospital kelak.

Kata Hairuman, 22, dia tertarik untuk memasuki sekolah tahfiz kerana mahu meningkatkan keyakinan diri setelah menyedari terpaksa berhadapan dengan masyarakat dalam keadaan dirinya yang kini tidak sempurna.

"Apabila saya keluar hospital, saya akan menerima pelbagai ujian dan pandangan masyarakat terhadap saya juga mungkin sudah berbeza berbanding dahulu.

"Mudah-mudahan melalui ilmu agama, sedikit sebanyak kehidupan saya akan menjadi lebih tenang," katanya ketika ditemui di Unit Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kelmarin.

Namun, Hairuman belum memutuskan sekolah tahfiz mana yang akan dipiihnya sebaik sahaja keluar dari HKL.


Penamaan calon p'raya kecil Merlimau, Kerdau
Feb 26, 11 8:48am

9am Kerdau: Calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad tiba di pusat penamaan calon ditemani timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa pemimpin BN dan juga sekumpulan penyokong parti.

9am Kerdau: Calon PAS di Kerdau, Hassanuddin Salim masuk ke pusat penamaan calon, diikuti calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad empat minit kemudian.

8.44am Kerdau - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob tiba di Stadium Temerloh, yang terletak kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.

8.40am Merlimau: Ahli Persatuan Ketua Kampung Melaka turut menyertai penyokong BN. Mereka berpakaian Melayu bersampin.

8.39am Kerdau Penyokong BN berkumpul di Stadium Termeloh.

8.38am Merlimau: Pemimpin BN, termasuk Datuk Wee Ka Siong, Datuk Shaziman Abu Mansor, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Koh Tsu Koon, Datuk G Palineval. Doa dibaca sebelum mereka berarak ke pusat penamaan calon.

8.30am Kerdau: kira-kira 2,000 penyokong PAS serta calon PAS, Hassanuddin Salim tiba ke Dewan Tun Razak. Mereka disekat kawat berduri, kira-kira 40 meter dari tempat itu. Selain selawat, mereka laung hidup Islam, hancur regim. Calon, presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presiden PKR Fuziah Salleh masuk ke dalam kawasan perkarangan dewan.

8.24am Merlimau: Penyokong MIC dan MCA tiba. Ahli parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah sedang mengendalikan penyokong.

Penyokong Kimma pula melaungkan 'Hidup Kimma'.

8.10am Kerdau: Calon PAS bagi DUN Kerdau baru sampai. Bacaan doa selamat bersama 1,000 penyokong. Datuk Seri Abdul Haji dan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga ada.

7.08am Merlimau: Polis, petugas parti dan media mula mengambil tempat masing-masing untuk bertugas pada hari ini. Polis telah meletakkan halangan, kawat duri dan beberapa trak untuk memisahkan penyokong PAS dan BN yang semakin ramai. Penyokong BN akan mula berarak dari jarak sejauh 200 meter daripada pusat penamaan calon, manakala PAS akan mula berarak pada jarak 500 meter daripada dewan berkenaan. 7.30am KERDAU: Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan DUN ini akan berlangsung di Dewan Tun Razak di bandar Temerloh, Pahang hari ini. Polis telah memagari kawasan dewan tersebut sejak malam tadi dengan meletakkan pagar besi dan kawat duri. Jalan menuju ke pusat penamaan juga telah ditutup sejak awal pagi. Penyokong PAS berkumpul di Plaza Temerloh yang terletak kira-kira 500 meter daripada Dewan Tun Razak seawal jam 5.30 pagi dan mula bersiap sedia untuk berarak ke pusat penamaan. Penyokong BN pula mula berkumpul di Dataran Temerloh, juga pada jarak yang sama daripada dewan tersebut, sejak jam 7 pagi.



Langsung: Hari penamaan calon PRK N27 Merlimau, N28 Kerdau
Harakahdaily

Sekitar proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil dun Merlimau, Melaka dan dun Kerdau, Pahang.

9.15 am: MERLIMAU - Di luar Politeknik Merlimau, ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tidak berganjak.

Mereka berkumpul di hadapan sekatan polis sambil berselawat, bertakbir, melaungkan slogan 'Hidup Islam, Hancur kezaliman' berselang seli.

9.15 am:
MERLIMAU - Lebih kurang 2 ribu penyokong PR menyertai perarakan.

9.06 am: KERDAU - Calon PAS, Hassanuddin Salim menyerahkan borang pencalonan.

9.00 am:
MERLIMAU - Pegawai pengurus pilihan raya Dun Merlimau mengumumkan masa untuk menyerahkan borang pencalonan dibuka.

8.49 am: MERLIMAU - Perarakan calon telah tiba di pusat penamaan calon.

Turut mengiringi calon adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan isteri calon.

8.35 am:
MERLIMAU - Calon PAS, Yuhaizad Abdullah tiba di tempat berhimpun dan perarakan bermula. Calon PAS diapit Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Perarakan diiringi laungan selawat dan keadaan terkawal.

8.30 am:
KERDAU - Tiba di pintu masuk tempat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh.

8.25 am: MERLIMAU - Bob Lokman turut menyertai perarakan hari ini.

8.15 am: KERDAU - Perarakan dimulakan.

Tiada ulasan: