Khamis, 24 Februari 2011

NAMA2 CALON DAH ADA..BERTANDINGLAH SECARA SIHAT DAN JUJUR...TIPU MENANG PUN TAK ELOK...NANTI ELAUN YB TAK CLEAR...BOLEH HARAM.SEBAB MENANG CARA MENIPU

Hassanuddin tentang calon Umno di Kerdau
Harakahdaily
KERDAU,24 Feb: PAS meletakkan aktivis partinya yang juga seorang ushawan, Hassanuddin Salim, 43 sebagai calon untuk menghadapi Umno dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau.

Nama Hassanuddin diistiharkan secara rami oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di tapak Komplek Markas PAS Pahang dekat sini sebentar tadi.

Turut hadir dalam majlis itu Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali; Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad; Ahli Jwatankuasa PAS Pusat, Muhammad Sabu dan barisan pimpinan tertinggi parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Hassanuddin salim merupakan anak tempatan Kerdau yang lahir di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh. Beliau mempunyai Seorang isteri yang bertugas sebagai guru dan tujuh orang anak.

Hassanuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sanggang dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh.Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran keperingkat Diploma dalam bidang Ukur Tanah, di UiTM Shah Alam.

Selepas menamatkan pengajian Hassanuddin memulakan kerjayanya dalam Industri Pembinaan dan Ukur Tanah selama 15 tahun.

Sepanjang menceburi bidang itu beliau pernah berkhidmat dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur untuk industri minyak dan gas dan antaranya pembinaan hospital Temerloh.

Beliau juga pernah Berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

Dalam politik, Hassanuddin merupakan bekas Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pahang dan kini menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS Pahang, Setiausaha PAS Kawasan Temerloh.

Dalam pilihan raya, Hassanuddin pernah diamanah mewakili PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 sebagai calon di DUN Lanchang dan DUN Kerdau dalam PRU 2008.

Sementara itu 22 Feb lalu Umno mengumumkan Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44 tahun, sebagai calon mereka.

Pengumuman itu dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Sri Ketumbit.


Yuhaizad di Merlimau, Hasanuddin di Kerdau
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Feb: PAS malam ini memilih Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Hassanuddin Salim, 43, bagi PRK Kerdau.

Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pada 26 Februari.

Di JASIN, pemilihan Yuhaizad selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS Dun Merlimau.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.

Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan

Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas.

Di TEMERLOH, pengumuman Hassanuddin sebagai calon PAS telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.

Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di sudan dalam industri minyak dan gas.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.



Yuhaizat calon PAS di Merlimau
Feb 24, 11 11:41pm

Timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Melaka Yuhaizat Abdullah diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

merlimau by election pas candidate yuhaizat abdullah 240211 02Yuhaizat, 38, juga merupakan timbalan yang dipertua PAS Jasin.

Pengumuman tersebut dibuat oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lewat malam ini.






Hassanudin Salim calon PAS di Kerdau
Feb 24, 11 10:50pm


Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanudin Salim akan membawa cabaran parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac depan.

Pencalonan Hassanudin diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kompleks PAS Kerdau malam ini.

Beliau merupakan bekas calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008, tetapi tewas kepada calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Hassanudin tewas dengan majoriti 1,615. Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi.

Hasanuddin, 43, adalah seorang usahawan kelulusan diploma ukur tanah UiTM.

Turut hadir ialah timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, timbalan presiden PKR Azmin Ali, dan pemimpin DAP, Tan Seng Giaw.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan, Hasanuddin dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh. Beliau mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hasanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Kerdau pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pula 26 Februari.


TNC UPM didesak letak jawatan
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Fauzi Ramlan didesak meletakkan jawatannya, ekoran kelemahan dan kegagalannya dalam menangani PRK kampus itu dengan baik, sehingga dilihat langsung tidak berkredibiliti.

Di mata mahasiswa UPM, Dr Fauzi bukanlah seorang yang berwibawa untuk memegang jawatan itu dan tempatnya perlu digantikan oleh individu lain yang lebih berkelayakan.

Jurucakap Majlis Politik Nasional (MPN) Gamis, Shukri Kamarudin berkata, desakan tersebut kini sedang disuarakan dengan keras oleh para pelajar UPM dan ia perlu didengar oleh Dr Fauzi demi kepentingan UPM itu sendiri.

Menurut beliau, bukti kegagalan Dr Fauzi dalam menjalankan tugasnya cukup banyak, tetapi antara yang amat ketara termasuklah kegagalannya dalam melaksanakan tanggungjawab bagi menghidupkan sistem demokrasi terhadap pilihanraya kampus.

Katanya, selain itu, beliau juga begitu angkuh sehingga langsung tidak mahu mendengar suara, pandangan, bantahan dan desakan para pelajar berhubung sesuatu isu, khususnya berhubung PRK kampus itu, walaupun ia amat baik untuk dilaksanakan.

"Lebih ketara lagi, beliau tetap enggan memohon maaf kepada para pelajar, khususnya aktivis Pro Mahasiswa (Pro-M) UPM, walaupun mereka telah dianiaya, didiskriminasi dan diperlakukan dengan tidak sepatutnya sebegitu teruk oleh beliau," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

PRK UPM menjadi amat kacau apabila 11 calon Pro-M yang menang 21 Februari lalu dibatalkan kemenangannya atas alasan amat tidak munasabah, iaitu menyertai pilihanraya secara berkumpulan.

Walaupun tindakan yang sama turut dilakukan oileh pihak lawan, tetapi calon-calon Pro Aspirasi tidak pula menerima nasib buruk itu, sehingga jelas memperlihatkan sikap diskriminasi pihak terbabit khususnya Jawatankuasa Pelaksana PRK kampus itu terhadap mereka.

Setelah didesak dan dibantah oleh calon-calon dan aktivis Pro-M yang mula berkumpul beramai-ramai di hadapan pejabat pentadbiran UPM sejak malam semalam, pembatalan kemenangan mereka itu telah ditarik balik dan surat rasmi mengenainya telah dikeluarkan oleh Dr Fauzi.

Tindakan pembatalan itu ternyata amat menyusahkan para pelajar. Selain harapan mereka untuk berunding tidak dilayan dengan baik, 11 calon Pro-M terbabit turut dikenakan bayaran RM100 setiap seorang untuk mengadakan bantahan, pada hal mereka adalah pelajar yang mempunyai kewangan amat terhad.

Menurut Shukri, tahun lalu, calon-calon Pro-M UPM turut menerima nasib sama apabila 7 calonnya dibatalkan kemenangannya, tetapi tahun ini menjadi lebih parah sehingga meningkat 11 orang atau kesemuanya.

Ekoran itu, delegasi aktivis Pro-M UPM tengah hari tadi turut menghantar satu memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di pejabatnya di Putrajaya yang isinya antara lain menuntut perjalanan demokrasi PRK UPM yang lebih baik, lebih telus dan demokratik pada masa akan datang.

"Selain itu, mereka juga menuntut agar perjalanan PRK di UPM pada masa akan datang bebas dari campur tangan politik luar, iaitu daripada para pemimpin parti tertentu, bagi menjamin perjalanan demokrasi yang telus.



Sekolah Cina tolak akhbar Melayu percuma
Feb 24, 11 4:31pm


Akibat tekanan dan bantahan kumpulan pendidikan Cina dan parti pembangkan, sebuah sekolah rendah Cina di Kuantan menukar keputusannya untuk menerima akhbar percuma Utusan Malaysia.

utusan mahathir malay losing power 240910Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam.

Pengerusi lembaga sekolah itu, Goh Kim Fah memberitahu Sin Chew Daily, sekolahnya pada asalnya memang mahu menerima akhbar percuma Utusan Malaysia yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta yang bertujuan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajarnya.

“Diakui, kami memang lalai dalam isu ini. Kami tidak mengkaji impak keputusan (untuk menerima sumbangan itu),” katanya.

Menurut Goh, pelajar tidak seperti orang dewasa tidak akan dapat membezakan laporan Utusan Malaysia yang lazimnya menurut pengkritik adalah berat sebelah dan bersifat perkauman dengan berita sebenar.

utusan article on free paper give to chinese school 200211 02Ini antara alasan lembaga itu menolak tajaan sumbangan tersebut.

Isu berkenaan timbul apabila Utusan Malaysia melaporkan syarikat hartanah Pasdec Holdings Berhad akan menaja 4,375 akhbar percuma kepada empat sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Pahang.






Saifuddin nafi arah UPM tarik balik keputusan
Abdul Rahim Sabri
Feb 24, 11
1:24pm


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak mengarahkan pihak berkuasa Universiti Putra Malaysia supaya menarik balik keputusan awal mereka membatalkan kemenangani 11 calon kumpulan pro-Mahasiswa dalam pilihan raya kampus Isnin lalu.

NONESebaliknya, kata Saifuddin, beliau hanya memberi pandangan kepada pihak universiti mengenai jalan terbaik untuk menangani isu tersebut.

"Berhubung dengan isu di UPM, saya telah menghubungi Naib Canselor, Prof Dato' Ir. Dr Radin Umar Radin Sohadi pada pagi 23 Februari 2011, apabila dimaklumkan bahawa kemenangan sekumpulan mahasiswa dalam PRK (pada 22 Februari 2011) telah dibatalkan oleh pihak universiti atas alasan yang tidak munasabah.

"Saya ingin ulangi kenyataan saya sebelum ini, bahawa saya “tidak mengarahkan” Naib Canselor, sebaliknya “memberi pandangan” kepada pihak universiti tentang cara terbaik mengatasi isu tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Pada saya, alasan membatalkan kemenangan sekumpulan mahasiswa itu tidak wajar kerana:

NONE"Alasannya ialah kumpulan tersebut berkempen secara kumpulan. Saya anggap alasan ini tidak munasabah kerana umum tahu bahawa pihak yang membuat bantahan itu sendiri adalah sebuah kumpulan juga. Ini diakui sendiri oleh seorang daripadanya dalam perbincangannya dengan saya hari ini.

"Pembatalan itu dibuat tanpa memberi peluang pihak yang dibatalkan itu untuk membela diri.

"Jika berlaku pembatalan atas alasan yang tidak munasabah ini, saya bimbang kita akan dilabelkan sama seperti Burma yang tidak mengiktiraf kemenangan Parti Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan Aun San Su Kyi dalam pilihanraya pada 1990, atau AS, EU dan Israel yang tidak mengiktiraf kemenangan Hamas dalam pilihanraya Palestin pada 2006.

NONE"Saya memuji kesediaan dan keterbukaan naib canselor UPM bertemu dan mendengar aduan kelompok mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Malah keterbukaan beliau telah berjaya menyelesaikan isu tersebut dengan baik.

Namun, beliau kesal kerana terdapat juga sesuatu permintaan sekumpulan mahasiswa yang diinginkan daripada pegawai tertentu tidak dilayan sehingga menyebabkan insiden yang tidak diingini berlaku.

"Saya bukan menyokong permintaan mahasiswa itu, saya cuma kesal ia tidak dilayan.

"Saya juga kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan sekumpulan mahasiswa yang menyebabkan kerosakan harta benda awam.

"Pun begitu, saya percaya jika permintaan kumpulan tersebut dilayan, maka insiden tersebut mungkin tidak akan berlaku," katanya.

upm scuffle 230211Semalam, pintu kaca bangunan pentadbiran UPM yang menempatkan pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan, pecah selepas dirempuh sekumpulan mahasiswa pro-M.

Mereka dilaporkan bertindak demikian selepas Dr Mohd Fauzi enggan memberikan penjelasan mengapa kemenangan calon mereka dalam pilihan raya kampus itu kelmarin dibatalkan. Difahamkan mereka berkumpul di bangunan selama 19 jam - sejak jam 10 malam kelmarin.

Ia ekoran keputusan pentadbiran universiti menarik balik pembatalan kemenangan 11 calon pro-M selepas menolak tiga bantahan kerana "tidak berasas disebabkan di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM 2011 dan kesalahan teknikal".

TNC HEP kemudian memanggil beberapa wakil pelajar untuk berbincang dan beliau bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjutan dengannya mereka pagi ini.

upm scuffle 230211Bagaimanapun, ia dibatalkan atas permintaan pro-M 'kerana susana masih panas'.

Sebaliknya, mereka mencadangkan pertemuan itu diadakan selepas solat Jumaat esok di Kolej Kediaman 13.

Menurutnya, cadangan tersebut telah dimaklumkan kepada pegawai TNC HEP dan telah dipersetujui.

Antara yang akan dibincangkan, katanya, adalah mengenai cadangan mereka berhubung penambahbaikan pilihan raya kampus.

Sementara itu, Saifuddin telah mengadakan pertemuan berasingan dua kumpulan mahasiwa UPM berhubung isu berbangkit dalam pilihan raya kampus di UPM Isnin lalu.

Dua kumpulan mahasiswa tersebut ialah kumpulan Pro-Aspirasi UPM dan Persatuan Mahasiswa Islam UPM.

NONEDalam kenyataan yang sama, Saifuddin berkata,, dalam kedua-dua pertemuan itu, beliau menekankan bahawa pilihanraya kampus (PRK) seharusnya dijadikan medan terbaik memberikan pendidikan politik dan demokrasi kepada mahasiswa.

Menurutnya, pendidikan politik dan demokrasi seharusnya merintis ke arah amalan demokrasi yang lebih matang di negara ini.

"Dalam konteks PRK, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana kumpulan mahasiswa atau mana-mana individu yang bertanding.

"KPT juga mahu PRK menjadi gelanggang politik yang sihat dan menyuburkan idealisme mahasiswa; dijalankan dengan, licin, telus dan adil; serta meningkatkan partisipasi mahasiswa dalam proses tersebut," katanya.


Bekas Ketua Pemuda PAS Perlis meninggal
Bashir Ishak

KANGAR, 24 Feb: Bekas Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Mansor Ariffin, 78, meninggal dunia pada jam 9.00 malam tadi di Hospital Tuanku Fauziah di sini.

Beliau dimasukkan ke hospital tersebut beberapa minggu lalu akibat sakit jantung dan kencing manis.

Ustaz Mansor memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Perlis dari tahun 1963 hingga tahun 1968.

Selain itu beliau juga pernah menjadi Setiausaha Dewan Ulama PAS Perlis, Ahli Badan Perhubungan PAS Perlis serta Naib Yang Dipertua PAS Kangar.

Allahyarham yang pernah mengajar di Sekolah Menengah Alawiyah Arau serta Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiyah (MADI) mempunyai ramai anak murid si seluruh negara.

Jenazah beliau selamat disempurnakan di Repoh dekat sini pagi tadi dan solat jenazah diimamkan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas beliau.



Suruhanjaya Teoh: IO akui buat kesilapan
S Pathmawathy
Feb 24, 11
3:48pm


Pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal berkata terdapat kesilapan dalam keterangannya ketika inkues kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock yang berakhir bulan lalu.

NONEAhmad Nazri hari ini mengakui kesilapannya itu kepada Suruhanjaya Diraja dengan berkata beliau keliru identiti pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membekalkannya salinan kad pengenalan Teoh dengan orang lain.

Dalam keterangan hari ini, Ahmad Nazri berkata beliau silap apabila peguam dari Majlis Peguam menyoalnya berhubung kejadian apabila pihak polis tiba di lokasi kejadian pada tengahari 16 Julai 2009.

Beliau kemudian dengan cepat memperbetulkan kesilapan itu dengan mennjelaskan bahawa pegawai penguatkuasa SPRM yang hanya dikenali sebagai Azian yang memberikannya salinan kad pengenalan Teoh dan bukannya Zurinawati Zulkifli, seseorang yang disebutnya pada inkues yang lalu.

“Zurinawati adalah orang yang menunjukkan saya beg Teoh di sofa. Bukan dia yang memberi saya salinan IC itu,” katanya.

Ahmad Nazri semasa memberikan keterangannya juga berkata beliau tidak membuat siasatan terperinci bagi setiap laluan yang mempunyai “access card" ketika membuat membuat pemeriksaan di tingkat 14 dan 15, bangunan Plaza Masalam, Shah Alam

azlan"Apakah tugas kamu sebagai pegawai penyiasat dalam kes ini... adakah hanya membuka dan menutup kertas siasatan?” soal pengerusi suruhanjaya Tan Sri James Foong Cheng Yuen.

Ahmad Nazri menjawab: “Saya hanya ada masa dalam tujuh hari bagi menyiapkan kertas siasatan (IP) untuk diserahkan kepada Mahkamah Koroner.”

Seorang anggota panel suruhanjaya itu, Datuk T Selventhiranathan yang juga bekas hakim mahkamah Rayuan kemudiannya mencelah dengan berkata: "Masa tujuh hari tidak mencukupi untuk menyiapkan kertas siasatan yang lengkap dan terperinci... adakah kamu pernah memberitahu Mahkamah Koroner bahawa kamu perlukan masa yang lebih untuk menyiapkan kertas siasatan itu?”

Ahmad Nazri memberitahu beliau tidak ingat.

Suruhanjaya itu juga mengumumkan pelantikan seorang bekas anggota polis dari Liverpool, England, Michael Leslie Squires sebagai penyiasat bebas bagi membantu mereka.


Tiada ulasan: