Khamis, 24 Februari 2011

ELOK PECAH SEGALA PINTU PENIPU.KUKU BESI.KETIDAKADILAN..PILIHKASIH...BERSAKSI KELUTUT...SALAH GUNA KUASA SERTA YG SAMA DENGANNYA..ALLAH AKAN DAKWA JUA


Pintu bangunan pejabat TNC UPM pecah dirempuh pelajar
Abdul Rahim Sabri
Feb 23, 11
6:11pm


Pintu kaca bangunan pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menempatkan pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan, pecah selepas dirempuh sekumpulan mahasiswa pro-M petang ini.

upm scuffle 230211Mereka bertindak demikian selepas Dr Mohd Fauzi enggan memberikan penjelasan mengapa kemenangan calon mereka dalam pilihan raya kampus itu kelmarin dibatalkan. Difahamkan mereka berkumpul di bangunan selama 19 jam - sejak jam 10 malam tadi.

Tengahari tadi, pentadbiran universiti menarik balik pembatalan kemenangan 11 calon pro-M selepas menolak tiga bantahan kerana "tidak berasas disebabkan di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM 2011 dan kesalahan teknikal".

Menurut sumber universiti, dalam kejadian tersebut, seramai enam, orang-masing-masing tiga daripada pelajar dan pengawal keselamatan - cedera ringan terkena serpihan kaca pintu tersebut.

Kejadian tolak menolak itu berlaku selama 15 minit bermula jam 3.30 petang.

Susulan daripada insiden tersebut dan selepas keadaan kembali tenang, TNC HEP memanggil beberapa wakil pelajar untuk berbincang mengenai tuntutan mereka kira-kira jam 4.15 petang.

Menurut sumber, dalam pertemuan dengan pelajar selama 35 minit di pejabat Dr Fauzi, keputusan dicapai untuk mengadakan perbincangan lanjutan dengannya pagi esok.

upm scuffle 230211"TNC akan berbincang dengan wakil pro-M dan mendengar keputusan tuntutan mereka," kata sumber sambil yang menambah, keadaan mulai tenang jam 5 petang selepas kebanyakan kumpulan tersebut bersurai.

Bagaimanapun, sumber itu tidak mengetahui butiran masa dan tempat perbincangan lanjut itu.

Sementara itu, menurut sumber pelajar, mereka merempuh pintu berkenaan selepas Dr Mohd Fauzi diberi masa untuk memberi penjelasan berhubung pembatalan kemenangan calon mereka. Bagaimanapun Dr Mohd Fauzi enggan berbuat demikian.

Kata sumber itu lagi, tindakan itu diambil selepas kumpulan pro-M mengadakan sidang media di luar bangunan berkenaan berhubung pembatalan kemenangan calon mereka.

Sewaktu berlaku insiden tolak menolak itu, kira-kira 150 penyokong kumpulan pro-M berada di bangunan berkenaan, tambah sumber itu lagi.

Seramai 10 pengawal keselamatan berada di pintu masuk berkenaan untuk mengawal keadaan sewaktu insiden itu berlaku.

PRU 13: Pakatan tingkat kerjasama, kongsi jentera
Harakahdaily

PETALING JAYA, 23 Feb: Bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang semakin hampir, negeri-negeri Pakatan Rakyat bersetuju meningkatkan kerjasama dan perkongsian dari segi maklumat, jentera dan sumber bagi menjamin kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat di seluruh negara.

Demikian kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di sini, hari ini.

Para Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan, antaranya pimpinan negeri Pakatan Rakyat terus komited untuk memimpin dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sebagaimana dipersetujui dalam Resolusi Shah Alam sempena Persidangan Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat November lepas.

Sehubungan dengan itu, mereka akan meneruskan Sekretariat Bersama negeri-negeri Pakatan Rakyat yang telah ditubuhkan demi memperkukuhkan kerjasama di antara negeri Pakatan Rakyat dan menggembleng sumber dan kepakaran.

“Sekretariat ini akan memberikan penumpuan kepada 5 aspek utama iaitu Pelaburan, Kerajaan tempatan, Pengurusan, Pengurusan Sumber Air, Pertanian dan Pelancongan,” ujar kenyataan berkenaan.

Mereka juga mengiktiraf usaha cemerlang yang dibuat oleh semua negeri-negeri Pakatan Rakyat selama ini sehingga mencatat kadar tertinggi pelabur asing di negara ini.

“Kami bersepakat menyusun kerangka strategi bersama bagi menarik pelaburan luar dalam projek-projek ekonomi. Negeri-negeri Pakatan Rakyat juga akan memanfaatkan dana benih 10 juta yang telah sumbangkan oleh Negeri Selangor bagi meningkatkan pelaburan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain,” tambah kenyataan itu lagi.

Menyedari kepentingan menghadapi serangan laporan negatif media terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat, suatu mekanisme bersama telah disepakati untuk menyalurkan berita di antara negeri Pakatan Rakyat di samping memberikan penerangan kepada massa mengenai dasar positif yang telah diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: