Isnin, 2 Ogos 2010

TERSURAT JELAS...TERSIRAT ALLAH SAJA TAHU...SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TELAH MENYELAMATKANNYA

Kakakku penyelamat

Oleh Hadzlihady Hassan

2010/08/02

KUALA LUMPUR: Bau asap kuat menyedarkan seorang pelajar yang ketika itu sedang mengulangkaji pelajaran sebelum dia dengan pantas menarik dua adiknya keluar selepas rumah mereka di tingkat 4, Blok B, Pangsapuri Taman Melati, Jalan Melati, di sini, terbakar, semalam.

SEDIH...Nurdhaniyah menangis di samping dua adiknya akibat rumahnya  di tingkat 4 , Pangsapuri Taman Melati terbakar, semalam.
SEDIH...Nurdhaniyah menangis di samping dua adiknya akibat rumahnya di tingkat 4 , Pangsapuri Taman Melati terbakar, semalam.
RENTUNG...keadaan rumah mangsa selepas kebakaran.
RENTUNG...keadaan rumah mangsa selepas kebakaran.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pelajar terbabit, Nurdhaniyah Shamsu Shuhaimi, 17, bertindak pantas membawa dua adiknya Mohd Fikri, 12, dan Mohd Farid, 5, yang ketika itu sedang tidur di ruang tamu rumah mereka.

Tindakan pantas remaja terbabit yang tidak panik menyelamatkan nyawa mereka ketika api marak dipercayai bermula dari sebuah bilik.

Ketika kebakaran memusnahkan hampir 80 peratus kediaman itu, bapa mereka tiada di rumah kerana mempunyai urusan kerja di Rembau, Negeri Sembilan manakala ibu mereka, Amirah Saadullah, 43, yang bekerja sebagai pemandu teksi juga tidak berada di rumah ketika itu.

Akibatnya, mereka tinggal sehelai sepinggang termasuk semua buku digunakan untuk persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang hangus sama sekali dalam kebakaran itu.

Difahamkan, ketika itu Nurdhaniyah sempat membuka pintu hadapan sebelum api marak dan dia dengan pantas menarik keluar dua adiknya dan mujur pintu jeriji tidak dikunci membuatkan dia sempat bertindak.

Nurdhaniyah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wangsa Maju Seksyen 2 akan menduduki peperiksaan SPM beberapa bulan lagi dan dia yang trauma dan terlalu sedih dengan kejadian itu terpaksa ditenangkan beberapa penduduk selepas dilihat menangis teresak-esak.

Namun, tindakan pantas dan beraninya itu mendapat pujian penduduk berikutan dia berjaya menyelamatkan dua adiknya walaupun api marak ketika itu.

Nurdhaniyah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wangsa Maju Seksyen 2 akan menduduki peperiksaan SPM beberapa bulan lagi dan dia yang trauma dan terlalu sedih dengan kejadian itu terpaksa ditenangkan beberapa penduduk selepas dilihat menangis teresak-esak.

Namun, tindakan pantas dan beraninya itu mendapat pujian penduduk berikutan dia berjaya menyelamatkan dua adiknya walaupun api marak ketika itu.





Nenek sempat selamat cucu kembar



2010/08/02

KOTA BHARU: “Hati saya berdebar-debar teringatkan dua anak lelaki kembar berusia enam tahun ketika melihat rumah dijilat api,” kata Noraini Ibrahim, 39, yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya di Kampung Pauh, di sini, terbakar, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, Noraini berkata, dia tergamam seketika apabila mendapati rumahnya terbakar selepas pulang dari kedai untuk membeli sabun.


Katanya, ketika itu dia hanya memikirkan mengenai keselamatan dua anaknya, Shahrul Azwan dan Shahrul Aiman.


“Bagaimanapun, perasaan panik hilang apabila melihat kedua-duanya diselamatkan ibu saya, Mariam Deraman, 64, yang tinggal bersebelahan rumah kami.


“Pada kebiasaannya, dua anak saya ini akan tidur sebaik pulang dari sekolah namun agak bernasib baik apabila mereka tidak melelapkan mata lebih awal sementara anak sulung Norsahidah, 12, pula pulang lewat sedikit,” katanya.


Dalam kejadian itu, Noraini sekeluarga tidak sempat menyelamatkan barangan berharga.


Ibunya, Mariam berkata, pada mulanya dia terhidu asap sebelum menjengah keluar rumahnya dan mendapati asap keluar dari rumah anaknya.


Katanya, dia yang panik segera memanggil dua cucunya itu yang berada dalam rumah supaya keluar secepat mungkin.


“Tidak tahulah apa nasib mereka sekiranya terperangkap dalam bilik kerana api marak begitu cepat,” katanya



Warga emas nyenyak tidur nyaris rentung



2010/08/02

MASJID TANAH: “Saya cuma sempat mencapai bantal, kain pelekat dan beg duit saja sebelum bergegas berlari keluar menyelamatkan diri kerana tidak sedar api sedang marak,” kata seorang warga emas yang tertidur ketika rumahnya sedang dijilat api di Kampung Seri Jeram, dekat sini, semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Ahmad Osman, 77, dikatakan terlelap selepas menunaikan solat Zuhur dalam bilik tidurnya, namun terselamat daripada rentung selepas dikejutkan seorang anak lelakinya.


Dalam kejadian itu, Ahmad yang tinggal bersama anak sulungnya, Intan, 54, dan dua cucu serta tiga cicitnya bersendirian di rumah papan setingkat itu manakala yang lain mempunyai urusan di luar.


Intan berkata, bapanya baru saja selesai menunaikan solat Zuhur lalu mengambil keputusan berbaring seketika dalam biliknya, tetapi terlelap tanpa menyedari api mulai marak dari bahagian tengah rumahnya.


Menurutnya, dia juga tidak menyedari rumah didiami bersama bapanya itu terbakar dalam sekelip mata dan memusnahkan semua harta benda termasuk perabot jati yang baru dibeli beberapa bulan lalu dan peralatan rumah yang lain.


“Ketika kejadian, saya kebetulan berada di rumah sebelah sedang menyiap dan membuat kek sebelum diberitahu jiran, rumah saya terbakar lalu keluar untuk melihat apa berlaku sebelum berasa terkejut,” katanya ketika ditemui, di sini.


“Saya hanya mampu melihat api marak dengan tiba-tiba sambil menjerit meminta pertolongan jiran lain sambil sempat melihat asap tebal memenuhi ruang sehingga boleh terasa bahang api.


“Pada masa sama, saya terus menghubungi adik lelaki untuk memeriksa dalam rumah, kalau-kalau bapa saya berada di dalam sebelum menemui bapa sedang nyenyak tidur dan bersyukur dia (bapa) selamat walaupun kami kini tinggal sehelai sepinggang,” katanya ketika ditemui, di sini.


Kerugian dianggarkan hampir RM200,000 membabitkan kelengkapan rumah enam bilik tidur itu. yang dilengkapi pelbagai perabot jati yang baru dibeli dan juga peralatan lain seperti televisyen, peti sejuk serta barangan elektrik lain.


Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, Zainudin Joned berkata, sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.38 tengah hari




Rempuh majlis tahlil

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

2010/08/02

KUALA LUMPUR: Tidak sempat untuk menjamah hidangan, kira-kira 300 penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Kepong, di sini, hanya mampu melihat makanan bertaburan di atas jalan selepas khemah jamuan dirempuh sebuah lori, malam kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu dua khemah yang dipasang di hadapan Blok C pangsapuri bagi majlis tahlil dirempuh lori tiga tan yang dipercayai sengaja melalui jalan itu walaupun sudah ditutup.


Ketua Penduduk Nilam Mutiara Blok C, Salim Shaari, 47, berkata, kejadian berlaku pantas apabila lori terbabit tiba-tiba menghampiri khemah dan merempuhnya sebelum mengheret kedua-dua khemah itu kira-kira 50 meter.


Seorang lelaki warga emas terpaksa menerima empat jahitan di kepala, seorang lelaki berusia 28 tahun menerima jahitan di kaki manakala beberapa penghuni lain cedera ringan.


Beliau yang juga jurugambar Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) berkata, ketika kejadian penghuni sedang beratur untuk mengambil makanan yang dihidangkan selepas selesai majlis tahlil.


“Majls bermula kira-kira jam 7.30 malam dengan bacaan Yasin oleh penghuni wanita sebelum disambung pula majlis tahlil oleh penghuni lelaki. Selepas majlis tamat, kami beramai-ramai mahu menikmati hidangan yang disediakan di khemah.


“Ketika mereka semua sedang beratur untuk mengambil makanan itu, tiba-tiba datang sebuah lori yang pada mulanya merempuh satu tiang khemah menyebabkan kami menjerit dan menyuruhnya berhenti,” katanya.


Difahamkan, pemandu dan kelindan lori itu menyedari kejadian itu kerana pemandunya memberhentikan lori beberapa saat sebelum memecut laju sambil mengheret khemah terbabit.


Menurutnya, akibat rempuhan kuat, khemah kedua turut diheret bersama menyebabkan beberapa penghuni yang berada di dalam khemah mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.


Kebanyakan mangsa adalah di kalangan warga emas, orang miskin dan kurang upaya kerana beberapa minit sebelum jamuan itu mereka menerima sumbangan.


“Walaupun keadaan ketika itu agak kecoh, saya sempat mencatatkan nombor pendaftaran lori berkenaan sebelum membawa beberapa mangsa rempuhan ke sebuah klinik swasta,” katanya

Tiada ulasan: