NEGARA
Pasangan tiada anak jumpa bayi
BUKIT MERTAJAM - Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru berusia seminggu panjang umurnya apabila dia ditemui dalam keadaan sihat selepas ditinggalkan di atas meja di hadapan sebuah rumah di Bukit Minyak di sini Ahad lalu.
Bayi itu ditemui oleh sepasang suami isteri dalam keadaan berbalut dengan kain lampin pada pukul 11 malam ketika mereka baru pulang dari sembahyang tarawih di sebuah masjid berhampiran.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd. Lah berkata, bayi seberat hanya 1.4 kilogram itu pada mulanya dijaga oleh pasangan suami isteri itu selama dua hari sebelum mereka membuat laporan polis semalam.
"Pasangan suami isteri yang bekerja di sebuah kilang di Alma pada mulanya berhajat untuk menjadikan bayi itu sebagai anak angkat kerana mereka tiada anak walaupun sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga.
"Namun atas nasihat jiran mereka kemudian membuat laporan dan menyerahkan bayi tersebut kepada polis semalam," kata beliau.
Khairul Azlam Mohamad |
KUALA TERENGGANU, 18 Ogos: Gejala pembuangan bayi yang dilahirkan hasil kehamilan luar nikah semakin menjadi-jadi dalam negara serta tidak terkecuali di negeri ini. Ini berikutan penemuan kes terbaru seorang bayi lelaki yang masih hidup serta bertali pusat telah ditinggalkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Kampung Hulu Takir, dekat sini, semalam. Malah, mereka yang tidak berhati perut itu bagaikan telah mengetahui penghuni rumah yang ditinggalkan bayi tersebut merupakan seorang anggota polis di Ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu. Bayi tersebut ditemui oleh seorang remaja perempuan, Nur Hafiana Marzuki, 19, kira-kira jam 10.15 malam tadi di atas rumput hadapan pintu masuk pagar rumahnya dalam keadaan tanpa secebis pakaian. (Gambar: Nur Hafiana menunjukkan tempat bayi lelaki malang itu ditemui.) Sejurus selepas bayi malang tersebut ditemui dan diambil oleh Nur Hafiana terus diselimutkan dengan tuala sebelum menghubungi ibu bapanya yang kebetulan tiada di rumah ketika itu. Menurutnya, kejadian penemuan bayi tersebut amat mengejutkan ahli keluarga kerana jika terlambat diselamatkan kemungkinan meninggal dunia disebabkan kesejukan. “Kira-kira jam 10.15 malam, saya mahu keluar ke kedai dan terjumpa seorang bayi lelaki dalam keadaan berbogel tanpa sebarang pakaian ditinggalkan di atas rumput depan pintu pagar rumah saya. “Selepas diambil (bayi) saya masuk semula ke dalam rumah dan menyelimuti bayi itu dengan kain tuala saya. “Dan saya terus menghubungi ibu dengan memberitahu kejadian penemuan seorang bayi lelaki yang masih hidup dan bertali pusat,” ujarnya. Sehubungan itu, kata beliau bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) oleh ibu bapanya untuk pemeriksaan kesihatan. Marzuki Hamid, 44, yang merupakan seorang anggota polis yang berkhidmat di bahagian hal ehwal awam pula memberitahu, ketika kejadian beliau bersama isteri serta anak-anak lain berada di bandar Kuala Terengganu atas urusan keluarga. “Saya terkejut apabila diberitahu oleh anak (Nur Hafiana) melalui panggilan telefon tentang penemuan bayi itu. “Setelah pulang ke rumah, saya terus membawa bayi itu ke hospital (HSNZ) dan membuat laporan polis,” jelasnya. Harakahdaily dimaklumkan berat bayi lelaki berkenaan dianggarkan 2.7 kilogram ditemui dalam keadaan sihat serta tidak menangis ketika dibuang Bayi ekspres atas mejaOleh Zulfa Mohamad zulfa@hmetro.com.my 2010/08/18 BUKIT MERTAJAM: Bagaikan bermusim. Kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi dengan kejadian terbaru membabitkan seorang bayi perempuan ditemui berbalut kain lampin atas meja di depan sebuah rumah dekat Bukit Minyak, di sini, Ahad lalu. Bayi berkenaan ditemui seorang pekerja kilang berusia 30-an sebaik pulang dari masjid selepas menunaikan solat Tarawih kira-kira jam 11 malam.
Buang janin dalam tong2010/08/18 MELAKA: Tindakan seorang wanita berusia 22 tahun dipercayai cuba menyembunyikan janin yang baru dilahirkannya di dalam sebuah tandas di Hospital Melaka, di sini, dengan membuangnya dalam tong sampah gagal apabila perbuatan kejamnya terbongkar, semalam. Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa sebelum itu dihantar ke wad untuk rawatan selepas mengadu sakit perut kepada keluarganya.
Tinjauan ke tempat kejadian mendapati beberapa kakitangan syarikat pembersihan sedang melakukan kerja mencari janin dalam longgokan sampah berkenaan. Ditemui berbalut lampin BUKIT MERTAJAM – Seorang bayi perempuan dianggarkan berusia satu minggu ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain lampin oleh seorang pekerja kilang yang tinggal di Bukit Minyak, dekat sini, Ahad lalu. Bayi comel seberat 1.4 kilogram itu ditemui diletakkan di atas meja di hadapan rumah lelaki terbabit kira-kira jam 11 malam, 15 Ogos lalu ketika dia dan isterinya baru pulang dari solat terawih di masjid. Lelaki berusia 38 tahun itu curiga dengan isi kandungan bungkusan tersebut terkejut apabila mendapati seorang bayi yang masih bernyawa di dalamnya. Dia yang tidak mempunyai anak itu kemudiannya mengambil bayi tersebut dan menjaganya selama dua hari serta berhasrat untuk menjadikannya sebagai anak angkat. Namun, atas nasihat raka-rakan, dia akhirnya akur dengan undang-undang lalu menyerahkan bayi berkenaan kepada pihak polis, semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, lelaki berkenaan datang ke Ibu Pejabat Polis (IPD) 17 Ogos 2010 (semalam) untuk membuat laporan polis mengenai penemuan bayi terbabit. Menurutnya, siasatan awal mendapati bayi berkenaan dilahirkan kira-kira tujuh hari lalu serta sihat tubuh badan. “Bayi itu kini berada di Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk pemeriksaan lanjut dan kita mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang mana ibu bapa atau orang yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak berumur kurang dari 12 tahun mendedahkan dan membuang kanak-kanak. “Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada pemberita pada satu sidang media yang diadakan di IPD SPT Bandar Perda, dekat sini, semalam. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bayi berkenaan supaya menghubungi bilik gerakan IPD SPT di talian 04-5306402 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Hazween, 012-3749616 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD SPT, Asisten Superintendan S Subramaniam di talian 019-6351119. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan