Ismail Hashim |
SHAH ALAM, 5 Ogos: Kerajaan Negeri Selangor hari ini memaktubkan nama mufti pertama negeri ini, Datuk Seri Utama Diraja Datuk Yusof Shahabuddin sebagai nama rasmi bagi Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 7 dekat sini. Perasmian SRAI Syeikh Yusof Shahabuddin pagi tadi telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu berkenan menyampaikan titah. Turut hadir adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Exco Kerajaan negeri, wakil rakyat, guru-guru besar, guru-guru dan wakil pelajar dari banyak sekolah berkaitan. Sekolah berkenaan mula digunakan sejak Ogos tahun lalu dengan ratusan pelajar belajar di darjah satu hingga lima dan mulai tahun ini mempunyai pelajar darjah enam 'sulung'. Dalam titah, baginda menzahir rasa penghargaan dan menyatakan Syeikh Yusof telah menaburkan jasa bakti yang sangat besar kepada negeri dan rakyat Selangor khasnya sejak daripada zaman nenda baginda lagi. "Syeikh Yusof telah menggunakan ilmu agama yang dimilikinya dengan turun ke kampung-kampung untuk mengajar semua golongan dan lapisan rakyat," titah baginda. Sebelum itu, baginda telah menekankan peri pentingnya menanam sikap positif dalam kalangan pelajar tentang keperluan mereka menghormati guru sebagai salah satu cara utama mendapat keberkatan di dalam menuntut ilmu dan berupaya mengaplikasikannya untuk kehidupan semasa. Untuk rekod, Syeikh Yusof dilahirkan pada 1883 di Kampung Teluk Menegun, Klang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Menegun dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pada 1911 hingga 1917, beliau melanjutkan pelajaran ke Makkah. Setelah sekian lama menabur ilmu ke seluruh pelosok negeri, beliau telah dilantik sebagai Mufti Negeri Selangor pada 1953 hingga 1968. Setelah 15 tahun berperanan sebagai mufti, beliau bersara dan bersama keluarga kembali berangkat untuk menetap di Makkah dan meninggal di tanah suci pada 1973. Sempena perasmian sekolah di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu, satu pameran dari semua peringkat pusat pendidikan yang terletak di bawah jabatan itu turut diadakan di dalam beberapa kelas di bangunan sekolah itu. Baginda tertarik dengan kebijaksanaan, kepetahan serta kefasihan pelajar prasekolah yang turut memperdengarkan bacaan Al-Quran termasuk pelajar Maahad Integrasi Sains dan Teknologi yang turut serta sebelum baginda dibawa melawat kelas komputer dan perpustakaan sekolah berkenan. |
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 5 Ogos 2010
MUFTI PERTAMA SELANGOR
SRAI sempena nama mufti pertama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan