Menuntut Ilmu
Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya.
Sebenarnya banyak ayat Al-Quran dan As-Sunnah yang memerintahkan kita agar menuntut ilmu dan kelebihan-kelebihan menuntut ilmu itu.
Maksud firman Allah s.w.t:
“Maka tanya oleh mu akan orang yang ahli zikri (orang yang alim) jikalau kamu tidak mengetahui”.
Maksud sabda Rasulullah s.w.w pula yang bermaksud :
“Sesungguhnya sesuatu bab daripada ilmu yang dipelajari oleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya”
Di samping itu terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan tentang fadhilat-fadhilat menuntut ilmu itu yang menjadi lebih baik daripada ibadah kita (ibadah sunat) sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ertinya :
“Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat,”
Di samping itu, banyak hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w tentang kematian bagi orang-orang yang sedang menuntut ilmu antaranya:
“Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”
Rasulullah s.a.w juga telah menggariskan beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda Baginda s.a.w,
“Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.”
Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu ini, iaitu :
Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu
Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain
Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu
Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.
Jika kita teliti kepada kepentingan ilmu seperti yang telah dijelaskan di atas, maka seharusnya bagi kita sebagai “Ummah Terbaik” mengambil kesempatan yang berharga di dalam kehidupan ini untuk merancakkan lagi pemburuan ilmu itu. Maka menuntut ilmu itu tidak mengira usia sama ada seseorang itu muda atau tua, lelaki atau perempuan semua digalakkan menuntut ilmu.
Adab Menuntut Ilmu Agama
Adab-adab dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaidah bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita sangatlah banyak. Adab-adab tersebut di antaranya adalah:
Ikhlas dalam menuntut ilmu.
Positif dan Yakin kepada diri sendiri
Bersiap sedia untuk melakukan pengorbanan.
Tidak mengenal titik noktah.
Mengamalkan ilmu.
Berhubung dengan orang yang berhubung dengan ilmu.
Berdoa Kepada Allah.
Sepertimana amalan-amalan yang lain, langkah yang pertama adalah keikhlasan diri. Langkah ini merupakan faktor yang amat penting sehinggakan Rasulullah telah memberi amaran: Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut, 1997), hadis no: 78
“Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”
Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan: Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77
“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”
Sesiapa yang memiliki niat dan tujuan yang betul sepertimana di atas, dia tidak sekali-kali akan terkalah dengan pelbagai cubaan dan fitnah yang mungkin dihadapinya dalam rangka memahami agama Islam. Ini kerana: Maksud surah Muhammad, ayat 7
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”
Sikap yang positif dan keyakinan diri adalah faktor yang penting untuk mencapai sesuatu tujuan. Faktor ini tidak terpisah bagi sesiapa yang ingin memahami agama yang dicintai ini. Bahkan ketahuilah bahawa sesiapa yang berusaha dengan ikhlas untuk tujuan ini, maka Allah akan membimbingnya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
[al-Ankabut, ayat 69]
“Pimpinan” Allah boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti dipertemukan dengan guru yang benar, ditunjuki kepada buku daripada penulis yang jujur, dipersahabatkan dengan orang-orang yang shalih, dibimbing kepada subjek-subjek yang mengikut tertib kepentingannya dan ditanam dalam dirinya akhlak yang mulia apabila berinteraksi dengan ilmu agama. Oleh itu janganlah merasa ragu-ragu atau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilah bahawa Allah akan memimpinnya selagi mana dia ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Tidak ada jalan pintas (short cut) untuk memahami agama Islam, maka janganlah mengharapkan kefahaman dalam agama secara serta merta atau melalui jalan yang mudah. Sebaliknya hendaklah bersiap sedia untuk melakukan banyak pengorbanan dari sudut tenaga, masa, kewangan dan kehidupan. Proses menuntut ilmu sememangnya memerlukan banyak pengorbanan dan hal ini diketahui oleh Rasulullah. Oleh itu baginda menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang melakukan pengorbanan tersebut dengan bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].
Pengorbanan dari sudut tenaga dan masa adalah berusaha untuk ke kelas-kelas pengajian agama sekalipun kesibukan atau keletihan dengan kuliah di universiti atau kerja di pejabat. Pengorbanan kewangan adalah membelanjakan wang ringgit untuk membeli buku-buku agama yang berkualiti. Ini adalah pengorbanan yang tidak boleh ditinggalkan, dimana setiap yang ingin memahami agama Islam perlu mencintai buku dan berusaha membina koleksi buku-buku agama atau perpustakaan peribadi yang tersendiri.
Namun di antara semua pengorbanan, yang terbesar adalah pengubahsuaian gaya hidup. Tidur perlu dikurangkan, gizi pemakanan perlu dijaga dan aktiviti harian yang sia-sia perlu dihindari. Sedar atau tidak, terdapat banyak aktiviti harian yang sebenarnya adalah sia-sia seperti mengikuti acara sukan, membaca akhbar harian, menonton televisyen dan berbual kosong. Semua ini hendaklah diubah kepada bersukan demi menjaga kesihatan, menelaah akhbar harian sekadar mencari laporan yang bermanfaat, menghadkan tontonan televisyen kepada dokumentari yang ilmiah dan berbual sekadar menyampaikan nasihat. Pengubahsuaian ini akan membuka banyak masa lapang yang dapat dimanfaatkan untuk memahami agama Islam.
Semua orang yang melazimkan diri berinteraksi dengan ilmu akan mengetahui bahawa ia sentiasa dinamik tanpa mengenal titik noktah. Maka demikianlah juga seharusnya sikap setiap muslimin dan muslimah yang ingin mencari kefahaman agama. Tidak boleh berkata “Saya sudah habis belajar agama” atau “Saya sudah faham Islam”. Sebaliknya hendaklah sentiasa mengkaji dan menganalisa kerana ilmu agama juga adalah sentiasa dinamik. Bak kata pepatah:
“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”
Pertama: Pada masa kini terdapat banyak ajaran yang menyeleweng, setiap darinya berselindung di sebalik slogan “Ahli Sunnah Wal Jamaah” agar kelihatan berada di atas jalan yang benar. Seandainya seseorang itu tergelincir dalam salah satu daripada ajaran yang menyeleweng, sikap dinamiknya yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengeluarkan dirinya daripada ajaran tersebut kepada ajaran yang benar.
Kedua: Seseorang yang berusaha memahami agama akan melalui beberapa tahap, daripada tahap kebudak-budakan sehinggalah kepada tahap kedewasaan. Ini kerana dalam rangka melakukan kajian, dia akan menemui banyak perkara baru yang tidak pernah diketahuinya sebelum itu. Penemuan ini akan menjana semangat baru dalam dirinya. Terdapat kemungkinan yang besar semangat tersebut akan mengarah dirinya kepada sikap merasa dirinya amat berilmu (ujub), memandang rendah para ulama’ dan mudah menghukum orang yang tidak sependapat dengannya. Inilah sikap kebudak-budakan yang saya maksudkan.
Di sini manhaj dinamik amatlah perlu dimana sikap yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengalih seseorang itu dari tahap kebudakan-budakan ke tahap kedewasaan. Tahap kedewasaan akan mengarah kepada sikap merendah diri berdasarkan keinsafan bahawa ilmu agama sebenarnya amat luas, sikap menghormati para ‘ulama berdasarkan kesedaran bahawa terdapat banyak faktor lain yang mereka pertimbangkan dan terbuka kepada dialog berdasarkan mata yang celik kepada hakikat berbeza pendapat adalah fitrah manusia.
Usaha untuk memahami agama Islam bukanlah sekadar class room discussion, akan tetapi ia adalah untuk diamalkan. Ilmu tanpa amalan adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”
[al-Saff, ayat 2-3]
Sebaliknya orang yang mengamalkan ilmunya akan ditambahi oleh Allah dengan ilmu dalam pelbagai bentuk. Orang yang berusaha memahami agama Islam akan meningkat keimanannya dan iman itu sendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan perbuatan. Keimanan seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“……sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah.”
[Maksud surah al-Kahf, ayat 13]
Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayah yang Allah kurniakan kepadanya, meningkatkan ketaqwaannya, maka dengan itu Allah akan mengurniakan kepadanya al-Furqan yang membolehkan dia membezakan antara yang benar dan batil. Allah akan juga menambahi Rahmat-Nya dan memberikannya cahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar. Perhatikan dua firman Allah berikut yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.”
[al-Anfal, ayat 29]
Siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yang besar kepada perwatakan diri kita sendiri. Rasulullah pernah mengingatkan, maksudnya:
“Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).”
[Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628].
Oleh itu sesiapa yang berusaha untuk memahami agama Islam hendaklah sentiasa berhubung dengan orang-orang yang perhubungannya sentiasa bersama ilmu. Mereka adalah orang-orang yang perhatiannya sentiasa kepada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, usahanya sentiasa kepada mengkaji kitab-kitab peninggalan para ulama’ dan pemikirannya sentiasa ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan menjaga kemurnian agama Islam.
Di antara mereka ialah para alim ulama’ dan guru-guru, maka hendaklah memuliakan mereka, mendengar nasihat mereka dan mengikuti jejak langkah mereka. Seandainya mereka berbuat salah, hendaklah menasihati mereka secara sopan dan tersembunyi, tidak secara kasar dan terbuka kepada orang ramai. Di antara mereka adalah orang-orang yang dalam proses memahami agama Islam, maka hendaklah menjadikan mereka sebagai sahabat karib, selalu meluangkan masa berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat dan saling menasihati.
Setiap usaha perlu diikuti dengan doa dan usaha untuk memahami agama Islam tidak terpisah daripada adab ini. Maka hendaklah berdoa kepada Allah dan sebaik-baik doa adalah apa yang diajar oleh Allah dan Rasul-Nya. Antaranya:
“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
[Maksud surah al-Fatihah, ayat 6-7]
Demikian tujuh adab yang dapat saya ringkaskan daripada sekian banyak adab untuk menuntut ilmu. Diharapkan adab-adab di atas bermanfaat untuk setiap orang, termasuk diri saya sendiri. Selain tujuh adab tersebut, setiap orang yang berusaha untuk memahami agama Islam perlu berwaspada kepada unsur-unsur yang boleh merosakkannya. Unsur-unsur tersebut akan saya jelaskan dalam penulisan yang seterusnya insya-Allah.
--Fadhilat Menuntut Ilmu--
Allah menyatakan bahawa tiada tuhan yg selain Dia;(demikian pula) para malaikat dan org yg menuntut ilmu yg menegakkan keadilan;tiada tuhan selain Dia,Yang Mahaperkasa,Mahabijaksana.
Allah memuliakan org yg menuntut ilmu pada tangga ke-3.yg pertama adalah Allah.yg kedua adalah malaikat.
2-surah al-mujadalah 11:
wahai org2 yg beriman!apabila dikatakan kepadamu, "berilah kelapangan di dalam majlis2,"maka lapangkanlah,nescaya akan memberi kelapangan utkmu.dan apabila dikatakan,"berdirilah kamu,"maka berdirilah,nescaya Allah akan mengangkat (darjat) org2 yg beriman antara kamu dan org2 yg diberi ilmu beberapa darjat.dan Allah Mahateliti apa yg kamu kerjakan.
Fadhilat Ilmu
1) Tiada sesuatu ibadah kepada Allah yang lebih utama drp memahami ilmu agama. Seorang ahli fakih adalah lebih sukar syaitan menipunya drp seribu 'abid (ahli ibadah). Tiap-tiap sesuatu itu ada tiangnya dan tiang agama ialah memahami ilmu agama.
2) Di antara seorang 'alim dan 'abid spt kelebihanku dari orang yang paling rendah dari sahabatku. Riwayat At-Turmizi
3) Kelebihan orang yang berilmu ke atas 'abid spt kelebihan bulan malam purnama dari bintang-bintang yang lain. Riwayat Abu Daud, At-Turmizi dll.
4) Sepatah perkataan yang baik yang didengar oleh seorang mukmin, lalu diajar dan diamalkannya, lebih baik daripada ibadah setahun.
5) Sesungguhnya Allah, para malaikat, isi langit dan bumi, hinggakan semut di dlm lubang dan ikan dalam laut, semuanya berdoa semuanya mendoakan kepada orang yang mengajar manusia. Riwayat At-Turmizi
6) Orang yang binasa di kalangan umatku ialah orang berilmu yang zalim dan 'abid yang jahil. Kejahatan yang paling jahat ialah kejahatan ulama' dan kebaikan yang paling baik ialah kebaikan ulama'.
7) Barangsiapa menuntut ilmu untuk mendapat keredhaan Allah, tetapi digunakannya untuk mendapat habuan dunia, maka ia tidak akan mencium bau syurga pada hari qiamat. Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah..
42 hadis kelebihan ilmu
Hadis 1 – Kelebihan Orang
Yang Alim
•Daripada Abu Amamah r.a
berkata: Telah disebut disisi
Rasulullah s.a.w dua orang lelaki.
Pertama orang yang abid (ahli
ibadat) dan kedua orang yang
alim. Maka Rasulullah s.a.w
bersabda: “Kelebihan orang yang
alim atas orang yang abid seperti
kelebihanku atas yang paling
rendah daripadamu”.
Hadis 2 – Kehebatan Orang
Yang Alim
•Daripada Abdullah Bin Abbas r.a
berkata: Telah bersabda Rasulullah
s.a.w: “Seorang yang alim itu lebih
kuat pengaruhnya atas syaitan
daripada seribu abid (yang tidak
alim).
Hadis Riwayat At Tirmizi, Ibnu Majah
Hadis 3 – Ilmu Mengangat Martabat
Manusia
•Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telah ditanya
Rasulullah s.a.w: “Siapakah orang yang paling
mulia disisi Allah? Lalu Nabi s.a.w menjawab:
“Orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang
yang paling taqwa”. Seterusnya mereka berkata
lagi: bukan ini yang kami tanyakan! Lantas Nabi
menjawab pula: “Kalau begitu mungkin yang kamu
maksudkan itu Nabi Yusuf a.s kerana Baginda
adalah seorang Nabi, anak seorang Nabi, anak
kekasih Allah”. Mereka berkata lagi: bukan ini yang
kami tanyakan! Terus Nabi menjawab lagi:
“Apakah kamu bertanya tentang tokoh-tokoh dari
bangsa Arab?” Mereka menjawab: Ya! Lalu Baginda
bersabda: “Orang yang
baik pada zaman jahiliyah dahulu, itulah
juga orang-orang
Hadis 4 – 0rang Yang Alim Itu
Hidupnya Berkat
•Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a
berkata: Telah bersabda Rasulullah
s.a.w: “Orang yang paling baik itu
ialah orang yang alim. Jika ia
diperlukan maka ia akan memberi
manafaat bagi orang lain. Dan
jikalau ia tidak diperlukan maka ia
mencukupkan dirinya sendiri (tidak
menyusahkan orang lain)”. Hadis riwayat Razain
Hadis 5 – Macam-macam
Jenis Ulama
•Daripada Anas r.a berkata: Bahawa
Nabi s.a.w bersabda: “Ulama itu ada
tiga jenis. Pertama orang yang alim
yang hidup dengan ilmunya
(mengamalkan ilmunya) dan
masyarakat juga hidup dengan
ilmunya. Kedua orang yang alim
yang masyarakat mengambil
manafaat dengan ilmunya tetapi dia
sendiri membinasakan dirinyanya
(tidak mengamalkan ilmunya). Ketiga
orang alim yang hidup dengan
ilmunya (mengamalkan ilmunya)
tetapi orang lain tidak mengambil
manafaat den an ilmun a”.
Hadis 6 – Menuntut Ilmu Bererti Menuju
ke Syurga
•Daripada Abu Darda’ r.a berkata: Aku telah
mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa
yang menjalani satu jalan ilmu bererti ia telah
menjalani suatu jalan daripada jalan-jalan
syurga. Sungguhnya para malaikat
menghamparkan sayapnya kerana redha bagi
orang yang menuntut ilmu. Dan sesungguhnya
orang yang ada diseluruh lapisan langit dan
bumi meminta ampun bagi orang yang alim
sehingga ikan yang ada dilaut. Dan
sesungguhnya kelebihan orang yang alim atas
orang yang abid seperti kelebihan bulan
purnama atas sekalian bintang-bintang. Dan
sesungguhnya ulama’ itu pewaris Nabi-nabi.
Dan para Nabi itu sebenarnya tidak mewariskan
dinar (wang emas) dan dirham (wang perak)
tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu.
Maka
Hadis 7 – Menuntut Ilmu Itu Satu
Kewajipan
•Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “
Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri cina,
kerana menuntut ilmu itu wajib atas setiap
orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat
itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut
ilmu kerana redha dengan apa yang mereka
tuntut”.
Hadis Riwayat Al Bara
•Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang
Islam. Dan orang yang meletakkan ilmu itu
disisi orang yang tidak ahlinya seperti
memberikan rantai permata, mutiara dan
emas ke leher babi”.
Hadis 8 – 0rang Yang Alim Itu
Pilihan Allah
•Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang dikehendaki
oleh Allah kebaikan padanya sudah
tentu Allah menjadikannya
seorang yang mengerti dengan
hal-hal agama”.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Hadis 9 – Pelajar Agama Sama
Dengan Mujahid
•Daripada Anas r.a berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa keluar mencari ilmu
maka ia sebenarnya berjihad di
jalan Allah sehingga dia kembali”.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 10 – Pelajar Agama
Diampun Dosanya
•Daripada Sakhbarah r.a berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa mencari ilmu maka
yang demikian itu akan
menghapuskan dosa-dosanya yang
lalu”.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 11 – Pelajar Agama Dijamin
Rezekinya
•Daripada Ziyad Bin Al-Harith
berkata: Bersabda Rasulullah
s.a.w: “Barangsiapa mencari ilmu
maka Allah Taala menjamin untuk
mencukupkan rezekinya”.
Hadis Riwayat Al Khotib
Hadis 12 – Carilah Ilmu Sebelum Ia
Dipertikaikan
•Daripada Uqbah Bin Amir r.a
berkata: Bersabda Rasulullah
s.a.w: “Carilah ilmu sebelum lahir
orang-orang yang suka
mempertikaikan nilai-nilai agama”.
Hadis Riwayat Bukhari
Hadis 13 – Carilah Ilmu
Sebelum Ia Hilang
•Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w:
“Belajarlah ilmu fardu ain dan al-
Quran, dan ajarkanlah akan dia
kepada orang lain, kerana aku
akan meninggal dunia”.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 14 – Kelebihan
Mempelajari Al Quran
•Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a
berkata: Bersabda Rasulullah
s.a.w: “Sebaik-baik kamu ialah
orang yang belajar Al Quran dan
mengajarkannya kepada orang
lain”.
Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi
Hadis 15 – Orang Alim Itu
Tawadhuk
•Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Tuntutlah ilmu dengan
bersungguh-sungguh, dan tentu
telah bersama ilmu itu akan
ketenteraman dan kewibawaan.
Dan hendaklah kamu bersifat
tawadhuk bagi guru yang kamu
belajar kepadanya”. Hadis riwayat Tabrani
Hadis 16 – Kesudahan Pencari
Ilmu
•Daripada Abu Said al-Khudri r.a
berkata: Rasulullah s.a.w
bersabda: “Orang yang berilmu itu
tidak akan puas dari mencari ilmu
yang didengarinya sehingga
adalah kesudahannya itu di dalam
syurga”.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 17 – Ilmu Dan Amal Di
Syurga
•Daripada Abu Hurairah r.a bahawa
Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang
alim, ilmu dan amal itu ketiga-
tiganya itu di dalam syurga. Dan
apabila orang alim tidak
mengamalkan ilmunya maka ilmu
dan amal itu tetap di dalam
syurga, sedang si alim itu akan
dimasukkan ke dalam neraka”. Hadis Riwayat Al Dailami
Hadis 18 – Hikmah Idaman
Orang Beriman
•Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Nabi s.a.w bersabda: “Perkataan
hikmah itu adalah idaman orang-
orang yang beriman. Maka mana
sahaja ia menemukannya maka
pasti ia akan mengambilnya”.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 19 – Hakikat Ilmu
•Daripada Abdullah Bin Amru r.a
berkata: Nabi s.a.w bersabda:
“Hakikat ilmu itu tiga perkara,
maka yang lain daripadanya
adalah sesuatu yang tidak ada
faedahnya. Pertama ayat yang
jelas. Kedua sunnah Nabi s.a.w
yang ditegakkan (amalkan). Ketiga
kewajipan yang adil”. Hadis Riwayat Abu Daud
Hadis 20 – Jangan Malu Hadir
Majlis Ilmu
•Daripada Abu Waqid Al Laithi r.a berkata: Ketika
Nabi s.a.w sedang duduk (bersama2 sahabatnya
dalam majlis ilmu) di dalam masjid, tiba-tiba
datang tiga orang. Dua orang terus menyertai
majlis Nabi s.a.w. orang yang pertama ia melihat
ada tempat yang kosong di tengah2 halaqah,
maka ia pun terus duduk di sana. Orang yang
kedua hanya duduk di belakang majlis. Adapun
orang yang ketiga (kerana ia melihat orang
ramai maka ia rasa malu masuk ke majlis ilmu
itu) maka terus ia pergi ke tempat lain. Maka
setelah selesai Nabi s.a.w daripada
percakapannya lalu Baginda bersabda:
“Hendakkah kamu aku beritahu tentang tiga
orang yang baru datang tadi? Yang pertama ia
bersungguh mencari ilmu maka Allah
memberikan tempat kepadanya. Yang kedua ia
merasa malu (tidak bersungguh2) maka Allah
juga malu daripadanya (tidak memberi
Hadis 21 – Jangan
Menyembunyikan Ilmu
•Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barangsiapa ditanya tentang
suatu ilmu lalu ia
menyembunyikannya, maka ia
akan dikekang pada hari kiamat
nanti dengan kekang daripada api
neraka”.
Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi
Hadis 22 – Jadikan Diri Sebagai Pintu
Hidayah
•Daripada Sahal Bin Saad r.a
berkata: Nabi s.a.w bersabda:
“Demi Allah, bahawa memberi
petunjuk oleh Allah akan seorang
dengan sebab engkau, maka itu
lebih baik daripada unta yang
merah (sejenis kenderaan yang
paling mahal pada zaman
dahulu)”. Hadis riwayat Abu Daud
Hadis 23 – Murid Itu Amanah Rasul Pada
Seorang Guru
•Daripada Abi Harun Al Abdi r.a
berkata: Kami sering datang
menemui Abi Said Al Khudri r.a, lalu
beliau berkata: Selamat datang
wasiat Rasulullah s.a.w, kerana
sesungguhnya Rasulullah s.a.w
bersabda bagi kami: “Sesungguhnya
umat manusia akan datang
mengikuti kamu. Dan sesungguhnya
orang ramai akan datang menemui
kamu dari seluruh dunia. Mereka
datang untuk belajar ilmu agama
daripada kamu. Oleh itu, apabila
mereka datang, maka wasiat ku pada
kamu hendaklah kamu melayani
Hadis 24 – Bertanya Itu Anak
Kunci Ilmu
•Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a
berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
“ilmu itu seperti gudang, dan
kuncinya adalah bertanya. Maka
hendaklah kamu sering bertanya
semoga kamu diberi rahmat oleh
Allah Taala. Maka sesungguhnya dari
satu pertanyaan itu diberi pahala
akan empat orang. Pertama orang
yang bertanya. Kedua guru yang
menjawab. Ketiga orang yang
mendengar jawapan itu. Keempat
orang yang cinta kepada mereka”.
Hadis 25 – Jadikan Diri Anak Kunci
Kebaikan
•Daripada Sahal Bin Said r.a
berkata: Rasulullah s.a.w
bersabda: “kebaikan itu laksana
beberapa gudang. Dan bagi
gudang-gudang itu ada anak
kuncinya. Maka untung sekali bagi
seseorang hamba yang telah
dijadikan Allah sebagai anak kunci
bagi kebaikan, penutup bagi
kejahatan. Dan celaka bagi
seorang hamba yang menjadi anak
kunci bagi kejahatan, penutup bagi
kebaikan"
Hadis 26 – Taqwa Itu Kemuncak
Ketinggian
•Daripada Yazid Bin Salmah r.a
berkata: Aku berkata kepada
Rasulullah s.a.w: bahawa aku sangat
banyak mendengar hadis daripada
engkau, dan aku takut bahawa yang
kemudiannya melupakan yang
pertamanya. Maka beritahukan
kepadaku wahai Rasulullah dengan
satu kalimat yang ringkas sekali,
sebagai kesimpulan daripada segala
yang aku dengar. Maka Rasulullah
s.a.w bersabsa: “Bertaqwalah engkau
kepada Allah pada barang yang
Hadis 27 – Sampaikan Ilmu Yang Sesuai
Dengan Pendengarnya
•Daripada Sahal Bin Said r.a
berkata: Rasulullah s.a.w
bersabda: “Kebaikan itu laksana
beberapa gudang. Dan bagi
gudang-gudang itu ada anak
kuncinya. Maka untung sekali bagi
seseorang hamba yang telah
dijadikan Allah sebagai anak kunci
bagi kebaikan, penutup bagi
kejahatan. Dan celaka bagi
seorang hamba yang menjadi anak
kunci bagi kejahatan, penutup bagi
kebaikan.
Hadis 28 – Semua Penuntut Pasti
Untung
•Daripada Wasilah Bin Asqoq r.a
berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “
Barangsiapa mencari ilmu lalu ia
mendapatkannya maka baginya
dapat dua pahala. Dan barangsiapa
mencari ilmu tetapi ia tidak
mendapatkannya maka baginya
dapat
satu pahala ”.
Hadis Riwayat Al Darami
Hadis 29 – Kelebihan Mengajar Ilmu
•Daripada Ibnu Mas’ud r.a berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda: “ Semoga
Allah memberikan kebaikan dan
keindahan akan seorang yang
mendengar daripada kami sesuatu
lalu ia menyampaikannya kepada
orang lain. Maka barang kali orang
yang mendengar itu lebih mengambil
manafaat daripada orang yang
menyampaikannya ”. Hadis riwayat Tarmizi
Hadis 30 – Sampaikan Ilmu
Walaupun Sedikit
•Daripada Abdullah Bin Umar berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda: “
Sampaikanlah apa yang kamu
dengar daripadaku walaupun hanya
satu ayat. Dan sampaikan daripada
apa yang kamu dengar daripada Bani
Israil, maka tidak mengapa yang
demikian itu. Dan barangsiapa secara
sengaja berbohong atas namaku
maka hendaklah ia menyediakan
dirinya masuk dalam api neraka ”.
Hadis riwayat At Tarmizi
Hadis 31 – Ambil Berkat Rasulullah
dan Ulama’
•Daripada Mahmud Bin Rabiq r.a
berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “
Saya masih ingat ketika Rasulullah
s.a.w menyembur (menghembuskan
air) ke muka saya dari sebuah timba
daripada air telaga yang ada di
kawasan rumah kami, dan saya
ketika itu baru berumur lima tahun ”.
Hadis Riwayat Bukhari, Muslim
Hadis 32 – Hati-hati Bila
Menyampaikan Ilmu
•Daripada Abu Hurairah r.a berkata: “
Aku telah ingat daripada Rasulullah
s.a.w dua jenis ilmu. Adapun yang
pertama maka telah aku sebarkan
kepada kamu semua ( para tabi’in).
Adapun yang satu lagi, seandainya
aku sampaikan kepada kamu
nescaya akan dipotong leherku ini ”.
Hadis Riwayat Bukhari
Hadis 33 – Semua Sabda Nabi
Adalah Benar
•Daripada Abdullah Bin Umar r.a berkata:
Adalah aku menulis segala sesuatu yang aku
dengar daripada Rasulullah s.a.w, lalu orang2
Quraish melarang aku daripada yang demikian
itu dan merika berkata: Apakah engkau
menulis segala sesuatu yang diucapkan oleh
Rasulullah s.a.w, sedangkan beliau adalah
seorang manusia biasa yang bercakap2 dalam
keadaan redha dan marah. Maka aku berhenti
daripada menulis segala perkataan Rasulullah
s.a.w yang aku dengar, sampai suatu masa
maka aku menyebutkan yang demikian itu
bagi Rasulullah s.a.w. Maka Baginda bersabda:
“Tulislah olehmu
apa2 yang aku katakan. Maka
demi Tuhan yang
Hadis 34 – Memelihara Ilmu Dengan
Menulisnya
•Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Seorang lelaki dari kalangan orang
Ansar telah datang mengadukan hal
kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata:
Wahai Rasulullah! Aku sungguhnya
telah mendengar perkataanmu dan aku
sangat kagum dan hairan dengan
keindahannya, tetapi aku tidak dapat
menhafaznya. Maka apa yang perlu aku
lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w:
“Hendaklah engkau menggunakan
tangan kananmu”. Sambil
mengisyaratkan supaya ia menulis apa
yang ia dengarkan”
Hadis 35 – Yang pandai Tolong Menulis Bagi
Yang Kurang Pandai
•Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Telah berkhutbah Rasulullah s.a.w
akan suatu khutbah. Lalu Abu
Hurairah menyebutkan bahawa
Rasulullah s.a.w menyebutkan di
dalam khutbahnya itu satu kisah
yang panjang. Dan pada akhir hadis
itu disebut bahawa Abu Syah berkata
bagi Rasulullah. Wahai Rasulullah!
Tolong tuliskan untuk ku isi khutbah
tadi. Maka Rasulullah s.a.w
bersabda: “Tolong tuliskan untuk Abu
Syah”.
Hadis 36 – Lebih Banyak Menulis, Lebih
Luas Ilmunya
•Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Tiada ada dari keseluruhan sahabat
Rasulullah s.a.w orang yang paling
banyak meriwayatkan hadis lebih
daripada aku, kecuali Abdullah Bin
Umar, maka dia lebih banyak
daripada aku, kerana dia menulis dan
aku tidak menulis.
Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi
Hadis 37 – Apabila Ulama’ Dimatikan
Allah
•Daripada Abdullah Bin Umar r.a
berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
“sungguhnya Allah Taala tidak
menghilangkan ilmu agama itu dengan
dicabut sekaligus daripada manusia,
tetapi Allah Taala akan menghilangkan
ilmu dengan mematikan para ulama’.
Sehingga apabila sudah tiada para
ulama’, manusia akan melantik
pemimpin mereka daripada kalangan
orang-orang yang jahil, lalu mereka
akan ditanya hukum sesuatu masalah,
maka mereka menjawab atau berfatwa
tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka
Hadis 38 – Tuntutlah Ilmu Sebelum
Ia Diangkat
•Daripada Abu Amamah r.a berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda: “
Tuntutlah ilmu sebelum ia dicabut.
Dan maksud ilmu itu dicabut ialah
diangkat dari permukaan bumi ini.
Lalu Nabi s.a.w mengisyaratkan
dengan menggambarkan jari tangan
telunjuknya sambil bersabda: orang
yang alim dan orang yang belajar
ilmu itu bersama-sama dalam
mendapatkan pahala. Dan orang
yang lain dari mereka berdua sudah
tidak ada apa-apa kebaikan”
Hadis 39 –Ilmu Tanpa Amal Bererti Ia
Telah Diangkat
•Daripada Abu Darda’ r.a berkata: Pada suatu masa kami
bersama Rasulullah. Lalu baginda mengangkatkan pandangan
ke arah langit, kemudian Baginda bersabda: Inilah masanya
ilmu itu dicabut daripada manusia sehingga mereka sudah tidak
dapat lagi untuk menahannya. Maka berkata Zaid Bin Labid Al
Ansari r.a: Bagaimana ilmu itu dicabut daripada manusia
sedangkan kami masih membaca Al Quran. Demi Allah, kami
akan sentiasa membaca Al Quran dan mengajarkannya kepada
anak2 kami dan isteri2 kami. Lalu Baginda bersabda: Celakalah
ibumu (kerana kehilangan kamu) wahai Zaid! Aku sebenarnya
menganggap engkau dari kalangan ulama’ di negeri Madinah
ini. Cuba lihat! Ini kitab Taurat yang ada di kalangan orang2
Yahudi. Dan ini kitab Injil yang ada di kalangan orang2 Nasrani.
Apakah kitab yang ada di kalangan mereka itu telah memberi
faedah kepada mereka? Berkata Jabir r.a: lalu aku datang
menemui Ubadah Bin Shomit r.a dan aku berkata kepadanya:
apakah engkau pernah mendengar apa yang diriwayatkan oleh
Abu Darda’ seperti yang tersebut pada hadis tadi? Maka Ubadah
berkata: benar apa yang dikatakan oleh Abu Darda’ itu. Dan
kalau engkau mahu maka aku akan ceritakan kepadamu akan
ilmu yang pertama sekali diangkat dari manusia! Ilmu yang
pertama sekali diangkat dari manusia itu ialah khusyuk (dalam
solat). Barangkali
Hadis 40 – Ikhlas Dalam Mencari
Ilmu
•Daripada Kaab Bin Malik r.a berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda: “
Barangsiapa mencari ilmu untuk
menandingi para ulama’ atau
mengalahkan orang2 yang jahil, atau
untuk memusatkan perhatian
manusia kepadanya, maka orang ini
akan dimasukkan Allah ke dalam api
neraka ”.
Hadis Riwayat Tirmizi
Hadis 41 – Mengajar Itu Sedekah Yang
Paling Baik
•Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Nabi s.a.w bersabda: “ Sebaik-baik
sedekah itu bahawa muslim itu
belajar akan suatu ilmu kemudian dia
mengajarkannya akan saudaranya
yang muslim ”.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Hadis 42 – Pahala Yang Berterusan
•Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Nabi s.a.w bersabda: “ Apabila mati
seorang anak Adam maka
terputuslah segala amalannya
kecuali yang datang dari tiga
sumber. Pertama sedekah jariah.
Kedua ilmu yang memberi manafaat.
Ketiga anak yang soleh yang
mendoakan baginya ”.
Hadis Riwayat Muslim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan