Ahad, 15 Ogos 2010

BAPA SEBAGAI PERLINDUNG...TAPI AKHIR MEMUSNAHKAN MARUAH ANAK..BEGITU JUGA PEMIMPIN SEBAGAI PERLINDUNG RAKYAT JADI JANGANLAH MENINDAS/MEZALIMI RAKYAT

Anak cuba lawan

Oleh ISMA ISMAIL, MOHD RAZLAN SALLEH dan JUNAIDI LADJANA

2010/08/08

KOTA KINABALU: “Ayah arah saya masuk ke dalam kelambu sebelum menarik tangan saya. Saya cuba melawan, namun dimarahi serta diugut akan dipukul jika bersuara, menyebabkan saya terpaksa berdiam diri.

MANGSA...(dari kiri) Nana, Mimi dan Meme mendakwa dirogol bapa mereka.
MANGSA...(dari kiri) Nana, Mimi dan Meme mendakwa dirogol bapa mereka.

Peristiwa itu kali pertama berlaku ketika dia seperti biasa menyiapkan tempat tidur ayahnya di ruang tamu rumah, awal Januari lalu.


Bagaimanapun, rutin harian itu bertukar menjadi malapetaka dalam hidupnya apabila ayahnya yang mabuk merogolnya sebaik pulang ke rumah selepas menikmati air ‘setan’ di rumah rakan berhampiran.


Lelaki ‘dajal’ itu dikatakan tidak tahan melihat aksi anak gadisnya membongkok memasang kelambu dengan berpakaian tidur.


Kejadian menimpa Mimi dan dua adik perempuannya terbongkar apabila akhbar awal bulan lalu mendedahkan seorang petani berusia 43 tahun melarikan diri ke dalam hutan berhampiran rumah selepas disyaki merogol mangsa sejak awal tahun ini.

Lelaki itu bagaimanapun ditahan pihak berkuasa apabila kembali ke rumah akibat kelaparan beberapa hari kemudian.


Dia dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan merogol dua daripada tiga anaknya.


Mimi seterusnya menceritakan, kedua-dua adiknya berusia 13 dan 11 tahun terjaga daripada tidur akibat terdengar bunyi pelik sebelum melihat kelibat ayah yang tidak berpakaian menindihnya.


“Ayah yang terkejut melihat kelibat mereka di luar kelambu segera melepaskan saya sebelum menyuruh kami masuk ke bilik,” katanya.


Sejak itu ayah mereka seolah-olah mendapat ‘lesen’ dan hampir setiap malam Mimi menjadi pemuas nafsu lelaki bertopeng syaitan itu.


“Malah, kedua-dua adik saya juga menjadi mangsa. Kami diugut supaya tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa. Saya cuba melarikan diri, tetapi ayah menemui saya sebelum memukul dan membelasah saya,” katanya kepada Metro Ahad.


Adik Mimi yang mahu dikenali sebagai Nana, 13, pula berkata dia kali pertama menjadi mangsa rogol bapanya awal Mei lalu.

“Pada hari itu adik dan kakak di sekolah manakala saya di rumah berdua bersama ayah. Ketika saya hendak ke bilik air untuk mandi dan bersiap ke sekolah pada sesi petang, tiba-tiba ayah terus menarik saya ke dalam bilik,” katanya.


Nana cuba melawan tetapi ayahnya lebih kuat, menyebabkannya tidak mampu melepaskan diri.


“Bermula detik itu ayah sering merogol saya ketika adik dan kakak ke sekolah, dan pada waktu malam dia melakukan perkara sama dengan kakak walaupun saya dan adik bongsu ada di bilik sama,” katanya.


Lelaki itu yang berpisah dengan isterinya lima tahun lalu, tinggal bersama tiga anak perempuan dan dipercayai merogol mangsa di rumah sejak awal tahun ini.




Kronologi Kes



> 30 JUN 2010: Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof menerima laporan yang mendakwa seorang petani berusia 43 tahun merogol tiga anak kandungnya berusia 11, 13 dan 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Talangkapas. Perbuatannya terbongkar selepas seorang mangsa secara tidak sengaja menceritakan kejadian itu kepada ibu saudaranya yang tinggal berhampiran rumah sebelum membuat laporan polis.


> 1 JULAI 2010: Gerakan memburu suspek dijalankan selepas dia gagal ditemui di rumahnya, dipercayai melarikan diri ke hutan berhampiran. Lelaki itu yang bercerai dengan isterinya kira-kira lima tahun lalu itu diburu selepas tiga anak kandung yang tinggal bersamanya mendakwa dirogol suspek sejak awal tahun ini.


> 3 JULAI 2010: Selepas tiga hari menyembunyikan diri, suspek dicekup polis di rumahnya ketika menyelongkar dapur untuk mencari makanan

Tiada ulasan: