Isnin, 6 April 2015

JAGALAH ALLAH@AGAMA ALLAH....NESCAYA ALLAH MENJAGA KAMU







Syaikh Qardawi Menyeru Seluruh Pemuda Muslim Berjihad ke Suriah

KIBLAT.NET, Doha – Syaikh Yusuf Al Qadhawi, Presiden Asosiasi Ulama Muslim Dunia, Jum’at malam (31/5/2013), mencerca Iran dan pemimpin Syi’ah Hizbullah Lebanon, Hasan Nasrallah dengan mensifati Hasan Nasrallah dengan Hasan Nasrat Thagut dan mensifati organisasinya dengan Hizbus Syaitan. Beliau juga mengajak para pemuda Islam menuju Suriah untuk berjihad bersama pejuang oposisi Suriah.
Ulama asal Mesir tersebut mengatakan dalam acara solidaritas untuk rakyat Suriah yang digelar Asosiasi Ulama Islam Dunia di Doha, Qatar, “Pemimpin Hizbullah datang untuk memerangi Ahlu Sunnah wal Jam’ah. Demikianlah Nasrat Taghut (penolong Thagut) dan orang dzolim datang untuk membunuh ummat Islam dari Ahlu Sunnah” cerca beliau.
Acara yang digelar di sebuah gedung olahraga tertutup tersebut, beliau menambahkan, “Saat ini , kita mengetahui apa yang diinginkan Iran. Iran menginginkan pembantaian terus berlangsung dan berencana untuk membunuhi Ahlu Sunnah” tegasnya di hadapan ratusan peserta yang hadir.
Beliau mengungkap penyesalannya karena pernah membela Hasan Nasrallah di hadapan ulama Saudi. Beliau berkata, “Saya pernah membela orang yang bernama Hasan Nasrallah dan partanya, yaitu partai thagut dan setan di hadapan ulama-ulama Saudi. Akhirnya saya mengetahui bahwa para ulama tersebut lebih matang dari saya” sesal beliau.
Beliau juga menyeru Ahlu Sunnah melawan nereka dan meminta setiap muslim yang mempunyai keahlian perang dan memiliki kemampuan untuk ikut terjun membantu pejuang oposisi Suriah. “Iran telah membantu senjata dan tentara (kepada rezim Suriah), apakah kita hanya berpangku tangan?” kata beliau bertanya-tanya.
Di akhir pidatonya, beliau mengungkapkan  bahwa pertolongan Allah akan segera mendatangi pejuang Suriah dan beliau optisimis dapat melaksanakan shalat di masjid Umayyah di Suriah pasca lengsernya Bashar Al Asad. [hunef/kiblat.net]

Nizar Jamaluddin dipecat oleh PAS Perak?

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkemungkinan besar bakal dipecat oleh parti berkenaan ekoran kenyataanya tidak menyokong perlaksanaan hudud baru-baru ini.

Kedudukan Mohammad Nizar didalam parti berkenaan mula menjadi persoalan selepas Dewan Ulama PAS Perak mengeluarkan kenyataan sudah hilang kepercayaan terhadap bekas Menteri Besar Perak itu.

Dalam satu kenyataan Ketua Penerangan PAS Perak, Norazli Musa berkata, Dewan Ulama disana sudah membuat satu pendirian untuk tidak percaya kepada Mohammad Nizar dalam satu mesyuarat sebelum ini.

Norazli berkata, PAS masih belum memutuskan nasib Mohammad Nizar dan seorang lagi ahli iaitu Yang Dipertua (YDP) PAS Tambun,  Dr Khairuddin Abdul Malik berhubung tindakan tidak menyokong hudud.

“Perkara itu disahkan dan diputuskan selepas berlangsung mesyuarat Dewan Ulama Pas Perak Ahad lalu,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi semalam.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada Pesuruhjaya Pas Negeri dan kami akan buat kenyataan secara rasmi selepas mendapat maklum balas beliau,” katanya dalam satu kenyaataan.

Sebelum ini,  Mohammad Nizar dan Khairuddin telah membuat satu kenyataan untuk tidak menyokong perlaksanaan hudud oleh PAS sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih negeri berkenaan pada pilihan raya akan datang.

Susulan kenyataan tersebut,  Dewan Ulama membidas tindakan Mohammad Nizar yang membuat satu pendirian melanggar prinsip perjuangan parti khususnya perlaksanaan hudud tanpa sebarang persetujuan oleh pemimpin PAS di sana.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Norazli menegaskan tindakan yang dilakukan kedua-dua ahli PAS itu jelas satu kesalahan kerana melanggar prinsip perjuangan parti dalam menjalankan undang-undang Islam.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang sengaja menyebarkan surat berhubung tindakan PAS dalam isu melibatkan Mohammad Nizar dan Khairuddin dilaman sosial.

“Perkara itu salah di sisi parti dan sepatutnya pihak berkenaan perlu menunggu keputusan rasmi dari Dewan Ulama Pas Negeri,” katanya lagi. - UtaraNews.com/ Mohd Shahir Shukor


الله يرحمها الله اكبر Nah ini lah jawapnya kenapa umat islam dilarang memakan daging babi. Semoga info ini berguna buat kalian.
Posted by Konsulat republik indonesia on Thursday, 26 June 2014

Khasiat belimbing gunung

Oleh Mohd Sabran Md Sani
Penyertaan Huslan Husin, 42, dalam dunia perniagaan berlaku secara spontan apabila ‘ramuan’ buah belimbing gunung atau Hajra pemberian seorang ustaz berhasil menyembuhkan penyakit dihidapinya.
Ikhtiarnya mencuba sebotol air buah belimbing asli pemberian ustaz berasal dari Indonesia itu menampakkan kesan positif apabila penyakit berkenaan beransur pulih selepas mengamalkannya dalam tempoh sebulan.

Kemujaraban herba berkenaan kepada dirinya menyuntik minat Huslan untuk mengembangkan produk berkenaan terutama bagi mereka yang berdepan masalah kesihatan pernah dilaluinya.
Pengurus Jualan Natture Herbs Industries & Marketing itu berkata, percubaannya memasarkan produk berkenaan tidak sia-sia apabila mendapat permintaan daripada

pengguna yang mengetahui khasiat buah terbabit.
“Bagi memudahkan orang ramai menggunakan produk berkenaan, saya mengilangkannya dalam bentuk uncang. Setiap uncang dapat menghasilkan satu teko air minuman dan sesuai untuk pesakit kencing manis.
“Amalan meminum selama sepuluh hari dapat memberi kesan positif dalam mengurangkan kadar gula dalam darah pesakit berkenaan.

“Namun penggunaannya minimum kepada golongan normal iaitu satu uncang untuk penghasilan tiga teko,” katanya.

Menurutnya, produk dihasilkan syarikatnya berkhasiat, selain mampu mengeluarkan sisa toksin dalam tempoh tiga hari.

“Kesannya, peluh akan menjadi masam, najis berwarna kehitaman dan air kencing berbau hancing,” katanya.

Menurutnya, buah belimbing gunung turut berkhasiat membuang angin dalam badan menerusi pengambilan segelas air, selain dapat memulihkan sengal-sengal badan, sakit tumit dan darah tinggi.

Semua stok bekalan buah belimbing gunung berkenaan diperoleh dari negara Indonesia dan India yang menghasilkan pengeluaran buah terbabit di negara masing-masing.

Katanya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjadi tulang belakang dalam membantu memasarkan produk berkenaan.

“Ini termasuk mencadangkan kepada syarikat untuk memasarkan produk dalam bentuk uncang sekali gus mudah diterima pengguna.

“Fama juga tidak pernah lupa untuk menyediakan peluang pemasaran kepada kami menerusi pameran diadakan di pelbagai lokasi di seluruh negara,” katanya.

Ditanya mengenai pengeluaran produk terbabit katanya, syarikat menghasilkan kira-kira 2,000 peket dalam tempoh sebulan.

“Selain dieksport, produk terbabit boleh ditemui di pusat beli belah,” katanya yang berpengalaman membawa lori selama 11 tahun.

Pengamalan produk berkenaan juga dapat membantu pesakit yang mengalami masalah kolesterol, asid dalam badan, kencing tidak lawas, buasir dalam dan luar, senggugut dan beberapa penyakit lain.

Syarikat itu kini beroperasi di Felda Palong 2, Gemas, Negeri Sembilan dan boleh dihubungi menerusi emel, nattureherbs@yahoo.com.my.










Tanpa perjanjian, hotel dan kedai makan tidak boleh kenakan caj perkhidmatan

Tanpa perjanjian, hotel dan kedai makan tidak boleh kenakan caj perkhidmatan

KPDNKK mengarahkan peniaga dalam sektor perhotelan dan restoran untuk tidak lagi mengenakan caj perkhidmatan berkuatkuasa hari ini. - Gambar Fail 

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa hari ini, semua restoran dan hotel tidak lagi dibenarkan mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan sekiranya tidak mempunyai perjanjian bersama antara pekerja dan majikan.

Peniaga juga diwajibkan mempamerkan notis perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan, sekiranya mahu mengenakan caj perkhidmatan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad berkata perkara itu akan dilaksanakan sehingga satu dasar baru diwujudkan.

Jelasnya pemberi perkhidmatan perlu menjelaskan alasan mengenakan caj perkhidmatan kepada pengguna.

“Pihak pemberi mesti tahu apa perkhidmatan yang dia dapat, kalau self service, service apa yang dia (peniaga) nak caj?

"Itu adalah hak pengguna untuk membuat keputusan dan tiada kadar caj perkhidmatan yang ditetapkan," katanya dalam sidang media di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Caj perkhidmatan atau tips merupakan amalan antarabangsa, di luar mana-mana kawalan dan terikat antara pengguna dan pemberi perkhidmatan.

“Setakat ini tiada badan yang mengawal selia isu caj perkhidmatan di Malaysia dan kerajaan menghadapi kekangan kerana tiada badan mengawal selia dan akta khusus

“Oleh itu, pentadbiran saya mengeluarkan arahan ini,” katanya.

Alias turut memaklumkan satu kumpulan kerja sudah diwujudkan melibatkan KPDNKK, Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia bagi meneliti dan mengkaji caj perkhidmatan di negara ini.



Pintu Kemiskinan Allah Biarkan Terbuka - Ustaz Fawwaz Md JanMasalah BESAR dalam hidup, akibat dari meninggalkan SOLAT! Wajib dengar dan berubahlah sebelum terlambat.~ Ruginya amalan-amalan orang yang meninggalkan solat~ Cara terbaik untuk tunaikan solat subuh, kalau terlewat~ Hinanya orang ISLAM yang sengaja tidak mahu solat~ Punca masalah bertimpa-timpa..
Posted by Zonkuliah on Wednesday, 21 January 2015



Saturday, April 04, 2015


Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan (4): 'Pembunuh Ke 2 Al-tantuya Mohon...


Gempar, Ke Arah Bongkar PM Letak Jawatan, 'Pembunuh kedua Al-tantuya mohon semak semula keputusan mahkamah'.

Pembunuh kedua Altantuya mohon semak semula keputusan mahkamah - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pembunuh-kedua-altantuya-mohon-semak-semula-keputusan-mahkamah#sthash.RWeUxQqV.dpuf
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan?   
Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir...
Siri 4:

Pembunuh kedua Al-tantuya mohon semak semula keputusan mahkamah.
Ketua Inspektor Azilah Hadri, salah seorang daripada 2 bekas komando polis yang dihukum mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, akan memohon semakan semula terhadap keputusan bersalah Mahkamah Persekutuan.

Peguam Azilah, Datuk Hazman Ahmad berkata permohonan itu sedang dimuktamadkan dan akan difailkan tidak lama lagi, tetapi tiada tarikh akhir ditetapkan.

"Ada beberapa alasan yang sah untuk mengkaji semula keputusan yang dibuat panel 5 hakim itu," katanya kepada The Malaysian Insider apabila ditanya jika Azilah memohon kepada Lembaga Pengampunan untuk menukar hukuman mati kepada hukuman penjara seumur hidup.

Beliau tidak mengulas lanjut alasan permohonan semakan Azilah. Bekas anggota polis itu kini sedang menunggu hukuman mati. Hazman berkata permohonan semakan perlu dilupuskan sebelum sebarang representasi dibuat kepada Lembaga Pengampunan.

Permohonan semakan dibuat di bawah Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan berdasarkan alasan ketidakadilan prosedur, dengan pemohon meminta penghakiman bersalah itu diketepikan dan panel hakim baru ditubuhkan bagi mendengar semula rayuan.

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari, 2015 mengekalkan semula sabitan ke atas Azilah dan Sirul Azhar Umar kerana membunuh wanita berusia 28 tahun itu, pada tahun 2006. Bagaimanapun, Sirul tidak hadir ketika keputusan itu disampaikan dan laporan berita berikutnya mengesahkan beliau berlepas ke Australia pada Oktober lalu.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas berusia 43 tahun itu ditangkap di Brisbane dan ditahan di pusat tahanan imigresen di sana. Bagaimanapun, beliau kemudiannya dilaporkan dilepaskan pihak berkuasa imigresen Australia tetapi pasportnya ditahan.

Sirul juga mengugut untuk mendedahkan semuanya tentang kes pembunuhan berprofil tinggi itu kepada media Australia, dengan mendakwa yang beliau menerima arahan untuk membunuh Altantuya. Menurut laporan media, Sirul tidak akan dihantar pulang ke Malaysia kerana Canberra melarang penghantaran pulang suspek yang menghadapi hukuman mati.

Awal minggu ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses ekstradisi Sirul ditangguhkan kerana ia melibatkan "isu undang-undang yang rumit". Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin juga mendedahkan Pejabat Peguam Negara masih belum memulakan permintaan ekstradisi dengan Canberra, walaupun anak guamnya ditangkap pada 22 Januari.

Katanya, jika permintaan ekstradisi difailkan, permohonan perlu dibuat untuk Sirul hadir di hadapan seorang majistret di Australia. Keterangan dalam mahkamah mendedahkan, Altantuya dibunuh sebelum mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C4 pada 18 Oktober 2006, di pinggir Shah Alam, dekat Kuala Lumpur.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul tetapi dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa dipanggil membela diri.

Kerajaan tidak merayu pembebasannya. Walaupun terdapat sabitan, motif untuk membunuh Altantuya tidak pernah didedahkan. 3 April 2915 Malaysian Insider.

 

Tiada ulasan: